Bahasa NEGARAKU Sastera
Melayu Melayu
SEMARAK
MERDEKA
RZIE IBRAHIM
i
ISI
KANDUNGAN
Tema (1)
Persoalan (3)
Bentuk (5)
Nilai (7)
Pengajaran (9)
ii
Tema
1
Tema syair ini ialah penghargaan
terhadap kedamaian dan kemerdekaan
yangdikecapinegara. Pengorbananpara
pejuang terdahulu yang sanggup bergadai
nyawa demi mempertahankan maruah
negara menyebabkan rakyat Malaysia
dapat hidup dalam keadaan aman damai
padamasakini. Semangatyang
ditunjukkan oleh pejuang negara menjadi
kebangaan rakyat hinggalah ke generasi
yang akan datang.
2
Persoalan
3
Kedamaian hendaklah diusahakan kerana
kedamaian idak akan datang dengan
sendirinya.
Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan
agar beroleh negara Malaysia beroleh
kemajuan.
Pengorbanan para pejuang wajarlah
dicontohi dan diambil pengajaran dalam
mempertahankan negara.
Kedamaian akan wujud dengan adanya
sikap perpaduan dan kerjasama antara
semua kaum.
Perjuangan orang terdahulu dalam
membebaskan negara daripada taklukan
penjajah mestilah sentiasa diingati.
4
Bentuk
5
Syair ini berbentuk terikat.
Syair ini terdiri daripada 5 rangkap.
Bilangan baris pada setiap rangkap
adalah sama. Contohnya:
Rangkap 1: empat baris
Rangkap 2: empat baris
Rangkap 3: empat baris
Rangkap 4: empat baris
Rangkap 5: empat baris
Bilangan perkataan bagi setiap baris
syair ini antara empat hingga lima.
Jumlah suku kata dalam syair ini
antara sepuluh hingga sebelas suku
kata.
Rima akhirnya terikat. Contohnya:
Rangkap 1: aaaa
Rangkap 2: aaaa
Rangkap 3: aaaa
Rangkap 4: aaaa
Rangkap 5: aaaa
6
Nilai
7
Kesyukuran.
Rakyat perlulah bersyukur kerana
berada dalam negara yang aman.
Patriotisme.
Rakyat mestilah sentiasa
menanamkan perasaan cinta
terhadap negara.
Keinsafan.
Setiap rakyat mestilah insaf dan
tidak mahu mengulangi
perselisihan.
Berani.
Rakyat mestilah berani dalam
mempertahankan maruah negara
daripada tercalar.
Menghargai.
Masyarakat perlulah sentiasa
menghargai pengorbanan para
pejuang kemerdekaan.
8
Pengajaran
9
Kita mestilah sentiasa berusaha untuk
mendapatkan dan mengekalkan kedamaian
negara.
Kita hendaklah menghargai jasa para
pejuang negara yang sanggup bergadai
nyawa.
Kita wajarlah mengamalkan sikap
bersatu padu dalam masyarakat
berbilang kaum.
Kita perlulah menjaga negara kita
dengan baik untuk diwariskan kepada
generasi akan datang.
Kita mestilah belajar dari kesilapan orang
terdahulu agar tidak ditindas oleh musuh.
10
SASTERA MELAYU,
WARISAN NEGARA.
-CIKGU NAJWA-