The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENYATUPADUAN RAKYAT: USAHA KERAJAAN YANG DIJALANKAN DARI SUDUT SOSIAL DAN EKONOMI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haydenmiewwenhao2002, 2022-05-18 02:08:40

E-FOLIO(PENYATUPADUAN RAKYAT: USAHA KERAJAAN YANG DIJALANKAN DARI SUDUT SOSIAL DAN EKONOMI)

PENYATUPADUAN RAKYAT: USAHA KERAJAAN YANG DIJALANKAN DARI SUDUT SOSIAL DAN EKONOMI

Keywords: PENYATUPADUAN RAKYAT: USAHA KERAJAAN YANG DIJALANKAN DARI SUDUT SOSIAL DAN EKONOMI,PENYATUPADUAN RAKYAT

E-FOLIO

MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN (SESI

II 2021/2022)

Penyatupaduan rakyat:
usaha kerajaan yang
dijalankan dari sudut
sosial dan ekonomi

Pengarah : ENCIK NOOR FHAKURULZEE ABD TALIB

Ahli Kumpulan :
Daryl Soh Kah How -
05DDT20F2056

Hayden Miew Wen Hao -
05DDT20F2057

Felix Lai Muk Sheng -
05DDT20F2070

Pengenalan

Perpaduan ialah perkara yang sering disebut-sebut tetapi belum benar-benar
berlaku dan yang timbul hanya keinginan untuk merasai perpaduan. Namun begitu,
negara kita masih disebut-sebut sebagai negara model yang sentiasa bersatu-
padu dan hakikatnya yang benar-benar wujud di negara kita ialah kesepaduan
serta belum lagi perpaduan.Kesepaduan perlu difahami dalam konteks
kepelbagaian. Walau bagaimanapun, kesepaduan ini masih belum menjadikan
kita masih bersetuju dalam semua isu di negara kita yakni tentang isu sosial, pilitik
mahupun ekonomi dan banyak lagi. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi
setiap isu yang timbul dan ini dipanggil sebagai usaha kearah penyatupaduan.
Jadi ini bermaksud negara kita mempunyai konsep perpaduan yang kita rindukan,
yang wujud kesepaduan namun tetap timbul beberapa konflik dan setiap konflik
cuba diselesaikan dengan konsep atau cara ke arah penyatupaduan.

Simbol-simbol yang boleh membantu kea rah pengukuhan kesepaduan di antara
rakyat negara ini adalah daripada aspek politik, ekonomi dan sosial

Dalam aspek politik, kita perlu menggabungkan parti-parti politik supaya semangat
perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama walaupon terdiri daripada
pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur
sesama ahli.

Dalam aspek ekonomi, Pelaksanaan Dasar Ekonomi baru (DEB) sebagai satu
dasar untuk mengerakkan rakyat untuk bersatupadu melalui penyusunan semula
masyarakat serta mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dan pendapatan
rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik
dan kawasan bandar dan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi
ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan
ekonomi di samping meningkatkan taraf pembangunan ekonomi negara.

Akhirnya, dalam aspek sosial, Kerajaan mencapai kesepaduan dan kestabilan
sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang
maju dan mantap.

Sosial

Pengenalan
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-
nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan
sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan
mantap.

Matlamat
Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan
masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara
optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya
tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras
dengan matlamat masa depan.

Objektif
Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik,
agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi
sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup
secara berterusan.

Objektif Khusus
1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara
menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai
murni di setiap peringkat pelaksanaannya:
- Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi.
- Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
- Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial.
- Menjana sinergi multisektor.

Strategi

Strategi-strategi bagi mencapai setiap objektif Dasar Sosial Negara adalah seperti
yang berikut:

Objektif 1: Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan Masyarakat Dipenuhi
Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap
individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati:
- Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya.
- Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat, dan mesra insan.
- Persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni.
- Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, pendidikan,
pekerjaan/kerjaya, keselamatan, kerohanian dan maklumat.
- Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara yang dilindungi
oleh undang-undang.
- Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa.
Strategi

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 1:
1. Mewujudkan pelbagai peluang dan kemudahan agar setiap individu, keluarga dan
masyarakat dapat menikmati keperluan asas kehidupan dan menyertai arus pembangunan
negara.
2. Memastikan setiap individu mendapat hak untuk kelangsungan hidup, perlindungan,
perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak
terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan.
3. Memastikan keperluan hidup yang holistik menjadi teras kehidupan setiap individu,
keluarga dan komuniti.

Objektif 2: Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan Sosial dan
Perkhidmatan Sosial
1. Segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia

wujud iaitu sistem keluarga, komuniti, kumpulan etnik, agama, pendidikan dan organisasi
sosial untuk membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara
optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu, sistem sokongan
yang baru sebagai tambahan perlu diwujudkan bagi tujuan tersebut.
2. Semua sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu
saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang
memerlukannya mendapat pilihan perkhidmatan bermutu.

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 2
1. Membangunkan setiap keluarga untuk berfungsi sebagai satu pasukan yang saling
menyokong dalam memainkan peranan serta tanggungjawab supaya setiap ahli keluarga
berkembang dengan optimum mengikut keunikan dan potensi setiap individu.
2. Mengiktiraf identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat
Malaysia untuk mewujudkan sikap toleran dan saling membantu di dalam dan di antara kaum
yang berbeza.

Strategi

Objektif 3: Menjana Sinergi Multisektor
Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor awam dengan sektor swasta
dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam
masyarakat untuk tujuan menjaminkan perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua
anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah
tanggungjawab bersama. Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi
dan sektor perlu dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat
dioptimumkan.

Strategi-strategi bagi mencapai Objektif 3:
1. Menggalakkan setiap organisasi atau agensi di peringkat persekutuan, negeri, daerah
dan komuniti di sektor awam, swasta dan sukarela untuk melakukan kajian dari semasa
ke semasa ke atas struktur dan fungsi masing-masing bagi menentukan kemampuan
pencapaian matlamat pembangunan sosial.

2. Mewujudkan mekanisma Perancangan Sosial yang bertaraf agensi pusat di peringkat
persekutuan, negeri dan daerah untuk merancang, melaksana,memantau, menyelaras
dan menilai keberkesanan perancangan dan pelaksanaanperkhidmatan sosial dalam
masyarakat.

KESIMPULAN

Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi falsafah dan
pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Dasar ini memberi halatuju kepada
perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosial tersebut.
Pelaksanaan dasar ini akan menjadi suatu agenda utama Kerajaan untuk
mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mapan menurut
acuannya sendiri. Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu dipantau bagi
memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial.
Kejayaannya bergantung pada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor
awam, swasta dan sukarela.

Ekonomi
Dasar Ekonomi Baru

(DEB)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu
program sosioekonomi di Malaysia yang
diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia
Kedua (1971-1990) oleh Perdana Menteri Tun
Abdul Razak . Matlamat tersurat DEB adalah
untuk mencapai perpaduan negara dan
integrasi nasional dan ia telah digubal
dalam konteks strategi serampang dua
mata untuk:

1. Mengurangkan dan akhirnya membasmi
kemiskinan dengan meningkatkan
pendapatan dan menambah peluang-
peluang pekerjaan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum.

2. Mempercepatkan proses penyusunan
semula ekonomi Malaysia untuk
memperbetulkan ketidak seimbangan
ekonomi supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.
Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini
masih lagi wujud dan akan diganti secara
beransur-ansur apabila bumiputera sudah
mempunyai keyakinan diri.

Dasar Pembangunan Nasional
(DPN)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan
dasar ekonomi Malaysia yang telah dilancarkan
oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991 dan
telah digunakan dari tahun 1991 hingga 2000.
Dasar ini merupakan sambungan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau
bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan
DEB.

Fokus :
1. Membasmi golongan miskin
2. Menyusun semula masyarakat
3. Membantu golongan yang susah

Latar Belakang (DPN)

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan
Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990),
ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya
walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang
tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB
bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak
kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio economic
engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama
daripada apa yang telah diperuntukkan dengan
mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia
amnya.

DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada
17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP 2) 1991 - 2000 teah digubal berasaskan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan
bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang
tahun 2020.

Objektif

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat
terakhir DPN kerana masyarakat yang
bersatupadu adalah penting untuk
memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan
politik dan mengekalkan pembangunan
ekonomi yang berterusan.

DPN menetapkan satu langkah
ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf
sebuah negara yang maju dalam semua segi
iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan
moral, kestabilan politik, kualiti hidup,
kecekapan pentadbiran kerajaan, dan
kecemerlangan ekonomi.

Strategi
Pelaksanaan

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan
dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan
sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah
mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan
satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek -
aspek kritikal seperti berikut:

● Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat
pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.

● Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama
ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi
mengoptimumkan pertumbuhan.

● Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan
ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan
saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan
saksama untuk semua rakyat Malaysia.

● Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan
mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan
ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar.

● Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat
menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-
nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga
dan cintakan negara.

● Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang
berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi
menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula
masyarakat.

Strategi Pelaksanaan

● Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan
dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan
keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta
memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu
ekonomi perindustrian yang moden.

● Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi
perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan
ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara
dapat dikekalkan secara berterusan.

DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB
serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia
mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu
dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN adalah
seperti berikut:

1. Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan
untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin
hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif.

2. Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi
penting kearah meningkat kan dan seterusnya mengekalkan penyertaan
Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

3. Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam
proses penyusunan semula masyarakat.

4. Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk
sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan yang saksama.

Program Pelaksanaan

Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah
seperti berikut:

I. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan Pendekatan yang lebih terpilih
akan dibuat dengan mengambik kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti
dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan
termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan
kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan.

II. Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa DPN telah mengambilkira kemampuan
negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di
samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan
antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan
pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam
bidang eksport pula, halangan- halangan (perlindungan) perdagangan
antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus
mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia
menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan
pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi
pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi.

III. Wawasan 2020
Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan
Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian
pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan
penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan
masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta
meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan
ekonomi dunia. Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri
maka adalah penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu
membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan
negara.

Program Pelaksanaan

IV. Pembasmian Kemiskinan
Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000
berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke
tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan
mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar
kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar Bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan
DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui pembukaan
tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan
pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Pengalaman telah menunjukkan
bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah seperti yang diuruskan oleh FELDA
adalah lebih tinggi daripada kos pengendalian estet yang serupa oleh sector swasta. Tambahan
pula anak-anak peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat untuk
bekerja di luar bandar. Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandar- bandar.
Dengan itu pembukaan tanah baru oleh agensi kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran
tidaklah ekonomikal lagi. Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan oleh estet-estet komersial.
Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar Bandar akan membolehkan mereka
mendapatkan kerjakerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini akan
dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini.
Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan
tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.
Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada programprogram
berikut:
- pendidikan danlatihan
- kesihatan
- jalan-jalan luar bandar
- pengangkutan
- perumahan
- bekalan air dan elektrik
Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan
pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan
negeri-negeri lain. Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di Bandar - bandar juga
akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi
penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas
seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil
oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan Bandar yang sesuai dalam
usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal
pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada
golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.

Program Pelaksanaan

V. Penyusunan Semula Masyarakat
Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan
semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Berhubung
dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi
masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini
boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan
Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program Kerajaan
akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi
harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya
usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan
dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan
diutamakan. Sebagai langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda
juga akan diberi tumpuan. DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara
meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian
khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana
menerusi program sub-kontrak dan franchise. Usahasama secara aktif di antara
Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat
Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Bagi membolehkan Bumiputera bersaing
dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping
kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan
pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan
corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan
komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan
datang, dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang
saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori
profesional, pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan baru yang dijangka
akan dapat diwujudkan dari tahun 1991 - 2000, kira-kira 55.8% akan diambil oleh
Bumiputera (706,700 dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor pembuatan.)
Di sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja, langkah-langkah akan
diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran. Berhubung dengan strategi
penyusunan semula hak milik dan pengawalan dalam sektor swasta, sasaran secara
kuantitatif yang khusus tidak ditetapkan dalam DPN. Langkah-langkah akan diambil untuk
melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran - kemahiran yang sesuai bukan sahaja
bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi
mengekalkan kekayaan mereka. Agensiagensi amanah dan perbadanan awam perlu
merancang dan menyelaras tindakan masing-masing dengan lebih berkesan dalam
mewujudkan harta - harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera.
Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng
tabungan Bumiputera dan pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera
(ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi
keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera
sepanjang tempoh DPN. Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk
mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta
mencapai hasrat penyusunan semula modal saham. Jawatankuasa Pelaburan Asing
akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan
menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

KESIMPULAN

● Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-
usaha mengurangkan ketidakseimbangan
ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum
etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan
miskin dan antara wilayah.
Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat
dikurangkan berasaskan prinsip
pembangunan seimbang dan pengagihan
yang saksama untuk mencapai keadilan
sosial dan memperkukuhkan perpaduan
negara.

RUJUKAN

1. https://www.openlearning.com/content/58d4b01a5aa
80a7d089eb7a8/

2. https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/0
8DASAR_PEMBANGUNAN_NASIONAL.pdf

3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Pembangunan_
Nasional

4. Bahagian Pengembangan dan Pembangunan
PINTAS, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat

5. https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Do
kumen/Dasar/DASAR_SOSIAL_NEGARA.pdf


Click to View FlipBook Version