UNIT 1: INSTITUSI RAJA TONGGAK KEDAULATAN NEGARA
1. MAKSUD RAJA DAN KERAJAAN
Sistem pemerintahan yang diamalkan di negara kita ialah sistem demokrasi berparlimen.
Sistem pemerintahan di Malaysia adalah di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.
Yang Di-Pertuan Agong:
* merupakan Ketua Negara Malaysia/ ketua kerajaan
* menduduki tempat tertinggi dalam sistem pemerintahan
* merupakan raja yang memerintah mengikut Perlembagaan Negara serta dinasihati
oleh cabinet
2. Struktur pentadbiran negara terbahagi kepada 3 bahagian:
(i) Badan perundangan
(iii) Badan kehakiman
(ii) Badan pemerintahan
3. Perdana Menteri merupakan ketua pentadbiran negara. Perdana Menteri dilantik
oleh Yang Di-Pertuan Agong daripada ketua parti yang memenagi pilihan raya
umum.
Perdana Menteri Malaysia :
1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
Perdana Menteri Malaysia Pertama
31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970
2. TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN
Perdana Menteri Malaysia Kedua
22 September 1970 hingga 14 Januari 1976
3. TUN HUSSEIN ONN
Perdana Menteri Malaysia Ketiga
15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981
4. TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia Keempat
16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003
5. TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
Perdana Menteri Malaysia Kelima
31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009
6. DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Malaysia Keenam
3 April 2009 hingga 9 Mei 2018.
7. TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh
10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.
8. TAN SRI DATO' HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD. YASSIN
Perdana Menteri Malaysia Kelapan
1 Mac 2020 hingga kini.
KONSEP DAULAT DAN DERHAKA
DAULAT
1. Perkataan daulat berasal daripada perkataan Arab iaitu daulah yang bererti
kerajaan atau negeri.
2. Daulat juga bererti kuasa atau hak tertinggi seseorang Sultan untuk memerintah
sesebuah negeri atau negara.
3. Daulat melambangkan kekuasaan yang dikhaskan kepada raja.
5. Negara yang berdaulat bererti negara yang mempunyai hak untuk memerintah.
6. Tujuan daulat ;
- Memberi penghormatan tertinggi kepada raja
- Mengawal para pembesar dan rakyat
DERHAKA
1. Derhaka bermaksud tidak taat atau khianat kepada negara atau
pemerintahannya.
– rakyat bertindak melanggar perintah / suruhan raja.
2. Orang yang menderhaka kepada raja akan dipanggil penderhaka.
3. Kesan derhaka ;
(a) Ditimpa tulah atau malapetaka
(b) Dijatuhi hukuman bunuh