The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN GURU PENYAYANG 2023 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cdw435, 2023-03-18 10:05:20

PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN GURU PENYAYANG 2023 2024 (1)

PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN GURU PENYAYANG 2023 2024

PROGRAM JOM KE SEKOLAH SESI 2023/2024 . PENGENALAN Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa setiap murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria,prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing,dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.


PROGRAM JOM KE SEKOLAH SESI 2023/2024 RASIONAL Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah pada program Jom Ke Sekolah pada awal persekolahan 2023 ini diharapkan dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif. . OBJEKTIF 1. Menanamkan sifat penyayang dalam diri seorang guru 2. Menggalakkan kehadiran dan minat murid ke sekolah 3. Meningkakan peratus kehadiran murid ke sekolah. 4. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah 5. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah 6. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti / masyarakat kepada sekolah


PROGRAM JOM KE SEKOLAH SESI 2023/2024 ANJURAN 4.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. TARIKH PERLAKSANAAN 5.1 Program Guru Penyayang “JOM HADIR SETIAP HARI KE SEKOLAH” bermula pada 20 Mac 2023 (Isnin) pada jam 7.00 pagi . 5.2 Kehadiran penuh dan peratus kehadiran tertinngi kelas dilaksanakan pada bulan April 2023 sehingga Februari 2024. KUMPULAN SASARAN 6.1 Semua murid SK Felda Bukit Kuantan (Pra Sekolah, Tahun 1 hingga 6) TEMA 7.1 “Murid disayangi, Guru dihormati”


PROGRAM JOM KE SEKOLAH SESI 2023/2024 PELAKSANAAN Guru mengalu-alukan ketibaan murid di pintu pagar sekolah: a. Setiap hari.hari dan hari pertama sesi persekolahan. b. Semasa murid datang ke sekolah/ pulang dari sekolah KAEDAH: i. Menyambut kedatangan murid: a. Penampilan guru yang kemas dan ceria. b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid, ambil berat,prihatin dan sabar menyambut murid. ii. Membuat sapaan: a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah. b. Bertanya khabar. c. Lambaian pulang iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah: a. Menunjuk cara yang betul cara menghormati. b. Menunjuk arah kelas iv. Hadiah penghargaan a. Penghargaan (alat tulis) diberi kepada semua murid pada hari pertama persekolahan. b. Bagi kehadiran penuh, nama pelajar yang hadir penuh setiap bulan akan dicabut undi bagi memilih pemenang. 5 orang bagi tahap 1 dan dan 5 orang tahap 2. c. 3 kelas mencapai peratus kehadiran tertinggi bulanan (sijil dan hadiah).


PROGRAM JOM KE SEKOLAH SESI 2023/2024 JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI : PN RUSLINAH BT MOHAMED KASEH (Guru Besar SK Felda Bukit Kuantan) NAIB PENGERUSI EN MUHAMAD NOOR ADNAN BIN NORDIN (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) EN AZIZUDDIN BIN OSMAN (Penolong Kanan Pentadbiran) EN AZMAN B SALLEH (Penolong Kanan Kokurikulum) SETIAUSAHA : PN ZAIDAH BT MUHAMAD (Guru Bimbingan & Kaunseling)


JAWATANKUASA SAMBUTAN Pn Ruslinah Bt Mohamed Kaseh En Muhamad Noor Adnan Bin Nordin En Azizuddin Bin Osman En Azman B Salleh Semua Guru En Rozainal Bin Mamat Pn Theresa Eren Anak Usan Pn Zulhafizah Binti Ismail Pn Mastura Bt Abdul Manan JEMPUTAN Pn Zaidah Bt Muhamad Pn Marliana Bt Ramli Pn Munirah Bt Jedi PENGACARA MAJLIS / PERSIAPAN TEMPAT/KAWALAN MURID En Mohd Hanif Bin Abdul Hamid Pn Sera Bt Mohd Khalid Pn Rose Aziaah Bt Sulong BANNER / BUNTING En Mohd. Khairulanuar Bin Sahabudin En Ahmad Najib Bin Ahmad Talib Pn Junaida Bt Dasri BROSUR Pn Siti Daliana Bt Demawi Puan Rosni Bt Ab Rapar En Azaman B Ismail HADIAH Pn Theresa Eren Anak Usan Pn Zaitun Bt Jabar En Zubir Bin Mohamad En Mazlan Bin Ibrahim En Muhammad Safwan Bin Ismail DOKUMENTASI / JURUFOTO Pn Zaidah Bt Muhamad En Mohd. Fairuz Bin Kamaruddin PROGRAM JOM KE SEKOLAH SESI 2023/2024


PROGRAM JOM KE SEKOLAH SESI 2023/2024 ATURCARA PROGRAM JOM HADIR KE SEKOLAHGURU PENYAYANG ISNIN 20 MAC 2023 (ISNIN) 7.00 pagi • Menyambut kehadiran murid di pintu pagar B •Mengagihkan cenderamata kehadiran kepada semua murid 7.40 pagi • Perhimpunan Pagi 8.10 pagi. • Bersurai SELASA 21 MAC 2023 (SELASA) 7.30 pagi • Perhimpunan pAGI • Nyanyian Lagu - Negaraku - Negeri Pahang - Sekolah - Sekolahku Sejahtera • Bacaan Doa • Ucapan Guru Besar • Ucapan PPS Perasmian Program Jom Ke Sekolah Perasmian Program Sekolahku Sejahtera • Ikrar Anti Buli • Penyerahan Sumbangan 9.10 pagi • Bersurai


PROGRAM JOM KE SEKOLAH SESI 2023/2024 • PENUTUPAN • Adalah diharapkan agar program dapat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah dan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif serta dapat meningkatkan kemenjadian murid . We Cikgu


PENGHARGAAN We Cikgu GURU BESAR SKBK PENTADBIR SKBK PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH(PPS) YDP PIBG AJK PIBG GURU – GURU KAKITANGAN SEKOLAH PEKERJA PEMBERSIHAN SEKOLAH IBU BAPA MURID- MURID SKBK


Click to View FlipBook Version