1
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA NAMA : NUR ‘AIN AMIRAH BINTI ROSLE NO. MATRIKS : P21241403 PROGRAM : PISMP JUN 2022 UNIT : X10 KUMPULAN : KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM22) IPGM KAMPUS IPOH, PERAK
ISI KANDUNGAN 1.0 BIODATA DIRI................................................1 2.0 MAKLUMAT PENGENALAN UNIT.................3 3.0 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA DAN DUNIA...................................................16 4.0 PERLEMBAGAAN DAN UNDANGUNDANG PENGAKAP..................................22 5.0 PENGASAS PENGAKAP..............................26 6.0 SEJARAH PENUBUHAN..............................29 7.0 TUJUAN PENUBUHAN................................31 8.0 ISTIADAT RASMI.........................................34 9.0 STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP......46 10.0 DASAR KEAGAMAAN..................................51 11.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN..................................................55 12.0 PAKAIAN SERAGAM...................................73 13.0 PROTOKOL DAN PEMAKAIAN LENCANA 83 14.0 TANDA PANGKAT.......................................88 15.0 SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK............................................91 16.0 MERANCANG PROGRAM KUMPULAN....100 17.0 RUJUKAN...................................................103
4 BIODATA DIRI 1
BIODATA PELAJAR NAMA NUR ‘AIN AMIRAH BINTI ROSLE ANGKA GILIRAN 2021242340333 PROGRAM MENDAKI, MENYANYI, MAKAN MPU341a – KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I UNIT X10 PISMP AMBILAN JUN 2022 HOBI KURSUS NAMA PENSYARAH PUAN ZAHARAH BINTI AHMAD 2
6 MAKLUMAT PENGENALAN UNIT KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA KLM22 IPGM KAMPUS IPOH 3
7 PENGAKAP KANAK-KANAK 4
8 MATLAMAT PENGAKAP KANAK-KANAK 1. Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka. 2. Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah. 3. Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama. 4. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-murid dalam bidang-bidang tertentu. 5. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif dikalangan mereka selaras dengan hasrat Rukun Negara. 6. Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka. 7. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. 5
HAD UMUR ● Sekumpulan belia berumur diantara 18 hingga 40 tahun yang mempunyai minat yang sama. ● Terdapat 6 jenis krew Pengakap Kelana yang berlainan. ● Berumur 15 tahun tetapi belum sampai umur 18 tahun. ● Seorang Pengakap Remaja hendaklah meninggalkan Pasukan Remajanya apabila dia berumur 18 tahun. ● Berumur 8 tahun, tetapi belum sampai umur 13 tahun. ● Dia tidak boleh menyambung sebagai Pengakap Kanak-Kanak apabila dia telah sampai umur 13 tahun. ● Berumur 12 tahun tetapi belum sampai umur 16 tahun. ● Apabila sampai umur 15 tahun mesti menerima latihan sesuai dengan umurnya. Pengakap Kanak-Kanak Pengakap Muda Pengakap Remaja Pengakap Kelana 6
10 LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA Penerangan 1 • Pecahan tiga kelopak Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga Penerangan 2 • Lingkaran tali berwarna putih Melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. Penerangan 3 • Warna ungu Warna Biro Pengakap Sedunia. • Ikatan putih Menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap Penerangan 4 Penerangan 5 • Warna putih Kesucian dan kebersihan. • Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan Melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Penerangan 6 7
MAKSUD LAMBANG ● 3 kelopak merupakan 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. ● Ikatan hijau – Persaudaraan pengakap ● Bintang pecah 5 (bewarna hijau) – 10 undang-undang pengakap ● Bintang pecah 14 – Kesemua negeri dalam Malaysia ● Bulan sabit – Agama Islam sebagai agama rasmi ● Lingkaran Tali - "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia“ ● Warna kuning – Warna diRaja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ● Warna pada lambang menandakan unit-unit pengakap iaitu : Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", Hijau - "Pengakap Muda", Merah - "Pengakap Remaja“. ● Ikatan buku sila – Kekuatan perpaduan persaudaraan pengakap tidak terganggu gugat. 8
12 BENDERA PENGAKAP DIPERKENALKAN RUPA BENTUK & UKURAN • Hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. • Keseluruhan bendera yang tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. • Berukuran 183cm panjang dan 91.5cm lebar. • Bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan setiap hari mulai jam 8 pagi sehingga 6.30 petang mengikut tatacara dan penghormatan tertentu. Sila imbas kod QR bagi audio lagu Mengikut hak cipta & siaran semasa 9
13 BENDERA PENGAKAP DIPERKENALKAN RUPA BENTUK & UKURAN • Hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. • Keseluruhan bendera yang tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. • Berukuran 183cm panjang dan 91.5cm lebar. • Bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan setiap hari mulai jam 8 pagi sehingga 6.30 petang mengikut tatacara dan penghormatan tertentu. 10
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik UKURAN 11
15 COGAN KATA Title Author Pengakap Muda Pengakap Kanak-Kanak • Untuk murid tahap dua sekolah rendah iaitu berumur 9 tahun hingga 12 tahun. • Cogan kata mereka ialah “Buat Sehabis Baik”. • Mempelajari asas kepengakapan bagi membuat persediaan yang rapi dan menimba ilmu pengetahuan. • Membentuk tingkah laku dan persepsi yang positif terhadap kepengakapan. • Untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sekolah menengah. • Cogan kata mereka ialah “Selalu Sedia”. • Ahli pengakap selalu bersedia menerima segala cabaran yang dipelajari asas kepengakapan dengan mengaplikasikan asas tersebut dalam kehidupan. • Menerima latihan sesuai dengan umurnya. • Satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan ahli akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap. 12
16 COGAN KATA Title Author Pengakap Kelana Pengakap Remaja • Untuk murid sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 termasuk pelajar tingkatan 6. • Cogan kata mereka ialah “Pandangan Luas” • Ahli pengakap membentuk satu rutin dalam kepengakapan supaya dapat mencipta atau berfikiran jauh untuk sesuatu yang baharu dan sentiasa berfikir di luar kotak. • Untuk ahli berusia 17 tahun hingga 40 tahun. • Cogan kata mereka ialah “Berkhidmat” • Ahli pengakap yang sukarela menjadi sebahagian daripada ahli akan berkhidmat untuk negara dan juga memegang kepada prinsip kepengakapan. • Perkhidmatan tersebut akan membentuk jati diri yang kukuh dan sentiasa berfikiran lebih rasional. 13
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, and includes icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia. Yang Saya, Dengan seberapa daya upaya saya, Akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-Undang Pengakap 14
18 LAGU UNIT PENGAKAP Kami Pengakap Malaysia, Harapan nusa dan bangsa, Berikrar setia, Pada pertiwi tercinta. Melatih generasi muda, Menjadi insan yang berguna, Persetiaan pengakap Terus dipegang berama. Menolong orang setiap masa, Menabur bakti di mana sahaja, Demi Tuhan, Raja dan negara. Berbudi, bersaudara, Taat, menurut perintah, Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia. Kami bangga junjung cita-cita, Pengakap, Pengakap Malaysia. Sila imbas kod QR bagi audio lagu Mengikut hak cipta & siaran semasa 15
19 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA & DUNIA 16
20 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA PENUBUHAN PENGAKAP • 1908 - Mula diperkenalkan di Malaysia • Pasukan percubaan dimulakan di Pulau Pinang (1908) & di Selangor (1909) namun kedua - duanya tidak begitu aktif. • Ketika Singapura masih di sebahagian daripada Malaya, satu pasukan yang mempunyai 30 orang ahli termasuklah F.C. Sands (tokoh pendidikan England) telah ditubuhkan pada tahun 1909. • Sejak penubuhan pasukan percubaan di Pulau Pinang, Selangor dan Singapura ini, pergerakan pengakap terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kaum belia dan orang dewasa terutamanya dalam kalangan pelajar dan kaum guru di negeri - negeri lain. • Kumpulan pertama ahli pengakap anak Melayu yang mampu berbahasa Inggeris ditubuhkan di Singapura pada tahun 1919 oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Alsagoff. 17
21 • Lama-kelamaan, pergerakan pengakap semakin berkembang di setiap negeri sebagaimana jadual di bawah : • Penubuhan pengakap di Malaysia telah dimulakan oleh pegawai Inggeris, pentadbiran atau pendidik. • Sebelum merdeka sehingga tahun 1970, keahlian pengakap hanya dibuka kepada lelaki, namun keahlian mula dibuka kepada ahli perempuan pada tahun 1972 di beberapa buah sekolah di Kelantan (SMK Kubang Kerian & SMK Kota Bharu). 18
22 SEJARAH PENGASAS DUNIA ● Lord Baden gemar akan kegiatan dan kehidupan di luar dan beliau bersama abang-abangnya gemar melakukan aktiviti lasak seperti berjalan kaki,berkhemah dan belayar. ● Pasukan beliau dihantar ke Afrika untuk menentang kaum Zulu. ● Pada tahun 1899,beliau ditugaskan mempertahankan bandar Mafeking.Beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberi maklumat semasa pihak musuh mengepung bandar Mafeking. ● Pada tahun 1907,beliau menulis buku "Aids to Scouting" yang merupakan rancangan latihan untuk belia lelaki. ● Tahun 1919,beliau mengadakan tapak perkhemahan pengakap pertama di dunia di London. ● Lord Baden meninggal dunia di Kenya pada 8 Januari 1941. 19
23 SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden Powell atau Lord Baden-Powell, seorang tentera Inggeris berpangkat Leftenan Jeneral. Setelah bersara daripada tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budakbudak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. 20
24 SEJARAH PENUBUHAN Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan Bekas Mejar Tentera British yang penuh dengan pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung,bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Pada tahun 1920,Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Di sinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan “Lord Baden of Gillwell” kepada beliau. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84. 21
25 PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP 22
26 PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia perlu dibaca berlandaskan; dan bersama 1. Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 2. Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berasaskan; 1. Kelulusan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Pengakap Negara pada 27 Mac 2010; dan 2. Disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 28 Mac 2010. Susunan Seksyen Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Susunan Seksyen-Seksyen di dalam Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia dan Pertubuhan Negara adalah seperti berikut: 1. Perlembagaan. 2. Menjadi Ahli Persekutuan. 3. Dasar Agama. 4. Perbalahan Politik dan Perindustrian. 5. Dasar Kewangan. 6. Hubungan Luar dan Antarabangsa. 7. Peraturan-Peraturan Am. 23
27 UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang diPertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya. 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan. 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan. 9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat. 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. 24
28 PRINSIP-PRINSIP ASAS PENUBUHAN Definisi Berpengakap Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripadsa politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. Matlamat Berpengakap Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik keujudannya. Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, social dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya,negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Prinsip-Prinsip Berpengakap Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap. • Menghayati kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan; • Tanggungjawab kepada agama, masyarakat dan Negara; • Bertindak dan bertimbang rasa terhadap hak-hak asasi manusia serta mengelakkan diri daripada bersifat kejam; dan • Berkeyakinan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekelilingnya. 25
29 PENGASAS PENGAKAP 26
BIODATA PENGASAS ● Nama Pengasas Pengakap: Lord Baden Powell of Giwell ● Nama Penuh : Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell ● Tempat Lahir : Hype Park, London ● Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 ● Pendidikan : Charter House, London ● Pangkat : Leftnan Muda (1876), Leftnan Jeneral (1907) dan Ketua Inspektor (1963) ● Tarikh Kematian : 8 Januari 1941 27
31 KRONOLOGI PENUBUHAN PASUKAN PENGAKAP NEGERI-NEGERI 28
32 SEJARAH PENUBUHAN 29
33 Tahun 1908 – Pengakap muncul di tanah air yang dianggotai oleh kanak-kanak pegawai British. Tahun 1910 – Pasukan pertama pengakap ditubuhkan di Singapura oleh Sir Frank Cooper Sands. Dua dekat selepas – Pergerakan pengakap tersebar ke Tanah Melayu dan Borneo. Selepas Perang Dunia II – Pergerakan pengakap disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Tahun 1957 – Diterima sebagai ahli Persekutuan Pengakap Sedunia. Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk nama Malaysia Bersama penggabungan negeri-negeri. November 1964 – Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan. Persekutuan tersebut diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968, dan (Semakan) 1989. SEJARAH PENUBUHAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) 30
34 TUJUAN PENUBUHAN 31
35 TUJUAN PENUBUHAN 1. Membentuk warganegara yang taat kepada negara Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan agama diketuai oleh Yang Dipertuan Agong iaitu merupakan simbol kedaulatan undang-undang negara. Pengakap Kelana diingatkan supaya mempertahankan undang-undang dan dasar-dasar negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara. 2. Meninggikan Persaudaraan antara Pengakap-Pengakap Sedunia Pengakap Kelana adalah ahli Pergerakan Pengakap Sedunia yang telah ditubuhkan untuk memastikan ahli-ahlinya menjadi warganegara dunia yang berguna dan berkebolehan. Semua Pengakap Kelana adalah sahabat dan saudara antara satu sama lain. Setakat ini, lebih daripada 250 juta orang di seluruh dunia pernah menjadi Pengakap. 3. Persaudaraan Aktiviti-Aktiviti Luar Pengakap ditubuhkan untuk menggalakkan belia-belia melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar seperti berkhemah, mengembara dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut melatih seseorang itu menjadi seorang yang berpengalaman dan boleh bergantung kepada dirinya sendiri dan seterusnya membantu orang lain. Sistem Latihan Pengakap Kelana menggalakkan semua ahlinya melatih diri sendiri dalam kemahiran luar. 32
36 4. Berdikari Undang-undang Pengakap yang kesebelas yang dicatatkan, iaitu “Seorang Pengakap itu bukannya bodoh”. A Scout is not a fool. Dalam latihan Pengakap Kelana, seseorang itu diwajibkan memperoleh tabiat-tabiat berdikari dan dipastikan supaya menjalankan tugas-tugasnya dengan seberapa daya upaya yang boleh. 5. Perlindungan Alam Semula Jadi Dengan pembangunan yang pesat, kita kehilangan sebahagian daripada alam semula jadi kita. Alam semula jadi adalah tempat di mana aktiviti-aktiviti berpengakap dijalankan. Dengan kesedaran ini, Pengakap Kelana diharapkan memainkan peranannya untuk melindungi alam semula jadinya dengan sebaik mungkin. 6. Fikiran Progresif Antara Belia Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia memandang ke arah golongan belianya untuk menjadi pemimpinpemimpin masa depan. Dengan melibatkan diri dalam hal ehwal masyarakat, seorang Pengakap Kelana diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Ini dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti melanjutkan pelajaran, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tiada kaitan unsur politik, ataupun berkhidmat kepada masyarakat. 7. Perkhidmatan Masyarakat Dalam pembentukan warganegara yang berguna, Pengakap Kelana itu diwajibkan berkhidmat kepada masyarakatnya dengan tujuan untuk keamanan dan kedamaian masyarakat. 33
37 ISTIADAT RASMI PENGAKAP 34
38 PENGENALAN Istiadat Menurunkan Bendera Istiadat Laung Agung JENIS-JENIS ISTIADAT RASMI PENGAKAP Istiadat Mengibarkan Bendera 1. 2. 3. • Mana-mana badan unit beruniform mempunyai beberapa istiadat yang tersendiri. • Pergerakan pengakap mempunyai istiadat-istiadat yang sentiasa diamalkan. 4. 5. 6. Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan (PKK) Istiadat Melantik Istiadat Meningkat Naik 35
39 TUJUAN PELAKSANAAN ISTIADAT RASMI PENGAKAP • Melatih diri untuk taat kepada Tuhan; • Menghargai dan menghormati pemimpin; • Menandakan permulaan dan tamat sesuatu aktiviti atau perjumpaan; • Kaedah memberi hormat kepada tetamu; • Mengingati semula asas atau usul Pergerakan Pengakap; • Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan 36
ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA Sila imbas kod QR Mengikut hak cipta & siaran semasa 37
41 Kedudukan 1. Peserta : Dalam bulatan. 2. Jurulatih : Sebaris di belakang tiang, menghadap peserta Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua. 3. Bendera : Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang. Perjalanan Upacara 1. Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih. 2. Petugas berdiri di tengah-Tengah 3. Apabila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia”, tunggu semua jurulatih bersedia, kemudian petugas boleh memulakan upacara. 4. Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara. 5. Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ketempat asal) 6. Petugas : (Beri arahan) Bendera 7. Petugas : (Bergerak mengadap bendera) Pengibar bendera terus menarik tali bendera. Peserta menghormati bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat. PKK yang lain turut menghormati bendera 8. Petugas : “Negaraku” - Semua menyanyi. 9. Petugas : (perintah) “Doa”. Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki. 10. Isyarat untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia 11. Petugas : “Persetiaan”- isyarat 12. Petugas terus angkat tangan,diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan 13. Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat – lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepadatuan” pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) 14. Perintah “Baris senang diri” 15. Jurulatih bertugas : Mulakan tugas 16. Petugas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris”. 38
ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA • Kedudukan peserta mestilah dalam bulatan manakala jurulatih berada di belakang tiang bendera menghadap peserta. • Berikut merupakan aturan upacara: 1. Petugas : (Beri arahan ) “PEK ! Sedia ” 2. Petugas : (Beri arahan ) “ Bendera ” semua mengadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera 3. Petugas : (Beri arahan ) “ Serahkan bendera kepada ketua ” PKK bergerak (arahan ) “ Ap ” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak mengadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan 4. Petugas : (beri arahan ) “ Doa ” - “ Ap ” - angkat tangan. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “ Ap ” - turun tangan 5. Petugas : (beri arahan ) “PEK ! Bersurai ” Sila imbas kod QR Mengikut hak cipta & siaran semasa 39
ISTIADAT LAUNG AGUNG • Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan diseluruh dunia. • Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". • Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. • Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK. Sila imbas kod QR Mengikut hak cipta & siaran semasa 40
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG 41
42
ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA KEMAJUAN (PKK) • Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. 1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera. 3. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 4. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima. 5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat. 6. Akela menyematkan lencana - Lencana Kemajuan di kiri lengan baju - Lencana Kepandaian di kanan lengan baju 7. Akela bersalam dan mengucapkan “Syabas”. 8. PKK tabik hormat. 9. Selesai semua – Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana. 10. PKK balik ke sekawan masing-masing. 43
ISTIADAT MELANTIK 1. PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolongpenolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. 2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan. 3. Ketua sekawan membawa PKK yang baru berdiri di hadapan Akela. Selepas itu, ketua sekawan balik ke tempatnya. 4. Serentak dengan itu, Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian. 5. Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak”. PKK baru : “Ya Akela”. 6. Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap”. PKK baru : “Ya, Akela”. 44
ISTIADAT MENINGKAT NAIK 1. Sebaik Sahaja Laung Agung selesai, Akela mara ke garisan pemisah. 2. Pemimpin memberi arahan “Kumpulan Sedia”. Pemimpin akan terangkan tujuan istiadat. 3. Apabila arahan “PKK meningkat naik” diberi, PKK akan bergerak satu Langkah ke hadapan, pusing ke kanan dan terus bersalam dengan PKK yang lain. Seterusnya, maju ke Akela di garisan pemisah (tali). 4. Akela memberi pesanan terakhir kepada PKK. 5. PKK memberi hormat, salam dengan Akela. Akela menggunakan tangan kiri memimpin PKK melangkah pemisah. 6. PKK memberi hormat kepada pemimpin Pengakap Muda dan bersalam. 7. Pemimpin menyerah PKK kepada Ketua Patrol. 8. Ketua Patrol membawa PKK ke patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli kumpulan. 9. Selesai semua ahli baru dipindahkan, semua ahli yang akan memberi sorakan “SELAMAT DATANG”. 10. Bagi PKK yang tinggal, Istiadat Laung Agung diteruskan. 45
49 STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP 46
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP 47