The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aleesyabatrisya170409, 2021-09-27 01:12:14

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ

TUNKU ABDUL RAHMAN

NUR ALEESYA BATRISYA
BINTI MOHD AINOL AZRAAI

KELAS : 6 UTARID

ALAMAT EMAIL : [email protected]

SEKOLAH : SEK. KEB TAMAN SERI PAGI,
SENAWANG

ALAMAT SEKOLAH: SEK. KEB TAMAN SERI PAGI,
TAMAN SERI PAGI,
70450 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN.

KANDUNGAN

PENDAHULUAN
BIODATA TOKOH
PENDIDIKAN TOKOH
KERJAYA TOKOH
SUMBANGAN TOKOH
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
PENUTUP/ KESIMPULAN
RUJUKAN

PENDAHULUAN

Saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
yang telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk saya menyiapkan buku
skrap ini.

Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana yang telah mengizinkan saya
dalam menyiapkan buku skrap ini pada masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada guru subjek sejarah saya iaitu Pn Rumaizah Binti Abdul
Rahman kerana beliau telah memberikan banyak panduan, bimbingan dan nasihat yang
sungguh berfaedah semasa saya menjalankan projek ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah
banyak membantu dan memberikan dorongan serta sokongan kepada saya. Rakan-rakan saya
juga telah menolong saya dalam menyiapkan tugasan ini serta mencarikan bahan. Jadi, saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka semua atas penghasilan buku skrap ini.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sedia menolong
saya dalam penghasilan buku skrap ini. Saya tidak akan lupakan pertolongan dan jasa baik yang
telah anda semua diberikan.

BIODATA

Nama :

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Gambar 1: Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Tarikh Lahir :

08 Februari 1903

Tempat Lahir :

Istana Tia Tangga, Alor Setar (Istana Pelamin).

Gambar 2 : Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah tempat kelahirahn Tunku

Pendidikan :

1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Gambar 3: Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar

Gambar 4: Penang Free School, Pulau Pinang

Gambar 5: Universiti Cambridge

Kerjaya :

1946 Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim
dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan
Presiden Mahkamah Session Selangor

1951 Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO

1956 Rombongan Merdeka ke London

1957 Merdeka. Perdana Menteri Pertama

1962 Rombongan ke London - Gagasan Malaysia

1963 Gagasan Malaysia - 16.09.1963

1970 Bersara dari Politik

Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian
06.12.1990 Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum,

jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar

Gambar 6: Perlantikan Tunku sebagai Presiden Parti UMNO yang ke 2 di Persidangan
Agong UMNO ke-6 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 23.08.1951

Gambar 7: Delegasi Kemerdekaan Ke London, pada tahun1956

Gambar 8: Pengumuman Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka

Gambar 9: Laungan Kemerdekaan Pada Tahun 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Gambar 10: Rumah Merdeka, tanda peninggalan perjuangan kemerdekaan Tunku

Gambar 11: Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir Memberi penghormatan terakhir
kepada jenazah Tunku di kediaman Tunku di No 1, Jalan Tunku, Kuala Lumpur.

Gambar 12: Jenazah Tunku disemayamkan di perbalaian tiga tingkat di Banguan Parlimen

Gambar 13: Pendati yang membawa jenazah Almarhum Tunku ke Makam Diraja Langgar,

SUMBANGAN

Sumbangan Sosial
Walaupun beliau seorang ahli politik yang aktif lagi berjasa kepada rakyat Malaysia.

Tetapi sumbangan beliau bukan hanya tertakluk dalam bidang politik sahaja,beliau juga
menyumbang tenaga dalam aspek sosial seperti dalam bidang penulisan,bidang kesenian dan
lain-lain. Perwatakan Tunku yang mulia ini telah menjadi satu teladan atau ‘role model’ yang
baik bagi semua ahli politik dan juga pemimpin. Dengan melihat perwatakan Tunku, kita boleh
menyangka bahawa Tunku seorang yang rendah diri, bersemangat patriotik, bersemangat
kenyal, mengambil berat kebajikan rakyat dan lain-lain.

Sumbangan Dalam Penulisan
Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik

perhatian orang ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara, ketika berumur 85 tahun, beliau
masih bergiat cergas malah semakin aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back
dan As I See It dalam akhbar The Star.

Dari tempoh 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975, Tunku telah menghasilkan
sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back. Pada tahun 1969, Tunku telah menghasilkan
buku beliau yang pertama iaitu May 13, Before and After . Selepas itu, beliau meneruskan
penulisannya dalam akhbar The Star melalui ruangan baru iaitu As I See It. Artikel-artikel yang
beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkenaan masyarakat dan insiden-insiden politik yang
berlaku pada zaman beliau.

Gambar 14: May 13, Before & After buku pertama penulisan Tunku

Beliau turut menghasilkan Viewpoints (1970), Looking Back (!977), As Matter of Interest
(1981), Something to Remember (1983), Less We Forget dan Contemporary Issuus in Malaysian
Politics (1984), Challenging Times (1986) dan Political Awakening (1986). Semua hasil tersebut
adalah tentang isu-isu semasa.

Sumbangan Dalam Kesenian
Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara. Sebelum menjadi

Perdana Menteri, beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan. Pada
27 Ogos hingga 30 Ogos 1969, beliau telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Drama
dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu di mata
dunia.

Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu “Mahsuri”,
“Raja Bersiung” dan “Sumpahan Mahsuri”. Filem “Raja Bersiung” merupakan antara filem
Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma bagi
tabung Tugu Peringatan Rosli Dhobie.

Gambar 15: Antara karya nukilan Tunku yang diangkat menjadi filem Sumpahan
Mahsuri, Raja Bersiong dan Mahsuri

Sumbangan Peringkat Antarabangsa
Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South East Asian

States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina, dan Negara Thai.
Pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Filipina dan Malaysia

dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan
Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan.

Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan apabila Singapura
memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi
konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina, 3 Jun
1966 .Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Negara-
Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah.

Sumbangan Dalam Perkembangan Islam
Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita

malah mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri dalam
penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran.

Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960. Atas
kebolehan dan daya usaha gigihnya, beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah
pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam.

Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen. Beliau telah
membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina
rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul
Rahman Putra. Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian
Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan bantuan
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, beliau telah berjaya menempatkan seramai 4,500 orang
pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting.

Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden ‘Regional Islamic Council
for South East Asia and The Pacific’ (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di Persidangan
Negara-negara Islam. Atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan, beliau mendapat
penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-
Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama

Sumbangan Dalam Aspek Ekonomi
Tunku Abdul Rahman mengetuai kabinet telah membentuk strategi jangka panjang

dengan melaksanakan rancangan pembangunan negara bagi setiap tempoh lima tahun bermula
dengan Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956-1960.

Rancangan ini mempunyai objektif utama iaitu meningkatan pertumbuhan ekonomi
negara dengan memberi tumpuan kepada sektor luar bandar. Objektif yang kedua ialah untuk
mempelbagaikan keluaran pertanian dan menambahkan peluang pekerjaan. Rancangan ini
bermatlamat untuk membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi merapatkan jurang
perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar dan
mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Dua agensi yang ditubuhkan sepanjang Rancangan Malaya Pertama dijalankan ialah
Rural & Industrial Development Authority (RIDA) yang ditubuhkan pada tahun 1953 dan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA).

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

Tunku terkenal sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia dan merupakan penggerak utama
di sebalik pemindahan kuasa daripada penjajahan British kepada kemerdekaan Tanah Melayu.
Namun begitu, kita sering lupa tentang keperibadian beliau yang menarik dalam pelbagai
aspek.

Tunku secara peribadi digambarkan sebagai seorang yang sederhana, rendah diri,
berdedikasi dan mulia. Dalam kehidupan peribadinya, Tunku tidak mudah terperangkap dalam
sesuatu dogma. Beliau tidak membiarkan suara pendapat orang lain untuk menindas suara
hatinya sendiri. Sebagai seorang pemimpin, beliau memilih untuk dikelilingi golongan bijaksana
dan arif.

Tunku juga adalah seorang yang berwawasan dan mendukung aspirasi “perpaduan
dalam kepelbagaian” untuk negara kita – sebuah impian yang melangkaui masa pada ketika itu.
Sebagai seorang perunding dan pendamai yang handal, Tunku berjaya menyatupadukan
masyarakat yang pelbagai kaum pada tahun 1957 dan 1963. Kedamaian dan keharmonian
antara kaum adalah warisan Tunku kepada negara. Sejak beliau mewarisi kepimpinan UMNO
daripada Dato’ Onn Jaafar pada Ogos 1951, beliau telah bekerja tanpa lelah untuk menyatukan
masyarakat yang berbeza kaum dan agama di bawah satu platform politik berdasarkan prinsip
berkompromi dan bertolak ansur.

Pada tahun 1963, kemahiran kepimpinan Tunku telah berjaya mengubah Persekutuan
Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia dengan autonomi khas untuk Sabah, Sarawak dan
Singapura. Tambahan lagi, gabungan parti politik di bawah naungan Tunku telah dibina
berdasarkan semangat pendamaian dan kesederhanaan antara kaum, dan bukannya dengan
ideologi negatif yang telah memecah belahkan masyarakat majmuk lain.

Sambil kita renungkan kehidupan dan kepimpinan Tunku, ia amat menyedihkan untuk
menyedari bahawa masyarakat kita yang seketika dahulu majmuk dan cemerlang, tetapi pada
hari ini sering dilanda masalah perkauman dan agama. Walaubagaimanapun, jangan kita
berputus asa. Kesilapan masa lalu boleh mengubah diri kita untuk menjadi yang lebih baik
daripada sebelum ini. Ada kalanya, hanya dengan membuat kesilapan, dapat kita tahu arah tuju
yang betul.

PENUTUP/ KESIMPULAN

Kesimpulannya, Tunku Abdul Rahman banyak mencurahkan sumbangannya kepada
negara. Sebagai generasi muda, kita seharusnya sentiasa mengenang jasa dan sumbangan
beliau. Tanpa perjuangan beliau, mungkin hari ini kita masih dalam belenggu penjajah dan
Malaysia mungkin tiada dalam peta dunia.

Pendek kata, Tunku ialah seorang yang istimewa yang dilahirkan untuk memimpin
manusia dalam keadaan yang mencabar seperti di Malaysia. Pemimpin-pemimpin yang luas
pengetahuan akademiknya ataupun petah bercakap belum tentu dapat mengemudikan negara
ini di celah liku-liku perkauman yang menghendaki kebijaksanaan dan kesabaran yang bukan
sedikit. Tunku tidak ada ilmu yang banyak, tetapi peribadinya memupuk satu rasa keyakinan
pada orang-orang yang mendampingi beliau.

Inilah dia tokoh pemimpin negara yang saya sanjungi, Almarhum Yang Teramat Mulia
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah selaku
Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Gambar 16: Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
https://umno-online.my/presiden/tunku/
https://www.merdeka.com/tunku-abdul-rahman-putra-al-haj/profil/
https://www.google.com/
https://warisanpermaisuri.blogspot.com/2015/02/kemangkatan-tunku-abdul-rahman-
pada.html

SEKIAN


Click to View FlipBook Version