MONYET DAN GAJAH YANG BAIK HATI BUKU CERITA KANAK-KANAK PENULIS : MASTURA BINTI GANTI IPG KENINGAU (DO1202513) Ilustrasi dari google image
Pada suatu petang, seekor monyet sedang bergayut di atas pokok sambil memakan buah pisang. 1
Tiba-tiba tangan monyet terlepas semasa bergayut di dahan pokok dan terjatuh ke dalam sungai. Monyet terkejut dan tidak dapat menyelamatkan diri. “Oh, Tuhan! Selamatkanlah aku, tolong, tolong!”. Jerit monyet ketakutan. Seekor gajah yang sedang mencari makanan ternampak monyet meminta tolong. Ia berasa sangat kasihan. “Kasihan monyet itu, aku mesti menolongnya?” bisik gajah. 2
Kemudian ia menghampiri dahan pokok yang ada berhampiran sungai dan menghulurkannya kepada monyet. Monyet terus berpaut ke atas dahan tersebut. Akhirnya monyet berjaya selamatkan diri.” Terima kasih!, Terima kasih banyak-banyak gajah,”kata monyet sambil menangis gembira. “Aku terhutang budi dengan kamu, suatu hari nanti aku pasti akan membalas jasamu ini,” kata monyet lagi. 3
4 Gajah berasa sangat gembira kerana berjaya menyelamatkan monyet. Lalu berkata “sama-sama monyet, tidak apa, hari ini aku menolong kamu, nanti akan datang bila aku susah kamu boleh menolong aku juga”.
Pada suatu hari, seekor harimau telah terjatuh ke dalam sebuah telaga yang dalam. Ia cuba memanjat keluar tetapi tidak berjaya kerana dinding telaga itu terlalu curam. “Tolong, tolong, tolong!” Jerit harimau. Gajah yang sedang lalu berhampiran telaga itu terdengar jeritan harimau. Gajah menghampiri telaga itu dan menjenguk ke dalam telaga. 5
“Gajah, tolong aku!” Jerit harimau kepada gajah. “Jangan bimbang, aku akan tolong kamu,”kata gajah. 6
Gajah pun memaut dahan pokok berhampiran dengan menggunakan belalainya. Dahan pokok itu dihulurkan ke dalam telaga. Harimau pun berpaut pada dahan pokok itu dan memanjat keluar dari telaga. “Terima kasih, gajah.” kata harimau dengan gembira. Tiba-tiba harimau teringin untuk memakan daging gajah. “Gajah, aku minta maaf kerana aku ingin merasai daging kamu,” kata harimau sambil menuju ke arah gajah. 7
8
“Oh, tidak! Jerit gajah. Ia menyesal kerana telah menolong harimau yang tidak mengenang jasa itu. “Sanggupkah kamu memakan dagingku setelah aku menyelamatkan kamu daripada mati di dalam telaga itu?” tanya gajah dengan marah. “Ah! Aku tidak peduli!, Sekarang aku lapar, aku mahu makan daging kamu.” Kata harimau sambil mahu menerkam gajah. 9
Pada ketika itu, monyet sedang memerhatikan gajah dan harimau dari atas sepohon pokok berhampiran. Ia berfikir, sudah tiba masanya ia mesti menolong gajah dan membalas budi baik gajah yang telah membantu menyelamatkan ia semasa terjatuh ke dalam sungai. Monyet tidak sampai hati melihat gajah mati dimakan harimau. 10
11 Tiba-tiba, monyet mendapat suatu akal.
Dengan segera ia bertanya. “Apakah yang sedang berlaku?” tanya monyet kepada harimau dan gajah. “Tadi aku telah menghulurkan dahan pokok ke dalam telaga bagi menolong harimau keluar dari telaga itu,”kata gajah. “Tetapi, sekarang ia ingin memakan daging aku pula,”kata gajah lagi. Tunjukkan kepada aku kedudukan asal dahan pokok itu,”kata monyet. Gajah pun menarik keluar dahan pokok itu dari telaga dan meletakkannya Kembali ke tempat asal. 12
“Di manakah kamu ketika itu?” tanya monyet kepada harimau pula. “Ketika itu, aku masih berada di dalam telaga,” kata harimau. “Tunjukkan kepada aku!” Kata monyet lagi. Tanpa berfikir panjang, harimau pun terjun ke dalam telaga itu. “Aku berada di dalam telaga inilah sebentar tadi!” Jerit harimau dari dasar telaga itu. “Bagus!” Sahut monyet. “Kamu duduklah di dalam telaga itu sampai bila-bila kerana tidak ada haiwan lain yang akan menolong kamu lagi,” jerit monyet. 13
“Terima kasih, monyet,” kata gajah dengan senang hati. Kamu telah menyelamatkan aku dari dimakan oleh harimau yang tidak mengenang budi itu.“Sama-sama gajah”. Kata monyet. Semenjak itu, gajah dan monyet menjadi sahabat baik. 14
15 Nilai murni 1. Buat baik dibalas baik. 2. Sentiasa mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menolong kita. Pengajaran 1. Jangan pentingkan diri sendiri 2. Jangan mengambil kesempatan di atas pertolongan yang telah diberikan.