The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EPORTFOLIO ANIS BINTI NORMAN LATEST

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 802-9-anis, 2023-07-02 12:32:15

EPORTFOLIO PBS

EPORTFOLIO ANIS BINTI NORMAN LATEST

51


52 6.1.6 PERBINCANGAN DENGAN GURU PENOLONG KEBAJIKAN


53


54 6.1.7 PERBINCANGAN DENGAN GURU AKADEMIK BAHASA MELAYU


55


56 6.1.8 PERBINCANGAN DENGAN PENGAWAL KESELAMATAN


57


58 6.1.9 PERBINCANGAN DENGAN MURID


59


60


61 7.0 ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 (PBS 1) merupakan satu program wajib bagi pelajar Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini dilaksanakan pada semester 3 sahaja. Program PBS ini bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS, pelatih dapat memahami pengurusan sekolah yang meliputi aspek Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Komuniti dan Dasar Pendidikan Masa Kini. 7.1 PEMERHATIAN Dalam proses pemerhatian yang telah saya jalankan, terdapat beberapa pengalaman baru yang saya perolehi iaitu tentang pengurusan dan budaya sekolah. Melalui aspek fizikal, saya dapat perhatikan tentang susun atur serta keceriaan yang terdapat di sekolah tersebut yang amat menarik bagi murid murid yang bersekolah di situ. Sekolah itu juga mempunyai wakaf dan juga mempunyai meja-meja serta kerusi dimana ia dapat dijadikan sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran yang dapat dijalan di luar kelas dimana dapat memberikan suasana yang berbeza kepada murid sehingga dapat menghilang kebosanan. Selain itu, sekolah itu mempunyai sudut pidato dimana ia dapat menggilap dan mencungkil bakat murid-murid malah dapat menarik minat murid untuk berpidato. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan disiplin yang telah ditunjukkan oleh murid murid di sekitar sekolah dan juga di dalam kelas. Murid-murid di sekolah tersebut menunjukkan kerjasama dan sikap menghormati para guru yang tinggi dalam diri murid kerana ia amat ditekankan oleh pihak sekolah sejak di tahun 1 lagi.


62 7.2 SENARAI SEMAK Semasa menjalani PBS, saya telah belajar menggunakan senarai semak dengan betul. Ketika mencari maklumat berhubung dengan tugasan ini, senarai semak digunakan sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai semak merupakan satu borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau kajian. Perkara yang terdapat dalam senarai semak yang perlu saya penuhi adalah pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana, maklumat murid dan berkenaan dengan kokurikulum sekolah. Semasa proses mencari dan mengumpul maklumat ini, banyak pengetahuan mengenai pendidikan, pengurusan pentadbiran telah saya pelajari dan perolehi. Sebagai contoh, mengenai bilangan murid dan guru yang terdapat di sekolah tersebut. Selain itu juga tidak semua kemudahan yang disenaraikan di dalam senarai semak terdapat di sekolah yang saya jalani PBS tersebut seperti bilik seni dan juga bilik ABM. 7.3 TEMU BUAL Kaedah temu bual juga telah saya gunakan dalam menjalani tugasan ini. Saya telah menemu bual beberapa orang guru seperti Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta termasuklah kakitangan sekolah iaitu kakitangan pembersihan sekolah, pengawal keselamatan dan juga murid. Semasa menjalankan temu bual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat baik dan saya mendapat jawapan yang saya inginkan. Akhirnya tugasan untuk kerja khusus murid dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar malah saya dapat menambah pengetahuan saya mengenai sistem pendidikan terkini dan juga pengurusan sekolah tersebut.


63


64 8.0 AMALAN REFLEKSI LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Kempen galakan membaca bersama Ana Muslim 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Sekolah ini telah berkelaborasi bersama Ana Muslim untuk menarik minat murid dalam membaca. • Buku-buku yang diterbitkan oleh Ana Muslim mempunyai input-input yang baik dan menarik. 2.2 Kelemahan: • Sesetengah murid tidak berkemampuan untuk membeli buku 3. Cadangan Penambahbaikkan: • Pihak sekolah perlu menyediakan dana dan mempelbagaikan genre bacaan 11 JUN 2023 / AHAD


65 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Program Pelancaran Minggu Sains “Semai Sampai Tuai”. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua murid. • Murid-murid lebih aktif dan ceria untuk menyertai aktiviti yang disediakan. • Guru menggunakan unsur penghargaan dengan memberi ganjaran kepada para peserta yang menyertai aktiviti. • Aktiviti dalam kalangan guru juga turut diadakan seperti penanaman serai. 2.2 Kelemahan: • Sesetengah murid menganggap subjek Sains sukar. 3. Cadangan Penambahbaikkan: • Guru perlu memainkan peranan penting dalam menarik minat murid untuk menyukai subjek Sains dengan memberi pededahan mengenai ilmu Sains. 12 JUN 2023 / SELASA


66 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Program Model Biri-biri 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Setiap murid perlu membawa sayur-sayuran yang sesuai untuk menghasilkan biri-biri • Penciptaan biri-biri mengikut kreativiti murid-murid. • Murid yang berjaya menjalankan aktiviti ini akan diberikan ganjaran.. 2.2 Kelemahan: • Sesetengah murid keliru dalam menghasilkan bentuk biri-biri. 3. Cadangan Penambahbaikkan: • Para guru perlu menyediakan model dan menunjukkan cara pembuatannya dihadapan murid. 13 JUN 2023/ RABU


67 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Penganjuran program Pantun Berirama 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Murid didedahkan cara mendeklamasikan pantun dengan menggunakan intonansi yang betul dan sesuai. • Kebanyakan daripada mereka berkebolehan dalam mendeklamasi pantun dan menggayakannya. • Guru menggunakan unsur penghargaan dengan memuji murid. 2.2 Kelemahan: • Penguasaan sesetengah murid dalam kemahiran membaca kurang lancar. 3. Cadangan Penambahbaikkan: • Guru perlu memastikan penguasaan murid dalam kemahiran membaca memberasangkan dengan mempelbagaikan inovasi dalam pengajaran. 14 JUN 2023 / KHAMIS


68 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Program Senamrobik bersama Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Menarik minat murid PPKI untuk hadir ke sekolah • Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. • Merapatkan hubungan murid-murid dalam kalangan mereka. 2.2 Kelemahan: • Sesetengah murid tidak dapat melakukan senamrobik dengan baik. 3. Cadangan Penambahbaikkan: • Guru perlu mempraktikkan senamrobik dalam kalangan mereka agar mereka tidak berasa janggal. 15 JUN 2023 / AHAD


69 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Program Pembangunan Kreatif 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Melahirkan murid yang berinovasi dan kreatif • Menambahkan ilmu pengetahuan murid dalam menghasilkan bangunan dengan menggunakan bahan seperti Spaghetti • Murid dapat mengaplikasikan ilmu Sains dalam aktiviti. 2.2 Kelemahan: • Sesetengah daripada mereka tidak berkebolehan dalam menghasilkan bangunan yang kukuh . 3. Cadangan Penambahbaikkan: • Guru perlu menunjukkan cara pembinaan bangunan kepada murid sebagai panduan serta menghubung kait aktiviti yang dilaksanakan dengan topik pembelajaran. 18 JUN 2023 / ISNIN


70 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Program Rangka Vetebrata 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Memberi pendedahan kepada murid mengenai rangka dalam tubuh haiwan. • Guru mendapat respons yang baik daripada murid-murid semasa sesi soal jawab. • Kebanyakan murid dapat menyiapkan tugasan. • Guru menggunakan unsur penghargaan dengan memuji murid yang dapat menyiapkan tugasan. 2.2 Kelemahan: • Sesetengah murid tidak membawa alatan yang disuruh oleh guru. 3. Cadangan Penambahbaikkan: • Guru perlu mengingatkan ibu bapa setiap kali sekolah mengadakan aktiviti atau program yang memerlukan murid membawa alatan sendiri. 19 JUN 2023 / SELASA


71 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Program roket kertas 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Murid dikehendaki mengahasilkan roket dengan menggunakan kertas . • Mengadakan pertandingan untuk menguji kelajuan roket . • Guru memberikan ganjaran kepada murid yang berjaya. 2.2 Kelemahan: • Sesetengah murid kurang kreatif dalam menghasilkan roket kertas. 3. Cadangan Penambahbaikkan: • Guru perlu lebih fokus dan memberi perhatian agar semua murid melibatkan diri. • Guru perlu memberi tunjuk ajar sebelum murid melakukan aktiviti tersebut. 21 JUN 2023 / RABU


72


73 9.0 LAPORAN AKHIR Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 (PBS 1) merupakan tugasan yang wajib dilakukan selama dua minggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia ini. Mereka dikehendaki menjalankan PBS di sekolah-sekolah kerajaan dalam negara. PBS kali ini merupakan pengalaman pertama bagi saya selaku pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 3. PBS ini meminta untuk saya ke sekolah bagi menjalani tugasan yang diberikan. Saya telah menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu. Tujuan utama saya untuk ke sekolah itu kerana ingin mengetahui lebih mendalam lagi tentang sekolah tersebut dan mendapatkan ilmu pengetahuan serta pengalaman. Sepanjang saya berada di sekolah ini, saya telah mempelajari banyak perkara baru berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru semasa mengajar. Semasa melaksanakan PBS, saya mendapati diri saya banyak berlaku perubahan dalam melengkapkan diri untuk menjadi seorang guru yang baik dan berdedikasi. Antaranya ialah dari aspek penampilan, pergaulan, komunikasi dan pengurusan sama ada dengan pihak sekolah, para guru dan murid-murid serta kakitangan sekolah. Melalui PBS juga, saya mendapati diri saya banyak berubah ke arah pemikiran dan pengurusan emosi yang positif, bukan dengan cara memberi tekanan kepada perasaan. Kawalan emosi sangat penting kerana emosi merupakan segala tunjang perbuatan yang bakal kita lakukan. Emosi yang negatif membawa keburukan kepada diri kita. Selain itu, saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya selepas menjalani PBS ini. PBS ini mengajar saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika berhadapan dengan muridmurid. Seterusnya, ia juga menambahkan semangat saya untuk menimba ilmu pengetahuan serta bijak dalam berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. Tambahan lagi, saya dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan dasar keterbukaan dan telus dalam pergaulan. Melalui PBS juga, saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat di kalangan para guru, staf sekolah dan murid-murid serta berkongsi pemikiran untuk mencapai kesefahaman. Malah, saya juga dapat menyesuaikan diri dengan idea-idea, pendekatan dan maklumat yang baru diterima.


74 Di samping itu, saya menyedari bahawa tanggungjawab seorang guru bukanlah perkara yang mudah lebih-lebih lagi dalam menyediakan sebuah kelas yang lengkap dari segi kemudahan dan informasi. Selain itu, suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran adalah sangat penting untuk melahirkan murid yang harmonis dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial. Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 ini banyak memberi input yang berguna kepada semua guru pelatih. Oleh itu, saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalani PBS 1 ini yang merupakan pengalaman pertama saya. Saya berasa sungguh sedih untuk meninggalkan sekolah ini kerana warga sekolah tersebut sangat baik dan memberi kerjasama yang baik. Pengalaman yang diperolehi akan diingati serta akan diaplikasikan apabila saya bergelar seorang guru kelak.


75


76 10.0 BORANG KEHADIRAN


77


78 11.0


79 11.0 LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR


80


81 LAMPIRAN


82


Click to View FlipBook Version