2022
Pertandingan Melukis Logo
Kemerdekaan SBI
1. Pertandingan melukis logo terbuka kepada semua
pelajar SBI YMSU (berkumpulan mengikut kelas)
2. Peserta bebas menggunakan sebarang bahan
mewarna untuk melukis logo.
3. Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer
tidak dibenarkan.
4. Tema logo ialah #Keluarga Malaysia Teguh
Bersama.
5. Lukisan dan idea logo mestilah hasil ciptaan sendiri
dan bercirikan Dasar Ta’dib dan Motto SBI YMSU.
6. Penyertaan hendaklah menggunakan kertas yang
disediakan oleh pihak penganjur sahaja.
7. Kumpulan peserta akan membuat pembentangan
berkenaan logo yang dihasilkan di hadapan para juri
pada hari pertandingan iaitu 25/8/2022 (Khamis).
8. Segala keputusan juri adalah muktamad.
Pertandingan Doodle Merdeka
1. Pertandingan melukis doodle terbuka kepada semua pelajar
SBI YMSU secara individu.
2. Lukisan doodle haruslah bertemakan #Keluarga Malaysia
Teguh Bersama.
3. Penyertaan hendaklah menggunakan kertas yang
disediakan oleh pihak penganjur sahaja.
4. Peserta bebas menggunakan sebarang alatan melukis.
5. Lukisan doodle boleh dikaryakan dalam bentuk berwarna
mahupun tidak.
6. Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer tidak
dibenarkan.
7. Lukisan doodle tidak boleh menyentuh isu politik dan
sensitiviti perkauman.
8. Panel juri penilai berhak menolak sebarang penyertaan yang
tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
9. Keputusan panel juri penilai juga adalah MUKTAMAD dan
tidak boleh dipertikaikan.
10. Pertandingan ini akan dipertandingkan secara serentak
pada 23 Ogos 2022 (Rabu) pukul 2:30-4:30 petang.
Pertandingan Teater
Kemerdekaan
1. Pertandingan teater terbuka kepada semua kelas pelajar
banin sahaja (berkumpulan mengikut kelas).
2. Tema yang telah ditetapkan ialah Perjuangan Tokoh
Kemerdekaan.
3. Persembahan tidak melebihi 15 minit. Masa yang
ditentukan tidak termasuk masa persiapan dan
mengosongkan tempat atau pentas. Masa untuk persiapan
dihadkan selama 2 minit sahaja. Masa persembahan dikira
bermula daripada intro persembahan sama ada dalam
bentuk muzik, aksi atau dialog.
4. Skrip teater hendaklah ciptaan sendiri.dan mengikut tema
yang telah ditetapkan. Salinan skrip teater hendaklah
diserahkan kepada juri semasa hari pertandingan.
5. Prop yang digunakan perlu bersesuaian dengan skrip
sahaja dibenarkan. adalah TIDAK DIBENARKAN,
sebaliknya hendaklah menggunakan replika (yang selamat)
sahaja.
6. Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri sepanjang
pertandingan ini berlangsung terutama tatacara berpakaian
dan adab kelakuan.
7. Pemarkahan teater akan dinilai dari segi pengarahan
teater, persembahan lakonan, bahasa dan prop yang
digunakan.
8. Segala keputusan jemaah juri adalah muktamad.
Pertandingan Deklamasi Sajak
Patriotik
1. Penyertaan terbahagi kepada kategori 1 (Menengah Atas) dan
kategori 2 (Menengah Rendah).
2. Setiap kelas dikehendaki menghantar seorang wakil banin dan
wakil banat.
3. Peserta dikehendaki mendeklamasikan sebuah (1) sajak yang
bertemakan Perjuangan Tokoh seperti berikut:
a. Bebas memilih sajak daripada mana-mana nukilan.
Nukilan mestilah tercatat penulis sebenar; ATAU
b. Sajak yang ditulis sendiri.
4. Peserta dibenarkan membawa bersama salinan sajak ketika
mendeklamasikannya. 1 salinan diberi kepada juri untuk semakan
dan rekod.
5. Peserta dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan
tema sajak serta dibenarkan bergerak bebas bersesuaian dengan
sajak yang disampaikan.
6. Peserta dibenarkan membawa alat bantu (props) yang
bersesuaian dan tidak pula membahayakan. Alat bantu yang
menghasilkan bunyian-bunyian, berbentuk dari semua jenis alat-
alat muzik termasuk pita perakam tidak dibenarkan.
7. Peserta perlu mendeklamasikan sajak tidak melebihi tujuh (7)
minit. Markah akan ditolak sekiranya melebihi had masa yang
diperunrukkan.
8. Pertandingan Deklamasi Sajak Patriotisme ini dinilai berdasarkan
aspek berikut:
a. Vokal e. Mimik muka
b. Intonasi f. Penghayatan
c. Nada g. Bahasa Tubuh
d. Kelancaran Artikulasi h. Penampilan/Keyakinan
9. Pertandingan akan diadakan pada 25 Ogos 2022 (Khamis).
10. Keputusan Hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan dan
surat menyurat tidak akan dilayan.
Pertandingan Koir Lagu Patriotik
1. Pertandingan Koir lagu patriotik terbuka kepada semua Banat
SBI YMSU. Ahli kumpulan terdiri daripada 8-10 orang
(termasuk seorang konduktor).
2. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan 1 lagu
patriotik sahaja.
3. Setiap kumpulan bebas memilih lagu patriotik dengan
syarat tidak menyentuh isu perkauman,politik dan
agama.
4. Kumpulan koir dibenarkan membuat gaya dan gerakan
yang sopan dan tidak keterlaluan berdasarkan
kesesuaian lirik lagu.
5. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat muzik
atau ‘minus one’.
6. Tempoh persembahan adalah selama 10 minit sahaja.
Persembahan selepas 10 minit akan dipotong 5 markah.
7. Lirik lagu beserta tajuk lagu perlulah diserahkan pada
penyelaras pertandingan (Ustazah Dalila) sebelum
pertandingan bermula.
8. Pakaian adalah baju rasmi sekolah. Aksesori tambahan
dibenarkan dengan syarat tidak keterlaluan.
9. Pemarkahan adalah seperti berikut:
• Harmoni – 50 markah
• Intonasi/suara- 30 markah
• Gaya dan persembahan- 20 markah
10. Segala keputusan juri adalah muktamad.
Pertandingan Tiru Gaya Tokoh
1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar SBI YMSU secara
individu.
2. Mengenakan gaya dan pakaian mirip seperti tokoh yang digambarkan.
3. Setiap penyertaan perlu disertakan bersama gambar tokoh yang
digayakan oleh peserta.
4. Pakaian tidak boleh mencolok mata, sopan dan tidak menyentuh isu
politik dan sensitiviti perkauman.
5. Contoh tokoh perjuangan seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh,
Rentap, Dato' Maharaja Lela, Dato Abdul Rahman Limbong, Tunku
Abdul Rahman, Leftenan Adnan Saidi, Temenggung Juggah. Tokoh
kemerdekaan wanita pula seperti Tan Sri Hajah Zainun atau Ibu Zain,
Tan Sri Datin Paduka Seri Aishah Gani, Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji
Mohamad Ali dan lain-lain.
6. Panel juri penilai berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak
mengikut syarat yang ditetapkan.
7. Kompenan yang dinilai
8. Keputusan panel juri penilai juga adalah MUKTAMAD dan tidak boleh
dipertikaikan.
9. Pertandingan ini akan dipertandingkan secara serentak pada 25 Ogos
2022 (Khamis) pukul 11:00 pagi - 1:00 petang.
Pertandingan Hiasan Bilik
Kemerdekaan 2022
Tempoh Perlaksanaan:
22 Ogos 2022 – 25 Ogos 2022
Penilaian Bilik:
25 Ogos 2022 (Khamis)
Pertandingan melibatkan semua bilik asrama.
Setiap bilik WAJIB mewujudkan satu sudut sejarah pada
papan kenyataan/dinding. Pelajar perlu menghias sudut
tersebut dengan maklumat yang berkaitan dengan sejarah
Malaysia seperti gambar-gambar kemerdekaan, gambar-
gambar tokoh dan pemimpin, susun galur kemerdekaan dan
sebagainya. Hiasan bilik juga perlu berunsurkan patriotisme
dan tema kemerdekaan 2022 iaitu #KeluargaMalaysia Teguh
Bersama
Penilaian dibuat oleh kumpulan panel penilai pada petang 25
Ogos 2022.
Penilaian akan dilakukan dengan mengambil kira aspek
seperti dibawah:
Fakta/Maklumat sejarah tanah air : 50%
Menarik dan Kreatif : 20%
Hiasan Bilik : 20%
Kekemasan/Kebersihan : 10 %
Bilik yang mendapat 50 markah kebawah perlu membuat
kerja a
Jadual Minggu Kemanusiaan & Bulan
Kemerdekaan
Tarikh Masa Program Penglibatan
13 Ogos -16 - Kempen kibar bendera di Warga SBI YMSU
sekolah
September
2022 - Pelancaran Program Media,
Warga SBI YMSU
Isnin
22 Ogos 2022
22-25 Ogos - Pertandingan Hiasan Bilik Semua Kelas
2022
Selasa 2:30- 4:30 Doodle Merdeka Terbuka (mengikut
23 Ogos 2022 petang kelas)
2:30- 4:30 Bengkel Lakaran RBT
Rabu petang Pemantapan Geografi Tingkatan 1
24 Ogos 2022 2:30- 4:30 (Esei)
petang Debat Ekonomi Tingkatan 2 & 3
Khamis
25 Ogos 2022 11:00 pagi- Tingkatan 4 & 5
1:00 petang
Bengkel Pemantapan Tingkatan 4 & 5
11:00 pagi- Akaun
1:00
petang KBAT Sejarah 4 Razi & 5 Razi
11:00 pagi- Teater Kemerdekaan Semua Kelas (Banin)
1:00
petang Koir Lagu Patriotik Semua Kelas (Banat)
2:30- 4:30 Tiru Gaya Tokoh Terbuka (mengikut
petang kelas)
2:30- 4:30
petang Sajak Perjuangan Tokoh Terbuka (mengikut
kelas)
11:00pagi-
1:00 petang Penjurian Pertandingan Semua Bilik
Hiasan Bilik
11:00pagi-
1:00 petang
2:30-4:30
petang
2:30-4:30 Penjurian Pertandingan Semua Kelas
petang Logo Kemerdekaan SBI
Jumaat 2:30-4:30 Ceramah Patriotik Warga SBI YMSU
26 Ogos 2022 petang