The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 2.4

AHLI KUMPULAN :
1. NIK NURHALIZA BINTI MOHD ZAINI
2. NURUL FATANIAH BINTI KAMARZAMAN
3. NURUL NAFISAH BINTI ZOL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d085673, 2022-06-02 01:53:12

MODUL ELEKTRIK

BAB 2.4

AHLI KUMPULAN :
1. NIK NURHALIZA BINTI MOHD ZAINI
2. NURUL FATANIAH BINTI KAMARZAMAN
3. NURUL NAFISAH BINTI ZOL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

REKA BENTUK TEKNOLOGI

BAB 2 APLIKASI TEKNOLOGI

Penulis & Editor:
Nik Nurhaliza binti Mohd Zaini
Nurul Fataniah binti Kamarzaman

Nurul Nafisah binti Zol

2.4.1 Menyatakan Maksud Mikropengawal Muka Surat
(Microcontroller) dan Mikropemprosesan
(Microprocessor) 3
2.4.2 Menjelaskan Bahagian-bahagian yang Terdapat
Dalam Mikropengawal 4-6
2.4.3 Menghasilkan Lakaran Reka Bentuk Litar
Elektronik 7-14
2.4.4 Membina Litar Simulasi yang Berfungsi dengan 15-18
Perisian Khas 19-21
2.4.5 Membuat Penyambungan Litar Input dan Litar 22-29
Output kepada Mikropengawal 30
2.4.6 Menulis Pengaturcaraan Mudah Berdasarkan 31
Penyambungan Litar Input dan Litar Output 32-33
2.4.7 Membuat Pengujian dan Penilaian Kefungsian Litar
Elektronik
2.4.8 Mencadangkan Penambahbaikan ke Atas Reka
Bentuk Litar Elektronik
Uji Minda
Kesimpulan

2.4.1 MENYATAKAN MAKSUD MIKROPENGAWAL (MICROCONTROLLER)
& MIKROPEMPROSESAN (MICROPROCESSOR)

Mikropengawal

Mikropengawal (microcontroller) ialah peranti kawalan dalam satu cip. Peranti
kawalan ini terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU), RAM (Random Access
Memory), ROM (Read Only Memory), dan port Input/ Output yang dibina di
dalamnya (rujuk Rajah 2.4.1).

.

Fungsi mikropengawal:

Mengawal peranti elektronik.

Mikropengawal menjalankan kawalan mudah

berdasarkan pengaturcaraan yang telah

dimuatkan di dalamnya.

PIntu pagar automatik.

Rajah 2.4.1: Blok Mikropengawal

Mikropemprosesan

Mikropemprosesan (microprocessor) ialah peranti pemprosesan mikro dalam satu

cip. Peranti ini digunakan Bersama dengan cip-cip sokongan yang lain seperti

Input, Output, RAM, dan ROM. Semua cip sokongan ini berada di luar

mikropemproses dan dihubungkan melalui System Bus.

Cip Mikropemprosesan

Rajah 2.4.2: Blok Mikropemprosesan

3

2.4.2 MENJELASKAN BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG TERDAPAT DALAM
MIKROPENGAWAL (MICROCONTROLLER)

Bahagian mikropengawal terdiri daripada:
Input
Proses
Output

Input Unit Output
Pemprosesan
Pusat (CPU)

Bahagian Input Bahagian Proses Bahagian Output

Rajah 2.4.2: Blok Bahagian Utama dalam Mikropengawal

A. Bahagian Input

Bahagian input ialah salah satu bahagian
yang terdapat dalam mikropengawal.
Input dalam mikropengawal menerima
isyarat dan menghantarkannya kepada
Unit Pemprosesan Pusat (CPU). Isyarat
diperolehi daripada peranti input yang
digunakan. Peranti input terbahagi
kepada dua iaitu peranti input digital dan
peranti input analog.

Peranti Input Digital

Peranti jenis ini termasuklah suis tekan
tutup, suis tekan buka, suis mikro, penderia
pergerakan (motion sensor), dan penderia
air.

Suis Tekan Tutup

Menghasilkan isyarat kepada

mikropengawal dalam bentuk digital. Litar Suis Tekan Tutup Simbol Suis Tekan Tutup

akan tertutup dan mengalirkan arus apabila

punat suis ditekan.

Suis Tekan Buka

Menghasilkan bentuk isyarat yang sama
dengan suis tekan tutup. Litar akan terbuka
dan arus terputus apabila punat suis
ditekan.

Suis Tekan Buka Simbol Suis Tekan Buka

4

Suis Mikro

Terdapat dua fungsi iaitu bertindak sebagai suis tekan
tutup dan suis tekan buka. Suis ini akan berfungsi
sebagai suis tekan tutup apabila terminal COM/NO
digunakan dan akan menjadi suis tekan buka apabila
terminal COM/NC digunakan untuk membuat
penyambungan litar. Suis mikro menghasilkan isyarat
kepada mikropengawal dalam bentuk digital.

Penderia Pergerakan (Motion Sensor) Kedudukan dan simbol suis mikro

Berfungsi untuk mengesan pergerakan haba yang Penderia
dihasilkan oleh manusia atau haiwan. Apabila berlaku Pergerakan
pergerakan, isyarat akan dihantar kepada
mikropengawal dalam bentuk digital.

Penderia Air Penderia Air

Berfungsi untuk mengesan kehadiran air pada sesuatu
tempat. Penderia ini memberikan isyarat 1 (5V) jika tiada
kehadiran air dan 0 (0V) jika ada kehadiran air. Contoh:
wiper automatik pada kereta.

Peranti Input Analog

Peranti input analog terdiri daripada penderia jarak (infrared distance sensor),
penderia cahaya, dan penderia suhu.

Penderia Jarak (Infrared Distance Sensor) Penderia Jarak

Berfungsi untuk mengesan dan membaca ukuran jarak
antara penderia dengan objek atau halangan, sama ada
objek yang diperbuat daripada logam atau bukan logam.
Penderia ini akan mengesan objek berdasarkan
penerimaan pantulan cahaya infra merah yang
dipancarkan.-analog.

Penderia Cahaya Penderia Cahaya

Perintang Peka Cahaya (LDR) merupakan sebuah
penderia cahaya. Peranti ini peka terhadap cahaya.
Rintangan akan berubah mengikut kecerahan. Isyarat
analog yang dihasilkan berdasarkan perubahan
kecerahan cahaya yang diterima. Semakin cerah cahaya
semakin rendah rintangan pada penderia cahaya.

Penderia Suhu Penderia Suhu

Berfungsi untuk mengesan suhu dalam julat tertentu
(isyarat analog). Isyarat analog akan terhasil
berdasarkan perubahan suhu yang diterima. Contoh:
• Penderia suhu (LM35D)
Peranti input analog ini akan menukarkan suhu dalam
bentuk voltan.

5

B. Bahagian Proses

Proses akan dilakukan oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU). CPU akan
melaksanakan atur cara yang disimpan dalam ROM (Read Only Memory).

ROM = menyimpan atur cara dan data secara kekal dalam mikropengawal.

RAM (Random Access Memory) = menyimpan data sementara. Data akan terpadam
apabila bekalan kuasa dimatikan.

Isyarat yang diterima daripada input akan diproses oleh CPU, kemudian CPU
menghasilkan isyarat kepada output.

C. Bahagian Output

Tugas output adalah menerima isyarat daripada CPU dan menghantarnya kepada
peranti output (digital atau analog).

Peranti Output

Tugas: melaksanakan isyarat yang diberi oleh output. Peranti output yang
menggunakan bekalan kuasa melebihi 5V perlu menggunakan bekalan kuasa
tambahan Bersama perant sokongan lain untuk beroperasi. Contoh peranti output
adalah:
• Diod pemancar cahaya, LED
• Pembaz (buzzer piezo)
• Geganti
• Motor arus terus
• Lampu LED 12V

Diod Pemancar Cahaya (Light Emitting
Diode)-LED

Berfungsi untuk mengeluarkan cahaya dan sebagai
lampu perhiasan. LED perlu digunakan Bersama
perintang untuk mengelakkan kerosakkan dan
mengawal kecerahan.

Pembaz (Buzzer Piezo)

Pembaz berfungsi dengan cara menukarkan
gelombang elektrik kepada gelombang buni yang
berfrekuensi tinggi. Pembaz mempunyai kekutuban
pada penyambungan iaitu positif (merah), negatif
(hitam).-alat penggera keselamatan.

Geganti (Relay)

Bertindak sebagai suis kawalan litar berarus tinggi. Geganti
akan dihidupkan apabila arus elektrik melaluinya.

Motor Arus Terus

Motor arus terus akan berputar apabila ada arus elektrik
yang melaluinya. Motor ini akan berputar berlawanan
arah jika penyambungan wayar positif dan negatif
dipasang secara terbalik.

Lampu LED 12V

Mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik mengalir melaluinya.

6

2.4.3 MENGHASILKAN LAKARAN REKA BENTUK LITAR ELEKTRONIK

A. Lakaran Gambar Rajah Blok – menerangkan secara ringkas cara sistem
beroperasi.

Input Proses Output

Bekalan Kuasa

B. Lakaran Reka Bentuk Litar Skematik – menerangkan secara detail
kendalian litar.

7

Binaan Papan Litar Elektronik Mikropengawal

1. Menggabungkan beberapa komponen elektronik dalam satu papan litar.
2. Pembina perlu membina litar input dan litar output untuk hasilkan rangkaian litar
elektronik.

8

Pin Mikropengawal dan Fungsi

9

C. Lakaran Litar Elektronik LED Berkelip Mengikut Selang Masa yang
Ditetapkan.

Suis Tekan Tutup Mikropengawal Diod Pemancar
(Input) (Proses) Cahaya
(Output)

Bekalan Kuasa 12V

Contoh lampu yang menggunakan litar elektronik LED berkelip

10

Lakaran Reka Bentuk Litar Skematik Diod Pemancar Cahaya Berkelip

Komponen litar input yang digunakan. Perintang Tetap
Suis Tekan Tutup 10k Ohm

Komponen litar output yang digunakan. Perintang Tetap
1k Ohm
Diod Pemancar
Cahaya 11

Jadual Senarai Keperluan Projek Reka Bentuk Litar Elektronik Diod
Pemancar Cahaya Berkelip

12

D Lakaran Litar Elektronik Lampu Kawalan Penderia Cahaya
Menggunakan Peranti Input Analog
Lakaran Gambar Rajah Blok Pengoperasian Lampu Kawalan Penderia
Cahaya

Lakaran Reka Bentuk Litar Skematik Lampu Kawalan Penderia Cahaya

Komponen litar input yang digunakan:

Perintang Peka Cahaya
(LDR)

Perintang Tetap 10k
Ohm

13

Jadual Senarai Keperluan Projek Reka Bentuk Litar Elektronik Lampu
Kawalan Penderia Cahaya

14

2.4.4 MEMBINA LITAR SIMULASI YANG BERFUNGSI DENGAN
PERISIAN KHAS

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHASILKAN LAKARAN REKA BENTUK LITAR
ELEKTRONIK:

LAKARAN GAMBAR RAJAH BLOK
 Lakaran awal bagi pembinaan projek elektronik menggunakan mikropengawal
Arduino ialah lakaran gambar rajah blok. Lakaran ini menunjukkan suatu sistem
yang dibina dan menerangkan secara ringkas tentang cara sistem yang dibina
beroperasi.
 Gambar rajah blok yang dibina menunjukkan persediaan awal bagi komponen
yang diperlukan untuk membuat projek serta pemilihan kaki port pada
mikropengawal Arduino untuk sambungan pin bekalan kuasa , pin masukan, pin
keluaran dan pin bumi berdasarkan litar skematik.
 Pemilihan kaki port untuk peranti I/O dibuat mengikut jenis isyarat I/O yang
dipilih sama ada isyarat digital ataupun isyarat analog. Jika peranti input adalah
jenis isyarat digital maka sambungan wayar penyambung akan disambungkan ke
digital pin pada papan mikropengawal Arduino UNO.

Lakaran Gambar Rajah Blok Adalah Seperti Berikut:

Contoh projek: Sistem Kawalan LED (Suis 1 Mengawal LED 1)

Langkah –langkah yang perlu dibuat:

1. Kenalpasti peranti I/O dan jenis isyarat peranti tersebut.
2. Membuat pemilihan pin pada papan mikropengawal bagi peranti I/O yang akan
digunakan untuk membuat sambungan antara papan projek dan papan mikropengawal
Arduino UNO

15

LAKARAN REKA BENTUK LITAR SKEMATIK

1. Lakaran skematik tanpa papan mikropengawal Arduino UNO
2. Lakaran skematik menggunakan mikropengawal Arduino UNO
Komponen elektronik yang digunakan adalah:
- Bekalan kuasa 5V
- Suis tekan
- Perintang tetap 10kΩ dan 220Ω
- Diod pemancar cahaya
- Ground

1) Lakaran skematik tanpa menggunkan papan mikropengawal Arduino UNO
i. Kenalpasti litar skematik untuk sistem yang akan dibangunkan untuk memudahkan dalam membina litar simulasi
bergambar.
ii. Kemudian kenalpasti bahagian masukan (Input) dan bahagian keluaran (Output).
* Litar skematik juga boleh dibuat sendiri dengan menggunakan perisian SimulIDE
dan boleh diperiksa sama ada litar berfungsi atau tidak.

16

2)Lakaran litar skematik menggunakan papan mikropengawal Arduino UNO
i. Kenalpasti no pin yang dipilih pada gambar rajah blok yang telah dibuat pada rajah di atas mengikut jenis I/O
ii. Berdasarkan di atas, lakarkan litar skematik menggunakan papan mikropengawal Arduino UNO mengikut no pin yang
telah dipilih pada rajah di atas.

Rajah Litar skematik menggunakan papan mikropengawal Arduino UNO

17

LAKARAN REKA BENTUK LITAR SIMULASI BERGAMBAR
- Dengan menggunakan perisian simulIDE ataupun perisian yang setara, bina litar simulasi
berdasarkan litar skematik pada rajah di atas.

*Litar simulasi boleh menguji kefungsian litar yang dibuat tetapi perlu memasukkan kod program yang
telah disetkan.
- Lakaran reka bentuk bergambar
Lakaran bergambar ini boleh dilukis atau di bina menggunakan perisisan Fritzing

18

2.4.5 MEMBUAT PENYAMBUNGAN LITAR INPUT DAN LITAR OUTPUT
KEPADA MIKROPENGAWAL (MICROCONTROLLER)

PENYAMBUNGAN LITAR INPUT DAN LITAR OUTPUT
- Berdasarkan litar bergambar bagi sistem kawalan LED, buat penyambungan
komponen input dan output pada papan projek dan papan mikropengawal
Arduino UNO.
Perkakasan (hardware component) yang digunakan adalah:
1. Suis tekan
2. Perintang tetap 10kΩ dan 220Ω
3. Diod pemancar cahaya
4. Wayar pelompat (jumper wire)
5. Set papan mikropengawal Arduino UNO
6. Papan projek / breadboard

Langkah- Langkah Pemasangan:

- Langkah – langkah penyambungan litar Input dan Output bagi sistem
kawalan LED iaitu 1 suis mengawal 1 LED.
Litar Input

19

Langkah –langkah penyambungan litar Input:

1 Pasangkan wayar pelompat pada breadboard terminal (+) dan sambungkan pada pin 5v
arduino board

2 Pasangkan wayar pelompat pada breadboard terminal (–) dan sambungkan pada pin GND
arduino board

3 Pasangkan suis tekan tutup pada breadboard. Masukkan kaki suis ke dalam lubang
breadboard dengan betul dan kemas

4 Pasangkan wayar pelompat pada kaki ‘in’ suis untuk disambungkan pada terminal (+)
breadboard

5 Pasangkan wayar pelompat pada kaki ‘out’ suis untuk disambungkan pada pin 5 digital
pin pada papan mikropengawal Arduino Uno

6 Pasangkan perintang tetap 10kΩ pada breadboard dan sambungkan pada terminal
negatif (-) breadboard

- Litar Output

20

Langkah –langkah penyambungan litar Output:

Pasangkan wayar pelompat pada kaki positif LED dan sambungkan pada pin 8 digital pins arduino
1 board.

2 Pasangkan komponen LED pada breadboard dan masukkan pada lubang breadboard dengan
betul dan kemas mengikut kutub LED

3 Pasangkan perintang tetap 220Ω pada breadboard dan disambungkan pada kaki negatif (-) LED

4 Pasangkan wayar pelompat pada kaki ‘out’ perintang tetap untuk disambungkan pada terminal (-) /
GND breadboard.

Wayar pelompat yang telah dipasang pada litar input yang disambungkan pada pin GND Arduino
5 board

Hasil gabungan penyambungan litar input dan output:

21

2.4.6 MENULIS PENGATURCARAAN MUDAH BERDASARKAN
PENYAMBUNGAN LITAR INPUT DAN LITAR OUTPUT

Pengaturcaraan merupakan suatu set
tatacara arahan kepada

mikropengawal untuk memproses
isyarat input dalam menghasilkan
isyarat output untuk melaksanakan

arahan.
Perisian Pemprosesan Pengaturcaraan
secara teks digunakan sebagai contoh.
Perisian ini memerlukan telefon pintar
atau tablet yang lengkap dengan
Sistem Operasi Android.

A. Fungsi Asas Arahan Atur Cara Perisian

22

Fungsi Simbol :

Jika simbol : dipilih, akan terpapar beberapa arahan. Setiap
arahan mempunyai fungsi yang tersendiri.

berfungsi memindahkan pengaturcaraan kepada papan litar elektronik
berfungsi untuk memadamkan semua pengaturcaraan yang dibina
pada ruangan Halaman Home
berfungsi mencapai projek pengeturcaraan yang telah disimpan
berfungsi menyimpan pengaturcaraan
berfungsi memadamkan projek pengeturcaraan yang disimpan

23

B. Cara Menulis Pengaturcaraan Mudah

Asas pengaturcaraan boleh dipelajari dengan menggunakan satu
diod pemancar cahaya yang di sambungkan pada bahagian
OUTPUT DOUT1 papan litar elektronik mikropengawal.

Pengaturcaraan Menghidupkan Diod Pemancar Cahaya

1. ~ Note Hidupkan Catatan Pengaturcaraan
LED

2. Dout1 = ON DOUT1 diberikan bekalan kuasa
5V

Pengaturcaraan Menghidupkan Diod Pemancar Cahaya Selama 1 Saat
dan Mematikannya

1. ~ Note
Hidupkan LED Catatan Pengaturcaraan
Satu Saat

2. Dout1 = ON DOUT1 diberikan bekalan kuasa 5V

3. Timer = 1 Saat Voltan akan diberikan pada DOUT1
pada papan litar elektronik
mikropengawal selama 1 saat

4. Dout1 = OFF DOUT1 diputuskan bekalan kuasa

24

Pengaturcaraan Diod Pemancar Cahaya Berkelip Selang Satu saat
Secara Berterusan

1. ~ Note Hidupkan Catatan Pengaturcaraan
LED Satu Saat

2. Dout1 = ON DOUT1 diberikan bekalan kuasa 5V

3. Timer = 1 Saat Voltan akan diberikan pada DOUT1 pada papan
litar elektronik mikropengawal selama 1 saat

4. Dout1 = OFF DOUT1 diputuskan bekalan kuasa

5. Timer = 1 Saat Voltan akan diputuskan pada DOUT1 pada papan
litar elektronik mikropengawal selama 1 saat

Arahan aturcara akan dihantar ke baris 1.
Pengaturcaraan akan sentiasa berulang dari baris
6. GOTO = 1 1 hingaa baris 6 sehingga suis bekalan kuasa

diputuskan

C. Menulis Pengaturcaraan Dengan Menggunakan Litar Input dan Litar Output

Untuk menulis sebuah pengaturcaraan menggunakan litar Input dan litar
Output, beberapa syarat pengaturcaraan perisian mestilah dipatuhi :,

1. Pengaturcaraan dimulakan dengan arahan ~ Note, iaitu pengguna boleh menulis
catatan pengaturcaraan yang akan dibina
2. Masukkan arahan Read_ Controller
3. Kemudian diikuti dengan arahan If C... untuk peranti input yang akan digunakan
4. Seterusnya, arahan kawalan aplikasi yang hendak dilakukan. Kawalan arahan ini boleh
menggunakan arah Dout1 - On atau Timer = 1 Sec
5. Arahan If C... mestilah ditamatkan dengan End If
6. Akhir sekali, pengaturcaraan dilakukan dengan cara GOTO = 1

25

PENTUNJUK ARAH

Tiada sebarang arahan. Digunakan sebagai panduan catatan
pada pengaturcaraan yang dibina
Kerangka asas yang perlu digunakan untuk membina sesebuah
pengaturcaraan
Arahan tidak tetap. Pengguna boleh menggunakan arahan dalam
kumpulan Other dan Controller I/O yang ada mengikut tujuan
yang hendak dilaksanakan

26

D. Projek Diod Pemancar Cahaya Berkelip

Menulis pengaturcaraan berdasarkan penyambungan Litar input Digital
dan Litar Output pada papan Litar Elektronik Mikropengawal

Pengoperasian
Pengaturcaraan
Selepas Suis Ditekan

Cara pengaturcaraan Memproses Isyarat Dan Membuat Arahan

1.Tiada sebarang arahan pengaturcaraan pada ~Note. ~Note hanya digunakan untuk
menulis catatan pengaturcaraan. Contoh catatan diatas ialah LED
2. Arahan Read_ Controller digunakan untuk membaca semua nilai peranti input pada
papan litar elektronik mikropengawal. Arahan dipindahkan ke baris 3
3. Apabila suis ditekan (ON), syarat If C..Din 1 = 1 memenuhi syarat arahan. Arahan
dipindahkan ke baris 4
4. Arahan Dout1 = ON akan memberikan isyarat dalam bentuk voltan kepada DOUT1 di
papan litar elektronik mikropengawal. Arahan dipindahkan ke baris 5
5. Voltan akan diberikan pada Dout1 pada papan litar elektronik mikropengawal selama 1
saat. Arahan dipindahkan ke baris 6.
6. Voltan akan diputuskan pada DOUT1. Arahan dipindahkan ke baris 7
7. Voltan akan diputuskan selama 1 saat pada DOUT1. Arahan dipindahkan ke baris 8
8. Arahan GOTO = 4 mengarahkan arahan pergi ke baris 4. Pengaturcaraan akan
diulang semula dari baris 4 hingga baris 8 sehinggalah suis bekalan kuasa diputuskan.

27

E. Projek Lampu Kawalan Penderia Cahya

Menulis Pengaturcaraan Berdasarkan Penyambungan Litar Input
Analog dan Litar Output pada papan Litar Elektronik Mikropengawal

F. Langkah Menulis Pengaturcaraan Dengan Perisian Pemprosesan
pengaturcaraan Secara Terus dan Memindahkan Kepada Mikropengawal

LLAANNGGKKAAHH 11

1. Pada halaman Home, tekan (+) untuk membuka halaman Add. Tekan mana-mana
kumpulan arahan untuk menunjukkan semua arahan dibawahnya.

Tunjukkan semua arahan dibawah setiap kumpulan arahan
Kembali ke halaman Home
Sembunyikan semua arahan dibawah setiap kumpulan arahan
Perintah Add digunakan untuk memasukkan arahan aturcara
ke dalam Home

28

LLAANNGGKKAAHH 22

Mengikut pengaturcaraan yang telah dirancang, masukkan arahan atur cara ke dalam
Perisian Pemprosesan Pengaturcaraan secara teks. Pilih arahan atur cara yang
hendak digunakan. Kemudian, tekan untuk memasukkan arahan pada halaman Home
dan menyusun arahan atur cara menjadi pengaturcaraan yang berfungsi

LLAANNGGKKAAHH 33

Suis papan litar elektronik dihidupkan (ON). Penunjuk isyarat kuasa diod pemancar
cahaya mengeluarkan cahaya merah dan diod pemancar cahaya modul bluetooth akan
berkelip menunjukkan papan litar telah dihidupkan (ON).

LLAANNGGKKAAHH 44

Lihat ID modul bluetooth pada papan litar. Pastikan bluetooth ON, ID modul bluetooth ini
digunakan

LLAANNGGKKAAHH 55

Tekan Run. Semak arahan paparan yang dipaparkan dan tekan OK. Id modul bluetooth
pada papan elektronik dipaparkan. Jika tiada paparan, tekan SEARCH sehingga paparan
ID dapat dilihat.

LLAANNGGKKAAHH 66

Klik pada ID modul bluetooth yang dipaparkan dan dimasukkan no pin : 1234 untuk
penetapan.

LLAANNGGKKAAHH 77 29

Tekan suis dan diod pemancar cahaya akan berkelip. Diod pemancar cahaya terus
berkelip dan akan terpadam apabila suis bekalan kuasa apapun pengaturcaraan pada
telefon pintar / tablet dimatikan.

2.4.7 MEMBUAT PENGUJIAN DAN PENILAIAN KEFUNGSIAN
LITAR ELEKTRIK

A. PENGUJIAN

Pengujian dilakukan selepas semua penyambungan litar input dan output
dengan papan litar elektronik mikropengawal dibuat. Tujuannya adalah untuk
memastikan penyambungan litar adalah betul dari segi kekutuban dan keadaan
komponan serta peranti yang digunakan berfungsi dengan baik. Pengujian
dilakukan dengan menekan suis tekan tutp dan diod pemancar cahaya berkelip.

B. PENILAIAN

Penilaian dilakukan selepas pengujian dibuat. Penilaian dilakukan berdasarkan
kefungsian litar elektronik beroperasi mengikut tujuan yang hendak dilakukan.

30

2.4.8 MENCADANGKAN PENAMBAHBAIKAN KE ATAS REKA
BENTUK LITAR ELEKTRONIK

Penambaikan dilakukan supaya reka bentuk litar elektronik dapat berfungsi
dengan lebih baik sekali gus dapat memenuhi kehendak pelanggan. Penambaikan
ini dilakukan dari segi penambaikan peranti input dan peranti output.

31

UJI MINDA

1. Nyatakan maksud mikropengawal dan mikropemproses.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________

2. Apakah bahagian- bahagian yang terdapat dalam mikropengawal ?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

3. Hasilkan lakaran gambar rajah blok reka bentuk elektronik untuk sistem
kawalan diod pemancar cahaya/ LED (1 suis mengawal 2 LED)

4. Namakan bahagian –bahagian yang dilabel pada Toolbars tersebut
beserta fungsinya.

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

5. Apakah komponen elektronik yang digunakan untuk menghubungkan
sambungan diantara papan mikropengawal Arduino Uno dan papan projek?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

32

JAWAPAN

1. Mikropengawal ialah peranti kawalan dalam satu cip yang terdiri daripada unit
pemprosesan pusat (CPU), RAM, ROM dan PORT masukan / keluaran. Mikropemproses
pula ialah unit pemprosesan pusat (CPU) yang wujud sebagai satu cip tunggal bersama
sokongan cip-cip yang lain seperti RAM, ROM dan PORT masukan/keluaran.
2. Input, Proses dan Output
3.

4. A - Verify: Menyusun dan memeriksa kesalahan pada atur cara / kod
B - Upload: Memuat naik atur cara / kod ke papan mikropengawal Arduino
C - New: Membina fail yang baru
D - Open: Membuka fail yang sedia ada
E - Save: Menyimpan fail yang telah dibuat
F - Serial Monitor: Membuka monitor port bersiri
5. Wayar penyambung / wayar pelompat

33

Secara kesimpulannya, tugasan e modul yang telah di tugaskan telah berjaya di
lakukan dengan baik. E modul yang di reka ini dapat membantu para pelajar untuk
belajar dengan lebih cepat dan juga dapat memahami konsep serta mengaplikasikan
teori yang dipelajari dalam topik rekabentuk elektronik. Nilai-nilai murni juga dapat
diterapkan ke dalam diri semasa melakukan e modul ini. Sebagai contoh, bekerjasama
di dalam sesebuah kumpulan untuk memastikan e modul ini dapat disiapkan.


Click to View FlipBook Version