BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Kata alu-aluan Pengetua 2 2 Kata alu-aluan YDP PIBG 3 3 Aturcara majlis 4 4 Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 5 5 Jawatankuasa Induk Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 6 6 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 7-10 9 Minit mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45(2022/2023) 11-15 10 Penyata Kewangan Tahunan PIBG 2022/2023 16-17 11 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2022/2023 18-20 12 Usul/Cadangan sesi 2023/2024 21 13 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 22 SENARAI KANDUNGAN
3 (EN AMDAN BIN EMBONG) Pengetua SMK Tan Sri Jaafar Albar. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah dengan taufik dan iradah-Nya, pada hari ini dapat kita berkumpul bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG SMKTSJA kali ke-46. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan penglibatan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlisini. Semoga dengan kehadiran tuan puan semua, hubungan sesama kita dapat dipererat, cadangan dapat disepakati, segala usul dapat dirungkai, dan seterusnya segala masalah dapat dileraikan secara musyawarah. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kerjasama antara SMKTSJA dengan PIBG telah berlangsung dalamkeadaan yang baik. Terima kasih saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG kerana segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya terutamanya kejayaan dalam melengkapkan prasarana sekolah. Sidang hadirin yang dihormatisekalian, Walaupun keadaan cuaca semasa memberikan cabaran kepada penglibatanmurid dalam aktiviti Kokurikulum, namun kejayaan murid-murid tetap dicapai pada peringkat daerah sehingga ke peringkat negeri. Tahniah kepada murid-murid yang terlibat. Sekalung penghargaan juga kepada guru-guru yang melatih murid-murid sehingga menempa kejayaan cemerlang yang mengharumkan nama sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan, Akhir kalam, jadikanlah platform MAT PIBG inisebagaiwadah percambahan idea, jambatanmaklumat dan pengikat ukuwwah. Semoga kerjasama yang terjalin dapat memupuk hubungan yang saling melengkapi dalam usaha menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi realiti. Kepada barisan AJK PIBG 2022/23, sekalung penghargaan saya ucapkan atassikap mesra dan budaya mudah dibawa berbincang yang kalian tunjukkan. Kepada barisan kepimpinan baharu AJK PIBG 2023/2024, pihak sekolah berharap agar gerakan baharu dapat disusun, digembleng, dipacu, disepakati menjadisenada seirama demi kemajuan anak-anak SMKTSJA, dalammemenuhi impian dan harapan kita agar SMKTSJA menjadisebuah sekolah yang kondusif, hebat dan berwatak. Sekian. Terima kasih. Wabillahhitaufikwalhidayah, Assalamualaikum w.b.t. (EN AMDAN BIN EMBONG) Pengetua SMK Tan Sri Jaafar Albar 2
Kata Alu-Aluan YDP PIBG SEKAPUR SIRIH SEUNTAI KATA Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga Baginda serta para sahabat. Dalam kesempatan ini, ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua dapat saya coretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea bernasserta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum sekolah ini bagi melahirkan insan kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya. Semua pihak khususnya PIBG haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan murid-murid. Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba pelbagai ilmu, memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) pula merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Semoga lebih ramai ibu bapa tampil memberisumbangan dari segi tenaga, sokongan serta idea yang realistik demi kemajuan anak-anak dan sekolah. Semoga Allah SWT memberkati kerjasama ini dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Sekian , terima kasih. (OMAR BIN UYOB) Yang DiPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Tan Sri Jaafar Albar. 3
4 MASA AKTIVITI 8.00-8.30 pagi Pendaftaran ibu bapa dan guru 8.30-09.30 pagi Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 1.0 Ucapan alu-aluan YDP PIBG SMKTSJA 2022/2023 2.0 Ucapan penasihat Pengetua SMKTSJA 2022/2023 3.0 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu 4.0 Membentang dan menerima Laporan Tahunan 5.0 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember tahun 2022 6.0 Membahaskan usul (jika ada) 7.0 Pemilihan jawatankuasa PIBG tahun berkenaan 8.0 Pemilihan juruaudit dalaman (2 orang) 9.0 Hal-hal lain 10.0 Ucapan Penangguhan 09.30 pagi Ketibaan VVIP 09.30-11.30 pagi -Bacaan Doa Ucapan Yang Dipertua PIBG -Ucapan Pengetua (Wakil Rasmi Tn Hj Zulkifli bin Muhamad)-Penolong Kanan Pentadbiran -Ucapan Perasmian oleh: YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Pendidikan Tinggi & Ahli Parlimen Kota Tinggi -Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang SPM tahun 2022 -Majlis Penyampaian Sijil (Pengiktirafan dari PIBG) -Penyampaian cenderahati -Majlis Jamuan 11.35 pagi – 12.00 tengahari Bersurai / Cabutan bertuah untuk ibu bapa
5 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR TANJUNG SEDILI 81910 KOTA TINGGI NO. TEL : 07-8918224 JOHOR. NO. FAX: 07-8918916 ________________________________________________________________________________ Ruj Kami: JEA3039/100-9/2/3( ) Tarikh: 04 Jun 2023 Ibu bapa/Penjaga, SMK Tan Sri Jaafar Albar Tanjung Sedili 81910 Kota Tinggi Johor Tuan/Puan MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR KALI KE-46 Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 18 Jun 2023 Hari : Ahad Masa : 8.00-8.45 pagi (Pendaftaran) 8.45 pagi (Mesyuarat bermula) Tempat : Dewan Terbuka SMK Tan Sri Jaafar Albar 2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat menghadirkan diri dalam majlis tersebut demi melaksanakan tangungjawab sebagai Ahli PIBG. Segala kerjasama dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (ROSMAWATI BINTI SAIAN) Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Tan Sri Jaafar Albar Tanjung Sedili 81910 Kota Tinggi
JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -46 SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR TAHUN 2023 PERASMIAN OLEH: YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MERANGKAP AHLI PARLIMEN KOTA TINGGI TARIKH : 18 JUN 2023 TEMPAT : DEWAN TERBUKA SMKTSJA MASA : 8.45 PAGI PENASIHAT EN AMDAN BIN EMBONG (Pengetua SMKTSJA) YANG DIPERTUA PIBG EN OMAR BIN UYOB NAIB YANG DIPERTUA PIBG EN ABDULLAH BIN SALIM TIMBALAN PENGERUSI TN HJ ZULKIFLI BIN MUHAMAD (Penolong Kanan Pentadbiran) NAIB PENGERUSI 1 EN ZAMRI BIN KATIJAN (Penolong Kanan HEM) NAIB PENGERUSI 2 En ZAIDI NORLI BIN M. NOAR (Penolong Kanan Kokurikulum) NAIB PENGERUSI 3 EN MOHD ARIF SHAH BIN ISMAIL (Penolong Kanan Tingkatan 6) SETIAUSAHA PN ROSMAWATI BINTI SAIAN NAIB SETIAUSAHA PN UMMU KAUSAR BINTI AHMAD KAMALUDIN BENDAHARI EN YUSRIZAN BIN YAHYA 6
SENARAI AJK BIDANG TUGAS CATATAN Sambutan dan Protokol Sambutan • Tn Hj zulkifli bin Muhamad • En Zamri bin Katijan • En Zaidi Norli bin M Noar • En Mohd Rashidi bin Mohd Yusof • Pn Azlin Binti Kasran • Pn Salmi Binti Mohd Noh • Pn Radhiah binti Mohd kamil • Pn Nurul Husna binti Abdul Fatah Protokol • En Tarmizi bin Ishak(K) • Pn Noor Azilawati binti Zainal • En Abd Syukur bin Mohd Ali • En Abdullah bin Salim • En Abu Ahad bin Tana • En Iswandi bin Muslan • En Halim bin Abd Ghani • En Norhisham bin Monil - Menyambut ketibaan para jemputan dan ibu bapa. - Mengiringi VIP menuju ke dewan sekolah. - Menyediakan ruang khas untuk ditandatangani Perasmi dalam buku Pelawat.(Buku Pelawat ditandatangani VIP) - Menyediakan gelas dan air mineral untuk 5 orang di pentas -Menyediakan bunga manggar, sirih junjung dan bunga telur. -menyediakan 4 orang pelajar- membawa bunga manggar 2 orang- membawa sireh junjung 2 orang-membawa bunga telur -Memastikan keseluruhan majlis berjalan seperti yang dirancang. Menyediakan salutasi/ teks ucapan perasmian Tetamu VIP akan turun di garaj kereta sebelah dewan terbuka pada pukul 10.00 pagi. Pengacara Majlis • En. Mohd Yazid Adhar bin Che Bae • Cik Maifuzah Binti Ibrahim -Memastikan majlis berlangsung dengan lancar dan hendaklah peka terhadap sebarang perubahan di sepanjang majlis jika ada. - Mengacara cabutan bertuah . Bacaan Doa • Ustaz Mohamad Radizal bin Dabuan -Memastikan majlis berlangsung dengan lancar dan hendaklah peka terhadap sebarang perubahan di sepanjang majlis jika ada. - Mengacara cabutan bertuah. Pendaftaran • Pn Adila Sharwanis binti Azemi(K) • Pn Norashikin binti Abd Kader • Pn Wan Zanariah binti Wan Majid • Cik Siti Nurul Husna binti Ahmad • Pn Afiqah binti Abdullah -Menguruskan pendaftaran ibu bapa yang hadir . Meminta ibu bapa scan menggunakan QR code untuk pendaftaran kehadiran dan buku mesyuarat Agung PIBG - menyediakan 100 naskhah buku minit mesyuarat Agung PIBG (bagi ibu bapa yang tiada QR code atau tiada telefon bimbit. -Serahkan daftar kehadiran kepada SU PIBG selepas majlis untuk mencatat jumlah kehadiran. Memberikan nombor cabutan bertuah kepada ibu bapa yang menggunakan QR code AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA 7
Banner dan Poster Digital/Sijil Pengiktirafan dari PIBG • Tn Haji Khairu Rasid bin Mohamad • En Zulfadzli Iman bin Naim -Menyediakan banner untuk majlis mesyuarat agung -Mempromosikan Program melalui media massa -Menggantung dan menurunkan semula banner selepas majlis berakhir. -Memasang Backdrop di pentas -Menyediakan sijil Pengiktirafan dari PIBG - Serah kepada S/u untuk dimasukkan ke dalam folder. Anugerah Khas kurikulum (Rujuk PK 1) Anugerah khas HEM (Rujuk PK HEM) Anugerah Khas KOKO (Rujuk PK Kokurikulum) Persiapan Tempat/susunan Kerusi/Meja Mesyuarat Penyelaras Kerusi/Meja: Pn Hanitah Binti Jarkasi (Sebelum) • En Hashim bin Abd Wahid (K) • En Mohamad Sabri bin Jalil • En Mohd Eiehsan bin Shahrom • En Zamzuri Anas bin Ibrahim (Selepas) • En Hasmizam bin Hassan (K) • En Muhammad Hafizuddin bin Ahmad Syukri • En Abdillah bin Mohamad • En Tarmizi bin Ishak • En Mamduh Nuaim bin Mohd Mokhtar Urusan meminjam kerusi dan meja khususnya di dewan tertutup. -Menyediakan/menyusun kerusi dengan teratur dan kemas. - Memastikan dewan dalam keadaan bersih sebelum dan selepas majlis. - Meja mesyuarat agung -Ketua dapat memastikan kerusi sentiasa cukup untuk tetamu. Kerusi VIP-5 buah (atas pentas) Meja VIP -1 buah Kerusi Ibu bapa – coklat (200 buah) Kerusi dewan tertutup- (100 buah) Menyediakan papan putih (whiteboard) Penyediaan Meja dan skirting meja 1.Meja mesyuarat (makmal computer) 1.Meja hadiah (Kantin) 1.Meja juruacara 1.Meja pendaftaran ( Meja Kantin) PERSIAPAN PENTAS • Pn Hjh Kamariah binti Daud (K) • En Mohd Ridzuan bin Ya’akob • En Hamizee bin Zainal • Pn Masyitah Azwa binti Ab Mubin • Pn Nadiah binti Mohd Rosli • Ck Nurul Nabilah binti Supian • Pn Afitri binti Murkandi • - Menyediakan tirai dan pentas supaya kelihatan cantik dan kemas PA System/Persembahan Multimedia • En Mohd Radzi bin Amir • En Luqmanul Hakim bin Mohamed • En Mohd Nazri bin Mohd Nordin - Memastikan kawalan audio berfungsi dengan baik sepanjang majlis berlangsung. - Mengendalikan persembahan multimedia - Memastikan tv screen dapat berfungsi dengan baik 8
Pencatat • Pn Norain binti Rahmat Pn Hjh Hazilah binti Ramli - Membuat catatan semasa mesyuarat sedang dijalankan - Boleh membuat rakaman - Mencatat di papan putih jika ada pemilihan AJK Baru Jamuan VIP • Pn. Zaharita binti Misilan (K) • Pn Nurfadzilah binti Zanil - Jamuan di Bilik TS 25 - Memastikan bilik jamuan dalam keadaan yang bersih - Menghidangkan makanan serta melayan tetamu dengan baik. (Boleh latih pelajar SLB) - Mengemas kembali peralatan makanan selepas majlis - Telah ditempah Menu Labu lemak Ikan sambal Ikan kering Sambal belacan Ulam Koktail Buah-buahan Jamuan Ibu Bapa • Pn. Nur Diyana binti Shuhairi (K) • Pn Siti Nor Azmah binti Mohamed • Pn Hjh Arnie Yusdita binti Tohijah - Mengedarkan makanan kepada ibu bapa sejurus melakukan pendaftaran. - -Mengedarkan makanan kepada para guru. -Telah ditempah. -mee hoon goreng -Air kotak -kuih -2 jenis Cenderahati • Pn Nik Sarah Wahida binti Nik Mat - Menyediakan cenderahati untuk tetamu VIP Anggaran kos RM100.00 Cabutan Bertuah • Pn Noorhayati binti Mohd Ghazali (K) • Cik Pazarina binti Musa • Pn Suliha binti Abd Hamid - Menyediakan hadiah cabutan bertuah - Menyediakan nombor cabutan bertuah - Melekatkan nombor bertuah di hadapan buku mesyuarat. - Menguruskan cabutan bertuah semasa majlis 2 botol berasingan Botol A- ibu bapa Botol B-Guru dan AJK PIBG 9
Buku Program Ibu Bapa • Pn. Ummu Kausar bt Ahmad Kamaludin • Pn Atiqah binti Amidi -Mendapatkan maklumat yangperlu disertakan dalam buku program. -Menyiapkan buku program untuk edaran ibu bapa. -Menyediakan QR Code untuk buku mesyuarat. -Menyediakan 10 salinan buku program untuk AJK PIBG 100 naskhah Buku program VVIP • Tn Hj Khairu Rasid bin Mohamad -menyediakan 5 buah buku program untuk tetamu VVIP Kad Jemputan • En Mohd Khairudin bin Hussain -Menyediakan kad jemputan untuk tetamu vip dan menyerahkan kepada setiausaha untuk edaran. Dokumentasi • Pn Roziah binti Ngadiran -Membuat rakaman foto semasa majlis berlangsung Disiplin dan Kawalan • En Nur Amirul Izaly Lye bin Abdullah • En Abd Aziz bin Tasrif • En Adzam Shah bin Ahmad -Memantau pelajarsupaya dalam keadaan terkawal semasa majlis berlangsung. 10
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR Tarikh : 28 Jun 2022 Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka SMKTSJA Kehadiran : 225 orang Agenda: 1.0 Ucapan Alu-aluan Yang DiPertua PIBG 1.1 YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini. 1.2 Motto Tan Sri Ke Mercu sudah tercapai kerana kejayaan tahun lepas yang telah diperoleh oleh sekolah. 1.3 YDP PIBG mengucapkan syabas dah tahniah kepada semua yang telah sama-sama berusaha menjayakannya. 1.4 YDP PIBG mengucapkan tahniah kerana kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat Agung PIBG meningkat pada tahun 2022 berbanding 150 orang tahun 2021. Terima kasih kerana ibu bapa sentiasa memberi sokongan kepada PIBG dan kepimpinan sekolah. 1.5 YDP berharap kepimpinan yang baru akan membuat susulan ke atas permohonan peruntukan berjumlah RM 150,000.00 untuk pembinaan gelanggang berbumbung kepada YB Datuk Halimah, Parlimen Kota Tinggi. 1.6 YDP juga memaklumkan bahawa pembinaan longkang dari Sek Keb. Seri Setia Jaya ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili merupakan sumbangan YB Datuk Halimah yang berjumlah RM 180,000.00. 1.7 YDP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang memberikansumbangan sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. 1.8 Pendapat dan idea dari ibu bapa amatlah dihargai dan diharapkan dapat menggerakkan PIBG agar lebih cemerlang. 1.9 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan guru yangmenjayakan mesyuarat pada kali ini. Tindakan : Makluman 11
2.0 Ucapan Pengetua 2.1 Pengetua mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana pertemuan secara bersemuka dapat diadakan semula dalam mesyuarat Agung PIBG kali ke 45 pada tahun ini dan ianya merupakan program rutin tahunan. 2.2 Pengetua memaklumkan mesyuarat PIBG kali ini merupakan pertemuan kali pertama secara bersemuka setelah lantikan semula sebagai pengetua di sekolah ini bermula 01 Jun 2022 2.3 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan PIBG SMKTSJA kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh PIBG untuk program-program sekolah. 2.4 Pengetua mengingatkan ibu bapa agar dapat membuat pemilihan AJK yang tepat semasa pelantikan nanti bagi mewakili ibu bapa demi memastikan barisan kepimpinan PIBG yang dipilih dapat menjaga kepentingan anak-anak melalui program-program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. 2.5 Tuan pengetua juga memklumkan PIBG merupakan platform yang boleh digunakan untuk berkomunikasi antara ibu bapa dan guru. Inilah masa untuk meluahkan perasaan dan cadangan. Cadangan yang baik akan diterima dan yang tidak sesuai pihak sekolah akan beri sebab atau alasan yang bersesuaian dengan situasi sekarang. 2.6 Pengetua juga memaklumkan bahawa anak-anak yang berada di sekolah menengah perlukan pemantauan yang lebih. Di peringkat menengah anak remaja telah berubah. Mereka lebih suka dengan berlainan jantina. Penggunaan telefon yang tidak dipantau akan berlaku penyalahgunaan telefon boleh ke tahap membahayakan pelajar. Ibu bapa perlu sering bertanya khabar dan perkembangan diri pelajar perlu diperhatikan. Masalah yang dihadapi pelajar perlu dibantu agar emosi pelajar stabil dan terjaga. 2.7 Pengetua mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memaklumkan bahawa seramai 07 orang pelajar SPM tidak berjaya mendapat sijil SPM sedangkan ia merupakan pintu utama melangkah ke pintu kerjaya. 2.8 Pengetua juga menyatakan bahawa keputusan SPM Tahun 2021 berada di kedudukan terbaik dalam sejarah sekolah iaitu kedudukan ke 15/22 buah sekolah di dalam Daerah Kota Tinggi. Beliau juga memaklumkan terdapat 16 orang calon Cemerlang SPM tahun 2022. Pelajar yang mendapat 8A -1 orang, 7A- 1 orang, 6A-2 orang, 5A-5 orang dan 4A- 7 orang 2.9 Pengetua menyatakan PT3 telah dimansuhkan dan diganti dengan PBD (Penilaian Bilik Darjah), PAJSK dan Pentaksiran Psikometrik. 2.10 Pengetua mengatakan bahawa PIBG merupakan platform penting untuk berkomunikasi antara ibu bapa dengan guru. 2.11 Pengetua memaklumkan bahawa ibu bapa boleh terus berjumpa denganya jika ada masalah berkaitan persekolahan anak-anak. Tindakan : Makluman 12
3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 44 sesi 2021/2022 3.1 Cik Maifuzah binti Ibrahim selaku setiausaha membentang minit mesyuaratkali ke-44 sesi 2021/2022 dan meminta hadirin merujuk buku program yangtelah diedarkan. 3.2. Pn Yang Chik binti Abdul Kadir mencadangkan Minit Mesyuarat Agung kalike-44 sesi 2021/2022 disahkan dan disokong oleh Pn. Norliza binti Harun. Tindakan : Setiausaha PIBG 4.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi 2020/2021 4.1 Cik Maifuzah binti Ibrahim selaku setiausaha membentangkan Laporan Tahunan PIBG 2021/2022 dan meminta hadirin merujuk buku program yang telah diedarkan. 4.2 Pn Mastura binti Abidin mencadangkan supaya Laporan Tahunan 2021/2022 disahkan dan disokong oleh En. Nawi bin Ismail. Tindakan : Setiausaha PIBG 5.0 Membentangkan dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember2021 5.1 En. Yusrizan b. Yahya selaku Bendahari Kehormat PIBG membentangkan penyata kewangan kepada ahli mesyuarat dan meminta ahli mesyuarat menyemak laporan kewangan dalam buku program yang diedarkan. 5.2 Pn Azlina binti Ayob mencadangkan supaya Penyata Kewangan PIBG berakhir31 Disember 2021 disahkan dan disokong oleh En. M. Haslan bin Idris. Tindakan :Bendahari PIBG 6.0 Membahaskan Usul (Jika Ada) 6.1 En. Minhad menyatakan bahawa pihak sekolah perlu lakukan ‘inspection’ terhadap ‘cable’ terutama lampu dan kipas bagi keselesaan anak-anak. 6.2 Maklumbalas dari pihak sekolah iaitu Pn Hjh Fadzilah binti Ishak memaklumkan bahawa pembangunan fizikal akan diselenggara setiap akhir tahun. Prosedur pembelian yang telah melambatkan proses pembelian barang dan tempoh pemasangan lampu dan kipas mengambil masa 2-3 minggu untuk diselesaikan. Masalah kipas dapat ditangani oleh pihak sekolah dengan dibantu oleh guru-guru yang mahir dalam bidang ini di sekolah. 6.3 YDP menyatakan bahawa banyak usul yang diterima dari ibu bapa tetapi mereka tidak hadir dalam mesyuarat Agung kali ini untuk tindakan selanjutnya. Perkara seperti ini diharapkan tidak berlaku pada masa akan datang. 6.4 YDP mengingatkan agar para ibu bapa dapat membuat cadangan melalui usul dan sama-sama melaksanakannya demi pembangunan anak-anak di sekolah. 6.5 En Abu Ahad bin Tana mencadangkan sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM65 sekeluarga. Cadangan ini diterima oleh Pn Roziah binti Haron serta disokong sebulat suara oleh ibu bapa. 13
7.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG tahun 2022/2023 7.1 En Omar bin Uyob membuat pembubaran barisan ahli jawatankuasa bagi sesi 2021/2022 dan melantik Tuan Pengetua sebagai pengerusi sementara. 7.2 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kerana telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mempengerusikan pemilihan ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2022/2023. 7.3 Tuan pengerusi memaklumkan bahawa pemilihan kali ini melibatkan 10 orang AJK yang terdiri daripada Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan lapan orang AJK ibu bapa termasuk juruaudit. Kriteria Pemilihan adalah digalakkan mengikut kampung tertentu kerana ianya akan memudahkan urusan untuk mendapatkan bantuan dari ahli jawatankuasa tersebut. 7.4 En. Abd. Halim bin A. Ghani memaklumkan bahawa kekangan yang berlaku sepanjang wabak Covid 19 tidak memberi peluang kepada AJK untuk mengikuti aktiviti bersama PIBG. Justeru itu beliau mencadangkan agar semua Ahli jawatankuasa PIBG yang lama dikekalkan. 7.5 En Abu Ahad bin Tana mencadangkan jawatan YDP dan NYDP dikekalkan manakala 8 orang jawatankuasa kecil dibuat pemilihan dan pelantikan semula. Ini adalah kerana terdapat ahli jawatankuasa lama yang tidak hadir dalam mesyuarat Agung kali ini. 7.6 Pn Mastura binti Abidin mencadangkan agar jawatankuasa yang dilantik bagi yang ada anak di sekolah ini kerana permasalahan dan isu semasa yang berlaku di sekolah boleh diperoleh dari anak mereka. Beliau juga berpendapat agar pemilihan kali ini dapat memberi peluang dan membuka peluang kepada orang lain untuk pembaharuan. 7.7 Tuan pengetua memaklumkan bahawa isu anak ada bersekolah atau tidak di sekolah ini tidak melanggar peraturan untuk menjadi ahli jawatankuasa PIBG. 7.8 En Omar bin Uyob kekal sebagai sebagai YDP PIBG menang tanpa pencabar dan disokong penuh oleh ahli mesyuarat. 7.9 En Abdullah bin Salim dikekalkan sebagai Naib Yang Dipertua dan tiada bantahan dari ahli mesyuarat. Beliau mohon untuk melantik dua orang ajak lama untuk dikekalkan iaitu En Ahad bin Tana dan En Abd Halim bin Abdul Ghani. 7.10 Pn Kamsiah mencadangkan Yang Chik binti Abd Kader mewakili Kampung Perpat, Simpang dan Kampung Teluk. Cadangan seterusnya Roziah binti Haron mewakili Kampung Singapura. 7.11 Encik Nawi bin Ismail mencadangkan Tengku Razali bin Tengku Embong dari Sedili Besar. 7.12 Cadangan seterusnya Rozita binti Manap dari Kampung Sayang dan En Adam bin Othman dari Kampung Sedili Besar 7.13 Cadangan perlantikan ahli jawatankuasa ini sebulat suara dipersetujui oleh ahli mesyuarat agar tidak perlu dibuat undian. 7.14 Pengerusi memaklumkan pelantikan ahli jawatankuasa telah selesai dan menyerahkan majlis kepada Yang Dipertua PIBG yang baru bagi sesi 2022/2023 Tindakan : YDP PIBG 14
8.0 Pemilihan Juruaudit Dalaman 8.1 Pn. Maimunah binti Yaakob mencadangkan Puan Junainah binti Mislan sebagai juruaudit dalaman PIBG dan cadangan itu diterima serta disokong oleh Puan Nurliza binti Harun. Tindakan : YDP PIBG 9.0 Hal-hal Lain 9.1 YDP mohon cadangan dalam lain-lain hal untuk dimasukkan perancangan PIBG pada masa akan datang. 9.2 En Abd Halim bin Ghani mencadangkan agar masalah bebanan beg yang berat dapat diatasi. Mewujudkan loker atau rak sebagai salah satu inisiatif untuk menyimpan buku di sekolah. 9.3 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak Kementerian telah mengumumkan hal ini dan kebanyakannya ia dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Jika ada desakan ibu bapa, projek ini dicadangkan agar dibuat di kelas masing-masing. Pihak sekolah akan membuat tinjauan harga dan sebahagian kos perlu ditanggung ibu bapa. 9.4 YDP memaklumkan perkara ini akan diperhalusi dalam mesyuarat peringkat ahli jawatankuasa yang akan diadakan kelak. Tindakan makluman 10.0 Ucapan Penangguhan 10.1 Pn Maimunah binti Hussin menyeru agar ibu bapa dapat memantau penggunaan telefon bimbit anak-anak kerana didapati kerosakan akhlak remaja berpunca dari penggunaan telefon bimbit yang tiada kawalan. Ibu bapa sebagai penjaga bertanggungjawab memantau perlakuan anak-anak mereka. 10.2 YDP menyatakan asas pendidikan bermula dari rumah.Ibu bapa terlebih dahulu yang perlu bertanggungjawab terhadap tingkahlaku anak-anak. Di sekolah para guru akan mendidik pelajar melalui kaedahnya sendiri. Diharapkan agar semua Ibu bapa dapat memberi komitmen yang sepatutnya kepada pihak sekolah dalam semua aspek demi memajukan persekolahan anak-anak. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ................................................. ……………………… ( ROSMAWATI BINTI SAIAN) (OMAR BIN UYOB) Setiausaha PIBG Sesi 2022/2023 Yang Dipertua SMK Tan Sri Jaafar Albar PIBG sesi 2022/2023 SMK Tan Sri Jaafar Albar 15
PENYATA KEWANGAN TAHUNAN PIBG 2022/2023 PENYATA PENDAPATAN PIBG SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 PERKARA TUNAI BANK PERKARA TUNAI BANK Baki b/b 1000 5249.05 Program Bubur Lambuk 500 kutipan Mac 3200 Jamuan Hari Raya bersama pelajar 1000 kutipan April 1350 Majlis Watikah Pemimpin Murid 150 kutipan Mei 1480 Banner Kemenjadian Murid, TS 25 200 kutipan Jun 1680 Sumbangan Program TKC 100 kutipan PIBG 2021 (SPM) 1250 Set PA Sistem (Peperiksaan ) 2100 Sumbangan YB Sedili 5000 Sumbangan Kejohanan Sukan Sekolah 600 Kutipan Julai 3250 Mesyuarat Pibg 1 93 Kutipan Ogos 2015 Mesyuarat Agong PIBG Kutipan September 2000 Cabutan bertuah 1000 Kutipan Oktober 2565 Jamuan VIP/ Ibu Bapa/ Guru 2163.5 Kutipan November 1850 Sewaan Pentas/ kerusi VIP/Ibu bapa 700 Kutipan Disember 1435 Cenderahati 60 Pelajar terbaik SPM 800 Anugerah Khas 700 Banner 210 Majlis keputusan SPM 1210 Sumbangan MSSD Bola Sepak 200 Takraw 100 Olahraga 200 Bola Tampar 200 Ragbi 300 Bola baling 200 Wang Saku pelajar Bola Baling 200 Meja Banquet 1200 Sumbangan Kelab Pelayaran sekolah 1000 Buku Resit PIBG 62.4 Sumbangan Ihya Ramadhan 500 Sumbangan Graduasi tingkatan 6 500 bayaran Sewa Khemah hari sukan 400 Sumbangan program Bola Sepak 7 Sebelah 2000 Sumbangan Seminar Pintar SPM 2022 640 Sumbangan Membaiki PA Sistem Dewan 350 Sumbangan E nyayian solo kerohanian FKISS Kebangsaan 200 Sumbangan Keceriaan Tandas pelajar 400 Sumbangan wang saku pelajar (bola baling MSSM) 100 Sumbangan yuran pelajar seminar Pintar SPM 640 Sumbangan Sambutan Malulidurasul Peringkat Sekolah 1000 Sumbangan Bumbung dihadapan pejabat sekolah 500 Sumbangan Majlis Anugerah minda sihat anjuran Gardenia 200 Sumbangan majlis Cegah jenayah dan Anti dadah 200 Sumbangan pasukan Ragbi MSSJ 300 Sumbangan keperluan Pelajar SPM 2022 (Alat tulis ) 600 baki h/b 907 8638.15 1000 32324.05 1000 32324.05 16
Disediakan oleh, (YUSRIZAN BIN YAHYA) BENDAHARI PIBG 2021/2022 SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR Diaudit oleh, (PN. AZLIN BT KASRAN) JURUAUDIT PIBG 2021/2022 SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR Diaudit oleh, (PN. JUNAINAH BT MISILAN) JURUAUDIT PIBG SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR Disemak oleh, (EN OMAR BIN UYOB) YANG DIPERTUA PIBG 2021/2022 SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR 17
1.0 SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA SESI 2022/2023 LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 2.0 Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2022/2023 18 Yang DiPertua En. Omar b. Uyob Naib Yang DiPertua En. Abdullah bin Salim Setiausaha Pn Rosmawati binti Saian Naib Setiausaha Pn. Ummu Kausar binti Ahmad Kamaludin Bendahari En. Yusrizan bin Yahya AJK (Ibu Bapa) En. Abu Ahad bin Tana En Mohd Adam bin Othman En.Tg Razali bin Tg Embong En. Iswandi bin Muslan En Halim bin Abd Ghani Pn. Pn Roziah binti Harun Pn. Rozita binti Manap Pn Yang Chik binti Abdul Kadir AJK (Guru ) Pn. Nur Diyana binti Shuhairi En. Mohamad Yazid Adhar bin Che Bae En. Adzam Shah Ahmad Pn. Rodziah bt. Ngadiran En. Hashim bin Wahid @ Abdul Wahid Pn Norhayati binti Ghazali Juru audit Pn. Junainah binti Mislan Pn. Azlin Binti Kasran Bil Tarikh Perkara 1. 11 Julai 2022 Mesyuarat AJK PIBG 1 2. 20 Julai 2022 Mesyuarat AJK PIBG 2 3. 11 Oktober 2022 Mesyuarat AJK PIBG 3 4. 14 Mei 2023 Mesyuarat AJK PIBG 4 5, 04 Jun 2023 Mesyuarat AJK PIBG 5
19 3.0 KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2022/2023 4.1 PROGRAM PEMBANGUNAN KOKURIKULUM PIBG telah berkerjasama dengan pihak sekolah dalam aktiviti yang melibatkan 4.1.1 Sukan 4.1.2 Unit beruniform 4.1.3 Pertandingan Peringkat MSSD dan MSSJ 4.0 AKTIVITI - AKTIVITI YANG DIJALANKAN DENGAN KERJASAMA PIBG Bil Nama Mesyuarat 1 2 3 4 5 1. En. Omar b. Uyob / / / / / 2. En. Abdullah bin Salim / / / / / 3. Pn Rosmawati binti Saian / / / / / 4. Pn. Ummu Kausar binti Ahmad Kamaluddin / / / / / 5. En. Yusrizan bin Yahya / / / / / 6 En. Abu Ahad bin Tana / / / / / 7. En Mohd Adam bin Othman / / / / / 8. En. Tg Razali bin Tg Embong / / / / / 9. En. Iswandi bin Muslan / / / / / 10. En Halim bin Abd Ghani / / / / / 11. Pn. Pn Roziah binti Harun / / / / / 12. Pn. Rozita binti Manap / / / / / 13. Pn Yang Chik binti Abdul Kadir / / / / / 14. Pn. Nur Diyana binti Shuhairi / / / / / 15 En. Mohamad Yazid Adhar bin Che Bae / / / / / 16 En. Adzam Shah Ahmad / / / / / 17 Pn. Rodziah bt. Ngadiran / / / / / 18 En. Hashim bin Wahid @ Abdul Wahid / / / / / 19 Pn Noorhayati binti Ghazali / / / / / 20 Pn Hjh Kamariah binti Daud / / / / / 21. Pn. Junainah binti Mislan / / / / / 22 Pn. Azlin Binti Kasran / / / / /
20 4.2 PROGRAM KEIBUBAPAAN DAN KOMUNITI Program keibubapaan dan permuafakatan antara ibu bapa dengan pihak sekolah serta program-program lain yang dapat membangunkan kemenjadian murid di sekolah 4.2.1 Program sempena Hari Sukan Negara 4.2.2 Program ramah mesra YB Cik Norlizah binti Noh 4.2.3 Program bubur lambuk Ihya’ Ramadhan 4.2.4 Mengedarkan bubur lambuk kepada komuniti sekitar. 4.2.5 Sambutan Maulidurrasul Peringkat SMKTSJA 4.2.6 Hari sukan sekolah 4.2.7 Majlis persaraan mantan PK pentadbiran Pn Hjh Fadzilah binti Ishak 4.2.8 Program Anugerah kehadiran 100% Tahun 2022 4.2.9 Sumbangan peperiksaan SPM 4.2.10 Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 4.2.11 Program kehadiran 100% Tahun 2023 4.2.12 Hari Graduasi sekolah 4.3 PROGRAM PEMBANGUNAN INFRASTUKTUR SEKOLAH Program ini adalah untuk menambahbaik infrastruktur sekolah dan PIBG telah menerima beberapa sumbangan daripada pelbagai pihak. Antaranya: 4.3.1 Projek menyelenggara tirai dewan 4.3.2 Projek naik taraf pentas dewan 4.3.3 Projek menyelenggara aircond Disediakan oleh, .................................................. (ROSMAWATI BINTI SAIAN) Setiausaha PIBG Sesi 2022/2023 SMK Tan Sri Jaafar Albar Disahkan oleh, …………………………….. (OMAR B. UYOB) Yang DiPertua PIBG Sesi 2021/2022 SMK Tan Sri Jaafar Albar
USUL/CADANGAN SESI 2023/2024 21 BIL NAMA IBU/BAPA /PENJAGA USUL-USUL/ CADANGAN JAWAPAN 1 Siti Aisyah Binti Saadon. Penambahan kipas di dalam kelas 2 Muriati Binti Bakeri Perbanyakkn kegiatan sukan untuk anak-anak aliran sukan 3 Muin Bin Hitam Makanan utk anak-anak patut dijaga kebersihannya dan brpatutan,dengan harga. 4 Zaipudin 1. Wujudkan laluan zebra untuk pelajar melintas jalan. Bukan gunakan jalan di sepanjang sekolah untuk melintas. 2. Cari alternatif untuk kurangkan kesesakan lalu lintas masa pelajar keluar / balik terutamanya pada hari rabu (hari koku) Contoh: i) penggiliran waktu keluar sekolah. ii) Penggunaan laluan keluar yang berbeza / berlainan 5 Nornika Sila betulkan syiling atap yang bocor. Kemudian, betulkan kipas yang bising (mengganggu waktu pelajaran. Seterusnya sila tambahkan tingkap cermin yang tidak ada. 6. Mohd Foad bin Yusof 1. Mohon PIBG mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk menutup lubang di laluan jalan klinik dengan konkrit gred bersesuaian(cadangan GSO) 2. Kesesakan lalu lintas di jalan klinik di waktu puncak pergi dan balik persekolahan mungkin boleh disuraikan dengan menjadikannya laluan sehala pada waktu berkenaan. 7. Mohd Fatahie Bin Shaari Membina tempat mengambil dan menurunkan murid serta tempat menunggu Ketika murid pulang sekolah
JAWATAN NAMA AHLI PENASIHAT YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA WAKIL IBU BAPA: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. WAKIL GURU: 1. 2. 3. 4. 5. 6 PEMERIKSA KIRA-KIRA WAKIL IBU BAPA: WAKIL GURU: 22
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi atas kesudian merasmikan mesyuarat agung PIBG kali ke-46, Yang Dipertua PIBG En. Omar bin Uyob, Pengetua SMKTSJA En. Amdan bin Embong, AJK serta seluruh Warga PIBG, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan ibu bapa dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 SMKTSJA. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak sama ada individu mahupun organisasi yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam memberi sumbangan dan kerjasama dari segi masa, tenaga, kewangan dan buah fikiran bagi menjayakan majlis ini dengan jaya dan sempurna. Semoga segala usaha yang murni dapat diteruskan pada masa hadapan. Segala kesyukuran dipanjatkan, mohon keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT…… amin. Bagai camar pulang senja, Patah sayapnya terbang jua, Kalau diizin tuhan yang esa, Bertemu kita di lain masa. Sekian, terima kasih Sekalung Penghargaan & Terima Kasih