The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bunga, 2023-10-12 20:07:31

BUSANA TRADISIONAL PELBAGAI KAUM

EBOOK ETIKA

Busana Tradisional OKTOBER 2 0 2 3 VARIASI BUSANA DARI PELBAGAI KAUM INGIN TAHU LEBIH LANJUT TENTANG PAKAIAN TRADISIONAL ?


SIDANG REDAKSI PENASIHAT PUAN AZIRAH BINTI SEMAN PENULIS 1 ANIS SAFFIYAH BINTI HISSHIM EDITOR 1 NURLYSA BINTI NORAIRUS EDITOR 2 IZZATUL NAZIFA BINTI AZIAN PENULIS 2 APHASSARA PHETSUWAN A/P EWI LAI


ISI KANDUNGAN Busana Tradisional : Kaum Melayu Busana Tradisional : Kaum India Busana Tradisional : Kaum Iban Busana Tradisional : Kaum Siam PENGHARGAAN GALERI ALBUM BUSANA TRADISIONAL PENUTUP 123 26 1013117 4 SUMBER RUJUKAN 19 5 20


Penghargaan diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam misi menjayakan e-majalah yang ilmiah ini. Pertama sekali, penghargaan khas buat Puan Azirah binti Seman atas bimbingan dan tunjuk ajar kepada kumpulan kami. Tidak lupa juga penghargaan buat semua ahli kumpulan iaitu Nurlysa binti Norairus, Aphassara Phetsuwan A/P Ewi Lai & Izzatul Nazifa binti Azian yang memberi kerjasama dan menyumbangkan idea yang bernas untuk menghasilkan majalah ini. Akhir sekali, terima kasih juga buat ahli keluarga kami yang sentiasa memberi sokongan dan membantu demi menyiapkan e-majalah ini supaya lebih menarik lagi. PENGHARGAAN 1


PENGENALAN BUSANA TRADISIONAL KAUM MELAYU Pakaian tradisional melayu merujuk kepada pakaian masyarakat melayu iaitu terdapat baju melayu bagi kaum lelaki dan baju kurung bagi kaum wanita. Ia merupakan satu identiti bagi masyarakat melayu di Malaysia. Rekaan yang elegan dan anggun membuatkan pakaian ini kelihatan terpesona. Baju tradisional ini dikenali dengan ciri-ciri yang longgar, selesa dan menggunakan jenis kain yang lembut. Sejarah pakaian tradisional ini bermula dimana orang melayu mengenakan pakaian ringkas yang hanya cukup menutup bahagian tertentu bagi aktiviti harian mereka. Bagi lelaki, mereka hanya menggunakan 2 helai kain sahaja iaitu kain yang diikat di kepala dan kain sarung yang dijadikan cawat. Bagi wanita pula, mereka menggunakan 3 helai kain yang dijadikan sebagai kain kemban, kain sarung dan kain selendang. Penggunaan kain ASAL USUL busana tradisional 2 ini dapat dibezakan antara golongan bangsawan melayu dan rakyat biasa dimana golongan bangsawan mengenakan kain yang lebih mahal dan pemakaian perhiasan emas. Jadi, ini terbukti bahawa jurang sosial di kalangan masyarakat zaman melayu sudah timbul sejak dahulu lagi melalui cara pemakaian mereka.


BAJU MELAYU 1. Baju kurung teluk belanga selesa dipakai dengan sebutir butang di baju. Baju ini dilengkapi dengan poket di sebelah kiri baju dan terdapat juga poket yang dijahit di sisi bahagian dalam baju. Baju dan kain sering dipakai sedondon dan dipadankan dengan kain songket atau kain batik. Cara pemakaian baju ini dipadankan dengan kain sarung ikatan ombak mengalun. Baju kurung yang ditambah dengan leher ‘sejari’ dinamakan sebagai baju kurung cekak musang. Baju kurung ini sama seperti baju kurung teluk belanga akan tetapi pada bahagian leher ditambah kolar tegak dua jari dan belahan di dada dengan dilipat tebal serta dipasang sebanyak lima atau tujuh butang. Jenis baju kurung juga seperti baju melayu iaitu mempunyai baju kurung teluk belanga dan baju kurung cekak musang. 2. BAJU KURUNG Baju melayu teluk belanga sedikit labuh sehingga ke bawah punggung. Ia juga berlapik lebar dan dijahit secara sulaman di bahagian leher baju disertai dengan berpoket dua. Kebiasaannya, cara memakai baju melayu ini ialah samping dipakai di dalam baju. Baju melayu cekak musang tidaklah jauh perbezaannya dengan baju melayu teluk belanga. Namun, baju melayu cekak musang mempunyai bahagian butang yang bertindan dibajunya. Cara pemakaian baju melayu ini ialah samping dipakai di luar baju dan disertakan empat atau lima butang baju. Antara jenis baju melayu ialah baju melayu teluk belanga dan baju melayu cekak musang. JENIS BAJU busana tradisional Baju Melayu Teluk Belanga Baju kurung Teluk Belanga Baju kurung cekak musang Baju Melayu Cekak musang 3


Dokoh dipakai pada bahagian leher dan mempunyai tiga atau lebih plat. Dokoh diperbuat daripada emas, perak atau tembaga dan kini, masih terkenal pemakaian dokoh ketika melangsungkan hari perkahwinan yang bertemakan tradisional atau menggayakannya bersama baju kurung Riau. Sampin dipadankan dengan baju melayu dimana ia diikat di bahagian pinggang. Sampin juga mempunyai cara-cara pemakaiannya yang tersendiri. Bagi lelaki yang sudah berkahwin haruslah memakai sampin sehingga bawah paras lutut. Lelaki yang berstatus bujang haruslah memakai sampin atas paras lutut. Hasil temuduga bersama seorang agensi pelancongan, Puan Munira binti Rojei, 48, berasal dari Alor Setar, berkata : DENGAN ADANYA AKSESORI INI, BUSANA YANG DIPAKAI TERLIHAT LEBIH LENGKAP DAN KEMAS. OLEH ITU, KEGUNAAN AKSESORI HARUSLAH DITERUSKAN SUPAYA TIDAK LAPUK DEK TELAN ZAMAN. AKSESORI Pemakaian capal pada era sekarang memberikan nilai sentimental dan keunikan sendiri pada si pemakai. Songkok dijadikan hiasan bagi rakyat terdahulu dan golongan istana. Pemakaian songkok di kepala ketika mengenakan baju melayu boleh membantu dalam membangkitkan kembali busana zaman terdahulu. Cucuk sanggul digunakan untuk menahan sanggul rambut supaya tidak terburai. Bukan sahaja dipakai oleh wanita tidak bertudung, namun dipakai juga oleh wanita bertudung. Cucuk sanggul akan dicucuk pada luar bahagian tudung yang dipakai. Pending berfungsi seperti tali pinggang. Pending ini dipakai oleh pengantin perempuan pada bahagian pinggang di luar busana tradisional. Pending tersebut diperbuat daripada emas atau tembaga. busana tradisional 4


KESIMPULAN Antara cara memelihara ialah mempopularkan semula busana tradisional dengan mengadakan pertunjukan menggayakan pakaian tradisional supaya dapat menarik minat penonton dengan keunikan busana tradisional. Selain itu, memperbanyakkan muzium warisan supaya generasi kini dapat memupuk sifat kasih sayang terhadap budaya bangsa sendiri. CARA MEMELIHARA BUSANA TRADISIONAL Budaya memakai busana tradisional ini seharusnya dikekalkan supaya ‘tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas’. Jika dibandingkan dengan era sekarang, kebanyakan masyarakat kini lebih gemar mengikut cara pakaian seperti orang barat. Oleh kerana perbuatan mereka yang sering mengikut isu semasa, ia sedikit sebanyak akan menghakis budaya pemakaian tradisional kaum kita kerana mereka kurang penyedaran tentang tradisi. Oleh itu, kita haruslah berbangga dengan busana tradisional kita sendiri kerana ia juga melambangkan identiti sesebuah masyarakat dan negara. busana tradisional KEGUNAAN BUSANA TRADISIONAL Baju tradisional ini boleh dipakai untuk menghadiri majlis-majlis rasmi seperti hari perayaan, kenduri perkahwinan, majlis agama dan acara pengebumian. Hal ini supaya Masyarakat melayu kelihatan penuh beradab dan sopan santun. Baju melayu dan baju kurung melambangkan identiti kaum melayu. 5


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA ASAL USUL PENGENALAN Seterusnya, dhoti merupakan pakaian tradisional kaum lelaki di benua india. Nama kain ini berasal dari bahasa sanskrit yang bermaksud kain basuhan. Ia merupakan kain empat segi panjang yang berwarna putih. Kain ini dililit dibahagian pinggang dan diikat pada celah peha dan bahagian depan atau belakang. Kebiasaanya dhoti dipakai oleh lelaki india semasa majlis perkahwinan dan hari perayaan. Kain dhoti mempunyai pelbagai warna dan ada yang bersulam dan mempunyai manik kecil. Terdapat dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu. Sari dan Dhoti merupakan pakaian tradisional bagi kaum India bukan sahaja di Malaysia malah masyarakat India di seluruh dunia Perkataan sari berasal daripada bahasa sanskrit yang membawa maksud jalur kain. Bertepatan dengan maksud perkataanya sari merupakan sehelai kain panjang tidak berjahit yang dililit dikeliling pinggang dan diletakkan diatas bahu tetapi mendedahkan bahagian perut. Kain ini perlu dipakai bersama anak baju yang dipanggil choli. Panjang sehelai kain sari adalah dari empat ke sembilan meter. Sari bukan sahaja diapakai pada acara acara formal dan keagamaan, tetapi ia juga sesuai dipakai harian dan acara santai. 4


1. Kain kapas 2. PERNIKAHAN- Bagi acara pernikahan, pengantin perempuan biasanya memilih kain sari yang lebih berat dan mempunyai sulaman yang unik. 3. Kain berenda 4. Kain sutera 5. Kain jenis georgette 1. Gaya Marathi 1.1.Lilitkan kain sari dibelakang badan dan pegang hujung kain dengan tangan kiri. 1.2.Biarkan sekurang kurangya 1 meter kain di hujung sebelah kiri. Ikat simpul kain tersebut di sebelah kanan pinggang di atas pusat. 1.3.Ambil hujung yang lebih pendek dari hujung yang longgar. Tarik diantara kaki anda. 1.4.Sekiranya perlu, buat lipatan nipis dan selitkan dibahagian belakang. Kemaskan kain sari agar terletak. 1.5.Lalukan jari disepanjang baki kain. Teruskan membuat lipatan. Tarik kain tersebut dari bawah lengan kanan dan kemaskan diatas bahu kiri. 1.6.Biarkan sedikit kain untuk dilipat dan diselitkan dibahagian kiri pinggang. 1.7.Pastikan sisa hujung kain sari terjuntai 1 inci diatas kaki JENIS JENIS KAIN CARA PEMAKAIAN SARI AKSESORI Nathni (subang hidung) Sanggul rambut Bunga melati Gelang Subang Telinga 5


1. Pemakaian harian 2. Acara pernikahan 3. Acara keagamaan 4. Mengunjungi tempat ibadah Hasil darpada temubual bersama PN Zawiyah yang merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Kuala Lumpur,beliau mengatakan terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan pakaian tradisional 1. Mempromosi pakaian tradisional kepada masyarakat india khususnya dan masyarakat antarabangsa amnya. 2. Memberi pendedahan tentang pentingnya memartabatkan pakaian tradisional kepada masyarakat seawal murid sekolah rendah. KEGUNAAN CARA MEMELIHARA PAKAIAN TRADISIONAL KESIMPULAN Pakaian tradisional masyarakat india sangat mencerminkan kepelbagaian budaya mereka. penggunaan warna yang pelbagai juga merupakan tarikan utama bagi pakaian mereka. 6


PENGENALAN Sarawak merupakan bumi kenyalang yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Kaum Iban merupakan sebuah etnik yang terbesar di Sarawak. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang terletak di tebing sungai dan tepi jalan raya. Sehingga kini Masyarakat Iban masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri kebudayaan yang menjadikan sebuah lambang tradisi masyarakat mereka walaupun kebanyakan masyarakat Iban berpegangan pada agama Kristian pada masa kini. Salah satu budaya dan warisan yang banyak mendapat sambutan dalam masyarakat Iban ialah dari segi pakaian tradisional. Pakaian tradisional juga merupakan tradisi indentiti etnik di Borneo sempena perayaan penting seperti hari Gawai. Pakaian tradisional Iban terbahagi kepada dua iaitu pertama, bagi kaum lelaki dan kedua, kaum wanita. Pakaian tradisional lelaki Iban dipanggil ‘Baju Burung’ manakala pakaian tradisional wanita pula dipanggil ‘Ngepan Iban’. Bagi pakaian istiadat suku kaum Wanita Iban, mereka akan memakai ngepan iban. Menurut sumber Wikipedia, asal usul ngepan iban ini dipercayai berasal daripada “seorang gadis yang bernama Kumang pada zaman dahulu. Kumang merupakan seorang wanita yang sangat baik dalam kalangan wanita iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang pandai membuat sebarang kerja wanita seperti bertenun, ngebat, membuat anyaman dan lainlain. Selain itu, beliau dahulu bukan sahaja terkenal dengan kecantikan beliau tetapi beliau mempunyai sikap yang baik kepada orang lain.” ASAL USUL Bagi pakaian istiadat suku kaum Iban, lelaki akan memakai Baju Burung. Baju ini melambangkan lelaki Iban yang gagah dan berani. KEGUNAAN Dalam sebuah perayaan seperti hari Gawai dan Ratu Pesta Menuai Sarawak, hampir kesemua kaum Iban akan memakai pakai tradisional mereka iaitu baju burung bagi kaum lelaki manakala ngepan iban bagi kaum wanita. Pakaian tradisi ini dipenuhi dengan barangbarang perhiasan seperti logam duit syiling, logam perak, kulit siput dan manik untuk digunakan dalam acara perarakan untuk menyambut kedatangan dewa. 10


JENIS BAJU : Pakaian tradisional Iban terbahagi kepada dua iaitu pertama, bagi kaum lelaki dan kedua, kaum wanita. Pakaian tradisional lelaki Iban dipanggil ‘Baju Burung’ manakala pakaian tradisional wanita pula dipanggil ‘Ngepan Iban’. Memakai baju burung atau gagong. Memakai sirat dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan. Memakai kain selendang iaitu dandong. Memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Seterusnya memakai aksesori tambahan. Busana Lelaki Iban: 1. 2. 3. 4. 5. Memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut (110 cm x 60 cm) yang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Memakai perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Memakai skirt atau kain kebat. Memakai baju kecil pada bahagian atas atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Busana Perempuan Iban: 1. 2. 3. 4. CARA PEMAKAIAN : JENIS BAJU DAN CARA PEMAKAIAN 11


AKSESORI BUSANA LELAKI DAN PEREMPUAN CARA MEMELIHARA BUSANA TRADISIONAL i. Memelihara kesenian pakaian tradisional Antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi melestarikan warisan seni budaya tradisional dalam masyarakat pada hari ini adalah dengan memelihara kesenian pakaian tradisional yang masih ada sehingga kini. Sebagai contoh, dengan mempopularkan kembali pemakaian tradisional yang ada kepada masyarakat awam seperti mengadakan aktiviti petunjukkan pemakaian tradisional atau dikenali sebagai “fesyen show” di pusat membelibelah, festival-festival dan karnival-karnival. Pihak sekolah juga boleh menarik minat pelajar-pelajar dalam menyertai pertandingan yang melibatkan pemakaian tradisional. Dengan ini, setiap negeri juga harus memainkan peranan penting dalam menarik minat rakyat Malaysia supaya mencintai pakaian tradisional bangsa mereka sendiri. Kesannya, masyarakat dapat mengetahui dan mengenali pakaian tradisional yang jarang dan kurang di pakai pada masa kini. Tuntasnya, kelestarian warisan seni budaya tradisional dapat dipupuk oleh masyarakat malaysia supaya lebih berkembang dari satu generasi kepada satu generasi. 12


ii. Perkongsian atau mempromosikannya di dalam platform media massa Selain itu, langkah yang efektif yang boleh dilakukan dalam memartabatkan warisan seni budaya tradisional ialah melalui perkongsian atau mempromosikannya di dalam platform media massa yang tersedia. Cara promosi yang boleh dilakukan dengan menganjurkan pelbagai pameran, menyediakan poster, menyiarkan iklan ke dalam media massa atau media sosial yang tersedia ada serta menyediakan dan mengedarkan majalah atau risalah. Pendedahan segini dapat membantu untuk membuka kembali mata masyarakat dengan meluaskan tentang pentingnya budaya warisan seni budaya tradisional kepada masyarakat kini. Hal ini demikian kerana, masyarakat masa kini lebih menggunakan media massa dalam penggunaan rutin harian mereka. Oleh itu, cara ini dapat menyemai minat masyarat dari masa ke semasa bak kata pepatah melayu, sehari selembar benang, lama lama terhadap seni budaya tradisional ini. iii. Menganjurkan aktiviti atau festival kebudayaan yang melibatkan pelbagai kaum Akhir sekali, menurut Puan Hazliza, 46 yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah yang terletak di Pulau Pinang, beliau juga ada memberi pendapat tentang perkara ini antaranya dengan menganjurkan aktiviti atau festival kebudayaan yang melibatkan pelbagai kaum. Hal ini sangat penting dalam mengekalkan budaya pemakaian pakaian tradisional agar dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang. KESIMPULAN Masyarakat kini yang gemar mengejar fesyen -fesyen dunia hiburan menjadikan semakin hari semakin dilupakan oleh generasi pada hari ini tentang adanya pakaian tradisional suatu ketika dahulu. Ia kelihatan tidak relevan dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai masyarakat malaysia madani kita seharusnya mengubah pandangan masyarakat ini supaya peninggalan nenek moyang kita tidak tenggelam dek zaman. Jelaslah bahawa, pengamatan terhadap pakaian seseorang itulah kita dapat mengecam atau mengenali individu tersebut berasal daripada pelbagai kaum. Masyarakat Malaysia telah menunjukkan satu cinta hati perpaduan dan budaya kerana pemakaian tradisional tidak lagi terhad kepada kaum tertentu sahaja , malah masyarakat daripada kaum-kaum yang lain juga boleh mengenakan pakaian yang sama tanpa mengira perbezaan. 13


Sutera: Kain sutera sering digunakan dalam pembuatan pakaian tradisional Thailand yang mewah dan sering kali digunakan untuk pakaian kerajaan atau pakaian formal. Kain Thai Silk: Kain sutera Thailand yang dikenal sebagai "Thai silk" sangat terkenal kerana keindahannya. Ini digunakan untuk berbagai jenis pakaian tradisional. Kain kapas: Kain kapas adalah bahan yang umum digunakan dalam pembuatan pakaian sehari-hari dan pakaian kerja di Thailand. Bahan ini ringan dan sesuai untuk iklim tropika. Kain Songket: Kain Songket adalah kain yang dihiasi dengan benang emas atau perak, dan itu sering digunakan dalam pembuatan pakaian tradisional yang mewah dan indah. PENGENALAN Chut Thai Phra Ratcha Niyom pakaian tradisional Thailand juga sangat unik dan menarik. Pakaian adat atau tradisional Thailand bernama yang biasa disebut dengan Chut Thai. Busana adat Thailand ini direka oleh Ratu Sirikit pada tahun 1964, dilancarkan kepada masyarakat Thailand secara rasmi. Pakaian tradisional formal yang digunakan di Thailand dikenal sebagai Thai. Ini dikenakan oleh lelaki, wanita, dan anak-anak dari segala usia. Thai sebagai "chut thai phra ratcha niyom" bererti sebagai kostum kerajaan formal yang dikenakan pada saat-saat tertentu. Ada juga pakaian tradisional lainnya seperti "Pha nung" kain persegi panjang yang menutupi bahagian bawah tubuh dan "Chong Kraben" kain penutup yang dikenakan juga oleh wanita di Thailand. Asal usul pakaian tradisional Thailand berasal dari sejarah dan budaya yang pelbagai di negara ini. Pakaian ini sering mencerminkan nilai-nilai, keyakinan, dan identiti suku kaum atau kawasan tertentu. Pakaian tradisional Thailand telah menjadi bahagian penting dari warisan budaya Thailand yang kaya dan pelbagai. ASAL USUL JENIS KAIN 14 BUSANA TRADISIONAL KAUM SIAM


Masukkan kaki anda ke dalam bahagian bawah sinh. Serongkan sinh ke atas pinggang anda sehingga membentuk skirt. Pastikan sinh betul di pinggang anda. Kenakan baju atau atasan tradisional. Lipat sabai dan kenakan di atas bahu. Ikat dengan rapi. Pha Biang adalah kain yang boleh anda gunakan sebagai aksesori tambahan. Anda dapat melilitkannya di sekitar dada atau pinggang mengikut keselesaan. Tambahkan aksesori seperti perhiasan, sanggul, atau mahkota sesuai dengan jenis pakaian Chut Thai yang anda kenakan. Pilih kasut yang sesuai dengan pakaian tradisional anda, seperti "chada" atau "sandal thong." Melilitkan Phaa Biang di sekitar pinggang anda, dan pastikan anda telah mengikatnya dengan benar sehingga tidak terlepas. Kenakan jacket Chong Kraben, yang biasanya memiliki bentuk yang khas. Pastikan jaket ini sesuai dengan Phaa Biang anda. Pha Biang adalah kain tambahan yang dapat digunakan sebagai aksesori, terutama jika anda menginginkan gaya yang lebih formal. Pilih kasut yang sesuai dengan pakaian tradisional anda, seperti "chada" atau "sandal thong." Beberapa lelaki mungkin memilih untuk menambahkan aksesori seperti perhiasan atau ikat pinggang yang sesuai. Untuk Perempuan: 1. Sinh (skirt Tradisional): 2. Sabai (Atasan Tradisional): 3. Pha Biang (Opsional): 4. Aksesoris Tambahan: 5. Kasut: Untuk Lelaki: 1. Phaa Biang (Sarung): 2. Jacket Chong Kraben (Atasan Tradisional): 3. Pha Biang (Opsional): 4. Kasut: 5. Aksesori Tambahan (Opsional): JENIS BAJU DAN CARA PEMAKAIAN U n t u k p e r e m p u a n : C h u t T h ai C h a k k ri U n t u k lela ki : C h o n g K r a b e n 15


Pernikahan Tradisional: Dalam pernikahan tradisional Thailand, pasangan pengantin sering mengenakan pakaian tradisional yang indah yang mencerminkan budaya Thailand. AKSESORI KEGUNAAN BUSANA TRADISIONAL Upacara Keagamaan: Pakaian tradisional Thailand sering digunakan dalam upacara keagamaan, seperti perayaan Wesak atau acara keagamaan Buddha lainnya Festival Budaya: Pada festival-festival budaya seperti Songkran (Tahun Baru Thailand) atau Loy Krathong, orang-orang sering mengenakan pakaian tradisional Thailand untuk merayakannya. Perayaan Kerajaan: Pada perayaan kerajaan, seperti ulang tahun raja atau ratu, orang-orang mengenakan pakaian tradisional yang mewah untuk menghormati keluarga kerajaan Pendidikan dan Kesedaran: Pendidikan adalah kunci. Menyebarkan sejarah, makna dan budaya di sebalik pakaian tradisional kepada umum. Sekolah, muzium dan institusi kebudayaan boleh memainkan peranan penting dalam mengajar golongan muda tentang warisan tradisional. Acara Kebudayaan: Menganjurkan acara kebudayaan, pameran dan persembahan yang menampilkan pakaian tradisional. Ini boleh mewujudkan minat dan penghargaan baharu terhadap pakaian tersebut. Penyertaan dalam Acara Kebudayaan: Menggalakkan orang ramai menyertai acara kebudayaan tempatan dengan memakai pakaian tradisional. Ini boleh merangsang rasa bangga dan identiti budaya. CARA MEMELIHARA BUSANA TRADISIONAL 16


KESIMPULAN TEMUDUGA Kesimpulan tentang pemakaian tradisional Thailand adalah bahawa pakaian tradisional Thailand, seperti "chut thai chakkri" untuk perempuan, serta "chong kraben" untuk lelaki, adalah bahagian integrasi dari warisan budaya Thailand yang kaya. Pakaian-pakaian ini mencerminkan sejarah, nilainilai, dan keindahan budaya Thailand. Meskipun dalam kehidupan sehari-hari pakaian moden lebih umum digunakan, pakaian tradisional masih dipertahankan dalam acara-acara khusus, upacara adat, dan festival-festival. Dengan pemakaian mereka, orang Thailand memelihara dan menghormati warisan budaya mereka yang kaya dan berwarna. Akhir sekali, menurut Cik Kantana yang merupakan seorang pelajar di politeknik yang terletak di Perlis, beliau juga memberi beberapa pendapat supaya pakaian tradisional ini tidak diabaikan pada generasi muda, iaitu ibu bapa perlu memberi pendidikan pakaian tradisional kepada anak - anak. Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak - anak tentang sejarah dan makna pakaian tradisional dalam budaya mereka. Seterusnya berbicaralah tentang bagaimana pakaian tersebut mencerminkan nilai, identiti dan tradisi keluarga. Selain itu, ibu bapa perlulah melibatkan anak - anak dalam acara - acara budaya, perayaan atau upacara yang melibatkan pemakaian pakaian tradisional. Hal ini, mereka juga dapat merasakan pentingnya pakaian tersebut secara langsung dapat menarik minat untuk mereka berpakaian tradisional pada masa akan datang. 17


GALERI ALBUM 17


18


Konklusinya, pakaian tradisional adalah ungkapan budaya yang kaya dan warisan sejarah yang berharga. Pakaian tradisional mencerminkan identiti suatu masyarakat, sering kali memiliki nilai simbolik, dan menunjukkan kraftangan serta keahlian dalam pembuatannya. Di era moden, mereka masih memainkan peranan penting dalam menjaga dan merayakan warisan budaya, sambil menyesuaikan dengan perkembangan zaman. Pakaian tradisional adalah jendela ke dalam sejarah dan kepelbagaian budaya manusia yang patut dihargai dan dilestarikan. Sudah terang lagi bersuluh, pakaian tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita walau di mana sekali pun kita berada. Seperti di Malaysia , pakaian tradisional melambangkan kebudayaan sesebuah kaum itu sendiri. Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum termasuk yang berada di Sabah dan Sarawak. Jika diteliti , terdapat pelbagai jenis pakaian yang terdapat dalam sesuatu kaum itu sendiri. Terdapat banyak juga cara atau langkah dalam memelihara busana tradisional ini agar tidak ditelan zaman. Sebaiknya kita perlulah berganding bahu dalam memastikan busana-busana ini tidak dilipukan oleh masyarakat dari zaman ke zaman. Dengan demikian, pakaian tradisional memiliki peranan yang penting dalam melestarikan dan merayakan budaya serta mempromosikan pemahaman antarbudaya. Mengenakan pakaian tradisional dapat memupuk rasa kebanggaan terhadap warisan budaya dan sejarah kelompok masyarakat tertentu. Hal ini juga dapat mendatangkan penghargaan dalam setiap individu dan masyarakat yang berbilang kaum. Oleh itu, pakaian tradisional dapat digunakan sebagai alat untuk mengajarkan generasi muda tentang budaya mereka sendiri dan budaya-budaya lain. PENUTUP 19


Aksesori Pakaian Tradisional Wanita Melayu - SisRasa CARA PAKAI SAMPING: RAHSIA KESEGAKAN LELAKI (omarali.com.my) Aksesori Pakaian Tradisional Wanita Melayu - SisRasa SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU - Omar Ali Baju Melayu Tradisional: Masih Relevan Dengan Zaman Sekarang? (omarali.com.my) Evolusi Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu Lambang Jati Diri Turun Temurun (dailyrakyat.com) https://ms.wikipedia.org/wiki/Sari https://ms.wikipedia.org/wiki/Dhoti https://fitinline.com/article/read/kenali-jenisjenis-kain-sari-khas-india-dan-cara pengunaannyadalam-berbagai-gaya/ https://yuva4ptpjkhmu.weebly.com/pakaiantradisional.html https://ecentral.my/pakaian-tradisional-malaysia/ https://www.locco.com.my/2021/06/04/pakaian-tradisisimbol-identiti-etnik-di-borneo/ https://steemit.com/thailand/@puncakbukit/mengenalpakaian-adat-orang-thailand https://id.scribd.com/document/375300013/Thailand http://niadellio.blogspot.com/2015/11/pakaian-kaumsiam.html https://anyflip.com/lrbfl/udqg/basic SUMBER RUJUKAN 20


DISEDIAKAN OLEH 1. IZZATUL NAZIFA BINTI AZIAN NO. MATRIK : 18DDT22F1029 KELAS : NET3_G1 4. APHASSARA PHETSUWAN A/P EWI LAI 3. NURLYSA BINTI NORAIRUS 2. ANIS SAFFIYAH BINTI HISSHIM NO. MATRIK : 18DDT22F1003 KELAS : NET3_G1 NO. MATRIK : 18DDT22F1086 KELAS : NET3_G1 NO. MATRIK : 18DDT22F1022 KELAS : NET3_G1 21


Click to View FlipBook Version