The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BM5-0620 Nur Ain Najwa binti Zainul - Tugasan 1a_Nama_Unit (1) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ain13-529, 2021-08-21 04:01:02

BM5-0620 Nur Ain Najwa binti Zainul - Tugasan 1a_Nama_Unit (1) (1)

BM5-0620 Nur Ain Najwa binti Zainul - Tugasan 1a_Nama_Unit (1) (1)

Topik : Malaysia Merdeka

Nama Guru : Nur Ain Najwa binti Zainul

Tahun : 6 Intelek

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Kemahiran : Membaca

Bukti Pentaksiran : Kemahiran Membaca

Standard Kandungan : 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai

bagi memupuk minat membaca

Standard Pembelajaran : 2.6.1 Membaca bahan sastera untuk menghasilkan idea baru

Analisis Pelajar

Bilangan Murid: 30 orang

Umur: 12 Tahun

Tahap: 25 orang murid mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan 5 orang murid mempunyai
tahap kecerdasan sederhana.

Gaya Pembelajaran: Auditori, visual dan kinestetik

Latar Sosioekonomi: Kebanyakan mereka merupakan anak kepada penduduk bandar yang hampir
majoritinya bekerja di sektor swasta mahupun kerajaan. Murid-murid ini sudah mahir menggunakan
teknologi kerana sering didedahkan dengan penggunaan pelbagai media elektronik seperti telefon
pintar, televisyen dan sebagainya.

Kompetensi Khusus: Murid sememangnya telah sinonim dengan pelbagai bahan sastera kerana
sering membuat pembacaan meluas di perpustakaan ketika waktu lapang di sekolah.

Nyatakan Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:

1. Menghasilkan sekurang-kurangnya 2 daripada 5 rangkap syair berdasarkan tema bahan

sastera yang dibaca dengan betul.

Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan

SET INDUKSI
Media : Video
Kaedah : Sumbang saran
Bahan : Komputer, pembesar suara, projektor LCD dan video Syair Semarak Merdeka
Medium maklum balas murid: AnswerGarden
Rasional pemilihan : Penggunaan video dapat menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri
dalam aktiviti pengajaran dengan aktif dan memudahkan murid untuk memahami perkara yang ingin
dipelajari. Malah, murid juga dapat membaca setiap baris syair dengan jelas.

LANGKAH 1
Media : Video
Kaedah : Demonstrasi
Bahan : Komputer, pembesar suara, projektor LCD dan Canva
Medium maklum balas murid: Padlet
Rasional pemilihan : Murid dapat membaca syair yang bertajuk Semarak Merdeka yang dipaparkan
dalam video dengan lebih jelas. Video yang turut dilengkapi dengan visual yang menarik juga dapat
menarik minat murid untuk lebih fokus dalam aktiviti pembelajaran. Malah, dapat memudahkan murid

untuk melihat dan mendengar demonstrasi guru mendendangkan syair dengan lebih jelas dan tepat.

LANGKAH 2
Media : Bahan Interaktif
Kaedah : Soal Jawab
Bahan : Komputer riba dan Jamboard
Medium maklum balas murid: Pautan Jamboard
Rasional pemilihan : Penggunaan pautan Jamboard adalah untuk mewujudkan interaksi dua hala
antara pemikiran aktif murid dengan kandungan pelajaran. Malah, pautan ini juga melibatkan maklum
balas segera pelajar menggunakan pengetahuan baru untuk menjawab soalan berkaitan makna yang
terkandung dalam Syair Semarak Merdeka yang diberikan. Hal ini sekali gus dapat menerapkan
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

LANGKAH 3
Media : Visual
Kaedah : Perbincangan
Bahan : Komputer riba dan buku digital (Flipbook)
Bentuk pentaksiran : Whiteboard.chat
Rasional pemilihan : Penggunaan visual iaitu buku digital dapat menarik minat murid untuk membaca
isi-isi berkaitan bahan sastera iaitu Syair Semarak Merdeka yang disediakan. Penerapan unsur-unsur
visual yang berkaitan kemerdekaan dalam buku digital tersebut juga dapat memberi peluang kepada
murid untuk membina pengetahuan baru sekali gus membantu mereka mengeluarkan idea yang
bernas semasa proses perbincangan.

PENUTUP
Media : Visual

Kaedah : Mencipta
Bahan : Komputer riba dan poster
Medium maklum balas murid : Google Form

Rasional pemilihan : Penggunaan visual iaitu poster dapat menarik minat murid untuk membaca
bahan sastera iaitu syair yang bertajuk Semarak Merdeka dengan seronok. Hal ini memudahkan
mereka untuk memahami dan menaakul syair tersebut kerana mereka didedahkan dengan grafik yang
menarik. Hal ini, sekali gus dapat membantu mereka mencipta dan menghasilkan idea baru.

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah

SET INDUKSI
Murid menonton dan membaca sari kata yang terdapat dalam video yang ditayangkan.

Bahan Video : Video yang mengandungi klip berkaitan kemerdekaan dan berlatar belakangkan audio
Syair Semarak Merdeka ditayangkan untuk memberi gambaran awal kepada murid-murid tentang topik
dan isi pelajaran yang akan mereka pelajari. Tambahan pula, murid juga dapat membaca setiap baris
syair melalui sari kata yang dimasukkan dalam video dengan lebih jelas. Malah, penggunaan media
video sebagai set induksi dapat memudahkan pemahaman murid sekaligus menarik perhatian mereka
untuk mengikuti pembelajaran pada hari tersebut dengan semangat.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan kualiti video yang disediakan dalam keadaan
yang baik dan jelas dari segi visual dan audio.

Persediaan persekitaran : Murid berada dalam keadaan yang selesa ketika menonton video yang
ditayangkan. Selain itu, persekitaran mereka mestilah berada dalam keadaan tenang dan kondusif
ketika tayangan video berlangsung agar fokus mereka tidak terganggu.

Persediaan pengalaman pembelajaran : Pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung adalah
berpusatkan murid dan bahan pembelajaran. Guru dan murid-murid akan melakukan sesi sumbang
saran berdasarkan video yang ditayangkan untuk membantu murid mengingati kembali pengetahuan
sedia ada agar mereka dapat mengemukakan seberapa banyak idea untuk dikaitkan dengan topik
pembelajaran yang akan dipelajari.

Medium maklum balas murid: Murid akan menyatakan pandangan atau idea mereka berkaitan video
yang ditonton mengikut kefahaman dan pengetahuan sedia ada mereka menerusi pautan
AnswerGarden.

LANGKAH 1

Murid membaca setiap rangkap dan menonton demonstrasi dendangan syair oleh guru dalam video.

Bahan Video (Canva) : Video yang mengandungi syair bertajuk Semarak Merdeka dipaparkan
kepada murid-murid untuk memudahkan proses pembacaan setiap rangkap-rangkap dalam bahan
sastera tersebut. Malah, video demonstrasi guru mendendangkan setiap rangkap syair dengan irama
dodoi juga membantu murid untuk mengetahui cara dendangan syair yang betul.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru perlu memastikan kualiti video yang disediakan dalam
keadaan baik dan jelas dari segi visual dan audio. Hal ini supaya murid dapat membaca setiap
rangkap syair dan mendengar demonstrasi dendangan syair dengan sempurna.

Persediaan persekitaran : Guru perlu memastikan murid dapat menonton video dalam keadaan
selesa tanpa sebarang gangguan semasa proses pembelajaran.

Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran adalah berpusatkan murid dan bahan. Guru
perlu memastikan murid fokus kepada bahan yang dipaparkan bagi memudahkan mereka membuat
pembacaan.

Medium maklum balas murid : Murid-murid akan menghantar audio dendangan syair yang bertajuk
Semarak Merdeka dengan irama dodoi menerusi pautan Padlet yang disediakan.

LANGKAH 2

Murid mengakses pautan Jamboard untuk menjawab soalan berkenaan makna Syair Semarak
Merdeka.

Bahan Interaktif: Pautan Jamboard disediakan kepada murid-murid untuk melaksanakan aktiviti yang
disediakan iaitu menjawab soalan dengan memberikan jawapan yang tepat berkaitan makna yang
terkandung dalam setiap rangkap Syair Semarak Merdeka. Hal ini dapat menerapkan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis dalam diri murid.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan kualiti bahan interaktif yang disediakan berada
dalam keadaan yang baik dari segi visual dan fungsinya agar memudahkan proses interaksi murid.

Persediaan persekitaran : Guru memastikan murid berada dalam keadaan selesa dan bersedia untuk
menggunakan bahan interaktif.

Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran lebih berpusatkan murid dan bahan
pembelajaran. Murid akan mempelajari tentang maksud bahan sastera serta menjawab soalan yang
disediakan.

Medium maklum balas murid : Pautan Jamboard digunakan untuk mewujudkan interaksi antara
murid, guru dan bahan. Malah, menerusi pautan tersebut, guru dapat mengukur tahap penguasaan
murid bagi kemahiran menaakul sesuatu bahan sastera kerana mereka perlu memberi jawapan
berdasarkan soalan yang diberikan.

LANGKAH 3

Murid membaca buku digital untuk merumuskan aspek sastera dalam Syair Semarak Merdeka.

Bahan Buku Digital (Flipbook) : Buku digital yang disediakan mengandungi visual berkaitan
kemerdekaan dan pelbagai jenis maklumat berdasarkan aspek tertentu mengenai Syair Semarak
Merdeka. Penggunaan bahan ini adalah untuk menarik minat murid untuk mendalami bahan sastera
yang disediakan kerana wujudnya visual-visual berkaitan kemerdekaan yang sesuai. Malah, murid
juga dapat mentafsir mesej yang betul dan sama tentang maklumat yang disampaikan walaupun
mempunyai tahap kognitif yang berbeza.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan kualiti buku digital yang disediakan berada
dalam keadaan yang baik dari segi visual agar memudahkan murid untuk membacanya.

Persediaan persekitaran : Guru memastikan murid berada dalam keadaan selesa dan bersedia
untuk bekerja secara berkumpulan.

Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran lebih berpusatkan murid dan bahan
pembelajaran. Murid akan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang secara dalam kumpulan dengan
menggunakan kaedah perbincangan untuk meningkatkan pemikiran, membantu murid membina
kefahaman kandungan dan merangsang penglibatan murid.

Medium maklum balas murid: Murid-murid diminta menghasilkan peta pemikiran menggunakan
pautan Whiteboard.chat berkenaan hasil perbincangan secara kumpulan yang dilakukan. Penggunaan
pautan tersebut dapat mewujudkan interaksi antara murid-murid untuk menyelesaikan aktiviti
pengajaran.

PENUTUP

Murid menghasilkan sebuah syair berdasarkan poster.

Bahan Poster : Poster bertemakan merdeka dan mengandungi sebuah syair yang bertajuk Semarak
Merdeka disediakan kepada murid. Hal ini dapat meningkatkan minat murid untuk membaca sekaligus
memudahkan mereka untuk menaakul bahan yang melibatkan pemikiran untuk menghasilkan sebuah
syair.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan kualiti poster yang disediakan dalam keadaan
yang baik dan jelas dari segi visual dan bertepatan dengan tema kemerdekaan.

Persediaan persekitaran : Guru memastikan murid berada dalam keadaan selesa dan tenang tanpa
sebarang gangguan yang boleh mengganggu fikiran mereka.

Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran lebih berpusatkan murid dan bahan
pembelajaran. Murid akan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang secara individu untuk menguji
tahap kefahaman mereka.

Medium maklum balas murid: Murid-murid diminta untuk menghantar hasil karya mereka iaitu
sebuah pantun menerusi Google Form yang disediakan.

Penglibatan Pelajar

SET INDUKSI
1. Murid membaca objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
2. Murid menonton video yang mengandungi beberapa klip berkaitan kemerdekaan yang berlatar
belakangkan audio iaitu Syair Semarak Merdeka.
3. Murid membaca sari kata iaitu baris-baris Syair Semarak Merdeka yang terkandung dalam
video tersebut.
4. Murid membuat sesi sumbang saran dan menyatakan pendapat atau idea berdasarkan
pengetahuan sedia ada mereka mengenai video yang ditonton melalui pautan AnswerGarden.

LANGKAH 1

1. Murid menonton video demonstrasi guru mendendangkan Syair Semarak Merdeka dengan
irama dodoi.

2. Murid membaca setiap rangkap syair yang terdapat dalam video.
3. Murid mendengar dengan teliti cara dendangan syair menggunakan irama dodoi yang

didemonstrasikan oleh guru.
4. Murid mengulang dan mengajuk cara dendangan syair tersebut secara berulang kali sehingga

betul.
5. Murid mendendangkan Syair Semarak Merdeka menggunakan irama dodoi dan

menghantarkan audio rakaman melalui ruangan Padlet yang disediakan.

LANGKAH 2

1. Murid mengakses pautan Jamboard yang disediakan.
2. Murid membaca arahan yang dinyatakan dalam paparan Jamboard.
3. Murid membaca setiap rangkap syair yang bertajuk Semarak Merdeka secara intensif supaya

dapat menaakul dan memahami makna yang terkandung di dalamnya.
4. Murid membaca dan memahami makna yang disediakan oleh guru dalam paparan Jamboard

bagi setiap rangkap.
5. Murid memberikan jawapan yang tepat dan sesuai bagi setiap rangkap syair yang

dikosongkan.
6. Murid menerima peneguhan iaitu bintang berdasarkan bilangan jawapan yang betul.

LANGKAH 3

1. Murid membuat pembacaan secara intensif terhadap isi-isi kandungan yang terdapat dalam
buku digital untuk memahami Syair Semarak Merdeka dengan lebih mendalam.

2. Murid membentuk 5 kumpulan yang setiap kumpulan terdiri daripada murid lelaki dan
perempuan.

3. Wakil bagi setiap kumpulan akan memutarkan roda putaran yang disediakan bagi menentukan
aspek yang perlu dirumus atau diringkaskan.

4. Murid-murid berbincang secara dalam kumpulan mengenai aspek yang diperolehi berkaitan
bahan sastera yang terdapat dalam buku digital yang dibacanya untuk membuat satu
ringkasan dalam bentuk peta pemikiran mengenai syair tersebut.

5. Murid membina peta pemikiran berdasarkan hasil perbincangan iaitu ringkasan berkaitan Syair
Semarak Merdeka melalui pautan Whiteboard.chat secara dalam kumpulan.

PENUTUP

1. Murid membaca dan menaakul poster yang mengandungi Syair Semarak Merdeka secara
intensif.

2. Murid menghasilkan sebuah syair berdasarkan tema bahan sastera yang terdapat dalam
poster tersebut.

3. Murid menghantar hasil kerja iaitu serangkap pantun melalui Google Form.

Menilai dan Menyemak Semula

PENCAPAIAN MURID:

● Murid dapat mendendangkan sekurang-kurangnya 2 daripada 5 rangkap Syair Semarak
Merdeka menggunakan irama dodoi dengan nada dan intonasi yang betul.

● Murid dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 2 daripada 5 rangkap syair berdasarkan tema
bahan sastera yang dibaca dengan betul.

● Murid dapat menaakul makna bahan sastera iaitu syair yang bertajuk Semarak Merdeka.
● Murid dapat menyatakan makna yang terkandung dalam setiap rangkap Syair Semarak

Merdeka.
● Murid dapat membuat peta pemikiran mengenai ringkasan berkaitan Syair Semarak Merdeka

secara berkumpulan berdasarkan aspek yang diperolehi.
● Murid dapat mengikuti pembelajaran dengan seronok dan penuh minat.
● Murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik akan diberi bimbingan

selanjutnya oleh guru melalui aktiviti pemulihan dalam kelas secara individu atau kumpulan
kecil.

PENILAIAN GURU:

Guru dapat mencapai objektif pembelajaran yang dirancang melalui penilaian terhadap murid
berdasarkan video, bahan interaktif, buku digital dan poster.

IMPAK/KEBERKESANAN:

● Video dapat membantu murid memahami tentang kemerdekaan dan unsur sastera melalui
syair yang bertajuk Semarak Merdeka dengan lebih mudah.

● Video demonstrasi memudahkan murid untuk mempelajari cara mendendangkan syair dengan
irama dodoi dengan lebih jelas dan tepat.

● Buku digital dapat memupuk minat murid untuk membaca isi-isi kandungan mengenai bahan
sastera iaitu Syair Semarak Merdeka.

● Padlet, Jamboard, AnswerGarden, Google Form dan Whiteboard.chat yang disediakan
sebagai medium maklum balas dan pentaksiran dapat membantu guru untuk membuat
penilaian dan menguji kefahaman murid.


Click to View FlipBook Version