The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdkhairfarhan769, 2021-05-22 04:54:25

Tugasan 1 Projek 50%

Tugasan 1 Projek 50%

Membincangkan isu-isu perkahwinan dan
pembubaran perkahwinan.

NAMA MUHAMMAD KHAIR FARHAN BIN KHAIRUL AZHAR

NO KAD MATRIKS B12SSK20F040
NO IC 990901105615

MAKLUMAT KURSUS SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIN

PENDAHULUAN

 Allah SWT menciptakan setiap perkara di dunia ini berpasang
pasangan . Malam dan siang, pagi dan petang, hitam dan putih,
gelap dan terang. Bagi binatang pula diciptakan jantan dan
betina bagi setiap jenis, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan.
Terdapat jantan dan betinanya bagi memastikan benih yang
ditaburkan oleh manusia oleh si jantan dapat diterima oleh si
betina bagi menghasilkan makanan.Perkara ini juga terdapat
kepada sebaik-baik ciptaan allah swt , iaitu manusia.Allah swt,
menciptakan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan agar
mereka saling berkasih sayang .

Pendapat ulama tentang perkahwinan kanak-kanak.

 Melihat kepada nas-nas dan juga lembaran kitab-kitab Feqah
yang membincangkan isu ini, kita dapati bahawa pendapat
yang paling kuat dan muktamad bahawa perkahwinan kanak-
kanak adalah sah dengan syarat-syarat tertentu sehingga
sebahagian daripada mereka menukilkan ijma’ ulama’ bahkan
sejak daripada zaman Rasulullah SAW dan sahabat lagi, ada
berlaku perkahwinan seperti ini.

Nikah mutah di Malaysia.

 Nikah Mutah adalah perkahwinan untuk keseronakan. Ia perkahwinan
bagi tempoh masa tertentu yang menurut mazhab syiah, adalah
perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan
perkahwinan tersebut terlerai.Contohnya,seorang lelaki melakukan
berkahwin dengan akad nikah sebagai berikut “AKU BERKAHWINIMU
SELAMA SATU BULAN ATAU SATU TAHUN” Kemudian,wanita itu
menjawap “AKU TERIMA” .Itu adalah takrif perkahwinan muta’a
menurut jamhur ulama. Perkahwinan ini hanya dibolehkan pada masa
peralihan jahiliyah kepada islam, ketika zina menjadi perkara biasa
dalam masyarakat. Bagi MAZHAB SUNNI, perkahwinan ini adalah tidak
sah dan haram dilakukan . Walau bagaimanapun, ia dinyatakan

sebagai haram oleh pihak ahli Sunnah wal-Jamaah. Bab ini yang paling
diperdebatkan dalam bidang fiqh; ahli Sunnah dan Syiah masing-
masing memegang pendapat yang berbeza tentang keizinan untuk
perkahwinan ini. Mut’ah dalam Syiah lebih banyak berpunca dari ajaran
Majusi yang mengajarkan fahaman "seks bebas" di kalangan penganut-
penganutnya. Walau bagaimanapun, Syiah meriwayatkan bahawa
Imam Ar Ridha (Imam yang ke-8 Syiah) menyatakan bahawa Mut’ah itu
tidak halal kecuali kepada orang yang mengertinya iaitu haram kepada
orang yang jahil tentangnya.

Hukum pernikahan di luar negara terutama di
Thailand.

Setiap Pernikahan yang memenuhi hokum syarak tidak kira di mana sahaja . ia
berlaku. Akan menjadi sah jika semua rukun dan syarat nikah dipenuhi .
Pernikahan di luar negara juga perlu dipastikan beberapa aspek dan
kriteria,antaranya tempat akad nikah yang diiktiraf oleh negara berkenaan .
Seperti yang dapat dilihat sekarang adalah sedang rancak berlaku di negara
jiran atau lebih dikenali sebagai “Nikah Thailand”.Selain hukum-hukam agama,
pasangan yang memilih untuk bernikah di luar negara sebenarnya perlu juga
melihat pelbagai implikasi lain yang berkait dengan undang-undang.Selain itu,
hukum nikah di luar negara mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan.Misalnya,jarak tempat berlaku akad nikah dengan tempat tinggal
wali bermastautin hendaklah melibihi dua marhalah (92 kilometer) untuk
melayakkan mereka menggunakan perkidhmatan wali hakim.Perkahwinan itu
juga perlu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara
berkenaan dan diakadnikahkan oleh mereka yang telah ditauliahkan sebagai
wali hakim .

Talak Bain.

Jenis Talak Bain ialah talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya di mana
apabila terlafaznya talak tersebut, suami tidak boleh rujuk kembali dengan isteri.
Suami hanya boleh merujuk dengan bekas isterinya apabila isterinya berkahwin
dengan lelaki lain (suami baru). Mereka telah bersama (bersetubuh) dan kemudian
isteri ini diceraikan oleh suami baru tanpa paksaan sesiapa dan hanya melalui
kerelaan hatinya sendiri.
Apabila tamat tempoh iddahnya, barulah bekas suami pertama boleh menikah
kembali dengan bekas isteri dengan akad nikah yang baru dan membayar mas
kahwin yang baru. Talak Bain terbahagi kepada dua iaitu Talak Bain
Sugra dan Talak Bain Kubra. .

 Bain Sugra
 Bain Sugra berlaku apabila pasangan berkahwin bercerai sebelum melakukan

persetubuhan dan bercerai melalui khulu’. Suami tidak boleh rujuk isteri
semasa iddah tetapi boleh mengahwini isteri dengan akad dan mas kahwin
yang baharu.
 Khulu’ ialah lafaz cerai yang dilafazkan suami ke atas isterinya dengan
mendapat gantian yang diberikan oleh isteri atas sebab suami bersetuju
menceraikan isteri. Khulu’ hendaklah dengan kerelaan hati isteri dan bukan
paksaan daripada mana-mana pihak.
 Hukum Khulu’ adalah harus bagi isteri yangtidak tahan lagi bersama suaminya tas
sebab-sebab tertentu yang boleh membawa kemudaratan ke atas isteri. Namun
hukumnya adalah makruh jika isteri meminta cerai dari suami tanpa apa-apa sebab
yang munasabah.

 Bain Kubra
 Bain Kubra berlaku apabila pasangan telah bercerai dengan talak tiga.

Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya,
melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami
isteri yang sah. Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua
itu meninggal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas
isterinya ini.

 Walaupun dihalalkan oleh syariah, namun penceraian bukanlah sesuatu yang
harus dipandang ringan. Perkahwinan adalah sebuah perkongsian hidup
antara dua insan dan keluarga mereka. Kesannya bukan sekadar kepada
pasangan tetapi kepada anak-anak dan keluarga mereka.

 Memang tidak setiap masa akan indah dan manis dalam perkahwinan. Ada masam
pahitnya dan ada turun naiknya. Namun perkahwinan adalah satu ikatan antara
kedua pihak. Jadi kedua-dua suami dan isteri harus bekerjasama untuk memastikan
ikatan ini terpelihara hingga akhir usia dan ke syurga Allah SWT yang hakiki kelak.

Hukum lian dan implikasinya.

L’ian menurut istilah fikah (hukum syarak) ialah sumpah seorang suami apabila
ia menuduh isterinya melakukan zina. Sumpah itu diucapkan sebanyak empat
kali, bahawa tuduhan itu benar dan pada sumpah yang kelima ia meminta
kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya ia berdusta.
Li’an dari segi bahasa ialah menghalau dan menjauhkan. Manakala dari segi
istilah ialah beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh
orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan
memberi malu kepadanya sebagai berzina.

Implikasinya :

 Gugur had qazaf daripada suami . Had qazaf itu akan dijatuhkan kepada
isteri yang dili’an.

 Wajib had zina ke atas isteri yang tidak meli’an suaminya . jika isteri itu
meli’an suaminya maka gugurlah had zina tersebut daripada isteri

 Bercerai di antara suami isteri selama-lamanya sebagai talak ba’in
 Tidak boleh dinasbkan anak yang diakui oleh suami yang meli’an

isterinya kepada suami tersebut, jika suami menolak anak itu pada
Li’annya. Walaubagaimanapun anak itu tetap menjadi nasab kepada
isteri yang dili’an .

PENUTUP

Peningkatan kes pembubaran perkahwinan di Malaysia bukan sesuatu yang
baharu. Bahkan peningkatan tersebut semakin membimbangkan dan

memberi tekanan terutama kepada sistem pentadbiran Mahkamah Syariah.
Terdapat beberapa elemen permasalahan yang dibangkitkan seperti isu
penangguhan kes, isu diskriminasi wanita, dan isu kelemahan sistem

pentadbiran Mahkamah Syariah. Walaupun begitu hanya beberapa jenis kes
sahaja yang didapati kerap bermasalah iaitu kes fasakh dan kes pengesahan

lafaz cerai. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual
mendalam yang melibatkan sepuluh Pegawai Syariah di Negeri Selangor.

TAMAT


Click to View FlipBook Version