The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Selina, 2022-04-03 05:58:32

Petani Menunggu Arnab Berlari

Petani Menunggu Arnab Berlari

PETANI MENUNGGU
ARNAB BERLARI

NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

Salah satu cerita rakyat yang
masyhur di Negara China ialah kisah
seorang petani dengan arnab.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

1

Petani itu mempunyai sebidang
tanah di kaki bukit. Dia menebang
pokok dan semak-samun di kaki
bukit itu. Dia mahu bercucuk tanam
di situ.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

2

Pada suatu hari, dia melihat
seekor arnab berlari kencang.

Arnab itu terlanggar tunggul
pokok di situ. Matilah arnab itu.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

3

Petani itu sangat gembira. Dia
terus membawa pulang arnab itu.
Dia dapat makan daging arnab.

“Oh, alangkah enaknya rasa
daging arnab!” katanya.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

4

Keesokan harinya, petani itu pergi
lagi ke kaki bukit tersebut. Dia tidak
lagi menebang pokok. Dia
menunggu, kalau-kalau ada arnab
akan melintas di situ.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

5

Dia berharap ada arnab akan
berlari dan terlanggar tunggul
pokok. Dengan demikian, dia akan
dapat makan daging arnab lagi.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

6

Tiap-tiap hari dia menunggu
arnab melintas di situ. Tetapi tiada
seekor pun arnab yang melintas di
tempat itu.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

7

Perbuatan itu adalah sia-sia
sahaja. Kejadian dahulu hanyalah
secara kebetulan sahaja.

Akhirnya, tanahnya ditumbuhi
semak-samun semula.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

8

Cerita ini memberikan
pengajaran: Kita mestilah rajin
berusaha untuk mendapatkan rezeki
dan kejayaan. Rezeki dan kejayaan
tidak datang secara bergolek.

www.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

9


Click to View FlipBook Version