IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (BMMB1074)
NAMA : NURUL ADLIN SOFIYA BINTI MOHAMMAD
NADZIR
ANGKA GILIRAN : 2022292310042
NO. TELEFON
OPSYEN : 0164391371
AMBILAN
KOD KURSUS : BAHASA MELAYU SK 2
NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH : PPISMP JUN 2022
JABATAN/UNIT
TARIKH SERAHAN : BMMB1074
: SEJARAH PERKEMBANAGAN BAHASA
MELAYU
: ENCIK MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH
: JABATAN PENGAJIAN MELAYU
: 10 SEPTEMBER 2022
Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Catatan (jika ada):
Tandatangan pelajar: __________________________ Tarikh: _______________
1
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 Penghargaan
3
2 Pengenalan 4
3 Bahasa Melayu Moden Pramerdeka 5-16
- Sumbangan tokoh asing 17-21
- Sumbangan tokoh tempatan
- Sumbangan pertubuhan dan institusi 22-31
4 Bahasa Melayu Pascamerdeka
- Akta-akta berkaitan dengan pelaksanaan Bahasa Melayu 32
- Penubuhan badan yang bertanggungjawab 33-34
mengembangkan bahasa kebangsaan 35
- Kerjasama serantau dan pengantarabangsaan 36
5 Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
- Zaman pramerdeka
- Zaman pascamerdeka
- Zaman Dasar Ekonomi Baru
6 Cabaran Bahasa Melayu
7 Masa depan Bahasa Melayu
8 Penutup
7 Bibliografi
2
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat
saya menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Hussein Onn kerana memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan kerja
kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk
tugasan yang diberi.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohamed Shahren
yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna dari
awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan
tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta
dorongan dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan
kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna
seperti rakan-rakan yang lain. Tidak dilupakan juga kepada rakan seperjuangan
saya yang sama-sama bertungkus lumus menghasilkan tugasan ini dan saling
bertukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kepada diri saya disamping dapat menjadi bakal
guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan generasi muda yang cemerlang.
Selain itu, saya juga berharap agar penulisan saya ini dapat memberi manfaat
kepada diri saya sendiri dan pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang
berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam
proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat khususnya.
3
PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa negara kita telah dijajah oleh negara asing seperti
negara Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun bermula tahun 1511 sehinggalah
kita merdeka. Hal ini menyebabkan munculnya Bahasa Melayu Moden pada abad
ke-19 yang banyak meminjam beberapa perkataan yang berasal daripada negara
asing yang pernah menjajah negara kita kecuali negara Jepun. Ini kerana tempoh
penjajahan Jepun tidak lama iaitu hanyalah tiga tahun enam bulan jika
dibandingkan dengan negara lain yang pernah menjajah negara kita selama
beratus-ratus tahun. Bahasa Melayu Moden berkembang melalui dua tahap iaitu
Bahasa Melayu moden pramerdeka dan Bahasa Melayu moden pascamerdeka.
4
BAHASA MELAYU MODEN
PRAMERDEKA
Zaman pramerdeka yang bermula pada abad ke-19 merupakan zaman sebelum negara
kita merdeka. Jadi, Bahasa Melayu moden pramerdeka merupakan Bahasa Melayu yang
digunakan sebelum merdeka. Selain itu, zaman ini juga merupakan zaman peralihan antara
zaman Bahasa Melayu klasik dengan zaman bahasa Melayu moden. Dikatakan, hasil
karangan Abdullah Munsyi dianggap sebagai permulaan kepada zaman bahasa Melayu
moden. Sebelum negara kita dijajah British, bahasa Melayu telah pun mencapai kedudukan
yang tinggi, iaitu berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan
bahasa pengantar di pusat Pendidikan Islam. Kemudian, semasa penjajahan British, bahasa
Melayu juga digunakan dalam urusan rasmi di Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri
Melayu tidak Bersekutu sebelum berlakunya Perang Dunia.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu
Perak Perlis
Kedah
Selangor
Negeri Sembilan Kelantan
Terengganu
Pahang
Johor
5
Selepas Perang Dunia Kedua berlaku, British telah mengubah dasar dan
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan
kerana mereka menganggap bahasa Inggeris mempunyai nilai ekonomi dan
status yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan bahasa Melayu. Ini
menyebabkan kedudukan bahasa Melayu terancam.
Seperti yang kita tahu, pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di tanah
Melayu mestilah mempelajari bahasa Melayu dan lulus dalam peperiksaan,
kemudian barulah disahkan jawatannya. Terdapat banyak pegawai Inggeris yang
menguasai bahasa Melayu dengan baik antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R.
Wilkinson, W. Marsden, W.G. Shellabear, J. Crawfurd, C.C. Brown, dan W.E.
Maxwell. Mereka juga turut memberi sumbangan dalam perkembangan bahasa
Melayu pada zaman pramerdeka ini. Tokoh tempatan juga banyak memberi
sumbangan antaranya ialah Raja Ali Hajibin Raja Haji Ahmad, Abdullah bin Abdul
Kadir Munsyi, Mejar Dato’ Mohd Said bin Haji Sulaiman, Zainal Abidin bin
Ahmad, Dr. Asmah binti Haji Omar, Dr. Nik Safiah binti Karim dan Dr. Hassan bin
Ahmad. Selain itu, terdapat juga beberapa Pertubuhan dan institusi yang aktif
dalam mengembangkan bahasa Melayu pada zaman Pramerdeka, iaitu Pakatan
Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa, Pejabat Karang-Mengarang, Sultan
Idris Training College, Angkatan Sasterawan 50, Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu dan Jawi Peranakan.
6
SUMBANGAN TOKOH ASING
PERKHIDMATAN LATAR BELAKANG
➢ Dilahirkan di Salonika, Greece
➢ Pemangku Pengarah ➢ Dikenali dengan nama R.J. Wilkinson
Pendidikan di Pulau ➢ Dapat pendidikan di Trinity College, Cambridge.
Pinang (1896-1898)
Richard James Wilkinson
➢ Pemangku Ketua (1867-1941)
Sekolah-sekolah di
Negeri-negeri Selat, SUMBANGAN
Singapura (1898-1900) ➢ Melakukan penulisan tentang bahasa Melayu:
• Malay Grammar (1913)
➢ Ketua Setiausaha • A Vocabulary of Central Sakai (1915)
kepada Residen British, • A English-Malay Dictionary (1932)
J.W.WBirch di Perak ➢ Memperkenalkan ejaan Rumi Melayu, dikenali
(1906-1910) sebagai Ejaan Rumi Wilkinson.
➢ Residen Britishdi Negeri
Sembilan (1910-1911)
➢ Setiausaha
KolonialNegeri-Negeri
SelatdiSingapura (1911-
1916)
7
LATAR BELAKANG
➢ Dilahirkan di Oxford England
➢ Dikenali sebagai R.O. Winstedt
➢ Dapat pendidikan di Magdelen College School dan di New College, Oxford dan
memperoleh ijazah sarjana.
PERKHIDMATAN Richard Olaf Winstedt
(1867-1941)
➢ Pegawai Daerah di Kuala Pilah (1913)
➢ Berkhidmat di Jabatan Pendidikan (1916) GELARAN / PENGHARGAAN
➢ Presiden pertamaRaffles College ➢ Order of British Empire
➢ Order of St Michael and
Singapura(1921-1931). St George daripada
➢ Setiausaha bagi Pesuruhjaya Tinggi bagi kerajaan British
Negeri-negeri Melayu Bersekutu(1923)
➢ Anggota Majlis Perundangan Negeri-negeri
Selat(1924-1931)
➢ AnggotaFMS Federal Council(1927-1931).
➢ Pensyarah, pembaca, dan Honorary Fellow
dalam kajian bahasa Melayu di School Oriental
Studies.
➢ Ahli Jawatankuasa Penasihat Pejabat
Tanah Jajahan Mengenai Pendidikan(1936-
1939).
SUMBANGAN
➢ Penasihat di Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC)
(1924).
➢ Menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah di bawah Malay School Series.
➢ Menghasilkan buku tentang bahasa Melayu:
➢ Colloquial Malay: A Simple Grammar with Consorvations(1920)
➢ A Dictionary of Colloquial Malay-English and English-Malay(1920)
➢ Notes On Malay Subjects(1947)
8
PERKHIDMATAN Oman Theodore Dussek
(1886)
➢ Guru di Allyne’s Grammar School di England
➢ Pembantu guru di Sekolah Tinggi Melaka (1912) LATAR BELAKANG
➢ Pengetua di KolejMelayu Melaka (1914) ➢ Dilahirkan di Surrey,
➢ Pengetua pertama di Sultan Idris Training College England
➢ Dikenali sebagai O.T.
(SITC) (1922) Dussek
SUMBANGAN
➢ Telah Menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di SITC Bersama Za’ba kemudian
dijadikan sebuah jabatan
➢ Mementingkan pemberian ilmu kepada orang Melayu dengan menerbitkan buku
bacaan umum
➢ Menulis buku tentang bahasa, Kitab Pelita Mengarang (1923)
➢ Antara buku bidang lain tulisannya ialah :
• Kitab Pedoman Guru Penggal 1 dan 2 (1926)
• Kitab Hisab I, II, III, IV(1926)
• Kitab Ilmu Geometri(1930)
• Melawat ke Eropah(1935)
9
SUMBANGAN TOKOH TEMPATAN
LATAR BELAKANG GELARAN / SUMBANGAN
• Dilahirkan di Kampung Pali, • Bapa Kesusasteraan Melayu Moden
Melaka • Kerana merupakan perintispenggunaan
• Dikenali sebagai Abdullah bahasa dan pengungkapan kisah yang
Munsyi baharu
• Bijak berbahasa Melayu, Inggeris,
Tamil dan Arab dengan baik
PERKHIDMATAN Abdullah bin Abdul Kadir
Munsyi
• Kerani
• Pengumpul naskhah Melayu lama (1796-1854)
• Jurutulis kepada Stamford Raffles
• Guru bahasa Melayu kepada sepoi
India dan paderi di Melaka,
sehingga digelar munsyi(guru bahasa)
SUMBANGAN
• Penulisan dengan bahasa yang terkeluar daripada bentuk
bahasa Melayu klasik:
➢ Syair Singapura Terbakar (1830)
➢ Dawail-Kulub(1938)
➢ Hikayat Abdullah(1840)
10
LATAR BELAKANG GELARAN / SUMBANGAN
• Dilahirkan di Seremban • Pendeta,bersempena dengan Kongres
• Dikenali sebagai Za’ba Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor
• Memiliki Ijazah Sarjana Muda Bahru (1956)
Sastera (Bahasa Melayu dan • Doktor Persuratan daripada Universiti
Arab) dari Universiti London (1953) Malaya (1959) dan Universiti Kebangsaan
Malaysia (Jun 1973)
• Bintang Panglima Mangku Negara
(bergelarTan Sri)daripadaYang di-Pertuan
Agong (1962)
PERKHIDMATAN
• Guru bahasa Melayu di English College,
Johor Bahru.
• Penterjemah di Maktab Melayu Kuala
Kangsar, Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri,
dan Maktab Perguruan Sultan Idris di Zainal Abidin bin Ahmad
Tanjung Malim
• Penterjemah Kanan di Pejabat Pelajaran, (16 September 1895 – 23 Oktober
Kuala Lumpur. 1973)
• Pensyarah bahasa Melayu di School of SUMBANGAN
Oriental andAfrican Studies di London
• Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, • Menubuhkan Pejabat Karang
merangkap Ketua Jabatan Pengajian Mengarang di SITC bersama
Melayu di Singapura. dengan pengetuanya, O.T. Dussek
(1924)
• Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan
Idris(SITC) • Penasihat Persaudaraan Sahabat
Pena (Paspam) sehingga1942.
• Buku peraturan bahasa Melayu
yang menjadi rujukan utama:
➢ Ilmu Mengarang
Melayu(1934)
➢ Pelita Bahasa Melayu
Penggal I, Penggal II dan
Penggal III(1940)
➢ Rahsia Ejaan Jawi (1930)
11
LATAR BELAKANG GELARAN / SUMBANGAN
• Dilahirkan di Pulau Penyengat, • Kitab Pengetahuan
Riau Bahasadiisytiharkan sebagai
• Dikenali sebagai Raja Ali Haji pegangan bahasa nasional Indonesia
• Berpengetahuan dalam bidang ilmu oleh Kongres Pemuda Indonesia
fekah dan ilmu falak. (1928).
• Gelaran Pahlawan Nasional
PERKHIDMATAN daripada Presiden Susilo Bambang
• Mengajar ilmu tatabahasa gaya Arab Yudhoyono (2004)
• Ulama – mengajar ilmu syaraf,
usuluddin, fekah dan tasauf Raja Ali Haji bin Haji Ahmad
• Penasihat kerajaan dalam bidang (1809-1870)
keagamaan
SUMBANGAN
• Penulisan tentang bahasa :
➢ Bustanul Katibin(Kitab Perkebunan Jurutulis bagi Kanak-kanak yang Hendak
Menuntut Belajar akan Dia) (1857)
➢ Kitab Pengetahuan Bahasa(1858)
• Karya-karya lain, antaranya:
➢ Salasilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Rajanya(1860)
➢ Gurindam Dua Belas(1847)
➢ Syair Sultan Abdul Muluk
12
SUMBANGAN PERTUBUHAN DAN INSTITUSI
PEJABAT KARANG-MENGARANG
(1924-1957)
PERKARA PROFIL
Penubuhan dan pemimpin
❖ Ditubuhkan di Sultan Idris Training College (SITC) oleh
Matlamat penubuhan Pengetuan O.T. Dussek dan Za’ba.
Kegiatan
❖ O.T. Dussek dan R.O. Winstedt merupakan Penasihat
❖ Za’ba merupakan Pengarang da Penterjemah Kanan
❖ Menjadi satu jabatan di SITC untuk memajukan bahasa Melayu
❖ Aktiviti dibiayai Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu
❖ Sekarang diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
selepas dibubarkan.
❖ Menerbitkan buku untuk sekolah Melayu
❖ Menerbitkan bahan bacaan umum untuk mayarakat Melayu
❖ Menggalakkan masyarakat membaca buku
❖ Sebanyak 85 judul buku teks sekolah telah diterbitkan
sehingga 1941
❖ Sebanyak 64 judul buku terjemahan di bawah siri
perpustakaan sekolah dan bacaan umum telah diterbitkan
sehingga 1957
❖ Penterjemahan dilakukan oleh Abdul Kudus Muhammad, Abdul
Rahman Yusof, Yazid Ahmad dan Ahmad Murad Nasaruddin.
❖ Menerbitkan buku bahasa Melayu
❖ Mengadakan perpustakaan bergerak di kampung-kampung
13
PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA
(1888-1941)
PERKARA (1924-1957) PROFIL
Penubuhan dan pemimpin ❖ Ditubuhkan oleh Dato, Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak
Matlamat penubuhan dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi di Johor Bahru
❖ Dinamakan Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-
Kegiatan
Buku Diraja (PBMPBD) pada tahun 1934 dengan sokongan
DYMM Sultan Ibrahim.
❖ Mengkaji dan menerbitkan buku bahasa, sejarah dan
kebudayaan
❖ Menggalakkan orang Melayu menerbitkan karya untuk
memperkaya perbendaharaan sastera Melayu
❖ Menerbitkan majalah Peredar
❖ Menerbitkan buku, antaranyaPeribahasa(1930), Jalan
Bahasa Melayu(1937), Buku Katan(1936-1937),danPerihal
Tanah Jawa(1939)
❖ Menciptaistilah terjemahan, antaranya setiausaha, pejabat,
kerja raya, warta, jurucakap, timbalan, dan jadual waktu
14
ANGKATAN SASTERAWAN 50
(6 OGOS 1950)
PERKARA PROFIL
Penubuhan dan pemimpin
❖ Diasaskan oleh Muhammad Arif Ahmad (Mas), Kamaludin
Matlamat penubuhan Muhammad (Keris Mas), Hamzah Hussein, Jimmy Asmara,
Kegiatan A. Samad Ismail, Rosmera, dan Asraf.
❖ Didaftarkan pada tahun 1951
❖ Dikenali sebagai ASAS 50
❖ Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu
❖ Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para
pengarang
❖ Mengadakan pembaharuan dalam sastera
❖ Mengadakan syarahan dan perdebatan tentang sastera dan
bahasa
❖ Memberi bayaran dan melindungi karangan ahli dari segi
undang-undang
❖ Berjuang dalam bidang kesusasteraan melalui konsep
“Seni untuk Masyarakat”
❖ Menganjurkan tiga Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu(1952, 1953, dan 1956)
15
KONGRES BAHASA DAN PERSURATAN
MELAYU
Diasaskan oleh ASAS 50 dengan Terdapat tiga Kongres Bahasa dan
kerjasama daripada 20 buah Persuratan Melayu yang diadakan
bagi menghasilkan banyak kejayaan
persatuan bahasa, sastera dan
budaya, antaranya Lembaga Bahasa untuk perkembanagan bahasa
Melayu
Melayu, Kesatuan Guru-Guru
Melayu Singapura, dan Persatuan
Persuratan Pemuda Pemudi
Singapura
KONGRES KETETAPAN
KONGRES I
(Singapura: 12-13 April 1952) ▪ Mendesak agar bahasa Melayu menjadi
bahasa kebangsaan
KONGRES II
(Seremban: 1-2 Januari 1954) ▪ Mencadangkan penubuhan jawatankuasa
untuk meneliti penggunaan tulisan Jawi dan
KONGRES III Rumi dalam persuratan Melayu
(Johor Bahru dan Singapura: 16-21
September 1956) ▪ Usul menjadikan huruf Rumi sebagai tulisan
rasmi bahasa Melayu diterima
▪ Tulisan Jawi tidak akan dihapuskan tetapi
perlu dibaiki kelemahannya.
▪ Penubuhan badan bahasa iaitu Dewan
Bahasa dan Pustaka untuk memartabatkan
bahasa Melayu.
Bahasa Melayu memasuki dunia Pendidikan apabila sekolah-sekolah Melayu menjadi sebahagian daripada
organisasi Penang Free School (1819). Sebelum tahun 1956, kedudukan bahasa Melayu tidak begitu
diutamakan dalam sistem Pendidikan. Pendidikan untuk bangsa Melayu sebelum abad ke-19 lebih kepada
Pendidikan agama. Kanak-kanak hanya belajar peraturan dasar agama Islam dan membaca al-Quran. Ini
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah diutarakan dalam Laporan Razak
1956. Pada bulan September 1956, Persekutuan Tanah Melayu telah diberikan taraf pemerintahan sendiri
lalu menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dinamakan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau
dikenali sebagai Penyata Razak 1956 yang tujuan penubuhannya adalah untuk memperjuangkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan
16
BAHASA MELAYU MODEN
PASCAMERDEKA
Bahasa Melayu Moden pascamerdeka bermula selepas negara kita telah merdeka, iaitu pada 31 Ogos
1957 hinggalah tahun 1967. Desakan untuk memperkasakan kedudukan bahasa Melayu muncul dalam
tiga Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (1953, 1954 dan 1958). Selain itu, Laporan Razak (1956)
juga mencadangkan bahasa Melayu dijadikan sebagai subjek wajib di semua sekolah rendah dan
menengah kerajaan. Pada zaman ini, akta-akta yang menyentuh hal kedudukan bahasa Melayu telah
digubal, malah institusi yang bertanggungjawab untuk mengembangkan bahasa kebangsaan juga telah
ditubuhkan.
AKTA-AKTA YANG BERKAITAN DENGAN
PELAKSANAAN BAHASA MELAYU
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 152 (1) telah menetapkan bahawa bahasa
Melayu dijadikan bahasa kebangsaan :
152. Bahasa Kebangsaan
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam
apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-
undang oleh Parlimen”
Peruntukan ini tidak melarang atau menghalang penggunaan bahasa lain secara tidak
rasmi atau pengajaran dan pembelajaran bahasa lain [Perkara 152 (1)(a)].
Peruntukan ini juga tidak menyentuh hak kerajaan negeri atau Persekutuan untuk teruskan
penggunaan atau pengajian mana-mana bahasa bahasa kaum lain dalam Persekutuan
[Perkara 152 (1)(b)].
Perkara 152 (6) pula menjelaskan bahawa maksud rasmi dalam 152 (1)(a) menandakan
kepada apa-apa sahaja maksud tujuan kerajaan, sama ada kerajaan Persekutuan atau
kerajaan Negeri, dan pihak berkuasa awam.
Ini menunjukkan bahasa Melayu berada pada kedudukan yang tinggi dan istimewa dalam
perundangan negara.
17
AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959
Akta ini diluluskan oleh Parlimen (1959) asalnya dikenali sebagai Ordinan Dewan Bahasa dan
Pustaka
Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan di bawah ordinan itu untuk
membentuk dan melaksanakan dasar-dasar untuk mencapai matlamat DBP.
Akta ini menjadikan DBP sebagai badan berkanun dan mempunyai kuasa autonomi untuk
menggubal dasar yang khusus dan sesuai dengan matlamatnya.
Akta DBP 1959 disemak pada tahun 1973 dan dipinda serta diperluas pada tahun 1995, lalu
dikenali sebagai Akta DBP (Pindaan dan Perluasan) 1995.
AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67
Terbentuk daripada gabungan dan penyesuaian antara akta 1963 dengan akta 1967.
Akta ini berkuatkuasa mulai 1 Julai 1971, tetapi telah dipinda pada tahun 1983
Berdasarkan Seksyen 2, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud
rasmi.
Berdasarkan Seksyen 8, segala prosiding di mahkamah mestilah menggunakan bahasa
kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau sebahagian-sebahagian
Mengikut Seksyen 9, tulisan bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi tetapi penggunaan tulisan
Jawi tidak dilarang
Mengikut Seksyen 11, terjemahan boring dalam bahasa Melayu boleh digunapakai.
Oleh itu, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Pindaan 1983 memartabatkan bahasa Melayu
untuk kegunaan dalam urusan penting walaupun terdapat pengecualian tertentu yang
melibatkan penggunaan bahasa lain
18
AKTA HASUTAN 1970
Diluluskan pada tahun 1948 dan dipinda pada tahun 1970
Kandungan dalam akta ini ialah perbuatan mempersoalkan kedudukan mana-mana bahasa
akan dikira sebagai perbuatan menghasut dan boleh didakwa
Berdasarkan Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan , kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi terjamin dan tidak boleh digugat.
AKTA PENDIDIKAN 1996
Merupakan lanjutan daripada Ordinan Pelajaran 1961
17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua
institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis
kebangsaan yang ditubuhkan di bawah sekyen 28 atau mana-mana institusi
pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini
(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain
daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah
diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.
Berdasarkan Seksyen 17, bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama di semua
institusi Pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangaan
tertentu dan yang dikecualikan
Jika bahasa kebangsaan bukan bahasa pengantar, maka bahasa kebangsaan hendaklah
diajarkan sebagai subjek wajib.
19
PENUBUHAN BADAN YANG BERTANGGUNGJAWAB
MENGEMBANGKAN BAHASA KEBANGSAAN
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
PENUBUHAN Ditubuhkan pada 22 Jun 1956
MATLAMAT PENUBUHAN Ditubuhkan di Johor Bahru hasil daripada resolusi Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu III.
Menjadi badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka (1959)
Mempunyai autonomi menggubal dasar-dasar yang khusus,
serta menyusun pembinaan dan pengembangan
bahasa dan sasteramenurut kebijaksanaan sendiri.
Terletak di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua
bidang termasuk sains dan teknologi
Mengembangkan lagi bakat sastera, khususnya dalam bahasa
kebangsaan.
Mencetak atau menerbitkan atau membantu percetakan atau
penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan
bentuk-bentuk lain kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan
dan bahasa-bahasa lain
Ejaan dan sebutan dibakukan
Membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul
supaya digunakan secara meluas mengikut undang-undang
yang sedang berkuat kuasa.
DBP bertanggungjawab melaksanakan perancangan bahasa Melayu tentang aspek tatabahasa,
ejaan, sebutan, perkamusan dan istilah
20
KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN
KONSEP KERJASAMA SERANTAU SEJARAH PENGANTARABANGSAAN BAHASA
MELAYU
Pakatan yang dibentuk antara negara jiran
untuk menjaga kepentingan Bersama Bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa
berdasarkan prinsip yang saling lingua franca (bahasa perhubungan antara
menguntungkan. masyarakat di kepulauan Melayu dengan
pedagang-pedagang
PENGANTARABANGSAAN BAHASA
MELAYU Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan,
bahasa Melayu diterima sebagai bahasa yang
Terdapat 129 buah pusat pengajian mudah dibentuk dan dilentur serta sesuai
tinggi dari luar negara yang dengan segala keadaan dan keperluan
menawarkan kursus Bahasa Melayu
bermula dari Benua Amerika ke Asia USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA
Timur, Australia dan New Zealand. MELAYU DI BEBERAPA BENUA NEGARA
Usaha ini perlu diteruskan ke beberapa Pusat pengajian Melayu pertama
buat pengajian tinggi yang lain. ditubuhkan di Leiden, Belanda pada tahun
1876 dan sehingga kini pusat itu diiktiraf
USAHA MENGANTARABANGSAKAN sebagai pusat utama kajian budaya
BAHASA MELAYU MELALUI KERJASAMA Melayu di peringkat antarabangsa.
Majlis Bahasa Brunei Darussalam- Menubuhkan kursi pengajian Melayu di
Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Eropah
Sastera Asia Tenggara (MASTERA),
Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu Pada tahun 1995, kursi pengajian Melayu
(MABM) dan Forum Kerjasama ditubuhkan di Universiti Victoria,
Penerbitan Serantau (FOKEPS), Wellington, New Zealand.
Mesyuarat Kerjasama Kebahasaan dan
Persuratan (MEKKAP)
Usaha-usaha ini telah dipergiat dan
disokong oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka DBP Malaysia dan Brunei.
21
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris
ialah Bahasa Melayu. Manakala di sekolah menengah pula, terdapat dua bahasa
yang digunakan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Namun begitu, Bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan dijadikan mata pelajaran kursus
di maktab perguruan sejak tahun 1900. Buku tulisan Za’ba iaitu, Ilmu Mengarang
Melayu dan Daftar Ejaan Melayu digunakan sebagai rujukan. Bahasa Melayu
dalam sistem Pendidikan dapat diperhatikan berdasarkan zaman atau era, iaitu
zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascameredeka (1957-1970) dan
dasar ekonomi baru (1971-1990).
ZAMAN PRAMERDEKA
Semasa negara kita dalam proses untuk mencapai kemerdekaan, wujud kesedaran
untuk mengadakan satu sistem persekolahan. Terdapat beberapa jawatankuasa telah
ditubuhkan untu mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan
beberapa laporan seperti Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan
Pelajaran 1952 dan Laporan Razak 1956.
22
LAPORAN BARNES 1951
PENUBUHAN Ditubuhkan pada tahun 1950
CADANGAN Dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari
PENERIMAAN Universiti Oxford.
Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah
vernakular dan meningkatkan taraf pencapaian dalam bahasa
Inggeris
Meningkatkan kualiti guru dan pencapaian pedagogi pelajar di
maktab serta mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih
sesuai
Mencadangkan cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada
dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau
badan tempatan dengan fungsi yang sama.
Mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang
menggunakan Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar. Jawatankuasa Barnes menggariskan tujuan
sekolah Melayu sebagai cara memupuk perkembangan individu
ke arah kemerlangan dari segi pengetahuan dan kemahiran,
menggalak, merangsang, dan membolehkan komuniti Melayu
mecapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-
kaum lain.
Tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina
Ini kerana masyarakat Cina menentang pembubaran pendidikan
vernakular Cina
Membawa kepada pembentukan laporan Fenn-Wu
23
LAPORAN FENN-WU 1951
PENUBUHAN Disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di
CADANGAN Tanah Melayu
PENERIMAAN Tidak puas hati terhadap Laporan Barnes
Mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan
dilakukan dengan menggantikan sitem persekolahan yang
berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak
perkaum.
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dan bahasa lain sebagai pilihan.
Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecil keupayaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar.
Hal ini kerana, Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah
dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit
sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui
pengalaman pergaulan seharian.
Oleh itu, Laporan Fenn-Wu dan Laporan Barnes dipertimbangkan
oleh satu jawatankuasa khas untuk mencari penyelesaian kepada
cadangan yang dikemukakan.
24
ORDINAN PELAJARAN 1952
PENUBUHAN Diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 21
MATLAMAT November 1952
USAHA Juga dikenali sebagai Penyata Pelajaran 1952
Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran
dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu
Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaumsesuaikan
diri dalam masyarakat berbilang bangsa
Untuk membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara
yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Datuk E.E.C. Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran ini
bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan negara serta
menggambarkan sistem pendidikan vernakular moden dan
membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan
keadaan semasa (Penyata Pelajaran 195, 2008)
Menubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi
dua jenis iaitu sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa
Melayu dijadikan mata pelajaran wajib, manakala sekolah aliran
Melayu pula, bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua.
Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu
(Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid
atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa
perantaraan masing-masing.
Kerajaan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan
diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6
tahun hingga 12 tahun. Muruid-murid yang tamat di peringkat
sekolah rendah akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke
peringkat menengah dan vokasional mengikut kemampuan dan
kelayakan masing-masing.
25
LAPORAN RAZAK 1956
PENUBUHAN Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan
CADANGAN merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan
cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran
1956 pada hari 6 Mei 1956.
Sekolah-sekolah rendah : Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah
rendah menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan China untuk terus
maju
Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga
untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.
Semua Perkhidmatan Guru akan disatukan di bawah satu skim
perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah
Melayu, Cina atau Tamil.
Tumpuan diberikan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah
Mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian Pelajaran yang
bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan
perjalanan dan meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah.
Mencadangkan supaya mengadakan sistem peperiksaan yang
dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran
Persekutuan Tanah Melayu bagi murid-murid di semua sekolah
menengah, mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur
semula serta memajukan pelajaran teknik.
Mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah
dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara perkembangan
bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui
bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menunjukkan proses pendidikan tanah air yang
menuju kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat
berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang aman damai
26
ZAMAN PASCAMERDEKA
Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, banyak usaha difokuskan untuk mewujudkan
satu sistem pelajaran kebangsaan. Jadi, Ordinan Pelajaran 1957 telah digubal berdasarkan
Laporan Razak 1956 yang mementingkan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960
kerana pelan Akta Pelajaran 1961 menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang
sama untuk semua pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006, ms.
17)
27
LAPORAN RAHMAN TALIB DAN AKTA PELAJARAN 1961
PEMIMPIN JAWATANKUASA PENDIDIKAN 1960
TUGAS-TUGAS Dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran.
JAWATANKUASA Jawatankuasa ini dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
PENYEMAK
pada Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa
Pendidikan 1956.
18 Februari 1960, Menteri Pelajaran, Encik Abdul Rahman Talib
mengumumkan sembilan nama anggota jawatankuasa Penyemak
Dasar Pelajaran, iaitu:
Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi
Menteri Kehakiman
Tun Leong Yew Koh
Menteri Perdagangan dan Perusahaan
Encik Mohd. Khir Johari
Encik Mohd. Khir Johari
Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan
Penolong Menteri Buruh
Encik V. Manickavasagam
Senator Koh Kim Leong
Encik Mohd. Dahari Ali
Ketua Menteri Pulau Pinang
Datuk Wong Pow Nee
Encik Abdul Ghani bin Ishak
Mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh
Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb Mei, 1956.
Mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar
Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran
peringkat rendah dengan percuma
Mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran
nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar yang utama
28
CADANGAN Bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah
rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau
sekolah persendirian
Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua
sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan
Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan peraturan yang
mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan menerusi arahan di
bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus Pengajian)
Sekolah 1956
Subjek Bahasa Melayu wajib lulus untuk memperoleh Sijil Rendah
Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
menengah bermula pada tahun 1963 apabila semua mata kursus
jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam bahasa Melayu
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan
memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar
Mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila
peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada
tahun 1964
29
ZAMAN DASAR EKONOMI BARU
(1971-1990)
Pada zaman ini, sistem pendidikan di negara kita telah banyak mengalami perubahan,
antaranya ialah bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar utama pada peringkat
menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak
pada tahun 1990. Namun, sekolah rendah kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau
Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan. Pada tahun 1979, pelaksanaan dasar
Pendidikan disemak semula oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran 1979 dan telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk
memantap sistem Pendidikan. Antara cadangannya ialah :
Memberikan penegasan Penegasan kepada
kepada pendidikan asas pendidikan kerohanian
yang kukuh dan unsur-
3M iaitu membaca,
menulis dan mengira unsur disiplin yang
diingini
Penegasan kepada
kurikulum ala Malaysia ;
pendidikan menengah atas
melalui dua jurusan,
akademik dan vokasional
Melicinkan tatacara Peluang melanjutkan
pengurusan pelajaran persekolahan dari 9 tahun
meningkatkan mutu
pelajaran keseluruhan ke 11 tahun
30
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini telah digubal pada tahun 1988 untuk memperteguhkan
hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah Pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu dapat membentuk pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
TAHUN 1957
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di
maktab perguruan
TAHUN 1973
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam Latihan perguruan
TAHUN 1980
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingatan Satu hingga
Tingkatan Lima di sekolah menengah
Mereka yang selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti pada tahun
1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam bahasa Melayu
TAHUN 1981
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Enam Rendah
TAHUN 1982
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Enam Tinggi
TAHUN 1983
Proses peralihan ini selesai apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di
universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam bahasa
Melayu
31
CABARAN BAHASA MELAYU
Umum mengetahui bahawa, kedudukan bahasa Melayu amat sukar untuk
dimantapkan terutamanya pada zaman kini. Hal ini disebabkan oleh beberapa
faktor. Antaranya ialah :
CABARAN BAHASA MELAYU
PERCAMPURAN KOD BAHASA SLANGA
Berlaku apabila seseorang bertutur
mencampuradukkan bahasa atau penggunaan bahasa yang tidak rasmi
dialek dengan bahasa atau dialek dan ungkapan-ungkapan yang tidak
yang lain. dianggap sebagai standard dalam
dialek atau bahasa.
BAHASA MELAYU DALAM URUSAN
PERNIAGAAN sering digunakan untuk mengenal
pasti seorang rakan dan walaupun ia
Dokumen perniagaan syarikat swasta mungkin biasa di kalangan orang
masih menggunakan bahasa Inggeris muda, ia juga digunakan oleh semua
sebagai bahasa utama dan bahasa peringkat umur dan kumpulan sosial.
Melayu sebagai bahasa kedua
PENJENAMAAN BAHASA
Bahasa Inggeris menguasai 100 MELAYU
peratus industri perhotelan, syarikat
jualan kereta, barangan elektrik dan Berlaku krisis identiti antara
komputer istilah Bahasa Melayu dan
Bahasa Melayu
Ini telah mengikis
kewibawaan dan mencabar
kredibiliti bahasa itu sendiri.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Kajian Juriah Long et al. mendapati :
Tidak semua guru yang mengajar bahasa Melayu mendapat latihan khusus dalam
bidang bahasa
Guru terlalu bergantung kepada buku teks
Murid-murid bersikap negatif terhadap mata pelajaran bahasa Melayu
Jumlah masa pengajaran di SJKC, SJKT dan SK berbeza
32
MASA DEPAN BAHASA MELAYU
Menurut Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 27, ada menyatakan bahawa
bahasa Melayu mempunyai masa depan yang cerah. Hal ini kerana kedudukannya
sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dan penggunaannya juga telah
luas di samping peruntukannya dalam perlembagaan. Selain itu, Dasar Pelajaran
Kebangsaan Negara telah menghasilkan murid-murid yang memperoleh keseluruhan
pendidikan dalam bahasa Melayu, dan bermula dari tahun 1983, penuntut yang
memasuki pusat-pusat pengajian tinggi mnerima seluruh Pendidikan mereka dengan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kini, bahasa Melayu dapat bersaing dan
berdiri sama teguh dengan bahasa-bahasa moden yang lain didunia ini seperti bahasa
Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia dan bahasa-bahasa lain. Akan tetapi, kita
sebagai rakyat Malaysia mestilah berusaha dalam memantapkan lagi kedudukan bahasa
Melayu.
33
CARA MEMANTAPKAN LAGI BAHASA
MELAYU
BIDANG PENDIDIKAN
I. Memperkasakan kurikulum bahasa Melayu :
• Memperkasakan kurikulum bahasa Melayu standard di
semua sekolah
• Memperkukuh kemahiran lisan bahasa Melayu
semasa prasekolah, sekolah rendah dan sekolah
menengah
• Menambah baik dan menyemak kurikulum bahasa
Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah dari
semasa ke semasa.
BIDANG EKONOMI
I. Memberi kesedaran tentang berkomunikasi dalam
media digital menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa utama perlu diperkasakan.
II. Kerajaan perlu mengutamakan penggunaan bahasa
Melayu sebaik mungkin termasuk di dalam media
perdana, media digital atau media sosial
BIDANG PENTADBIRAN KERAJAAN
I. Mengadakan matlamat selepas sepuluh tahun negara
mencapai kemerdekaan:
• Semua urusan rasmi melibatkan penulisan surat,
perbicaraan dalam mesyuarat, penulisan minit
mesyuarat, penyediaan laporan hendaklah
dijalankan dalam bahasa Melayu
• Kerajaan perlu melengkapkan kakitangan awam
dengan pengetahuan bahasa kebangsaan
(Sharifah Darmia Sharif Adam: 14)
34
PENUTUP
Tuntasnya, bahasa Melayu telah berkembang dan terus berkembang seiring dengan zaman yang
membuatkan bahasa Melayu kekal. Selain itu, terdapat banyak tindakan yang telah dilakukan oleh
kerajaan untuk memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu di negara kita malah juga di negara
luar bagi meluaskan dan memperkenalkan bahasa Melayu kepada negara asing walaupun terdapat
banyak cabaran yang terpaksa dihadapi. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia juga haruslah
berganding bahu dalam mengatasi cabaran dalam memupuk bahasa Melayu di negara kita di
samping mempromosikan bahasa Melayu ke seantero dunia dan menegembalikan semula gelaran
bahasa Melayu sebagai bahasa ‘lingua franca’.
35
BIBLIOGRAFI
Nur Amalia (2021, Disember 5). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka &
Pascamerdeka [Powerpoint slides]. Prezi. https://prezi.com/p/z4a3logjflqa/sejarah-perkembangan-
bahasa-melayu-pramerdeka-pascamerdeka/
Penyata Pelajaran 1952 Dipetik daripada
http://hids.arkib.gov.my/doc/2002/november/21_11_1952_2002.htm pada 20 Januari 2008.
Konsep bahasa melayu moden dan sumbangan tokoh tempatan (2018, Julai 11).
https://niswani2225.blogspot.com/2018/07/konsep-bahasa-melayu-moden-dan.html
Nurhadfina Norezam (t.t). Bahasa Melayu dalam sistem Pendidikan. Blogspot.
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/bahasa-melayu-dalam-sistem-pendidikan.html
Nurhadfina Norezam (t.t). Masa Depan dan Cabaran Bahasa Melayu. Blogspot.
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/masa-depan-dan-cabaran-bahasa-melayu.html
SUHAIMI MOHD SALLEH. (2017, September 10). Nota Bahasa Melyu Moden.
https://app.box.com/s/k2wm003lbqfff81jw3c1dw9kqyp0jwtl
Penyata jawatankuasa Pelajaran 1956, Caxton Press Ltd, Kuala Lumpur, m.s. 1 & 21
Pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010. Kementerian Pelajaran 2007.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan Khas (30 April 1981). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
36