The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilahaziz19, 2021-06-15 22:04:35

NOVEL DESTINASI IMPIAN

NOVEL DESTINASI IMPIAN

NOVEL DESTINASI IMPIAN KARYA MOHD ISMAIL BIN SARBINI

TEMA
Novel ini bertemakan cabaran yang dihadapi oleh sekumpulan remaja berikutan cabaran generasi lama yang mengatakan bahawa generasi kini tidak
bersemangat seperti mereka.

Firdaus, Azlina, dan Johari telah menyahut cabaran datuk mereka untuk melakukan ekspedisi berbasikal dari Klang ke Pantai Morib. Mereka terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran untuk sampai ke destinasi mereka di Pantai Morib seperti yang pernah dilakukan oleh datuk mereka.

PERSOALAN
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

Jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak
apabila mengalami kesusahan.

Keprihatinan dan murah hati terhadap insan lain.
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika
jatuh dari basikal.

Keberanian mengharungi rintangan
Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer.
Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.

Peka terhadap kesalahan penggunaan bahasa melayu
Contoh : Ketika berhenti berehat di Persimpangan Jalan Johan Setia, Azlina telah mengesan dan mengambil gambar kesalahan penggunaan bahasa Melayu
di papan tanda jalan.

Keinsafan setelah sedar dari kesilapan
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas
peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan
bekerjasama semasa dalam perjalanan.

BIL WATAK PERWATAKAN NILAI PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA
1 FIRDAUS (SEORANG YANG…) Rajin (KITA HENDAKLAH, KITA
Firdaus banyak meluangkan masa lapangnya dengan membantu
2 FIRDAUS SEORANG YANG RAJIN MESTILAH, kakak dan ibunya membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh
AZLINA KITA JANGANLAH) pinggan, sidai kain, siram pokok bunga dan banyak lagi.
JOHARI Kita hendaklah rajin membantu ibu
bapa kita di rumah
3 FIRDAUS
SEORANG YANG BERANI Berani Kita hendaklah berani menyahut Firdaus, Azlina, dan Johari telah menyahut cabaran datuk mereka
4 FIRDAUS cabaran untuk melakukan ekspedisi berbasikal dari Klang ke Pantai Morib.

5 FIRDAUS SEORANG YANG INSAF Insaf Kita hendaklah menginsafi akan Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan.
AKAN KESILAPANNYA
6 FIRDAUS kesalahan yang pernah kita lakukan Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh.

7 Azlina Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari

8 Azlina kesalahannya.

SEORANG YANG - Kita janganlah berdendam Firdaus tidak mempedulikan Azlina ketika adiknya itu terlibat dalam
PENDENDAM
terutamanya kepada adik-beradik. satu kemalangan kecil, Firdaus membiarkan Azlina dan menganggap

itu sebagai balasan kerana Azlina sering menyakitkan hatinya

sepanjang ekspedisi tersebut.

SEORANG YANG PENIPU/ - Kita janganlah suka bercakap Firdaus telah membohongi rakan-rakannya apabila beliau telah
PEMBOHONG bohong menyatakan bahawa mereka lewat tiba di Pantai Morib Baharu
kerana Azlina sering minta untuk berhenti berehat.

SEORANG YANG ANGKUH - Kita janganlah bersikap angkuh Firdaus telah menamatkan ekspedisinya dengan angkuh terutama
apabila telah berjaya apabila beliau disambut oleh rakan-rakannya dan memperkecilkan
Azlina dan Johari yang banyak membantunya sepanjang ekspedisi
tersebut.

Seorang yang bersemangat Cekal Kita hendaklah mempunyai Walaupun Azlina turut berasa letih sepanjang ekspedisi tersebut
tinggi semangat yang tinggi untuk berjaya beliau sedikit pun tidak merungut malah menyelindungkan
dalam melakukan sesuatu perkara. perasannya itu daripada Firdaus untuk membakar semangat Firdaus
agar dapat meneruskan ekspedisi tersebut.

Seorang yang penyayang Kasih Kita hendaklah menyayangi ahli Sepanjang ekspidisi berbasikal ke Pantai Morib Baharu Azlina selalu
sayang keluarga kita menyindir dan mengejek Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk
berubah menjadi lelaki yang gagah kerana beliau sangat sayangkan
abangnya itu.

9 Azlina Seorang yang peka dan Prihatin Kita perlulah peka dan prihatin dan Ketika berhenti berehat di Persimpangan Jalan Johan Setia, Azlina
prihatin
memelihara bahasa Malaysia telah mengesan dan mengambil gambar kesalahan penggunaan

sebagai bahasa kebangsaan kita bahasa Melayu di papan tanda jalan.

10 Johari Seorang yang rajin Rajin Kita hendaklah rajin membaca Sepanjang ekspedisi berbasikal Johari banyak menunjuk dan
membaca untuk meluaskan pengetahuan. menceritakan tempat-tempat menari dan bersejarah sepanjang
perjalanan ke Pantai Morib Baharu kerana beliau suka membaca dan
turut membawa buku bersamanya untuk mengisi masa lapangnya.

11 Johari Seorang yang baik hati Baik Kita hendaklah membantu orang Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan.
yang berada dalam kesusahan Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus ketika
basikal Firdaus pancit dan membantu Azlina ketika jatuh dari basikal.

12 Johari Seorang yang berpendirian Tegas Kita hendaklah berpendirian tegas Johari tidak mengikut semua kehendak Firdaus yang sering merungut
tegas dalam setiap keputusan yang untuk berpatah balik kerana kepenatan, Johari telah membuat undian
dilakukan untuk menentukan sama ada untuk berpatah baik atau meneruskan
ekspedisi tersebut.

13 Johari Seorang yang berhemah Beradap Kita hendaklah berhemah Johari sering menggunakan bahasa-bahasa yang elok ketika meberi
tinggi tinggi/beradap ketika memberi nasihat dan semangat kepada Firdaus untuk meneruskan ekspedisi
nasihat kepada seseorang tersebut walaupun sikap Firdaus agak keterlaluan.

14 Mazlinda Seorang yang bijak Bijak Kita hendaklah bijak dalam Mazlinda telah berpura-pura lemas untuk mengetahui sama ada
menangani sesuatu persoalan Firdaus pandai berenang atau tidak seperti yang Firdaus katakan
kepadanya yang belaiu seorang yang sangat mahir berenang.

15 Moksin dan Seorang yang bijak Bijak Kita hendaklah bijak dalam Moksin dan Sazali telah berjumpa dengan Azlina untuk mendapatkan
Sazali menangani sesuatu persoalan kepastian tentang cerita Firdaus bahawa Azlina yang menyebabkan
perjalanan mereka menjadi lambat.

16 Moksin dan Seorang yang suka Kita jangan suka memandang Moksin dan Sazali telah mengetawakan dan memperlekehkan hasrat
Sazali memandang rendah atas rendah atas kebolehan orang lain. Firdaus yang ingin menyahut cabaran datuknya untuk melakukan
kebolehan orang lain. ekspedisi berbasikal ke Pantai Morib Baharu. Bagi mereka Firdaus
hanya sesuai duduk di rumah melakukan kerja-kerja perempuan.

SOALAN BERKAITAN
1 Persoalan ialah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis bagi menyokong dan memperkukuh
tema yang cuba diketengahkan oleh penulis.

Berdasarkan novel yang anda kaji, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan contoh peristiwa yang sesuai.

2 Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, pilih satu daripada watak sampingan dan huraikan tiga perwatakannya.

3 Pengajaran sering dipaparkan oleh penulis sesebuah novel supaya dapat diteladani oleh pembaca. Pengajaran disampaikan kepada pembaca melalui pelbagai
cara termasuklah menerusi watak sampingan.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan satu pengajaran yang dapat dikaitkan dengan setiap watak sampingan yang telah ditetapkan berserta contoh
peristiwa yang sesuai.

4 Latar masyarakat ialah keadaan masyarakat di tempat cerita yang berkenaan berlaku. Gambaran tentang keadaan itu antara lainnya termasuklah agama,
kepercayaan, dan pekerjaan.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, huriakan tiga latar masyarakat dengan memberikan contoh peristiwa yang sesuai. Contoh mestilah peristiwa yang berlaku
dalam novel.

5 Setiap novel yang ditulis pasti ada perkara yang boleh dicontohi oleh pembaca.

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perkara yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan harian kita.

6 Pengajaran sering dipaparkan oleh penulis sesebuah novel supaya dapat diteladani oleh pembaca. Pengajaran disampaikan kepada pembaca melalui pelbagai
cara termasuklah menerusi watak sampingan.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan 3 teladan yang boleh kita pelajari daripada novel tersebut.


Click to View FlipBook Version