PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 5
AKIDAH
TAJUK : ALLAH AL-MALIK
()الملك
Cakerawala meliputi
seluruh bintang dan
planet-planet di langit,
termasuk bulan dan
matahari.
Planet bumi berputar
dan beredar
mengelilingi matahari,
manakala bulan
bergerak mengelilingi
bumi.
NAMA ALLAH AL-MALIK
Pengertian
Al-Malik bererti Allah yang menguasai segala-galanya.
Dalil
Maksudnya : Dialah yang memiliki kuasa pemerintahan langit
dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. Dan Dia Maha
Berkuasa atas setiap sesuatu. (Surah al-Hadid 2: 57)
ERTI NAMA ALLAH AL-MALIK
• Al-Malik bererti yang menguasai segala-galanya. Nama
Allah Al-Malik bererti Allah subhanahu wa ta’ala yang
menguasai pemerintahan, pentadbiran dan pemilik mutlak
segala yang ada di bumi dan di langit.
BUKTI NAMA ALLAH AL-MALIK
1. Allah s.w.t mentadbir seluruh makhluk di langit dan di bumi dengan
bijaksana.
2. Allah s.w.t mencipta sesuatu mengikut kehendak-Nya.
3. Seluruh makhluk sentiasa berhajat kepada pertolongan Allah s.w.t.
BERIMAN DENGAN NAMA ALLAH AL-MALIK
Hukum
Kita wajib beriman dengan nama Allah Al-Malik.
Dalil
Dalil naqli nama Allah Al-Malik, firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Maka (dengan yang demikian) maka tinggallah Allah yang menguasai
seluruh alam, lagi yang Maha Benar, tiada tuhan melainkan Dia, tuhan yang
mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mukminun 116 : 23)
KEPENTINGAN BERIMAN DENGAN NAMA
ALLAH AL-MALIK
1. Berusaha menjadi manusia yang bersyukur dan meninggalkan sifat
sombong.
Saya sedar walaupun mempunyai kekayaan dan kecerdikan, tetapi Allah
jualah yang Maha Kaya dan Maha Bijaksana.
2. Menyedarkan kita bahawa kita hanyalah makhluk Allah yang lemah,
sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
Saya akan tekun beribadah dan berdoa sebagai tanda beriman
dengan nama Allah Al-Malik.
3. Sentiasa menghargai alam yang dikurniakan Allah s.w.t.
Saya akan memelihara kebersihan dan keceriaan persekitaran.