fungsi sastera melayu Disediakan oleh: Khai H runnisa, Farzana, Syafiqah, afizuddin, Akif Asyraf TUTORIAL MINGGU 2
Hiburan sesuatu (perbuatan, benda, dll) untuk menghiburkan, menyenangkan dan menenteramkan hati
Apa itu pantun? PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. PANTUN merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiaptiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkaprangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.
CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIk bagi empat kerat mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b . bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.
Pantun 4 kerat sebagai hiburan Pantun berfungsi sebagai cara hiburan yang menyeronokkan. Sebagai contoh, wujudnya pantun jenaka yang mencuitkan hati. Pantun seperti ini sering digunakan dalam perhimpunan keluarga, perayaan tradisional atau majlis sosial untuk menghiburkan orang dan mewujudkan suasana yang riang.
Pantun 4 kerat sebagai hiburan digunakan dalam interaksi antara individu terutama untuk menguji minda seseorang. dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara individu kerana ia disampaikan dalam besuasana santai acara berbalas pantun sesama anggota masyarakat dinyanyikan oleh kanak-kanak, pasangan teruna dan dara yang sedang dilamun cinta digunakan sebagai lirik lagu dalam lagu-lagu rakyat
Pantun YANG MENIMBULKAN UNSUR JENAKA Anak kera pandai meniti, Anak ayam disambar helang; Tidak terkira besarnya hati, Melihat ibu sudah pulang. Rawa bangun jalan berliku, Penuh onak makanan badak; Gelak senyum rupa kakakku, Melihat nenek duduk berbedak.
Pantun YANG DIGUNAKAN UNTUK menguji minda Tugal padi jangan bertangguh Kunyit kebun siapa galinya Kalau tuan cerdik sungguh Langit tergantung mana talinya? Kalau Tuan belajar menari Jangan lupakan belajar pantun Kalau Tuan bijak bestari Apa yang naik tak pernah turun? Orang mengail ikan gelama Bulan terang pagi hari Kalau tuan bijak laksana Apa binatang keris di kaki?
penggunaan pantun sebagai lirik lagu Rasa sayang, hey! Rasa sayang sayang, hey! Hey, lihat nona jauh, Rasa sayang sayang, hey! Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga; Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Dua tiga kucing berlari, Mana sama si kucing belang; Dua tiga boleh ku cari, Mana sama adik seorang. Pisang emas dibawa berlayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
Kesimpulan Secara keseluruhannya, pantun telah berjaya menjadi alat hiburan dalam masyarakat Melayu dengan menggabungkan elemen lain untuk mengekalkan nilai estetika.
TERIMA KASIH