22 MAC,2023 HARI : RABU MASA : 1.30 PM TEMPAT : BILIK PENGURUSAN PANITIA PERKARA : MESYUARAT PANITIA RBT KALI PERTAMA, 2023 MESYUARAT PANITIA RBT SMKTM KALI KE 1 / 2023
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA ISI KANDUNGAN 1. SURAT PANGGILAN MESYUARAT 2. UCAPAN GKMP TVET 3. MINIT MESYUARAT BIL 1 2022 4. MAKLUM BALAS MESYUARAT
Ruj.Kami : SMKTM/RBT/FP/08 (01/2023) Tarikh : 21 MAC 2023 Kepada : 1. Pn. Zulina binti Omar (GKMP TVET) 2. En. Ahmad Zubir bin Abdul Aziz 3. En. Muhammad Hanif bin Ahmad Tuan/Puan, Mesyuarat Panitia Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Bil.1 Tahun 2023 Sukacita dimaklumkan perkara di atas dirujuk. 2. Sehubungan itu, mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 22 Mac 2023 Hari : Rabu Masa : 1.30 petang Tempat: Bilik Pengurusan Panitia RBT 3. Antara agenda mesyuarat : 3.1 Ucapan Pengerusi 3.2 Ucapan GKMP TVET 3.3 Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke 1 Tahun 2022 3.4 Analisis Pencapaian/Postmortem Peperiksaan/Ujian Excel/PBD 2022 3.5 Pengurusan Panitia RBT 2023 3.6 Program Kecemerlangan Akademik 2023 3.7 Pengurusan PCG Panitia 2023 3.7 Hal-hal lain 4. Kerjasama yang diberi diucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA, PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK,NEGARA SEJAHTERA. Saya yang menjalankan amanah, S.k: 1. Pengetua, SMK Tinggi Melaka 2. PK Pentadbiran, SMK Tinggi Melaka 3. GKMP Teknik dan Vokasional 4. Fail Panitia SMK TINGGI MELAKA ( SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN ) JALAN CHAN KOON CHENG 75000 MELAKA. Tel : 06-2824466 Fax : 06-2860548 Kod Sekolah: MEB 2090 E-Mail : [email protected]
MINIT MESYUARAT KALI 1 PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SESI 2022/2023 SMK TINGGI MELAKA Tarikh : 6 April 2022 (Rabu) Tempat : Bilik pengurusan Reka Bentuk dan Teknologi Masa : 2.00 petang Kehadiran : 1. En. Muis Bin Awang Kechik (Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi) 2. En. Muhammad Hanif Bin Ahmad 3. Pn. Nurul Syazwani Binti Ramlee 4. En. Ahmad Zubir Bin Abdul Aziz Tidak Hadir Bersebab : 1. Pn. Zulina Binti Omar AGENDA : 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran para ahli panitia ke Mesyuarat Panitia Kali 1 Panitia Reka Bentuk dan Teknologi SMK Tinggi Melaka bagi memenuhi kehendak kurikulum SMK Tinggi Melaka 2022 1.2 Pengerusi menyampaikan salam daripada gkmp kerana tidak dapat hadir kerana terlibat dengan mesyuarat yang lain 1.3 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada Pn. Nurul Syazwani Binti Ramlee ke SMK Tinggi Melaka dan harap dapat membiasakan diri dengan sekolah dan boleh bertanya kepada rakanrakan guru jika mempunyai masalah 1.4 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih untuk semua ahli panitia kerana telah banyak memberi sumbangan idea, bantuan dan pertolongan sepanjang sesi persekolahan 2021/2022 yang lalu. 1.5 Pengerusi yakin dan percaya jika dengan kerjasama yang padu daripada semua ahli panitia sudah pasti perjalanan pengurusan panitia berada di landasan yang terbaik. 2.0 UCAPAN GKMP MELALUI MEDIUM SECARA MAYA 2.1 UCAPAN ALUAN 2.1.1 Tahniah dan selamat datang kepada guru baru, Puan Nurul Syazwani binti Ramlee. Semoga dapat menyesuaikan diri dan memberi khidmat yang terbaik kepada organisasi sekolah dan pembelajaran murid. 2.1.2 Jika terdapat sebarang masalah RBT boleh rujuk dan berbincang dengan KP- Cikgu Muis serta rakan-rakan RBT. 2.1.3 Tahniah juga kepada Cikgu Ahmad Zubir dan Cikgu Muis yang dilantik dalam jawatankuasa UPP, ini menunjukkan pihak pentadbir sekolah memberi kepercayaan kepada cikgu untuk mengendalikan dan menguruskan UPP suatu organisasi yang penting. 2.2 JADUAL WAKTU 2.2.1 Purata guru RBT memperoleh jumlah waktu antara 26w – 29w (termasuk 2w pengurusan bengkel) 2.2.2 Guru RBT seperti Cikgu Zubir, Cikgu Hanif dan Cikgu Syazwani terlibat dengan mengajar subjek lain seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Sejarah. Terima kasih kerana sudi membantu panitia lain untuk mengatasi kekurangan guru opsyen. 2.2.3 Pihak Pentadbir sudah memula langkah untuk menjadikan seorang guru boleh mengajar subjek kedua selain daripada subjek opsyen, ini bertujuan untuk mengisi kekurangan guru bagi subjek tertentu dan sebagai kemahiran diri apabila berpindah.
2.3 FAIL REKOD P&P 2.3.1 Fail Rekod P&P hendaklah lengkap dengan maklumat seperti yang telah dikongsi dalam group telegram Eprema 2022 MHS (sila rujuk) 2.3.2 Penghantaran RPH hari Isnin hendaklah pada hari Jumaat atau paling lewat pagi Isnin. 2.3.3 Penghantaran akan dicatat dalam jadual penghantaran. Mohon beri kerjasama, untuk makluman Pengetua sering meminta maklumat penghantaran ini semasa mesyuarat G9. 2.3.4 Penulisan impak/refleksi wajib. Lapor atau tulis sahaja perkara yang benar selepas pdpc, penulisan impak/refleksi boleh lihat contoh@google. Contoh: 10/20 murid telah berjaya mencapai objektif hari ini untuk…. 2.4 PENJAGAAN BENGKEL 2.4.1 Mengambilkira 3K- Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan. Tambah SOP Covid-19. 2.4.2 Beri 1 bengkel penjagaan kepada cikgu Nurul Syazwani. 2.4.3 Setiap bilik/bengkel perlu ada nama/label dipintu masuk. 2.5 PT3 2022 2.5.1 Belum pasti samada ada atau tidak. Walaubagaimanapun ambil langkah awal dengan mengajar habis sukatan cepat dan mendedahkan soalan berformat PT3. 2.5.2 Sasarkan GPMP PT3 2022. 2.6 PBD 2.6.1 Perlu dilaksanakan seiring dengan pdp dan direkodkan pencapaian TP. Guru subjek perlu ada fail PBD. 2.6.2 Beri penerangan kepada pelajar tentang PBD RBT. 2.6.3 Dicadangkan PBD – Latihan diselaraskan bagi setiap tingkatan, agar pengujiannya adalah adil dan saksama. 2.7 EXCEL 1 2.7.1 Mula 18 hb April – 1 jam 2.7.2 Tentukan skop dan format soalan, maklumkan kepada pelajar untuk membantu belajar secara berfokus. 2.8 PBPPP BORANG KEBERHASILAN 2.8.1 Mohon mula membuat sasaran keberhasilan dengan menulis cara yang betul. 2.8.2 Sila rujuk hantaran di grup telegram PBPPP PP1 2022. 2.8.3 Tarikh hantar kepada Penilai Pertama (PP1) sebelum atau pada 25hb April 2022. 2.9 PENCERAPAN PDPC 2.9.1 Pencerapan Pdpc adalah mengikut borang std.4-Skpmg2. 2.9.2 Sila rujuk borang berkenaan dan ambil maklum perkara yang perlu dilaksanakan dalam proses PDP. 2.9.3 Pencerapan pdpc termasuk pemantauan semakan buku tulis nota/latihan, mohon semua guru beri nota dan latihan serta mesti semak kerja pelajar. 2.9.4 Jadual pencerapan akan dikeluarkan kemudian. 2.10 PCG 2.10.1 Mesyuarat Kewangan Bil-1 akan diadakan pada 7/4/2022 (Khamis). 2.10.2 Mohon KP dapat hadir, jika tidak dapat hadir sila hantar wakil. 2.10.3 Ahli-ahli panitia boleh memikirkan keperluan atau barangan yang hendak dibeli dan perpanjangkan kepada KP.
2.10.4 Pembelian mestilah melalui langkah pertama iaitu isi borang minta bagi mohon kebenaran pengetua. Boleh bincang atau memaklumkan kepada GKMP juga. 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI 1 2021 Pengesahan minit : En. Muhammad Hanif Bin Ahmad Disokong : En. Ahmad Zubir Bin Abdul Aziz 4.0 ANALISIS 4.1 Pengerusi membentangkan analisis peperiksaan sepanjang tahun 2021 (Rujuk Lampiran) 4.2 Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat meningkatkan lagi pencapaian dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi SMK Tinggi Melaka. 5.0 PENGURUSAN PANITIA 5.1 Pengerusi telah membentangkan pengurusan Panitia Reka Bentuk dan Teknologi bagi Sesi 2022/2023. (Rujuk Buku Panduan Pengurusan Panitia RBT) 6.0 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2022/2023 6.1 Pengerusi telah membentangkan Program Kecemerlangan Akademik Sesi 2022/2023. (Rujuk Buku Panduan Pengurusan Panitia RBT) 7.0 PENGURUSAN PCG 2022 7.1 Pengerusi memaklumkan mesyuarat kewangan belum dilaksanakan lagi 7.2 Pengerusi memaklumkan Pengurusan PCG akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kewangan SMK Tinggi Melaka 2022 8.0 HAL-HAL LAIN 8.1 En. Muhammad Hanif Bin Ahmad mencadangkan projek tanaman fertigasi diadakan di SMK Tinggi Melaka yang lokasinya akan ditentukan kemudian dan menyatakan Kertas kerja akan disediakan dan dihantar kepada pentadbiran bagi memohon untuk menggunakan dana PCG 8.2 Pengerusi mencadangkan tapak di koridor belakang makmal sains dan memaklumkan proses percambahan biji benih cili telah pun dilaksanakan. Pengerusi juga menekankan agar Kertas Kerja Projek diserah kepada Ketua Panitia untuk semakan terlebih dahulu. 8.3 En. Ahmad Zubir Bin Abdul Aziz mencadangkan agar suatu Karnival Tertutup bagi Projek Tingkatan 3 Reka Bentuk dan Teknologi diadakan untuk membentangkan projek-projek mereka 8.4 En. Ahmad Zubir Bin Abdul Aziz juga mencadangkan agar JSU dan Bank Soalan bagi Kertas Peperiksaan Reka Bentuk dan Teknologi dalam bentuk soft copy dapat diwujudkan 8.5 Pengerusi memaklumkan bahawa JSU telah lama dilaksanakan tetapi pelaksanaannya agak longgar. Pengerusi menekankan agar mulai tahun 2022 ini JSU dihantar setiap kali Peperiksaan Pertengahan Tahun Dan Peperiksaan Akhir Tahun. Penghantaran set solan adalah perlu bersamasama dengan panduan penskoran yang lengkap untuk tujuan semakan dan pengesahan 1 minggu lebih awal dari tarikh ujian/peperiksaan. Mesyuarat ditangguhkan pada 3.30 petang Disediakan oleh, (AHMAD ZUBIR BIN ABDUL AZIZ) Setiausaha, Panitia Reka Bentuk dan Teknologi, SMK Tinggi Melaka.
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT BIL.1/2022 NAMA MESYUARAT : MESYUARAT PANITIA RBT BIL.1 TAHUN 2022 TARIKH : 6 APRIL / RABU / 2.00 petang TEMPAT : Bilik Penggurusan Panitia RBT BIL PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS 2.3 2.3.3 Ucapan GKMP : Penghantaran RPH hari Isnin hendaklah pada hari Jumaat atau paling lewat pagi Isnin. Semua Ahli Panitia Semua ahli panitia telah ambil maklum dan memperbaiki penulisan dan waktu penghantaran e-rekod mengajar 2.5 2.5.1 Ucapan GKMP : PT3 Belum pasti samada ada atau tidak. Walaubagaimanapun ambil langkah awal dengan mengajar habis sukatan cepat dan mendedahkan soalan berformat PT3. Semua Ahli Panitia PT3 telah digantikan dengan Ujian Akhir Sesi Akademik. 8.0 8.1 En. Muhammad Hanif Bin Ahmad mencadangkan projek tanaman fertigasi diadakan di SMK Tinggi Melaka Semua Ahli Panitia Telah dilaksanakan dengan jayanya dengan jumlah sebanyak 100 pokok telah di hasilkan. 8.0 8.4 En. Ahmad Zubir Bin Abdul Aziz juga mencadangkan agar JSU dan Bank Soalan bagi Kertas Peperiksaan Reka Bentuk dan Teknologi dalam bentuk soft copy dapat diwujudkan Semua Ahli Panitia Telah diwujudkan dan media sosial Telegram dipilih sebagai sedium bank soalan tersebut.