The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ALVIN A/L SANDIYAVOO
SMK METHODIST ACS(M)
05 SEREMBAN TIMUR NEGERI SEMBILAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6824420, 2021-03-28 00:24:59

BUKU LOG LENCANA JAYADIRI: ALVIN A/L SANDIYAVOO

ALVIN A/L SANDIYAVOO
SMK METHODIST ACS(M)
05 SEREMBAN TIMUR NEGERI SEMBILAN

BUKU LOG LENCANA JAYA DIRI

ALVIN A/L SANDIYAVOO

5TH EAST SEREMBAN TROOP,
SMK METHODIST ACS(M) SEREMBAN

SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA

Nama Penuh : ALVIN A/L SANDIYAVOO

Tarikh Lahir : 28/8/2005 No. K/P : 050828-08-0289

Keturunan : INDIA Agama : KRISTIAN

Jantina : LELAKI No. H/P : 019-2765136

Kegemaran : Menunggang basikal

Cita-cita : Juruterbang

Alamat Rumah : No. 155, Jalan S2H5, Taman Park Avenue,

Seremban2,70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Nama Sekolah : SMK METHODIST ACS(M)

Alamat Sekolah : Jalan Lintang, Bandar Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

No. Kumpulan : 05

Daerah : Seremban Timur

Negeri : Negeri Sembilan

REKOD UJIAN LENCANA JAYADIRI

Nama Penuh : Alvin A/L Sandiyavoo

Tarikh Lahir : 28/8/2005 No. K/P : 050828-08-0289

No. Kumpulan : 05

Daerah : Seremban Timur

Negeri : Negeri Sembilan

BIL. PERKARA TARIKH LULUS TANDATANGAN
PENGUJI

1. Fungsi Parlimen

2. Bendera negeri dalam Malaysia dan
lambang Negara dan Negeri

3. Fungsi sebuah agensi kerajaan

Peta kawasan parlimen negeri dan
4.

ahli parlimen

5 Buku log peribadi

Adalah disahkan bahawa Pengakap Remaja di atas telah lulus semua ujian dan memenuhi segala
kehendak dalam Lencana Jayadiri.

Tarikh Pemimpin Pengakap Remaja
(Nama & cap)

SEJARAH INSTITUSI PARLIMEN MALAYSIA

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk
membolehkan pelaksanaan sistem ini.

Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan
kepada sistem Persekutuan.

Berdasarkan kepada peruntukan ini negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah
bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat
di dalam Perlembagaan Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan Pusat.

Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri dan setiap negeri
tersebut diberikan hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh Perlembagaan Institusi Yang
di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja yang mana
Raja-raja Melayu telah diberi kuasa untuk memelihara keistimewaan dan adat istiadat orang
Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri-negeri Pulau
Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Malaysia.

Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan bertindak mengikut nasihat Perdana
Menteri dan Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas
bertindak mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing.

STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi
rakyat melalui perwakilan yang dipilih.

Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri
daripada tiga komponen utama:

1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen terdiri daripada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa
mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen.

Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk
menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan
yang lepas dalam penggal terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal
akan datang.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu memastikan tarikh-tarikh
persidangan yang akan diadakan pada penggal berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh
masa dua puluh lapan (28) hari sebelum sesuatu persidangan boleh bermula.

Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh meminda tarikh-tarikh
yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan diadakan
selepas pilihan raya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu.

Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam
tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat
mestilah diadakan.

Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi
seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.

FUNGSI PARLIMEN

1. KUASA PERUNDANGAN PARLIMEN
Parlimen melaksanakan beberapa tugas yang penting bagi negara. Parlimen adalah badan
kuasa perundangan untuk Persekutuan dan dengan itu membuat undang-undang yang boleh
dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan.

2. KEWANGAN
Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar Persekutuan
boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-
undang Persekutuan.

Semua hasil yang diperolehi hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan
Yang Disatukan dan semua wang hanya dapat dibelanjakan dengan kuat kuasa Parlimen.

3. KUASA PERBINCANGAN
Parlimen adalah juga forum kritik dan tempat tumpuan pendapat orang ramai mengenai
hal-ehwal negara. Menerusi perbahasan di Parlimen, dasar dan tindak-tanduk kerajaan
bolehlah diselaraskan mengikut pendapat umum.

4. KUASA PENYELENGGARAAN
Untuk membolehkan Parlimen menyelenggarakan tanggungjawab yang diletakkan ke atasnya
dengan sepenuhnya serta berkesan pula, maka Perlembagaan memberi beberapa hak dan
perlindungan undang-undang yang dikenali sebagai ‘keistimewaan Parlimen’.

Keistimewaan ini dinikmati oleh tiap-tiap dewan pada keseluruhannya dan oleh tiap-tiap ahli
Parlimen.

5. KUASA MENGHUKUM
Tiap-tiap dewan berkuasa untuk membuat peraturannya sendiri, masing-masing mempu-nyai
pengawasan khas terhadap perjalanan persidangannya sendiri, sah atau tidak sah perjalanan
mesyuaratnya tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah; dan tiap-tiap dewan
boleh menghukum ahli-ahlinya kerana melanggar keistimewaan Parlimen atau ‘mencemar’
dewan.

Tertakluk kepada Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutu-an, tiap-tiap ahli Parlimen
terlindung daripada tindakan undang-undang jenayah atau sivil berhubung dengan perkara-
perkara yang diperkatakan atau undi yang dibuat dalarn Parlimen, dan perlindungan yang
sama juga diberi kepada orang-orang yang bertindak di bawah kuat kuasa mana-mana
dewan.

DEWAN NEGARA

Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negara terbahagi kepada dua
kategori seperti berikut:

1. 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap
negeri diwakili oleh dua orang ahli).

2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu ahli
masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:

● Warganegara Malaysia

● Berumur tidak kurang dari 30 tahun

● Sempurna akal

● Bukan seorang muflis

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung
sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada
peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.

Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat
yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam
perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan
wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-
tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta
mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.

Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihanraya yang diadakan setiap lima tahun.

Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir
negara.

Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut:

● Warganegara Malaysia.

● Berumur tidak kurang dari 21 tahun.

● Sempurna akal.

● Bukan seorang muflis.

● Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara
dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat
sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-
tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta
mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

FUNGSI DEWAN NEGARA

1. Menyemak usul-usul yang dibuat di Dewan Rakyat.

2. Menangguhkan semua rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Semua rang
undang-undang Dewan Rakyat mesti diluluskan oleh Dewan Negara sebelum dihantar kepada
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk ditandatangani.

3. Dewan Negara berhak meminda sesuatu rang undang-undang dan merujukkannya semula
kepada Dewan Rakyat tetapi tidak boleh menolak rang undang-undang tersebut.

4. Tugas Dewan Negara adalah untuk menyekat penyalah-gunaan kuasa Dewan Rakyat.

5. Rang undang-undang yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong akan menjadi Akta
Parlimen dan seterusnya undang-undang.

FUNGSI DEWAN RAKYAT

1. Menjalankan sistem pemerintahan demokrasi.

2. Bersidang dari semasa ke semasa.

3. Membahaskan tentang titah ucapan diraja yang menerangkan dasar-dasar kerajaan.

4. Menggubal undang-undang. Mula-mula rang undang -undang diperkenalkan di Dewan
Rakyat. Setelah dibaca beberapa kali dan dibahaskan, undian akan dijalankan. Jika telah
diterima dan diluluskan, usul ini akan dihantar ke Dewan Negara untuk perbahasan dan
perbincangan.

5. Pindaan ke atas perlembagaan boleh dilakukan jika 2/3 ahli Parlimen menyokong pindaan
tersebut.

AHLI DEWAN RAKYAT MENGIKUT NEGERI

NEGERI BILANGAN AHLI

Perlis 3 orang

Kedah 15 orang

Pulau Pinang 13 orang

Perak 24 orang

Selangor 22 orang

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 11 orang

Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 orang

Negeri Sembilan 8 orang

Melaka 6 orang

Johor 26 orang

Pahang 14 orang

Terengganu 8 orang

Kelantan 14 orang

Sarawak 31 orang

Sabah 25 orang

Wilayah Persekutuan Labuan 1 orang

BENDERA MALAYSIA

• 7 jalur merah dan 7 jalur putih yang melintang dan sama lebarnya adalah tanda
keanggotaan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan,
Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kerajaan
Persekutuan.

• Anak bulan melambangkan agama rasmi negara iaitu agama Islam.
• Bintang pecah 14 menandakan perpaduan 13 buah negeri dalam Malaysia dan Kerajaan

Persekutuan.
• Warna kuning adalah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
• Warna merah melambangkan keberanian.
• Warna putih melambangkan kesucian.
• Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

PERLIS INDERA KAYANGAN

• Kuning: Melambangkan D.Y.M.M. Raja.
• Biru: Melambangkan rakyat.
• Nota tambahan: Maksud Bendera melambangkan kerjasama yang erat di antara Raja

dengan Rakyat baginda.

KEDAH DARUL AMAN

• Merah: Melambangkan warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan.
• Padi: Melambangkan ngeri makmur dalam hal kehidupan.
• Bulan Sabit: Melambangkan simbol agama Islam.
• Perisai: Melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.

PULAU PINANG (PULAU MUTIARA)

• Biru Muda: Melambangkan warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.
• Putih: Melambangkan negeri Pulau Pinang yang aman damai.
• Kuning: Melambangkan kemakmuran.
• Pohon Pinang: Melambangkan pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

PERAK DARUL RIDZUAN

• Putih: Melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
• Kuning: Melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak.
• Hitam: Melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak.
• Nota tambahan: Maksud Bendera melambangkan system kesultanan Negeri Perak.

SELANGOR DARUL EHSAN

• Kuning dan merah: Melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk
memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.

• Bulan Bintang; Melambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri.
• Putih: Melambangkan kesucian Agama Islam.

MELAKA (BANDARAYA BERSEJARAH)

• Merah, putih, kuning dan biru: Melambangkan Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan.

• Anak Bulan dan Bintang: Melambangkan Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

• Kuning: Melambangkan D.Y.M.M. Raja.
• Merah: Melambangkan rakyat.
• Hitam: Melambangkan Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-

bahagian negeri ini.

JOHOR DARUL TA'ZIM

• Anak bulan dan bintang: bewarna putihMelambangkan Raja yang berdaulat.
• Merah: Melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri.
• Biru tua: Melambangkan Kerajaan Negeri.

PAHANG DARUL MAKMUR

• Hitam: Melambangkan warna kebesaran Bendahara yang memerintah negeri Pahang pada
suatu ketika dahulu.

• Putih: Melambangkan Raja.
• Nota tambahan: Warna putih di atas hitam melambangkan negeri Pahang adalah negeri

yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.

KELANTAN DARUL NAIM

• Merah: Melambangkan kejujuran penduduk sebagai rakyat kepada Raja.
• Putih: Melambangkan kebesaran dan tanda kesucian Raja negeri ini.

TERENGGANU DARUL IMAN

• Putih: Melambangkan D.Y.M.M. Sultan.
• Hitam: Melambangkan rakyat.
• Anak bulan dan bintang: Melambangkan agama Islam.

SABAH (NEGERI DI BAWAH BAYU)

• Biru Zirkon: Melambangkan keamanan dan ketenteraman
• Putih: Melambangkan kemurnian dan keadilan,
• Merah cili: Melambangkan keberanian dan keyakinan.
• Biru salji: Melambangkan perpaduan dan kemakmuran
• Nilakandi: Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
• Gunung Kinabalu dan lima jenis warna: Melambangkan Negeri Sabah dan lima Bahagian

Pentadbiran Negeri ini.

SARAWAK (BUMI KENYALANG)

• Merah: Melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya
usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan
ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.

• Kuning: Melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta
stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.

• Hitam: Melambangkan kekayaan sumber asli seperti minyak mentah, balak dan
sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

• Bintang yang berwarna kuning bermuncung Sembilan: Melambangkan sembilan bahagian
di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan
hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN (RASMI)

• Bendera Wilayah Persekutuan ialah bendera rasmi Wilayah Persekutuan Malaysia. Ia telah
diterima pakai pada 23 Mei 2006.

• Bendera Wilayah Persekutuan digunakan untuk mewakili Wilayah Persekutuan secara
keseluruhannya.

• Tiga bendera asal asal masih digunakan apabila mewakili Wilayah Persekutuan individu.
• Kuning untuk mewakili rasa hormat, kedaulatan dan kehormatan
• Merah untuk kekuatan
• Biru untuk perpaduan, keikhlasan dan keharmonian.
• Tiga bar ufuk ini mempunyai perkadaran yang sama dengan bendera Venezuela.
• Tiga bintang di bawah Jata Negara berdiri untuk tiga wilayah, menyokong misi mereka

untuk menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan yang penting.
• Bintang lain mungkin ditambah jika terdapat wilayah lain pada masa akan datang.

LAMBANG NEGARA MALAYSIA

Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia
dan Kerajaan Persekutuan.
Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan
dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari
Negeri-negeri Selat dahulu.
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan
putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna
negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di
sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan.
Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu
dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi
di sebelah kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada
tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat
Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.
LAMBANG NEGERI PERLIS

• Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi.
• Perisai tanda kebanggaan dan kehormatan negeri itu.
• Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil

padinya.

LAMBANG NEGERI KEDAH

• Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama Negeri ini.
• Anak bulan tanda Agama Islam.
• Perisai pula tanda kekuasaan.

LAMBANG NEGERI PULAU PINANG

• Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu.
• Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang

mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut.
• Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu

pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
• Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu

Melayu, Cina, India dan lain-lain.

• Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu
warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran
yang terdapat di Pulau Pinang.

LAMBANG NEGERI PERAK

• Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

• Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.
• Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.
• Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.
• Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

LAMBANG NEGERI SELANGOR

• Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
• Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek

dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.
• Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.
• Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh

pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

LAMBANG NEGERI SEMBILAN

• Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam
Gabungan Negeri Sembilan yang lama.

• Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu
dengan British.

• Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang.
• Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar.
• Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam

gabungan lama.
• Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan.

• Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang
Di Pertuan Besar.

LAMBANG NEGERI MELAKA

• Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia.
• Lima bilah keris maksudnya LIMA ORANG pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman

dahulu.
• Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
• Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya.
• Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu

pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan
untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

LAMBANG NEGERI JOHOR

• Mahkota tanda D.Y.M.M.
• Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal

negeri itu iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.
• Bintang dan Anak Bulan di tengah tanda Agama Islam.
• Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang

buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini.
• Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada

Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
• "KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

LAMBANG NEGERI PAHANG

• Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk
penongkok dan taran.

• Logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil
masyur yang utama di Negeri Pahang.

• Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.
• Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading

gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu
perdagangan yang besar.
• Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut.
• Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan.
• "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.

LAMBANG NEGERI TERENGGANU

• Bulan bintang menunjukkan negeri Islam.
• Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja.
• Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.
• Quran di sebelah kanan melambangkan Undang-undang.
• Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan.
• Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

LAMBANG NEGERI KELANTAN

• Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan
orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk
meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan
dirinya.

• Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan
Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14)
yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkanWANG
emas dicap dengan gambar binatang itu.

• "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.

LAMBANG NEGERI SABAH

• Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan
berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan
lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi.

• Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai.
• Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili

dalam bentuk V.
• Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang

berlatarbelakangkan warna biru salji.
• Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata

negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.
• Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama

di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.
• Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah.
• Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih

melambangkan kemurnian dan keadilan.

• Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
• Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi

melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
• Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
LAMBANG NEGERI SARAWAK

• Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: Terbang tinggi dengan
aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik
pembangunan".

• Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri
lain di dunia.

FUNGSI AGENSI KERAJAAN

PENGENALAN

Agensi Kerajaan atau Badan Berkanun adalah sebuah perbadanan awam dalam struktur
pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah undang-
undang yang diluluskan oleh Parlimen dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen yang
diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing.

Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan penglibatan
kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan awam dan pembangunan
sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan kurang mendapat sambutan daripada
sektor swasta.

Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan bebas kerana
badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan dalam pentadbiran
kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa kerajaaan Persekutuan dan kerajaan
Negeri.

Antara agensi kerajaan atau badan berkanun yang terdapat di Negeri Sembilan adalah:

1. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

2. Lembaga Muzium Negeri Sembilan

3. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

4. Yayasan Negeri Sembilan

5. Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan

UDA (Urban Development Authority)

Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA (Urban Development Authority) merupakan
syarikat milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun 1996.
Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan bandar yang
berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan.
Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana kawasan Bandar.
SEJARAH
UDA telah ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan pada 12 November 1971 di
bawah Menteri Perbadanan Awam melalui Akta Perbadanan Pembangunan Bandar.
Pada tahun 1996 ia diperbadankan sepenuhnya dan menukar nama kepada UDA Holdings
Sendirian Berhad.
Kemudian pada tahun 1999, ia disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL).
PEMBANGUNAN
UDA membangun dan mengambil alih beberapa bangunan bandar yang dianggapnya sesuai.

Walaupun tugas ini secara amnya hanya merangkumi projek pembangunan semula "bangunan-
bangunan usang", UDA juga bertanggungjawab bagi penyenggaraan bangunan-bangunan
bersejarah di kawasan bandar.
Beberapa perbandaran baru telah juga dibangunkan oleh UDA, termasuklah Taman Tun Dr
Ismail di Kuala Lumpur, Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, Selangor dan juga Bandar Baru UDA
di Johor Bahru.
MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute)

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI (Malaysian Agricultural
Research and Development Institute).
Ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11 tahun 1969) dan mula
beroperasi pada Mac 1971.
Objektif:
Menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan,
pertanian dan industri asas tani.
Visi:
Menjadi organisasi Penyelidikan dan Pembangunan yang tersohor dalam bidang makanan,
pertanian dan industri berasaskan biologi menjelang tahun 2015.
Misi:
Menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi dan perkhidmatan teknikal bagi
menyokong pencapaian matlamat kerajaan mentransformasikan pertanian dan industri asas tani
kepada sektor yang inovatif, komersil dan berdaya saing.
Fungsi:
Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:

● Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit
dan koko), ternakan dan makanan

● Perladangan campuran

FELDA (Federal Land Development Authority)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA (Federal Land Development Authority)
Ditubuhkan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan.
Objektif:
Menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang
baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Visi:
Menjadi pemacu pembangunan penempatan Negara yang progresif
Misi:
Menambah nilai untuk kepentingan peneroka
Fungsi:
Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman
kontan.
Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa
buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum

seperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana
peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk
Malaysia.
Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi,
kebanyakannya ladang kelapa sawit.
Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui
petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank
utama Malaysia.
MARA (Majlis Amanah Rakyat)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan
Luar Bandar. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan
berkanun dan autonomi. Badan ini diberi mandat dan kuasa untuk mengendalikan dan
menjalankan berbagai-bagai kegiatan. Majlis ini terdiri daripada wakil-wakil kerajaan dan
mereka yang dilantik oleh sebab hubungannya yang rapat dengan rakyat Bumiputera.
MARA ditubuhkan untuk menyediakan peluang-peluang bagi kaum Bumiputera untuk
meninggikan lagi taraf hidup mereka. Peranan yang utama dan terpenting sekali ialah untuk
menggalakkan dan membantu penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang perdagangan dan
perusahaan. Sehubungan itu bagi mencapai tujuan tersebut maka MARA menjalankan tugas
seperti yang berikut:
1. Sistem pendidikan dan latihan akademik, profesional atau latihan-latihan lain kepada

kaum Bumiputera. MARA telah menubuhkan beberapa buah sekolah, maktab dan
Universiti Teknologi Mara.
2. Menyediakan pinjaman kewangan untuk projek keusahawanan kepada kaum Bumiputera

3. Memberikan perkhidmatan sebagai penasihat pengurusan dan teknik kepada peniaga
Bumiputera

4. Melaksanakan projek perdagangan, perusahaan dan pengangkutan yang dimiliki
sepenuhnya oleh MARA ataupun yang memiliki bersama dengan tujuan menyerahkan
projek-perojek yang system kepada kaum Bumiputera.

PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad)

Petroliam Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Petronas ialah sebuah syarikat minyak dan
gas multinasional Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 di bawah syarat-syarat Akta
Pembangunan Petroleum. Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, syarikat ini telah
mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan
diamanahkan dengan tanggungjawab untuk membangunkan dan menambah nilai kepada
sumber-sumber tersebut.
Matlamat PETRONAS untuk melindungi kedaulatan negara ke atas rizab minyak dan gas, untuk
merancang keperluan negara masa kini dan masa hadapan bagi minyak dan gas, untuk
mengambil bahagian dalam mengedar dan petroleum pemasaran dan produk petrokimia pada
harga yang berpatutan, untuk menggalakkan penyediaan loji, kelengkapan, dan perkhidmatan
oleh syarikat-syarikat Malaysia, untuk menghasilkan baja bernitrogen dan untuk menyebarkan
manfaat industri petroleum di seluruh negara.

PETA NEGERI DAN KAWASAN PARLIMEN

KAWASAN PARLIMEN NEGERI SEMBILAN

P126 JELEBU Datuk Jalaluddin Alias - BN

P127 JEMPOL Datuk Salim Sharif - BN

P128 SEREMBAN Loke Siew Fook - PKR

P129 KUALA PILAH Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith - PKR

P130 RASAH Cha Kee Chin - PKR

P131 REMBAU Khairy Jamaluddin - BN

P132 PORT DICKSON Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim - PKR
(TELOK KEMANG)

P133 TAMPIN Dr. Hasan Baharom - PKR

PETA NEGERI DAN KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

N1 CHENNAH Loke Siew Fook - PKR

N2 PERTANG Noor Azmi Yusof - BN

N3 SUNGAI LUI Mohd. Radzi Mohd. Ali - BN

N4 KLAWANG Bakri Sawir - PKR

N5 SERTING Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli - BN

N6 PALONG Mustafa Nagoor - BN

N7 JERAM PADANG Datuk Manickam Letchuman - BN

N8 BAHAU Teo Kok Siong - PKR

N9 LENGGENG Suhaimi Kassim - PKR

N10 NILAI Arul Kumar Jambunathan - PKR

N11 LOBAK Chew Seh Yong - PKR

N12 TEMIANG Ng Chin Tsai - PKR

N13 SIKAMAT Aminuddin Harun – PKR

N14 AMPANGAN Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek - PKR

N15 JUASSEH Datuk Ismail Lasim - BN

N16 SERI MENANTI Datuk Abdul Samad Ibrahim - BN

N17 SENALING Datuk Adnan Abu Hassan - BN

N18 PILAH Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith - PPBM

N19 JOHOL Saiful Yazan Sulaiman - BN

N20 LABU Ismail Ahmad - PKR

N21 BUKIT KEPAYANG Tan Lee Koon - PKR

N22 RAHANG Mary Josephine Prittam Singh - PKR

N23 MAMBAU Yap Yew Weng - PKR

N24 SEREMBAN JAYA Gunasekaran Palasamy - PKR
(SENAWANG)

N25 PAROI Mohamad Taufek Abd. Ghani - PKR

N26 CHEMBONG Datuk Zaiful Bahri Idris - BN

N27 RANTAU Datuk Seri Mohamad Hassan - BN

N28 KOTA Datuk Dr. Awaluddin Said - BN

N29 CHUAH Michael Yek Diew Ching - PKR

N30 LUKUT Choo Ken Hwa - PKR

N31 BAGAN PINANG Datuk Tun Hairudin Abu Bakar - BN

N32 LINGGI Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza - BN

N33 SRI TANJUNG Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim - PKR
(PORT DICKSON)

N34 GEMAS Datuk Abdul Razak Said - BN

N35 GEMENCHEH Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa - BN

N36 REPAH Veerapan Superamaniam - PKR

Kawasan Parlimen tempat kediaman
Kawasan Parlimenn : P128 SEREMBAN
Nama Ahli Parlimen : LOKE SIEW FOOK - PKR
Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempat kediaman
Kawasan (DUN)LI: BUKIT KEPAYANG
Nama Ahli (DUN) : TAN LEE KOON - PKR


Click to View FlipBook Version