The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INTAN SUHAILA
NURHANNANI IZZATI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INTAN SUHAILA SARIFFUDIN, 2023-01-27 23:49:39

KEROPOK LEKOR

INTAN SUHAILA
NURHANNANI IZZATI

Hasil Penulisan ▪ Nurhannani Izzati Bt Hazlan ▪ Intan Suhaila Bt Sarifudin Disediakan untuk ▪ Ts. Mudiana Binti Mokhgsin @ Misron [EDISI PERTAMA]


PRAKATA Keropok Lekor merupakan salah satu makanan tradisional Negeri Terengganu serta makanan yang wajib dibeli sebagai buah tangan sekiranya datang melawat ke Terengganu. Keropok Lekor juga menjadi salahsatu makanan yang selalu dihidangkan ketika minum petang di Negeri Terengganu. Buku ini akan menceritakan tentang sejarah dari mana datangnya keropok lekor, jenis jenis keropok lekor dan cara pembuatan keropok lekor.


KANDUNGAN Kandungan Muka Surat Sejarah keropok lekor……………. 1-2 Jenis keropok lekor………………… 3-6 Bahan-bahan & Fungsi…………… 7 Cara pembuatan keropok lekor……………………………………….. 8-14 Sudut Informasi Tambahan……… 15 Penutup…………………………………. 16 Galeri……………………………………… 17 Glosari……………………………………. 18 Rujukan………………………………….. 19


SEJARAH KEROPOK LEKOR 1


Keropok lekor (Sebutan bahasa Melayu: [kəropo lekor] [1] ) atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu. [2][3] Perkataan "lekor" bermaksud "lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Warnanya berwarna kelabu dan juga mempunyai bau ikan.[4] Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah sos cili yang pedas, mayones dan keju. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di beberapa negeri lain selain Terengganu. 2


JENIS KEROPOK LEKOR 3


Keropok lekor atau dikenali juga sebagai keropok batang. Ia mempunyai tekstur yang sedikit melekit kerana keropok ini dihasilkan daripada daging ikan yang diproses, garam, tepung sagu dan air. Ia diuli dan digentel dalam bentuk panjang bertali seperti sosej dengan panjang 6 hingga 10 inci. Keropok batang ini kemudiannya akan direbus. Keropok ini sedia untuk dimakan terus kerana sudah direbus. Enak dimakan bersama sos cili buatan sendiri dan diperah dengan sedikit jus limau bagi mengurangkan bau ikan pada keropok tersebut. 4


Keropok goreng adalah keropok yang diproses dengan kaedah yang sama seperti keropok batang. Perbezaanya ialah pada cara masakan keropok tersebut. Keropok goreng ini akan digoreng dalam minyak yang panas. Rasanya rangup diluar dengan rasa isi ikan yang lembut dibahagian dalam keropok. Sering dimakan pada waktu makan petang bersama sos cili Terengganu yang terkenal. Namun keropok ini telah dimodenkan dan dipadan kan bersama mayonis dan keju. Ia juga dikenali sebagai ”keropok cheese”. 5


Keropok keping pula diuli dan digentel menjadi bentuk yang panjang. Kemudian ia dihiris nipis dan dikeringkan di bawah matahari supaya kering tahan lebih lama sebelum dibungkus untuk dijual. Keropok ini perlu digoreng dalam minyak yang panas sebelum dimakan. Teksturnya yang ringan, mudah dibawa dan rangup menjadikannya pilihan ramai. Keropok keping ini juga sering dijadikan snek makanan ringan dan sangat digemari oleh kanak kanak. Sering digandingkan dengan sos cili tetapi keropok keping juga enak dimakan terus. 6


Isi ikan Bahan utama dalam pemprosesan keropok lekor dan kaya dengan protein Gula Memberi rasa dan mengawal kerosakan semasa penyahasilan protein MSG Penambah rasa kepada isi ikan Tepung Sagu Membantu tekstur keropok menjadi lebih lembut dan enak Garam Memberi rasa dan membantu melarutkan protein Ais Mengekalkan kualiti dan kekenyalan isi ikan serta merendahkan suhu semasa penggaulan doh 7


CARA PEMBUATAN KEROPOK LEKOR 8


Bersihkan ikan dengan membuang sisik dan perut ikan asingkan isi ikan serta hancurkan isi ikan. 9


Masukkan isi ikan, tepung sagu, garam, gula, air ais dan penambah rasa MSG ke dalam mesin pengadun 10


Bentukkan doh seperti silender dan seakan-akan sosej dengan purata panjang 6 ke 7 inci. 11


Rebus doh hingga ia timbul di permukaaan periuk. 12


Angkat ,tos dan sejukkan doh 13


Selepas ditos dan disejukkan, keropok lekor boleh dibungkuskan dan dipasarkan 14


SUDUT INFORMASI TAMBAHAN • Kandungan utama keropok-keropok ini ialah ikan. Terdapat beberapa jenis ikan yang biasa digunakan iaitu ikan parang, tamban, selayang, kerisi dan lain-lain. • Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, ikan telah ditetapkan tidak kurang dari 15% daripada adunan utama. Manakala tepung hanya merangkumi 70%, garam 2.5%, gula 1.5% dan monosodium glutamate (MSG) 0.3%. • Kandungan ikan yang banyak menjadikannya antara makanan yang tinggi protein. ADAKAH ANDA TAHU? 15


PENUTUP Buku Keropok Lekor Edisi pertama ini memaparkan topik-topik berkaitan keropok lekor yang berasal dari Terengganu Darul Iman yang terletak di Negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia . Keropok lekor merupakan salah satu makanan tradisional negeri Terengganu dan dikategorikan sebagai jenis kudapan yang selalunya dihidangkan ketika minum petang di negeri Terengganu. Selain menerangkan tentang sejarah dan jenis keropok lekor, buku ini mengetengahkan aspek penggunaan bahan mentah tempatan, pemprosesan dan penyediaan keropok lekor. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar IPT, ahli akademik, usahawan dan pencinta makanan tradisional. 16


GALERI 17


GLOSARI 1) ^ "Keropok Lekor". JKKN. 2016. Dicapai pada 8 December 2017. 2) ^ "Keropok Lekor". Tourism Terengganu. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2014. Dicapai pada 20 August 2013. 3) ^ "Lekor". dof.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2014. Dicapai pada 22 May 2014. 4) ^ "Keropok Anyone". Malaysia Footsteps. 2009- 06-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014- 05-22. Dicapai pada 22 May 2014. 5) ^ Panjat ke:a b Nasiha Gaberan (8 September 2020). "Tips Simpan Keropok Lekor Agar Tahan Lama, Rasa Masih Sedap Walau Selepas Berbulan-Bulan". dailymakan.com. 18


RUJUKAN Wikipedia, ensiklopedia bebas. “Keropok Lekor - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas.” Keropok Lekor - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas, 8 Dec. 2017, https://ms.wikipedia.org/wiki/Keropok_lekor#:~:text=K eropok%20lekor%20(Sebutan%20bahasa%20Melayu,or %22%20di%20akhir%20suku%20kata Suhaimi, Atikah. “Terbongkar: Mengapa Keropok Lekor Terengganu Lebih Baik Berbanding Makanan Ringan - Fitpedia.” Fitpedia, 27 May 2021, https://fitpedia.my/6- manfaat-keropok-lekor-terengganu-sebagai-alternatifmakanan-ringan/ Wikimedia Commons, the free media repository. “File:Keropok Lekor in Terengganu, Malaysia.jpg - Wikimedia Commons.” File:Keropok Lekor in Terengganu, Malaysia.jpg - Wikimedia Commons, 15 Jan. 2009, https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Keropok_lek or_in_Terengganu,_Malaysia.jpg https://www.google.com/ 19


Click to View FlipBook Version