KELAB STAFF
SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL
76100 MELAKA
UNDANG-UNDANG KECIL 2017
(Digubal semula berdasarkan undang-undang kecil 2009)
1. Nama : Kelab Staff SKDT
2. Keahlian :
Semua guru dan kakitangan yang bertugas di sekolah ini adalah dengan sendirinya dan
diwajibkan menjelaskan yuran tahunan. Pekerja swasta pula dialu-alukan untuk menjadi
ahli serta dikehendaki membayar yuran tahunan tersebut.
3. Pelantikan Pengerusi:
Jawatankuasa Pengerusi adalah khusus bagi guru biasa (bukan daripada kalangan
pentadbir).
Pelantikan J/Kuasa :
Semua ahli adalah layak untuk menduduki jawatan kuasa. Pemilihan adalah berdasarkan
undi terbanyak.Jawatankuasa utama yang dipilih tidak boleh dilantik semula dalam
tempoh 2 tahun dari tarikh perlantikan. (Pindaan 2019)
4. Yuran Tahunan:
5.1 Guru dan pegawai kerani (N17 dan ke atas) :RM 110.00 setahun
5.2 Pegawai Gred N11 ke bawah dan rintis :RM 60.00 setahun
5.3 Parkir : RM 5.00 sebulan
6. Cara Kutipan;
Boleh dibayar secara ansuran. Bagi ahli yang ingin membayar secara penuh selama 11
bulan diberi potongan sebanyak RM 10.00 (tawaran sehingga 31 Januari).
7. Bidang kuasa pengeluaran wang. Bendahari akan mengeluarkan wang bagi tujuan
berikut:
i. Ahli yang dimasukkan ke wad di mana-mana hospital-RM 30.00
● (tidak lebih 2 kali setahun bagi seorang ahli)
ii. Ahli atau isteri (pertama) bersalin -RM 30.00
iii. Ahli berkahwin (kali pertama) di SKDT -RM 50.00
● (Sumbangan tambahan melalui edaran)
iv. Kematian ahli -RM 100.00
v. Kematian anggota keluarga rapat ahli - RM 50.00
● (Suami/isteri, anak, ibu bapa, mertua)
vi. Ahli yang menunaikan fardhu haji -RM 100.00
8. Ahli bertukar atau berpindah bagi guru dan pekerja akan diberi cenderamata
mengikut kadar berikut:
● Kurang daripada setahun - RM 30.00
● Berkhidmat 2-5 tahun - RM 50.00
● Berkhidmat dari 6-10 tahun - RM100.00
● Berkhidmat lebih daripada 10 tahun - RM 150.00
● Berkhidmat lebih daripada 20 tahun - RM 200.00
(Mana-mana yang terdahulu)
9. Ahli yang bersara atau menamatkan perkhidmatan bagi guru dan pekerja diberi
cenderamata bernilai RM 200.00
10. Jawatankuasa yang dipilih berhak membuat sebarang keputusan tanpa memberitahu
ahli
11. Bendahari boleh membuat kutipan wang tambahan daripada ahli bagi menjalankan
sesuatu aktiviti setelah mendapat persetujuan jawatankuasa
12. Seseorang ahli atau jawatankuasa berhak (dengan kebenaran pengerusi)
menggunakan perbelanjaan di bawah RM 100.00 bagi sebarang projek berkaitan
dengan badan tanpa perlu mendapat kelulusan mesyuarat jawatankuasa.
13. Jika ada ahli yang ditimpa musibah seperti kemalangan atau kecurian, serta bencana
alam kutipan kilat akan diadakan
14. Sebarang pindaan kepada undang-undang kecil perlu diputuskan dalam Mesyuarat
Agung dan mendapat persetujuan majority sebelum diluluskan.