The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK INI UNTUK MEMENUHI KURSUS
KPK 2203
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN DALAM PAKSI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Izzah Athirah, 2020-09-18 00:53:12

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

EBOOK INI UNTUK MEMENUHI KURSUS
KPK 2203
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN DALAM PAKSI

Keywords: teknologi

TAJUK: PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Disediakan oleh: Nur Izzah Athirah bt Mohd Rosdi (18140228),
Raihanah binti Ismail (18140235) & Nor Atikah binti Azhar (18140254)

PENGENALAN

Pada era globalisasi, penggunaan teknologi semakin meluas dan
berkembang dengan pesatnya dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia
tanpa mengira peringkat usia. Ia termasuklah kanak-kanak yang sedang
meneroka benda-benda baru di persekitarannya. Penggunaan teknologi
sangat penting dalam kehidupan masa kini. Tanpa teknologi, sesuatu
pekerjaan menjadi sukar, memenatkan dan mengambil masa yang lama untuk
memperoleh hasil. Begitu juga dalam bidang pendidikan di mana, sekolah-
sekolah mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi supaya ianya berjalan
dengan lancar dan berkesan.

MATLAMAT PENGGUNAAN TEKNOLOGI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat
bermaklumat.

2. Peranti tambahan seperti cakera padat (CD), teknologi video
dan digital dapat menyediakan persekitaran media yang
serba boleh untuk keperluan guru dan kanak-kanak.

• 3. Memperkenalkan, mengukuhkan dan menambah kemahiran

kanak-kanak terhadap penggunaan teknologi dalam
pembelajaran.

• 4. Membantu kanak-kanak mengembangkan kebolehan dari

segi mengguna, mengurus dan memahami ICT.

KONSEP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Menggunakan teknologi secara terancang, bersesuaian dan
berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

CONTOH TEKNOLOGI

CONTOH TEKNOLOGI

CIRI-CIRI INTEGRASI ICT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Prasekolah memainkan peranan
yang penting dalam kehidupan seharian. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan
mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Bagi
pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya
proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.
Oleh itu, ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan
dengan bahan, persekitaran yang bersesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya
pembelajaran kanak-kanak.

KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT
DALAM PDP

Penggunaan ICT pada era kini amatlah penting kerana ICT
tidak lagi asing penggunaannya dalam bidang kerjaya mahupun
bidang pendidikan. Kita tidak menginginkan anak-anak muda ini
ketinggalan zaman sekiranya langsung tidak didedahkan dengan
teknologi dalam pendidikan sejak awal lagi.

KEBAIKAN PENGGUNAAN ICT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Penggunaan ICT ini mampu memaksimakan kesan pendidikan
dalam proses pembelajaran kerana semua deria akan tergolong
dalam penglibatan ICT ini. Apabila pembelajaran dimulakan,
murid tidaklah terlalu bosan kerana penggunaan ICT ini akan
menarik minat mereka dalam mencuba benda baru, malah ia
juga dapat menjimatkan masa pelajar dalam proses
pembelajaran.

• Hal ini kerana, jika dibandingkan dengan era yang lebih lama,
murid terpaksa memikul bag yang berisi buku-buku pelbagai
subjek dengan berat. Apabila hendak memulakan
pembelajaran, murid akan mengambil masa untuk mencari
muka surat dalam buku teks malah, ada juga segelintir murid
yang lupa membawa buku teks bagi subjek yang ingin dipelajari
pada hari tersebut dan sebagainya menyebabkan mereka
ketinggalan dalam pelajaran.

• Seterusnya ICT ini juga akan melicinkan lagi proses pengajaran.
Sebagai contoh, jika dibandingkan dengan pengajaran yang
berasaskan buku teks dan percakapan guru, semestinya akan
ada sedikit gangguan yang tidak diingini seperti bersin, batuk
ataupun lupa sementara yang akan mengganggu proses
pembelajaran dan juga kadangkala akan memakan masa yang
lebih lama melebihi masa yang diberikan.

• Maka, dengan penggunaan ICT ini dapat menjamin masa yang
cukup dan proses pembelajaran yang lancar tanpa sebarang
gangguan yang tidak diingini. Tambahan pula, sebarang kesulitan
pengajaran seperti murid tidak fokus tidak lagi menjadi masalah
kerana mereka akan memberikan sepenuhnya tumpuan kepada
kaedah pembelajaran menggunakan ICT yang lebih menarik.

• Penggunaan ICT ini juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran
guru justeru, murid akan memperoleh pelbagai pengalaman dalam
pembelajaran menggunakan ICT ini.

KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEBURUKAN KEPADA GURU DAN SEKOLAH

• Guru terpaksa mengambil masa untuk memasang peralatan-peralatan
yang ingin digunakan semasa proses pdp. Oleh demikian, guru akan
mengorbankan masa mereka dengan terpaksa datang lebih awal ke
sekolah untuk memasang peralatan ICT ini. Namun begitu, hal ini akan
menjadi masalah besar sekiranya guru cetek pengetahuan dalam
bidang ICT.

• Bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai peruntukan yang
banyak, mereka terpaksa memilih barangan kelengkapan ICT
yang second-hand. Keputusan ini akan membawa kepada
beberapa kesan buruk apabila kemudahan-kemudahan ICT
yang digunakan selalu mengalami kerosakan menyebabkan
banyak masa terbuang apabila kemudahan tersebut terpaksa
dibaiki berulang kali.

• Penggunaan teknologi juga tidak dapat membantu dalam sesetengah
tajuk. Antara tajuk yang tidak dapat menggunakan penggunaan ICT
sepenuhnya adalah seperti tajuk yang memerlukan penerangan yang
mendalam dan tajuk yang melibatkan proses penyelesaian masalah
yang mana lebih mudah pemahamannya jika kaedah chalk and talk
diaplikasikan. Manakala, bagi subjek-subjek tertentu seperti sains dan
matematik yang memerlukan bahan uji kaji dan perlu dijalankan sendiri
oleh murid maka, ICT ini tidaklah membantu kerana subjek-subjek ini lebih
memerlukan kemahiran kreatif dan aktiviti hands-on agar murid dapat
memahami dan mengalami sendiri pengalaman-pengalaman yang
berkaitan pembelajaran ini.

• Penyediaan bahan ICT ini pula akan memakan banyak masa
untuk disiapkan. Hal ini kerana, penyediaan bahan ini memakan
banyak masa apabila bahan yang ingin digunakan agak sukar
untuk dicari dan disediakan. Berkait dengan pencarian bahan
pula, guru amat tertekan sekiranya rangkaian Internet tidak
berjalan dengan lancar.

KEBURUKAN KEPADA MURID

• Murid akan lebih mengharapkan penggunaan ICT sepenuhnya
berbanding dengan latihan-latihan amali. Akibatnya, murid akan
menjadi malas sekiranya aktiviti berpusatkan murid dijalankan.
Dan apa yang lebih dirisaukan adalah apabila murid diberikan
penggunaan ICT ini tanpa had dan kawalan yang akan
menyebabkan kepada murid terlalu obses dengan gadjet-
gadjet ini.

• Jika hal ini berlaku, pelbagai lagi masalah akan terus menerus
datang tanpa henti sama ada dari segi aspek kesihatan
ataupun emosi sendiri. Sebagai contoh, kesihatan murid akan
terjejas apabila mereka terlalu leka dan lupa untuk makan dan
minum. Di samping itu, pendedahan kepada teknologi yang
terlalu banyak boleh membawa kepada masalah rabun, sakit
mata dan sakit kepala akibat terlalu kerap melihat skrin gadjet-
gadjet tersebut.

PERANAN GURU DALAM
PENGGUNAAN ICT

• Dalam perkembangan teknologi maklumat ini, para guru perlu memahirkan
diri dengan teknologi ini agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lancar dan kanak-kanak dapat menerima ilmu daripada guru
dengan mudah. Ia juga secara tidak langsung untuk melahirkan guru-guru yang
menggunakan pelbagai alat berasaskan teknologi dengan lebih canggih dan
menarik kepada kanak-kanak. Daya menarik melalui animasi dan multimedia
interaktif boleh menarik minat kanak-kanak dan memikat mereka untuk kekal
dan memberi perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran.



• Oleh itu, guru hendaklah merancang aktiviti dan menyediakan bahan bantu
mengajar mengikut panduan KSPK sebelum pengajaran dilakukan. Sebagai
pembina perisian bahan bantu mengajar menggunakan teknologi terkini
sehingga mampu membina perisian yang akan membantu semasa pengajaran
dan pembelajaran.

• Selain itu, mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya
tertumpu kepada teknik dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat
ICT, guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam
mengenai sesuatu objek. Contohnya, penggunaan internet sebagai alat untuk
mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran
menggunakan internet membolehkan guru dan kanak-kanak mendapat maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu masa yang lama
seterusnya, dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini, kualiti
pengajaran dan pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.

• Seterusnya, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua kanak-
kanak yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas, tidak semua kanak-
kanak mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar
oleh guru. Justeru itu, melalui penggunaan ICT kanak-kanak dapat memahami
apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT
tersebut. Contohnya, melalui penggunaan alat seperti audio, video dan
sebagainya maka kanak-kanak akan lebih memahami setiap apa yang diajar
kerana di beri gambaran yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan
proses pengajaran dan pembelajaran yang biasa.

KESIMPULAN

• Kesimpulannya, penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting
dalam dunia pendidikan masa kini di mana, kanak-kanak lebih berminat untuk melihat benda-
benda yang boleh bergerak dan berwarna-warni. Ia juga dapat membantu membentuk kanak-kanak
lebih kreatif, inovatif dan memberi banyak pengetahuan tentang pembelajaran yang lebih berkesan
kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa juga haruslah sentiasa memberi galakan kepada kanak-kanak
untuk mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi maklumat. Guru juga haruslah
mempunyai kemahiran dan memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran
menggunakan teknologi. Tidak dapat dinafikan lagi, pengunaan teknologi dapat mengintegrasikan
pendidikan yang lebih menarik minat dan pengetahuan kanak-kanak terhadap pembelajaran masa
kini yang semakin maju bersesuaian dengan peredaran zaman.


Click to View FlipBook Version