Pertandingan Swafoto Merdeka
1. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar SBI YMSU, setiap
kelas diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya tiga wakil
peserta.
2. Setiap penyertaan hanya menghantar satu gambar terbaik
sahaja. Gambar secara individu atau bersama keluarga
dibenarkan.
3. Pakaian hendaklah sopan, mengikut tema merdeka, kreatif,
tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan politik.
4. Gambar yang diambil, perlu ada bendera Malaysia.
5. Penilaian berdasarkan tema MALAYSIA PRIHATIN,
kreativiti, persembahan/gaya dan kekemasan
6. Gambar perlu dimuat naik dalam link yang akan diberikan,
selewat-lewatnya pada 26 Ogos 2021, jam 10 malam.
Pertandingan Kuiz Merdeka
1. Terbuka kepada semua pelajar SBI YMSU yang
mewakili kelas masing- masing.
2. Setiap kelas diwakilli oleh 3 orang wakil.
3. Kuiz akan dijalankan serentak secara dalam talian.
4. Wakil setiap kelas akan menjawab kuiz dalam masa
yang sama iaitu pada (ISNIN 23/8/2021 jam 2:30
petang)
5. Peserta dikehendaki masuk ke Mteams yang akan
disediakan dan membuka kamera ketika kuiz sedang
berjalan.
6. Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua
dan ketiga, pengadilan akan dibuat berdasarkan 100%
daripada juri yang dilantik.
7. Keputusan pemenang akan ditentukan berdasarkan
markah tertinggi dan masa terpantas.
8. Keputusan juri adalah muktamad.
Pertandingan Melukis Poster
1. Penyertaan hanya terbuka kepada pelajar Sekolah Bina Insan
YSMU
2. Setiap kelas perlulah menghantar 3 penyertaan.
3. Lukisan poster hendaklah bertemakan “Malaysia
Prihatin” sempena Sambutan Bulan Kebangsaan.
4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan
sahaja.
5. Lukisan poster secara digital adalah tidak dibenarkan.
6. Peserta bebas untuk menggunakan sebarang teknik lukisan
dengan hanya menggunakan kertas bersaiz A3.
7. Lukisan poster hendaklah bebas daripada sebarang bentuk
sensiviti perkauman dan isu politik yang boleh mencetuskan
kesalahfahaman.
8. Pihak juri berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak
mengikuti syarat yang ditetapkan.
9. Keputusan panel juri adalah muktamad dan tidak boleh
dipertikaikan.
10. Pihak penganjur berhak menggunakan menggunakan lukisan
yang dihantar bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di
media sosial dan media elektronik.
11. Hasil karya perlu dihantar secara muat naik ke dalam Google
Form yang akan disediakan. Format fail adalah dalam bentuk
jpeg. sahaja.
Pertandingan Memasak
Berasaskan Warna Jalur Gemilang
1. Setiap kelas perlu menghantar sekurang-kurangnya TIGA
penyertaan.
2. Pelajar perlu menyediakan SATU MENU BERTEMAKAN
MINUM PETANG.
3. Hidangan itu mestilah berasaskan warna-warna Jalur
Gemilang (Merah, Putih, Biru dan Kuning).
4. Penilaian akan diberikan dalam aspek :
✓ Kekemasan
✓ Hiasan hidangan
✓ Gaya persembahan
✓ Penggunaan warna
5. Pelajar perlu mengambil gambar hidangan dan e-melkan
ke alamat [email protected] sebelum
atau pada 26 OGOS 2021 - 8:00 PM
Pertandingan Kad Ucapan Digital
1. Terbuka kepada semua pelajar SBI YMSU yang
mewakili kelas masing- masing.
2. Setiap kelas perlu menghantar 3 orang wakil untuk
pertandingan ini.
3. Penyertaan yang tidak berdaftar atau dimaklumkan
terlebih dahulu tidak akan dikira.
4. Peserta perlu mereka cipta kad digital yang ditujukan
khas buat frontliner (perwira negara)
5. Kad digital yang dihantar hendaklah dihasilkan oleh
peserta sendiri.
6. Kad digital boleh menggunakan video/ gambar/ unsur
grafik/ animasi dan lagu yang sesuai.
7. Kad perlu dimuat naik dalam link yang akan diberikan,
selewat-lewatnya pada 27 Ogos 2021.
Pertandingan Syair Patriotik
1. Syair bertemakan patriotik. (cinta akan negara)
2. Setiap peserta bebas memilih sebuah puisi patriotik
untuk dilagukan.
3. Setiap peserta bebas memilih irama lagu syair.
4. Setiap peserta diwajibkan menghantar satu salinan
syair kepada pihak urusetia sebelum pertandingan.
5. Penyampaian syair adalah selama 4-6 minit.
6. Peserta dibenarkan menggunakan bantuan alat
muzik/minus one semasa melagukan syair.
7. Peserta hendaklah hadir awal 5 minit sebelum
pertandingan bermula.
8. Pihak penganjur berhak menukar atau menambah
syarat-syarat yang sedia ada jika perlu.
9. Pertandingan ini akan diadakan secara dalam talian
pada 25 Ogos 2021 (Rabu) jam 2.30 petang.
Pertandingan Infografik Kronologi
Kemerdekaan Malaysia
1. Penyertaan melibatkan 2 wakil banin dan 2 wakil banat
bagi setiap kelas tingkatan 4Razi dan semua kelas bagi
tingkatan 5.
2. Penyertaan peserta mestilah merangkumi :
i) Peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan karya
digital atau bukan digital berbentuk infografik
bertemakan Kronologi Kemerdekaan Malaysia.
ii) Kreativiti karya sendiri dalam infografik berbentuk
gambar berwarna.
iii) Format gambar yang ditetapkan adalah JPEG
/PNG/PDF bersaiz A4(landskap atau potret).
iv) Infografik mestilah mempunyai tarikh/tahun
dan penerangan mengenai kronologi
kemerdekaan Malaysia.
v) Penghasilan infografik hanya menggunakan bahasa
Melayu.
3. Penggunaan hasil grafik sendiri adalah dibenarkan.
Penggunaan hak cipta orang lain yang diambil melalui
internet adalah dilarang.
4. Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian dan
bahan (template atau rangka) yang sedia ada namun
keupayaan dan kreativiti peserta yang akan membezakan
markah peserta.
5. Infografik yang dihantar hendaklah dihasilkan oleh peserta
sendiri. Sekiranya didapati infografik tersebut bukan karya
asli, maka penyertaan peserta akan dibatalkan serta merta
walaupun telah diumumkan sebagai pemenang.
6. Penilaian adalah berdasarkan keaslian, kreativiti,
kandungan fakta, kekemasan susun atur grafik dan
kesesuaian susunan aliran.
7. Hasil akhir perlu dimuat naik dalam link yang akan diberi
kemudian selewat-lewatnyapada 26 Ogos 2021.
Contoh :
Jadual Program
Minggu Kemanusiaan & Bulan Kemerdekaan
Tarikh/ Masa Program Penglibatan
16 Ogos -16 Kempen kibar Jalur Gemilang
September 2021 Kempen menggunakan latar belakang Warga SBI YMSU
Jalur Gemilang di Mteams
23 Ogos 2021 Pelancaran Program Media sosial SBI
Terbuka
Kuiz Merdeka (mengikut kelas)
Electronic Workshop Tingkatan 2
(mengikut jadual kelas)
Pertandingan Swafoto Merdeka Terbuka
(mengikut kelas)
Pertandingan masakan berasaskan
23-27 Ogos 2021 warna jalur Gemilang Tingkatan 1 & 2
Tingkatan 3
Pertandingan Poster Merdeka 4 Khawarizmi
Tingkatan 5 &
Pertandingan kad ucapan digital 4 Razi
kepada frontliner/perwira negara 4 Farabi &
4 Rushd
Bengkel Belajar Sejarah Terbuka
(mengikut kelas)
Bengkel Kerja Kursus (TST3)
24 Ogos 2021 Bengkel Prinsip Akaun (Tingkatan 4)
(2:30 – 4:00 petang)
Pertandingan Infografik Kronologi
Kemerdekaan
Bengkel Celik Pasaran (Tingkatan 4)
25 Ogos 2021 Pertandingan Syair Patriotik
(2:30 – 4:00 petang) Menengah atas/Menengah bawah
26 Ogos 2021 Tingkatan 1,2 & 3
(2:30 – 4:00 petang) Hebatnya Allah yang menciptakan Semua warga
Alam ini. SBI
(9:00 – 10:00 malam) Ceramah Patriotik