Pembinaan Rak Maya PSS
SK Taman Permata merupakan
suatu inisiatif Pusat Sumber dan
pihak sekolah dalam membantu
murid-murid untuk mendapatkan
bahan bacaan dengan
lebih mudah.
Dengan adanya Rak Maya PSS ini
murid boleh mendapatkan pelbagai
bahan menarik tanpa perlu membaca
daripada buku. Murid boleh membuka
rak istimewa ini menggunakan
telefon pintar, komputer dan
sebagainya.
Link Rak Maya PSS
SK Taman Permata:
Setelah anda dapat lihat keseluruhan
buku di dalam Rak Maya PSS,
anda boleh memilih mana-mana bahan
yang ingin anda baca. Hanya klik dan
bahan tersebut terus dapat dibaca.
Semua bahan bacaan ini amat sesuai
untuk bacaan murid-murid kerana ia
berkaitan dengan pelajaran, sukan,
cerita teladan dan pengetahuan am.
Rak Maya PSS ini amat istimewa
kerana semua bahan adalah sumbangan
daripada guru-guru SK Taman Permata
mengikut kepakaran masing-masing.
Bahan-bahan di dalam rak juga akan
terus ditambah setiap masa.
Apa yang guru-guru anda sediakan
ini khusus untuk murid sekolah ini
sahaja dengan harapan ia dapat
memberikan manfaat kepada semua.
Pada Kempen Membaca awal
tahun 2021, anda telah diminta
merekodkan bacaan menerusi
sistem IQNILAM
Bagi murid yang tidak dapat
membuka sistem ini, anda masih boleh
mencatatkan bacaan di dalam buku nilam
atau buku nota biasa.
Pastikan catatan tersebut
mengandungi:
o Tajuk bahan :
o Bahasa : BM / BI / BA
o Nama penulis : jika ada
o Tarikh :
o Jenis bahan : BBM
o Jumlah muka surat :
o Sumber : Rak Maya PSS
o Ilmu yang diperoleh :
1.
2.
Diharap semua murid sudah ada
buku catatan nilam. Sila tambah jumlah
bacaan anda kerana Guru Kelas akan ambil
jumlah bacaan anda akhir tahun nanti.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh : Penyelaras Pusat Sumber
& Ketua Perpustakaan SK Taman Permata