The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E BOOK PELAKSAAN & PENTAFSIRAN PSIKOMETRIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by �LIDYANNA BINTI MD MUSA BEA4621, 2021-10-01 09:43:37

E BOOK PELAKSAAN & PENTAFSIRAN PSIKOMETRIK

E BOOK PELAKSAAN & PENTAFSIRAN PSIKOMETRIK

E BOOK:
PELAKSANAAN &
PENTAFSIRAN
PSIKOMETRIK

(SEKOLAH MENENGAH)

IMK

IKK
ITP IKP

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU LIDYANNA BINTI MOHD MUSA
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING SEPENUH MASA
SMK SAUJANA IMPIAN, KAJANG

PENGENALAN
PSIKOMETRIK

• Sistem pendidikan yang
memberi fokus kepada
pembangunan modal insan
seperti yang dihasratkan dalam
Misi Nasional dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan amat
memerlukan pentaksiran
kapasiti insan yang bersifat
holistik.

• Untuk mewujudkan
perkembangan individu secara
HOLISTIK

• berilmu pengetahuan
• berkemahiran
• sikap dan tingkah laku terpuji
• nilai-nilai kerohanian
• tahap kesihatan dan kecergasan tinggi
• emosi stabil
• kemahiran berfikir
• berkeupayaan hidup bermasyarakat

DEFINISI PENTAKSIRAN
PSIKOMETRIK (PPSI)

• PPsi ialah suatu kaedah yang
digunakan secara sistematik
untuk mengumpul maklumat
yang menggambarkan tret
psikologi. Tret psikologi yang
diukur merangkumi aptitud dan
personaliti murid. Hasil dapatan
PPsi dapat digunakan untuk
membantu mempertingkatkan
pembelajaran murid.
• PPsi menggunakan instrumen
pentaksiran yang tidak
berasaskan kurikulum dan
proses pengajaran dan
pembelajaran. PPsi mengukur
kebolehan semula jadi (innate
ability) dan kebolehan yang
diperoleh (acquired ability)
daripada pengalaman dan
persekitaran.

sumber: bahan internet

TUJUAN UJIAN
PSIKOMETRIK

 Untuk mengukur kebolehan (innate
ability & acquired ability)
* Minat
* Sikap
* Personalliti
* kecenderungan
* Kemahiran berfikir
* Kemahiran menyelesaikan masalah

• Mendapatkan diskripsi yang tepat
mengenai diri individu atau kumpulan.

 Membantu membuat keputusan yang
praktikal / realistik.

• Memahami secara lebih mendalam;
keadaan semula jadi dan perbezaan
individu.

• Memberi pendedahan maklumat
kerjaya yang lebih luas dan tepat (
meluaskan aspirasi kerjaya)

KEPENTINGAN
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK

Tiga sebab utama kesukaran
pelajar membuat pemilihan
kerjaya (Amir Awang,1983)

• Tidak boleh membuat
keputusan kerana minat di
dalam pelbagai bidang, minat
tidak jelas dan tiada minat
langsung

• Pelajar tidak dapat mengagak
dengan baik minat, potensi dan
personalitinya

• Kurang pengetahuan dan
maklumat

PELAKSANAAN UJIAN
PSIKOMETRIK

IMK: INVENTORI MINAT KERJAYA
ITP: INVENTORI TRAIT PERSONALITY
IKP : INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI
IKK : INVENTORI KEMATANGAN KERJAYA

INVENTORI MINAT
KERJAYA
( IMK )

REALISTIK

SOSIAL

PENTAFSIRAN INVENTORI
MINAT KERJAYA ( IMK)

REALISTIK

PENERANGAN:
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran
praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek,
peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan.
Mempunyai kemahiran yang baik apabila
menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin
atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh
dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar
bangunan.

KERJAYA:
Jurutera, Jurubina, Animator, Pengaturcara
Komputer, Juruterbang, Ahli Radiologi, Pustakawan,
Juruteknik Elektronik, Chef, Atlet, Ahli Bomba Dan
Penyelamat, Pemandu, Tentera, Operator Mesin,
Mekanik, Ahli Perkebunan dan Pembuat Perabot.

CIRI :
Praktikal, mekanikal, materialistik, suka
menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur,
natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan
berprinsip.

PENTAFSIRAN INVENTORI
MINAT KERJAYA ( IMK)

INVESTIGATIF

PENERANGAN:
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan
kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual,
analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka
membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu,
membuat penyelidikan, menganalisis, menilai
dan menyelesaikan masalah. Menghargai
sains dan matematik. Melihat diri sendiri
sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta
meminati kerjaya saintifik dan beberapa
kerjaya bercorak teknikal.

KERJAYA :
Pegawai Perubatan, Ahli Farmasi, Psikiatrik, Ahli
Ekonomi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli
Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji
Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi, Penyelidik
Sains, Angkasawan, Ahli Antropologi, Profesor,
Guru Sains Dan Matematik.

CIRI :
Pemerhati, analitikal, rasional, teliti, intelektual,
introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu,
teoris dan jitu.

PENTAFSIRAN INVENTORI
MINAT KERJAYA ( IMK)

ARTISTIK

PENERANGAN :
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan
daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original,
bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka
bekerja dalam situasi yang kurang
berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-
ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi
dan menghargai hasil seni kreatif.

KERJAYA :
Arkitek, Penulis Seni Kreatif, Artis, Pemimpin
Orkestra, Pengubah Lagu, Pengarang,
Pelukis, Wartawan Hiburan, Kartunis,
Pereka Grafik, Pereka Fesyen, Juruhias
Dalaman, Jurufoto, dan Jurusolek.

CIRI :
Imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika,
emosional, introspektif, reflektif, tulen,
bebas, sensitif dan idealistik.

PENTAFSIRAN INVENTORI
MINAT KERJAYA ( IMK)

SOSIAL

PENERANGAN :
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi,
kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan
membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai
kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan
orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi
perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

KERJAYA:
Guru, Pensyarah, Kaunselor, Pekerja Sosial, Pegawai
Perhubungan Awam, Penyambut Tetamu, Pegawai
Kebajikan, Jururawat, Paramedik, Pramugari/
Pramugara dan Pemandu Pelancong.

CIRI:
Sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra,
peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati,
bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

PENTAFSIRAN INVENTORI
MINAT KERJAYA ( IMK)

ENTERPRISING

PENERANGAN :
Persekitaran pekerjaan yang melibatkan
pentadbiran dan pengurusan, perniagaan
dan keusahawanan. Wujudnya suasana
pengaruh-mempengaruhi, mengarah,
memimpin dan mengurus individu lain serta
menjual barangan atau idea. Matlamat
akhir mereka adalah untuk mencapai
keuntungan organisasi dan keuntungan
ekonomi.

KERJAYA:
Usahawan, Pengarah Syarikat, Spekulator,
Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Pemasaran,
Agen Insuran, Pengarah Publisiti, Peguam,
Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank,
Wartawan, Jurujual, Jurulatih dan Agen
Pelancongan.

CIRI :
kepimpinan, sukakan pencapaian,
bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka
mempengaruhi, kebolehan memanipulasi,
suka meneroka (adventurous), yakin diri,
optimistik, mudah mesra, berwawasan,
bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka
menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak
berkomunikasi.

PENTAFSIRAN INVENTORI
MINAT KERJAYA ( IMK)

KONVENSIONAL

Penerangan :
Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur
yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja
perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci,
mengikut peraturan dan arahan.

Kerjaya :
Kerani, Setiausaha, Penyimpan Kira-kira, Guru
Perdagangan/ Guru Perakaunan, Akauntan,
Jurutrengkas, Pegawai Bank, Pegawai Cukai,
Operator Komputer, Penilai Harta, Juru Audit,
Juruwang dan Pegawai Perangkaan.

Ciri :
Berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi, akur,
praktikal, mengikut aturan, defensif, menurut
perintah, cermat, cekap dan rutin.

INVENTORI TRAIT
PERSONALITY (ITP)

PENTAKSIRAN INVENTORI
TRAIT PERSONALITI ( ITP )

AUTONOMI

• INDIVIDU LEBIH SUKAKAN KEBEBASAN DALAM
TINDAKAN DAN DAPAT MENGAWAL SERTA
MENENTUKAN AKTIVITI AKTIVITI HARIANNYA

KREATIF

• INDIVIDU YANG BERKEBOLEHAN MENCIPTA,
MENGHASILKAN DAN MENGEMBANGKAN
IDEA BARU DAN ASLI

AGRESIF

• INDIVIDU TERLALU KRITIKAL TERHADAP
ORANG LAIN, TEGAS, BERANI DAN TIDAK
SUKA DIMANIPULASI. TIDAK MENGHIRAUKAN
PERASAAN ORANG LAIN DALAM MENCAPAI

MATLAMAT DIRI

EKSTROVERT

• INDIVIDU YANG SUKA BERINTERAKSI, BEKERJA
DAN BERADA DENGAN ORANG RAMAI.

PENTAKSIRAN INVENTORI
TRAIT PERSONALITI ( ITP )

PENCAPAIAN

• INDIVIDU INI SEORANG YANG BERSEMANGAT
DAN BERMOTIVASI UNTUK MENYELESAIKAN

TUGAS. MAHUKAN KEJAYAAN DAN SUKAKAN
PERSAINGAN WALAUPUN BANYAK HALANGAN

KEPELBAGAIAN

• INDIVIDU DAPAT MENERIMA DAN MUDAH
MENYESUAIKAN DIRI DALAM PELBAGAI
SITUASI. SUKAKAN PENGALAMAN YANG

PELBAGAI KE ARAH PERUBAHAN BERTERUSAN

INTELEKTUAL

• INDIVIDU BERMINAT KEPADA AKTIVITI YANG
MEMBERI CABARAN DARI ASPEK INTELEKTUAL.

MEMENTINGKAN AKTIVITI YANG BERBENTUK
KOGNITIF DAN ILMIAH

KEPIMPINAN

• INDIVIDU YANG SUKA MENGAWAL ORANG
LAIN ATAU LEBIH SUKA MEMIMPIN DARIPADA

DI PIMPIN

PENTAKSIRAN INVENTORI
TRAIT PERSONALITI ( ITP )

STRUKTUR

• INDIVIDU SUKA KEPADA PERKARA YANG
TERATUR, KEMAS, TERPERINCI DAN MENGIKUT

PERATURAN

RESILEN

• INDIVIDU YANG CEKAL DAN BERMOTIVASI
UNTUK MENGHABISKAN ATAU
MENYELESAIKAN SEMUA TUGAS

https://meet.google.com/rcn-
wpam-dkb

MENOLONG

• INDIVIDU YANG BERKECENDERUNGAN UNTUK
MENUNJUKKAN RASA EMPATI, KASIH SAYANG
DAN SUKA MEMBERI BANTUAN KEPADA
ORANG LAIN.

ANALITIKAL

• INDIVIDU YANG SUKA MEMBUAT
PEMERHATIAN DAN MENGANALISIS SEBELUM
MEMBUAT KEPUTUSAN. MEMBUAT KEPUTUSAN

BERDASARKAN FAKTA DAN BUKTI

PENTAKSIRAN INVENTORI
TRAIT PERSONALITI ( ITP )

KRITIK DIRI

• INDIVIDU SUKA KEPADA PERKARA YANG
TERATUR, KEMAS, TERPERINCI DAN MENGIKUT

PERATURAN

WAWASAN

• INDIVIDU YANG CEKAL DAN BERMOTIVASI
MUwhENptNtapTmYUs:EK-//dLmkEMbeSEeAtN.IgKGoAoHNgAleSB.EcISoMKmUA/rAcNnT-AUTGAAUS

KETELUSAN

• INDIVIDU YANG BERKECENDERUNGAN UNTUK
MENUNJUKKAN RASA EMPATI, KASIH SAYANG
DAN SUKA MEMBERI BANTUAN KEPADA
ORANG LAIN.

Sumber: Lembaga Peperiksaan, Kpm

INVENTORI
KECERDASAN
PELBAGAI ( IKP )

PENTAKSIRAN INVENTORI
KECERDASAN PELBAGAI

( IKP)

VERBAL LINGUISTIK

kebolehan menggunakan
bahasa dengan efektif sama
ada secara lisan dan bertulis.
Individu mempunyai kemahiran
mendengar dan berfikir dalam
bentuk perkataan. Kemahiran
meliputi mendengar, bercakap,

menulis, bercerita,
menerangkan, mengingati
maklumat dan memahami

perkataan.

KERJAYA:
Pengarang, pensyarah,
wartawan, penyunting, penyair,
penulis skrip dan novelis

PENTAKSIRAN INVENTORI
KECERDASAN PELBAGAI

( IKP)

LOGIK MATEMATIK

Kebolehan yang dominan di
bahagian kir secara deduktifi otak ini
membolehkan seseorang manaakul

secara deduktif dan induktif serta
berfikir secara konseptual dan

abstrak. Individu yang cenderung
dalam kecerdasan ini boleh

menyelesaikan masalah kompleks
yang berkaitan dengan matematik

dengan mudah serta membuat
perkaitan, menyoal, menganalisis ,

mensisteksis, mengira dan
menggunakan computer dengan

cekap

KERJAYA:

Saintis, pakar statistic, ahli ekonomi, juru
audit akauntan dan aktuaris

PENTAKSIRAN INVENTORI
KECERDASAN PELBAGAI

( IKP)

VISUAL RUANG

Kebolehan untuk berfikir secara
gambaran, imej, bentuk dan paten.
Kebolehan untuk membentuk model
secara visual dan mengaplikasi model

itu kepada dunia fizikal. Individu
gemar melihat peta, carta, gambar,
video dan filem. Kebolehan individu

termasuk membaca, menulis,
memahami carta dan graf, melakar,
melukisdan menterjemah imej secara

visual. Kecerdasan ruang visual
membolehkan individu

mempersembahkan idea visual dan
ruang berkecenderungan dalam
imaginatif dan kreatif.

KERJAYA:
Arkitek, jurugambar, pengukir dan

pelukis

PENTAKSIRAN INVENTORI
KECERDASAN PELBAGAI

( IKP)

MUZIK

kecerdasan muzik berkebolehan
mengesan bunyi tanpa lisan, muzik

serta irama yang terdapat di
persekitarannya. Kecerdasan ini
berkaitan dengan kemampuan untuk
menggemari, mendeskriminasi dan
meluahkan perasaan melalui muzik.
Individu berupaya menggunakan set
asas atau elemen muzik serta dapat
bermain alat muzik dan menghafal lirik
muzik dengan baik. Individu yang
cenderung dalam kecerdasan ini
menggubah rentak dan tempo muzik

dan mudah mengenali dan
mengingati nada bunyi atau muzik.

KERJAYA:

Pencipta lagu, composer dan ahli
muzik

PENTAKSIRAN INVENTORI
KECERDASAN PELBAGAI

( IKP)

NATURALIS

Kecerdasan yang mempunyai kaitan
dengan memupuk maklumat

berkaitan persekitaran semulajadi.
Seorang pencinta alam yang dapat
mengklasifikasi flora, fauna dan galian

dengan mudah. Banyak
menghabiskan masa di luar dan
gemar mendengar bunyian yang
terdapat dalam alam sekitar. Tarikan
yang besar terhadap alam sekitar
termasuk binatang. Merupakan
individu yang sensitif terhadap alam
sekitar dan dapat menghubungkait

antara flora dan fauna. Murid
kecerdasan naturalistik akan lebih
berkesan kecerdasannya dengan

mengadakan aktiviti luar kelas.

KERJAYA:

Ahli biologi, zoology, ahli botani, ahli
geologi dan veteriner

PENTAKSIRAN INVENTORI
KECERDASAN PELBAGAI

( IKP)

INTERPERSONAL

Kecerdasan yang membolehkan
seseorang memahami perasaan,
motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
Individu ini dapat berinteraksi dengan
mudah dan boleh bekerjasama
dengan orang lain secara praktikal
untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah serta memberi motivasi
kepada orang lain. Kecerdasan
interpersonal yang baik memiliki
interaksi yang baik dengan orang lain.
Sebab itu mereka mampu berasa
sensitif dan memhami emosi, perasaan
, fikiran, tingkah laku dan harapan
orang lain. Murid -murid ini belajar
berkesan melalui pembelajaran,
bekerjasama dengan rakan sebaya.

KERJAYA:

Pakar motivasi, kaunselor, ahli politik,
guru dan pegawai diplomatik

PENTAKSIRAN INVENTORI
KECERDASAN PELBAGAI

( IKP)

INTRAPERSONAL

kecerdasan ini merupakan kesedaran
tentang diri sendiri, berfikiran

metakognitif dan boleh menilai diri
sendiri. Orang ini dapat mengenali diri

sendiri secara lebih mendalam dan
mempunyai tanggapan terhadap
kebaikan dan kelemahan diri masing-

masing. kebolehan ini memberi
keyakinan yang tinggi kepada mereka

tentang kebolehan yang terdapat
pada diri mereka. Mereka pandai
menetukan hala tuju kehidupan serta
mempunyai pegangan, prinsip dan

azam yang kuat serta
berdikari. Individu dengan tingkat
kecerdasan ini mempunyai peribadi

yang tertutup. Mereka memiliki
kepekaan terhadap perasaan dan
situasi yang berlangsung, memahami
diri sendiri dan seterusnya mampu

mengendalikan diri dalam situasi
konflik.

KERJAYA:

Pakar psikologi, ahli falsafah

PENTAKSIRAN INVENTORI
KECERDASAN PELBAGAI

( IKP)

KINESTATIK

Berkebolehan menggunakan
sebahagian atau keseluruhan
anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan
masalah. Individu ini juga cekap
mengintepretasi pergerakan
anggota atau tubuh, cenderung
melakukan aktiviti yang berkaitan
dengan bersukan, menari, gimrama
dan lain-lain. Individu ini mahir
memanipulasi objek fizikal dan
mengimbangi pergerakan fizikal dan
mental. Individu ini belajar dengan
lebih berkesan melalui pergerakan
otot seperti sukan dan tarian.

KERJAYA:

Ahli sukan dan jurutari

PENTAKSIRAN INVENTORI
KECERDASAN PELBAGAI

( IKP)

EKSISTENSIAL

Individu yang mempunyai
kecerdasan ini memiliki ciri-ciri
yang lebih cenderung untuk

bertanya mengenai segala
kejadian kewujudan manusia,
erti kehidupan dan juga realiti
yang dihadapi oleh manusia
dalam hidup. Individu ini mampu

menelaah milai-nilai yang
berkembang di tengah

kehidupan masyarakat, sama
ada tradisional atau nilai baru

yang sedang berkembang

KERJAYA:

Imam, pemimpin, ahli agama

INVENTORI
KEMATANGAN KERJAYA

(IKK)

OBJEKTIF PELAKSANAAN
INVENTORI KEMATANGAN

KERJAYA ( IKK)

• Mengukur tahap kematangan
kerjaya murid merangkumi
domain sikap dan domain
kecekapan,
• Menilai keselarasan tingkah laku
kerjaya dengan tahap umur
murid tingkatan lima,
• Mengupayakan murid dalam
menentukan pemilihan kerjaya
yang tepat dengan personaliti
diri,
• Menggalakkan murid meneroka
maklumat kerjaya secara
mendalam bersesuaian dengan
personaliti diri.

PENTAKSIRAN INVENTORI
KEMATANGAN KERJAYA
( IKK)

SKOR TINGGI
75% - 100%

• Murid mempunyai kebolehan,
kemampuan dan keupayaan yang
tinggi dalam menentukan pilihan
kerjaya.

• Murid melibatkan diri secara aktif

dalam mencari maklumat

mengenai kerjaya yang diminati

seperti kelayakan, gaji, latihan,

persekitaran kerja dan risiko

pekerjaan.

• Hasil daripada maklumat yang
diperoleh, murid merancang kerjaya
dan bersedia berhadapan risiko dan
konflik dalam membuat keputusan
kerjaya.

PENTAKSIRAN INVENTORI
KEMATANGAN KERJAYA
( IKK)

SKOR SEDERHANA
50% - 74%

• Murid mempunyai kebolehan,
kemampuan dan keupayaan yang
sederhana dalam menentukan
pilihan kerjaya.

• Murid kurang aktif melibatkan diri

dalam mencari maklumat

mengenai kerjaya yang diminati

seperti kelayakan, gaji, latihan,

persekitaran kerja dan risiko

pekerjaan.

• Hasil daripada maklumat kerjaya
yang sedikit, murid kurang
merancang kerjaya dan kurang
bersedia berhadapan risiko serta
mempunyai konflik dalam membuat
keputusan kerjaya.

PENTAKSIRAN INVENTORI
KEMATANGAN KERJAYA
( IKK)

SKOR RENDAH
0% - 49%

• Murid kurang mempunyai

kebolehan, kemampuan dan

keupayaan dalam menentukan

pilihan kerjaya.

• Murid tidak melibatkan diri dalam
mencari maklumat mengenai
kerjaya yang diminati seperti
kelayakan, gaji, latihan, persekitaran
kerja dan risiko pekerjaan.

• Murid tidak mempunyai maklumat
kerjaya, tidak mampu murid
merancang kerjaya dan akan
berhadapan risiko dan konflik dalam
membuat keputusan kerjaya.

SUMBER:
BAHAN DARI INTERNET
LEMBAGA PEPERIKSAAN, KPM
BLOG GURU KAUNSELING NURHAIZA CHE MAT

SEMOGA E BOOK INI DAPAT MEMBANTU
SESIAPA SAHAJA YANG INGIN

MENGETAHUI TENTANG PENTAFSIRAN
PSIKOMETRIK

SALAM SAYING DARI SAYA:
CIKGU LADY


Click to View FlipBook Version