The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Cerita Kanak-Kanak: Harimau Bintang Dengan Kawan Baiknya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TEA JIA JING IPG-Pelajar, 2024-03-22 04:54:08

Buku Cerita Kanak-Kanak: Harimau Bintang Dengan Kawan Baiknya

Buku Cerita Kanak-Kanak: Harimau Bintang Dengan Kawan Baiknya

Harimau bintang dengan kawan baiknya Karya Tea Jia Jing


Cerita ini mengisahkan tentang seekor harimau bintang yang bernama Stephen dan dua kawannya, Sang Kancil dan Sang Buaya, yang bersedia untuk menyertai Hari Sukan Hutan Permata Bahagia dalam acara lari pecut 100 meter. Stephen bersemangat untuk mencuba acara tersebut untuk pertama kalinya. Namun, mereka telah menjumpai harimau yang sombong mendapat balasan atas sikapnya yang kurang sopan. Ketika harimau terluka, Stephen dan rakan-rakannya menunjukkan kebaikan hati dengan membantunya. Dalam cerita ini mengajar kanak-kanak tentang persahabatan, pengampunan, dan kepekaan terhadap alam sekitar. Sinopsis


Dalam Hutan Permata Bahagia, seekor Harimau Bintang yang bernama Stephen, Stephen mempunyai dua kawan baik, iaitu Sang Kancil dan Sang Buaya


Mereka sedang melatih berlari dengan bersungguh-sungguh kerana mereka telah menyertai Hari Sukan Hutan Permata Bahagia dalam acara lari pecut 100 meter.


Stephen teruja kerana Stephen tidak pernah menyertai acara lari pecut 100 meter dan ini kali pertama Stephen menyertai acara ini. Kawan-kawan Stephen sangat menyokong Stephen kerana Stephen mempunyai bakat dalam kepantasan. Lari Stephen, awak boleh cepat lagi!!! Lari Stephen, tunjukkan bakat awak!!! Saya rasa saya minat dalam berlari, Woohoo!!!


Kemudiannya, mereka berehat kerana telah berasa letih. Pada masa itu, seekor Sang Harimau melalui mereka semasa mereka berehat di bawah pokok.


Sang Harimau membuang sampah merata-rata sambil mengejek badan Sang Buaya sangat gemuk. Sang Harimau juga mengatakan... Xiu!!! “Saya mesti akan menang Sang Buaya kerana badan awak gemuk". Hahaha


Stephen memujuk Sang Buaya yang sedang sedih kerana Sang Harimau hanya untuk menjatuhkan keyakinan sahaja. “Saya mesti akan menang Sang Buaya kerana badan awak gemuk". Hahaha Hahaha, Si gemuk, Hahaha Xiu!!! Stephen memujuk Sang Buaya agar jangan sedih kerana Sang Harimau hanya untuk menjatuhkan keyakinan sahaja. Kemudiannya, Stephen menegur Sang Harimau... “Janganlah awak sombong dan mengejek kawan saya, lagipun awak jangan membuang sampah meratarata kerana perbuatan ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar"


Stephen menegur Sang Harimau agar mengutip sampah itu sebelum Stephen memberitahu kepada penghulu Si Gajah. Sang Harimau mengutip sampah itu dan berjalan ke rumahnya dengan sikap yang hidung tinggi Cis!!! Saya balik rumah. Blek! Kutip


Pada Hari Sukan Hutan Permata Bahagia, para peserta termasuklah Stephen, Sang buaya, Sang Kancil Sang Harimau, seekor singa dan kuda belang sedang membuat persediaan di padang. Sang Harimau menyatakan... saya mesti akan menang dalam acara ini kerana sayalah antara yang paling kuat. Hahaha


Malangnya, Sang Harimau terjatuh semasa membuat aktiviti memanaskan badan dan ini kerana dia terpijak kulit pisang yang dibuang olehnya. Aduh!!! Sakit!!!


Pada masa ini, Stephen dan rakan-rakannya segera membawa harimau untuk berehat di bawah pokok dan memberitahu Cikgu Si Beruang bahawa Sang Harimau telah cedera dan tidak dapat menyertai dalam acara lari pecut 100 meter. Cepat, jom kami tolong Sang Harimau


Kemudiannya, mereka bersama Cikgu Si Beruang membawa Sang Harimau ke bilik rawatan untuk menerima rawatan.


Selepas menerima rawatan, Sang Harimau berterima kasih kepada mereka kerana mereka masih membantunya walaupun dia telah berbuat jahat terhadap mereka. Sama-sama Terima kasih


Akhirnya, Stephen berjaya memperoleh johan manakala Sang kancil berjaya mendapat tempat kedua manakala singa mendapat tempat ketiga.


Hari Sukan Hutan Permata Bahagia


Akhir sekali, Sang Harimau juga insaf terhadap perbuatannya yang memandang remeh kepada orang lain dan membuang sampah merata-rata. Stephen dan kawankawannya juga memaafkan harimau serta ingin berkawan dengan harimau.


Tidak mengapa, kami sudah memaafkan awak Minta maaf, kalian


Sejak itu, mereka berempat sentiasa belajar dan bermain bersama-sama dengan gembira di Hutan Permata Bahagia. Mereka juga menjaga kebersihan dan keindahan Hutan Pertama Bahagia.


Glosari Pecut - Tindakan meningkatkan kepantasan Teruja - Semangat yang tinggiterhadap sesuatu yang menarik Bakat - Kemampuan alami Merata-rata - Tersebar seluruh Mengejek - Tindakan menghina atau melecehkan Menegur -Memberi nasihat Hidung tinggi - Sombong Rawatan - Prosedur merawat Walaupun - Tetapi Memperoleh -Mendapat Insaf - Sedarterhadap kesilapan yanng pernah dilakukan Memandang remeh -Memandang rendah Keindahan - Kecantikan


Pengajaran Cerita ini memberi pengajaran kepada kanak-kanak tentang kesedaran kepentingan alam sekitar serta sentiasa baik hati dan tidak boleh bersikap sombong terhadap orang lain. Kita mestilah peka terhadap alam sekitar dengan menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar Kita haruslah baik hati dalam membantu orang lain dan tidak sombong terhadap orang lain


Click to View FlipBook Version