The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Hafizah Zainol Hamizi, 2023-05-14 21:43:46

KERTAS CADANGAN MAT PIBG

KERTAS CADANGAN MAT PIBG

SK TITIAN BINTANGOR 71150 LINGGI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KERTAS CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG) SK TITIAN BINTANGOR KALI KE-46 / 2023 ANJURAN: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SK TITIAN BINTANGOR TARIKH & HARI: 24 MEI 2023 RABU MASA: 2:30 – 5.00 PETANG TEMPAT: DEWAN SK TITIAN BINTANGOR


i. TAJUK: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE46/2023 ii. TUJUAN/OBJEKTIF; • Menggalakkan interaksi dua hala antara pihak sekolah dan ibubapa/ penjaga murid SK Titian Bintangor • Meningkatkan penglibatan ibubapa ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah murid SK Titian Bintangor. • Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa. • Menjalankan perbincangan isu-isu berkaitan murid, ibubapa dan sekolah. • Menjalinkan ukhwah pemuafakatan antara ibubapa penjaga dengan guru-guru. • Memupuk kerjasama dan keterlibatan antara ibubapa dengan pihak sekolah dalam semua program. iii. LATAR BELAKANG; Demi memenuhi tuntutan pendidikan yang semakin kompleks, penglibatan ibu bapa dan guru secara langsung dalam program pendidikan perlulah diwujudkan secara terancang. Oleh itu peranan PIBG amat diperlukan dalam usaha merealisasikan kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab PIBG berusaha memainkan peranan yang berkesan dalam membantu pihak sekolah menjayakan perlaksanaan perancangan yang telah di atur. Secara umumnya objektif penubuhan PIBG adalah untuk : • Mewujudkan kesedaran tentang peranan PIBG kepada ibu bapa dan guru. • Mewujudkan kesedaran tentang peranan PIBG dapat membantu kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan. • Membantu pihak sekolah mencapai matlamat dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, Ko-kurikulum, bina insan / moral, disiplin, keceriaan sekolah dan keselamatan sekolah. iv. CADANGAN TARIKH; 24 Mei 2023 (Rabu) v. CADANGAN TEMPAT; Dewan SK Titian Bintangor vi. KUMPULAN SASAR; Semua ibu bapa/waris murid-murid dan guru-guru SK Titian Bintangor vii. ANGGARAN BILANGAN PESERTA; 50 Orang viii. KAEDAH PELAKSANAAN; Bersemuka ix. ATURCARA MAJLIS Rujuk Lampiran A


x. JAWATANKUASA PELAKSANA Rujuk Lampiran B xi. ANGGARAN KOS DAN SUMBER PERUNTUKAN; SUMBER PERUNTUKAN: • Kutipan Sumbangan PIBG • Sumbangan Individu xii. FAEDAH/OUTCOME; • Mewujudkan interaksi dua hala antara pihak sekolah dan ibubapa/ penjaga murid SK Titian Bintangor • Meningkatkan penglibatan ibubapa ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah murid SK Titian Bintangor. • Isu dan permasalahan yang timbul dapat dibincangkan dan disertai dengan cadangan jalan penyelesaian. xiii. KESIMPULAN Sekolah berkesan ialah sekolah yang memperlihatkan pencapaian pelajar yang cemerlang baik daripada segi akademik mahupun daripada aspek pembentukan sahsiah dan kokurikulum. Selain itu, perkongsian visi dan misi, kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran, serta permuafakatan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat akan turut memantapkan kecemerlangan sekolah. Secara kesimpulannya, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara sesama waris dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Diharapkan program seperti ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak. Disediakan oleh, Disahkan oleh, NUR HAFIZAH BINTI ZAINOL HAMIZI EN ABD RASHID BIN AHMED SABARALI MARICAN Setiausaha Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Titian Bintangor SK Titian Bintangor Bil Item Kuantiti Anggaran seunit Jumlah 1 Hiasan Dewan, pentas dan banner 1 Unit RM 150.00 RM150 2 Cenderahati Perasmi 2 org RM 30.00 RM60 4 Buku Aturcara 50 org RM 1.00 RM50 5 Jamuan ibu bapa, AJK dan Guru 50 org RM 6.00 RM300 6 Jamuan :VIP 15 org RM 10.00 RM150 7 Cenderahati AJK 20 org RM 20.00 RM400 JUMLAH KESELURUHAN RM 1110


Lampiran A ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) SEKOLAH KEBANGSAAN TITIAN BINTANGOR ( SKTB ) KALI KE-46 MASA ATUR CARA 1.45 ptg : Ketibaan dan pendaftaran ibu bapa / penjaga 2.00 ptg : Ketibaan Tetamu Kehormat 2.30 ptg : Ucapan Aluan pengacara majlis : Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung PIBG SKTB Kali Ke46 dimulakan. : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan doa : Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Titian Bintangor : Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Rembau : Ucaptama perasmian Mesyuarat Agung PIBG SKTB Kali Ke-46 oleh YB Dato’ Seri Dr. Hj Awaludin Bin Said, ADUN Kota.’ : Jamuan 3.30 ptg : Mesyuarat Agung PIBG SK Titian Bintangor Kali Ke-46 dimulakan. : Mesyuarat Agung PIBG SK Titian Bintangor Kali Ke-46 ditangguhkan. : Bersurai


Lampiran B JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG SK TITIAN BINTANGOR KALI KE-45 Penasihat : Cg Rosminawati Binti Musa ( Guru Besar) Pengerusi : En. Abd Rashid Bin Ahmed Sabarali Marican (YDP PIBG) Naib Pengerusi : Pn. Mashayu Binti Abu (NYDP PIBG) : Cg. Mohd Hasrolazizi Bin Ishak (GPK Pentadbiran) : Cg. Apizal Bt Md Nor (GPK HEM) : Cg. Fikri Nazwan Bin Mahmud (GPK KOKO) Setiausaha : Cg. Nur Hafizah Binti Zainol Hamizi Bendahari : Cg. Norazah Binti Abu Bakar JAWATANKUASA KERJA TUGAS NAMA GURU BIDANG TUGAS Penyambut Tetamu 1. Cg. Rosminawati Binti Musa (GB) 2. En. Abd Rashid Bin Ahmed Sabarali Marican (YDP PIBG) 3. Cg. Mohd Hasrolazizi bin Ishak 4. Cg. Apizal Bt Md Nor • Menyambut kedatangan tetamu. Bacaan Doa Ustaz Amirul Faisal Bin Azman • Menyediakan doa yang sesuai dengan majlis • Membacakan doa sebelum majlis bermula Pencatat 1. Ustazah Rozinawati Bt Mohd Nasir 2. Cg Norfarahanah Binti Nazri • Mencatat butiran mesyuarat agung di dalam buku catatan mesyuarat Pendaftaran 1. Cg Norfarahanah Binti Nazri(K) 2. Ustazah Zarazila Hanim Bt Othman • Menyediakan Borang Pendaftaran • Mengedar buku atur cara kepada tetamu. Persiapan Dewan & Hiasan Dewan & Mengemas semula dewan 1. Tn. Hj. Jamaludin Bin Lasim (K) 2. Cg. Fikri Nazwan bin Mahmud 3. Cg. Amirul Faisal Bin Azman 4. En. Muhamad Farid Bin Azam (AJK PIBG) 5. Ustaz Mohd Luqman Aiman Bin Mustafa • Menyusun kerusi seperti yang ditetapkan oleh jawatankuasa hiasan dewan. • Menyediakan meja pengacara majlis, meja hadiah dan meja pendaftaran • Menyediakan backdrop yang menarik dan berkualiti.


Lampiran B Kebersihan Dan Keceriaan Semua guru dan AJK PIBG SKTB • Memastikan dewan disapu dan dimop sebelum majlis. • Memastikan kebersihan dewan, mengemas dan memulangkan semula peralatan yang dipinjamkan atau digunakan ke tempat asal. P.A Sistem Cg. Mohd Hasrolazizi bin Ishak • Memastikan peralatan audio berfungsi dengan baik. • Memasang peralatan audio lebih awal. • Bertanggungjawab mengambil dan menyimpan peralatan audio dengan selamat. Pengacara Majlis Cg. Fikri Nazwan bin Mahmud • Memastikan majlis berjalan dengan lancar. • Pengendalian majlis yang menarik dan menghiburkan. • Menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa Buku Atur Cara 1. Cg. Nur Hafizah Binti Zainol Hamizi (K) 2. Pn Sarimah Bt Kamarudin • Mengumpul data dan maklumat penting untuk dicetak dalam buku atur cara. • Mencetak buku atur cara mengikut jumlah yang ditetapkan. • Menyerah buku atur cara kepada jawatankuasa pendaftaran. Pengurusan hadiah & Cenderahati VIP 1. Cg. Norazah Binti Abu Bakar 2. Pn Mashayu Binti Abu (NYDP PIBG) 3. Pn Rosmiwati Binti Am (AJK PIBG) • Menyediakan hadiah dan Cenderahati kepada AJK PIBG & VIP • Bertanggungjawab menyedia dan menyimpan alas meja hadiah dan dulang hadiah • Memastikan majlis penyampaian hadiah berjalan dengan lancar. • Menyimpan hadiah penerima yang tidak hadir Kudapan 1. Cg. Apizal Bt Md Nor (K) 2. Pn. Norzuzila Bt Abd Rahman (AJK PIBG) 3. Pn. Normasita Bt Zakaria (AJK PIBG) 4. Pn. Elly Sharmin Binti Md Sahar (AJK PIBG) • Memastikan kudapan disediakan dan diedarkan dengan baik. Jurufoto dan dokumentasi 1. Ustazah Nur Hafizah Binti Zainol Hamizi(Dokumentasi) 2. Cg Mohd Azmi Bin Yunus(Jurufoto) • Merakamkan gambar sepanjang majlis berlangsung • Membuat dokumentasi


Click to View FlipBook Version