TUGASAN 3: LAPORAN PROJEK
TAJUK PROJEK: COUNT ON ME
OLEH: TENGKU HANIS NABILAH BINTI TENGKU MOKHTAR
PENGENALAN
Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan
yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil
cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Inovasi dalam konteks Pendidikan
merupakan suatu elemen yang penting bagi menambahbaik kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana inovasi sebagai bahan bantu mengajar dapat membantu guru
untuk memastikan objektif pengajaran berjaya dicapai. Dalam mengajar khususnya, inovasi
perlu diketengahkan agar murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam
suasana pembelajaran yang pelbagai dan tidak hanya terbatas dengan penggunaan buku
teks sahaja. Lantaran itu, suatu perisian yag dikenali sebagai “Count on Me” telah dicipta.
Count on Me merupakan suatu perisian yang direka sebagai alat bantu mengajar Matematik
iaitu membilang objek dalam kumpulan (1-6) bagi murid berkeperluan khas yang berada di
tahun 1. Perisisian ini juga menggabungjalinkan unsur terapi iaitu terapi seni.
PENYATAAN MASALAH
Sehingga kini, masih ramai guru yang masih terikat dengan kaedah pengajaran
menggunakan buku teks dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu
sahaja, masih ada segelintir guru yang masih menggunakan kaedah chalk and talk dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pada abad ke-21, kaedah pengajaran sebegini sudah
dianggap tidak releven kerana boleh mendatangkan kebosanan kepada murid. Lantaran itu,
murid juga sering mengalami situasi pasif dan tidak mendapat gambaran yang begitu jelas
sepanjang pembelajaran di dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja, murid pada masa kini juga
mahukan kelainan dalam belajar. Dalam konteks ini, guru harus menukar kaedah dan teknik
pengajaran untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan meningkatkan
keberhasilan murid yang cemerlang secara holistik (Mok Song Sang, 2011)
Sebagaimana yang diketahui, matapelajaran Matematik merupakan antara
matapelajaran yang kurang diminati dan digeruni oleh murid. Ianya juga dianggap sebagai
killer subject. Hal ini demikian kerana ianya memerlukan pemahaman konsep pada peringkat
awal. Sekiranya murid gagal memahami konsep nombor dari awal mereka akan menghadapi
masalah utuk memahami konsep yang lain. Dalam mengajar murid Pendidikan Khas, aspek
pemahaman konsep perlu dititikberatkan oleh guru. Tambahan pula, murid Pendidikan Khas
biasanya mengalami masalah untuk memahami konsep asas dan mempunyai jangka ingatan
yang lebih pendek. Dalam konteks ini, guru perlu mempelbagaikan kaedah bagi memastikan
murid memahami dan mengingati pengajaran guru.
Dalam matapelajaran Matematik murid tahun 1, murid biasanya menghadapi masalah
untuk membilang objek secara rawak. Murid juga biasanya tidak mengetahui bilangan yang
diwakili nombor. Justeru perisian Count on Me diperkenalkan untuk membantu murid.
OBJEKTIF
Antara objektif penghasilan perisian Count on Me termasuklah untuk membantu guru
dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana perisian ini
dapat memudahkan dan memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik
dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Selain itu, penghasilan perisian ini bertujuan untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana proses pembelajaran tidak lagi
mempunyai unsur kaedah tradisional. Proses pembelajaran juga boleh dijalankan di mana-
mana sahaja, tanpa batasan dan tidak terhad dalam bilik darjah sahaja. Dalam konteks ini,
guru boleh membawa murid untuk belajar di luar kelas seperti di taman sekolah. Dalam hal
ini, murid akan berasa lebih seronok untuk mengikuti pengajaran guru.
Bukan itu sahaja, perisian ini juga mampu mengukuhkan kefahaman murid. Hal ini
demikian kerana perisian Count on Me mempunyai nota dan video untuk mengukuhkan
kefahaman murid. Seterusnya, perisian ini mempunyai kuiz dan lembaran kerja untuk menguji
kefahaman dan memberi penggayaan kepada murid.
KUMPULAN SASARAN
Murid bekeperluan khas yang berada di tahun 1 terutamanya bagi murid yang
menghadapi masalah dalam matapelajaran Matematik tajuk membilang objek dalam
kumpulan (1-6). Perisian ini juga disarankan kepada murid yang menghadapi masalah motor
halus kerana perisian ini menggabungjalinkan unsur terapi iaitu terapi seni semasa aktiviti
Count and Colour.
KEPENTINGAN PROJEK INOVASI
Sesebuah inovasi yang ingin dilakukan mestilah mempunyai faedah kepada
penggunanya terutama kepada guru dan kumpulan sasaran iaitu murid. Dengan adanya
perisian Count on Me, proses pengajaran dan pembelajaran guru menjadi semakin mudah.
Hal ini demikian kerana murid dapat memahami sesuatu pengajaran guru dengan lebih cepat.
Di samping itu, murid akan berasa lebih seronok belajar dengan menggunakan
perisian ini kerana ianya berorientasikan murid dengan bahan. Kaedah tidak berorientasikan
guru sepenuhnya ini dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang dapat memperkembangkan
kreativiti murid (Noriati et.al, 2012). Pembelajaran juga lebih bermakna kepada murid kerana
murid diletakkan dalam sesuatu situasi yang mana murid sendiri perlu meneroka dan
menyelesaikan tugasan.
Tambahan pula, perisian Count on Me dapat menarik minat murid untuk belajar. Di
samping dapat mengukuhkan kefahaman murid, perisian ini juga dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana perisian ini mempunyai elemen
multimedia seperti video pengajaran. Murid juga akan lebih bermotivasi untuk belajar. Motivasi
dianggap sebagai suatu unsur penting yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif
di samping menjadikan proses pembelajaran berlangsung dalam keadaan bermakna,
berfaedah dan menggembirakan (Kamarudin Husin, 1993). Dalam pada itu, perisian
digunakan untuk menghasilkan perisian Count on Me percuma sekaligus dapat menjimatkan
kos yang perlu ditanggung oleh guru mahupun pihak sekolah.
ELEMEN INOVASI
Antara elemen inovasi yang digunakan dalam penghasilan perisian Count on Me
termasuklah appypie, google drive, powtoon, quizizz dan draw on screen. Appy Pie adalah
pencipta aplikasi mudah alih yang dikeluarkan untuk Android, iOS, OS Fire, Windows Phone,
dan platform BlackBerry yang membolehkan penggunanya membuat dan mengewangkan
pelbagai jenis aplikasi mudah alih. Ia juga mempunyai pasaran sendiri untuk menunjukkan
aplikasi yang dihasilkan melaluinya. Dalam perisian ini, appypie digunakan sebagai platform
utama.
Untuk menghasilkan nota, lembaran kerja dan Colour and Count, google drive telah
digunakan. Hal ini demikian kerana, penggunaan google drive merupakan suatu perisian yang
mudah diakses, mesra pengguna, boleh dicetak dan sebagainya. Bagi penghasilan video,
saya telah memilih untuk menggunakan perisian powtoon. Perisian ini sangat mesra
pengguna dan mempunyai pelbagai fitur yang menarik. Dalam mengapload video, perisian
youtube telah digunakan.
Bagi mendapatkan maklum balas tentang tahap kefahaman murid dalam tajuk
membilang objek dalam kumpulan, satu kuiz telah dihasilkan menggunakan perisian quizizz.
Perisian ini sangat menarik dan mudah untuk digunakan. Murid juga dapat mengetahui tahap
kefahaman mereka memandangkan maklum balas mengenai markah juga dinyatakan.
ANGGARAN KOS
Tiada kos diperlukan untuk menghasilkan perisian Count on Me kerana semua elemen
inovasi bagi menghasilkan perisian ini boleh didapati secara percuma di laman sesawang dan
di google play. Elemen inovasi tersebut boleh diakses dari:
Platfom-Appypie: https://www.appypie.com/
Nota-google drive
Video-Powtoon: https://www.powtoon.com/
Kuiz-Quizizz: https://quizizz.com/
Lembaran kerja- google drive
Count and colour-google form
Draw on screen: google drive
PELAN PROJEK INOVASI
PERKARA FEB FEB FEB FEB MAC MAC MAC MAC
M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
Skop inovasi
Perbincangan
Analisis masalah
Penyataan masalah
Tindakan lanjutan
Mencari bahan
Menyiapkan inovasi
CADANGAN PROMOSI
Perisian Count on Me telah dipromosikan bagi memperoleh maklum balas daripada
pengguna untuk dikomersialkan. Pelbagai kaedah promosi telah dilaksanakan. Antaranya
termasuklah melalui youtube. Tujuan utama promosi dibuat di youtube adalah untuk
mempromosikan video pengajaran Matematik membilang objek dalam kumpulan (1-6).
Selain itu, perisian ini juga telah dipromosikan di whatsapp melalui group, whatsapp
status dan private message. Kaedah promosi yang dibuat melalui whatsapp merupakan
antara yang kaedah yang paling mudah untuk mendapatkan maklum balas daripada
pengguna. Hal ini demikian kerana rata-rata pengguna telefon bimbit di Malaysia
menggunakan aplikasi whatsapp untuk berkomunikasi sesame mereka.
Seterusnya, saya juga telah menggunakan aplikasi telegram untuk mempromosikan
dan mendapatkan maklum balas mengenai perisian Count on Me. Mealui kaedah ini, saya
telah mendapat maklum balas secara serta merta daripada pengguna perisian yang telah
dihasilkan.
Selanjutnya, ada segelintir pengguna yang bertanya kepada say acara untuk
menghasilkan perisian Count on Me. Secara tidak langsung, saya dapat berkongsi sedikit
maklumat yang dipelajari dengan pengguna. Melalaui kaedah promosi untuk mendapatkan
maklum balas daripada pengguna perisian Count on Me, saya telah mendapat pelbagai
komen yang positif dan negatif. Diharapkan komen yang diberikan dapat membantu saya
untuk menghasilkan inovasi yang lebih baik pada masa akan datang.
KEBERHASILAN DAN IMPAK
Gambar 1: Murid berkeperluan khas sedang belajar menggunakan perisian Count on Me
Berikut merupakan graf berkaitan dengan markah 4 orang murid Pendidikan Khas
tahun 1 dalam matapelajaran Matematik tajuk membilang objek dalam kumpulan (1-6)
sebelum dan selepas penggunaan perisian Count on Me. Carta menunjukkan peningkatan
pencapaian murid dalam menjawab soalan selepas menggunakan perisian ini.
Melalui pengunaan perisian Count on Me, saya dapati murid dapat memahami
pengajaran dengan lebih cepat berbanding sebelum penggunaan perisian ini. Melaui perisian
yang mesra pengguna ini, murid boleh mengikuti proses pembelajaran di mana-mana sahaja,
tanpa batasan dan tidak terhad dalam bilik darjah sahaja. Dalam hal ini, murid juga boleh
belajar Matematik semasa berada di rumah.
Murid juga kelihatan lebih bermotivasi untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran guru. Situasi ini dapat dilihat apabila murid kelihatan gembira semasa melihat
video pengajaran. Murid juga berlumba sesama mereka untuk menjawab kuiz yang terdapat
dalam perisian ini. Selain itu, mereka juga berasa teruja untuk menyiapkan Count and Colour.
Tambahan pula apabila melibatkan penggunaan perisian draw on screen yang dimuat turun
daripada google play berbanding menyiapkan Count and Colour secara manual iaitu mewarna
pada kertas yang dicetak.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Perisian Count on Me mampu mengatasi masalah pembelajaran dalam matapelajaran
Matematik. Kaedah penggunaan perisian ini amat sesuai dengan subjek Matematik
khususnya kepada murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana perisian ini sangat mudah untuk
diakses dan mesra pengguna.
Berdasarkan promosi hasil perisian Count on Me, saya telah mendapat beberapa
maklum balas daripada pengguna perisian tersebut untuk penambahbaikan sebelum
dikomersialkan. Antaranya termasuklah saya perlu menambahbaik video powtoon yang
dihasilkan. Hal ini disebabkan kerana tiada penggunaan audio. Sekiranya ada audio semasa
membilang jumlah objek dalam kumpulan, video ini akan lebih menarik.
Selain itu, responden juga mengesyorkan saya untuk menambah unsur permainan
dalam perisian Count on Me. Hal ini adalah untuk menarik minat pengguna terutamanya
murid. Murid sebenarnya belajar melalui main. Kesimpulannya, pelbagai komen sama ada
positif dan negatif telah membantu penghasilan projek inovasi digital yang lebih baik.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja dapat membantu guru dan murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahkan ianya mampu menarik minat murid untuk
belajar matapelajaran Matematik. Selain itu, ia turut memberi kemudahan murid untuk
menggunakannya secara fleksibel. Diharapkan sesi pengajaran dan pembelajaran guru pada
akan datang lebih menyeronokkan dengan penggunaan inovasi yang pelbagai.