Buku cerita kanak-kanak
SI PEMBULI
KUCING
Suria Atma
Tersebutlah kisah seorang budak lelaki
bernama Danial. Dia merupakan
seorang yang sangat nakal dan suka
membuli. Semua rakan-rakannya tidak
suka berkawan dengannya. Oleh itu,
dia selalu keseorangan.
Pada suatu hari, ketika
dia berjalan ke kedai, dia
terjumpa seekor kucing.
Kucing itu sedang
bermain di bawah pokok.
Dia berhenti seketika
dan muncullah idea
jahatnya. Dia
menghampiri kucing itu
dan membaling sebiji
batu ke arah kucing itu.
Kucing itu melarikan diri
dalam ketakutan.
Dia tidak berpuas hati lalu terus
mengejar kucing itu. Danial
menyepaknya sehingga terjatuh
ke dalam longkang lalu ketawa
keriangan. Kucing itu mengiau
kesakitan dan terperangkap di
dalam longkang. Dia tidak
menghiraukan tangisan kucing itu
dan ingin berlalu pergi.
Kebetulan, seorang pakcik sedang melalui kawasan
itu dan melihat perbuatan Danial. Dia menasihati
Danial agar tidak berbuat jahat terhadap haiwan. “
Nak, janganlah kamu menganiayai kucing itu, dia
tidak bersalah.”
“ Huh, saya tidak peduli.” Jawab Danial.
“Bagaimana jika ada orang yang memperlakukan
kamu sebegini, kamu juga akan merasa sedih.” Kata
pakcik itu.
Danial tidak mempedulikan kata-kata pakcik itu dan terus
meninggalkan pakcik itu. Danial hanya melihat pakcik itu
menyelamatkan kucing itu di dalam longkang. Dia
tersenyum sinis kerana dia merasakan bahawa dia
seorang yang hebat dan tidak ada orang yang akan
membuli dia.
Di suatu malam, ketika Danial
sedang bermain-main di luar
rumah, dia ternampak sebuah
bayang-bayang yang sangat besar.
Alangkah terkejutnya dia, apabila
melihat kucing yang dibulinya siang
tadi menjadi sangat besar. Dia
berlari ketakutan. Kucing gergasi
itu terus mengejar Danial dan
berkata;
“Wahai budak, kemarilah kamu.”
Danial terus berlari sambil
menangis. Tiba-tiba dia terjatuh ke
dalam longkang.
Lalu danial tersedar dari tidur. Rupa-rupanya dia hanya
bermimpi. Danial berbisik sendiri;
“Fuhh, mimpi rupanya.”
Danial memandang sekeliling biliknya dan terdengar suatu
suara. Danial mencari arah suara itu. Dia terjumpa kucing
yang dibulinya itu di bawah katilnya. Dia menoleh
kearahnya dan terdengar kucing itu memanggil namanya;
“Hai, Danial.”
Danial sangat terkejut dan
menjerit memanggil ibunya.
Dia beritahu kepada ibunya
bahawa dia mendengar
kucing itu bercakap. Ibunya
tidak percaya akan Danial
dan menyatakan bahawa
dia bermimpi. Danial sangat
hampa.
Danial pergi kearah kucing tersebut
dan mencubitnya. Lalu dia terdengar;
“Aduh, sakitlah.” Kucing itu berkata.
Danial sangat terkejut dan keliru. Dia
berkata;
“Siapakah kamu wahai kucing?”
“Aku adalah seekor kucing yang boleh
bercakap, dan hanya kamu boleh
mendengarnya.” Kata si kucing itu.
Danial menggosok-gosokkan matanya
dan berbisik sendiri;
“Adakah saya sedang bermimpi.”
“ Tidak, kamu tidak bermimpi.” Kata
kucing itu.
Danial berasa sangat takut kerana
dia belum pernah mendengar
haiwan bercakap. Kucing itu terus
menghantui Danial dan bertanya
kenapa membuli haiwan yang
lemah sepertinya. Dia menggigil
ketakutan lalu bersembunyi di
dalam selimut.
Pada keesokkannya, Danial melihat kucing itu berada
disampingnya. Dia tidak lagi takut akan kucing itu.
Walaupun kucing itu terus bercakap dengannya,
Danial tidak mempedulikan percakapan kucing itu. Dia
membuangnya keluar dari rumah.
Pada waktu petang, Danial hendak
keluar berjalan-jalan. Dia terkejut
apabila melihat kucing itu
menunggunya di luar rumah. Dia
memarahi kucing itu dan ingin
memukulnya. Kucing itu sempat
mengelak dan menasihati Danial
untuk tidak berbuat demikian.
Kucing itu terus bercakap dengan
Danial tanpa henti. Kucing itu
mengekori ke mana sahaja dia pergi.
Ketika Danial berjalan-jalan, dia
ternampak seorang kanak-kanak
sedang bermain buaian di taman
permainan. Dia merancang ingin
membuli budak itu.
Kucing itu melihat Danial sedang merancang sesuatu
terus bertanya kepada Danial;
“ Apa yang kamu akan buat?”
Danial tidak menghiraukan kucing itu. Semasa dia
sedang bersembunyi di dalam semak, kucing itu
berkata lagi;
“Janganlah kamu bersembunyi di situ, kawasan itu
sangat bahaya.”
Danial sangat marah kepada kucing itu kerana terlalu
banyak bercakap. Dia memukul kucing itu. Tanpa Danial
sedar, seekor ular sedang memperhatikan dia. Ular itu
sedang menunggu masa yang sesuai untuk mematuknya.
Ketika ular itu hendak mematuk Danial, kucing itu
terus menerkam ular itu. Kucing itu jatuh ke tanah.
apabila danial membalikkan badannya ke arah kucing
itu, dia sangat terkejut apabila kucing itu sudah
dipatuh oleh ular. Ular itu terus melarikan diri ke
dalam semak samun.
Danial terus berlari ke arah kucing itu, dan didapati
bahawa kucing itu telah mati. Danial merasa
bersalah kerana tidak menghiraukan nasihat kucing
itu. jika tidak kerananya, dia mungkin telah dipatuk
oleh ular itu. Dia sedar bahawa kucing itu telah
menyelamatkan nyawanya.
Danial sangat menyesal akan
perbuatannya. Sejak dari kejadian
itu, Danial tidak lagi membuli
haiwan. Dia juga akan menjaga
kucing-kucing jalanan dan memberi
makan. Danial menjadi seorang
pencinta haiwan.
PENGAJARAN :
JANGANLAH KITA SUKA MEMBULI DAN
SAYANGILAH HAIWAN