TAJUK:
TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK
NAMA DAN KOD SUBJEK:
PERSONALITI INDIVIDU COU3103
NAMA PENSYARAH:
DR AIZAL AKMAL BINTI ROHAIZAD
NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK
NO. NAMA S58592
1. NUR AZIRAH BINTI MOHD SUKRI S59091
2. IRDINA NAJWA BINTI AHMAD RAZID S59167
3. NUR AIN BINTI MOHAMAD RASHDI S59393
4. NURUL UMIEY AYUNIEY BINTI ZAINAL S59788
5. NURUL AMIRAH WAJIHA BINTI MOHD ALI S60420
6. NUR FARRIHA RAIHANI BINTI FAIZAL
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 SINOPSIS FILEM 1-3
2.0 TEORI PSIKOANALISIS (SIGMUND FRUED) YANG
DIGUNAKAN UNTUK MEMAHAMI WATAK-WATAK
DALAM FILEM INI
2.1 PERINGKAT-PERINGKAT MENTAL
(UNCONSCIOUS, PRECONSCIOUS, 4-15
CONSCIOUS) 4-6
2.2 KONFLIK ANTARA ID, EGO, SUPEREGO 7-9
2.3 HELAH BELA DIRI (DEFENDE
MECHANISME) 10-15
3.0 PENGAJARAN FILEM TENGGELAMNYA KAPAL VAN
DER WIJCK 16
4.0 RUJUKAN 17
TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK
1.0 SINOPSIS FILEM
Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini merupakan adaptasi
dari novel yang ditulis oleh karyawan terkenal Indonesia iaitu Haji
Abdul Malik Karim Amrullah atau dikenali sebagai Hamka (1908-
1981). Filem ini mengisahkan tentang perdebatan sosial dan adat
istiadat yang terjadi di Minangkabau, dimana seorang anak muda
bernama Zainuddin yang berkelahiran campur antara Minangkabau
dan Makasar. Dalam filem ini Zainuddin yang berusia 19 tahun pada
ketika itu yang tinggal bersama ibu asuhannya Mak Cik Basee
meminta izin untuk pergi merantau ke Padang Panjang seterusnya
ke Batipuh dimana disitulah ayahnya Pendekar Sutan dilahirkan. Di
desa Batipuh itulah Zainuddin telah jatuh cinta kepada Hayati, anak
gadis Minang di desa tersebut. Walau bagaimanapun percintaan
antara Hayati dan Zainuddin tidak direstui oleh bapa saudara Hayati
dna mereka menganggap Zainuddin seperti orang asing atau orang
Bugis oleh penduduk di situ kerana Zainuddin dilahirkan oleh ibunya
yang bukan dari keturunan Minang.
Setelah percintaan mereka ditolak oleh keluarga Hayati dan
Zainuddin pun disuruhnya pergi meninggalkan Batipuh, Zainuddin
pun merantau lagi ke Padang Panjang dan mempersiapkan diri
dengan ilmu agama kerana disitu banyak tempat-tempat agama
didirikan. Sebelum berangkat meninggalkan Batipuh, Hayati telah
berjanji akan setia kepada Zainuddin dan akan menunggu
kepulangan Zainuddin untuk memperisterikannya. Namun setelah
Zainuddin merantau ke Padang Panjang, Hayati telah dilamar oleh
Aziz iaitu abang kepada sahabatnya Khadijah. Pada hari Zainuddin
menghantar lamaran melalui surat, lamaran Aziz juga diterima
1
keluarga Hayati dan mereka memutuskan untuk menerima lamaran
Aziz.
Setelah Zainuddin mengetahui berkenaan perkahwinan Hayati,
Zainuddin hampir sahaja menjadi gila kerana terlalu kecewa namun
Zainuddin mendapat sokongan daripada Muluk untuk terus bangkit
walaupun Muluk bukanlah seorang anak muda yang berpendidikan.
Seterunya mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan
Padang Panjang dan sekali lagi merantau ke Jakarta untuk mengejar
cita-citanya dan menjadi seorang seniman yang berjaya. Baik dalam
penulisan mahupun pementasan.
Zainuddin kemudiannya sekali lagi merantau dan menetap di
Surabaya untuk membuka syarikat sendiri. Walau bagaimanapun
dalam masa yang sama juga Hayati dan suaminya Aziz turut
berpindah ke Jakarta dan menetap di sana, lalu Hayati dan
Zainuddin bertemu semula di sana dalam majlis teater yang
dijalankan sendiri oleh Zainuddin. Dipendekkan cerita, Zainuddin
dan Aziz pun berkawan baik di sana.
Semua menegtahui bahawa sikap Aziz yang sering berjudi dan
berfoya-foya akhirnya meragut diri sendiri apabila Aziz tidak dapat
menyelesaikan hutangnya dan tanggungjawabnya kepada Hayati
lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri. Hayati pun tinggal
bersama Zainuddin di rumah agamnya hanya sebagai sahabat. Di
situlah Hayati mula mengungkit kesalahan Zainuddin apabila
Zainuddin tidal lagi memberi peluang kepada Hayati untuk hidup
kembali bersama Zainuddin tetapi kata-kata yang dilemparkan
Zainuddin terlalulah berat sehingga membuatkan Hayati sedar
bahawa dirinyalah yang paling kejam atas apa yang berlaku.
“Perempuan hanya memandang kesalah orang lain atas dirinya,
tetapi lupa akan kesalahan dirinya atas orang lain.”
2
Selepas kejadian itu, Zainuddin mengambil keputusan untuk
menghantar semula Hayati ke pangkuan keluarganya dengan
menaiki Kapal Van Der Wijck, ketika dalam perjalanan pulang kapal
yang dinaiki Hayati telah karam dan terkorbanlah Hayati dalam
nahas terbabit dan bersedihlah Zainuddin untuk kali yang seterunya
lagi.
3
2.0 TEORI PSIKOANALISIS (SIGMUND FRUED) YANG
DIGUNAKAN UNTUK MEMAHAMI WATAK-WATAK DALAM
FILEM INI
2.1 PERINGKAT-PERINGKAT MENTAL (UNCONSCIOUS,
PRECONSCIOUS, CONSCIOUS)
Zainuddin
Tahap sedar (conscious)
Sewaktu menulis surat untuk Hayati, Zainuddin
menyatakan bahawa dia mahu Hayati menerimanya
sebagai sahabat dan mengakui dirinya merupakan
anak yatim.
Setelah dinasihati oleh Muluk, Zainuddin telah
menyedari bahawa dia tidak boleh berasa sedih
berterusan kerana mengenangkan Hayati yang telah
berkahwin dengan orang lain. Zainuddin bangkit
daripada kesedihan dengan berpindah ke Jakarta dan
menjadi seorang penulis yang terkenal berkat
sokongan daripada Muluk.
Tahap tidak sedar (unconscious)
Zainuddin tidak dapat menerima hakikat bahawa
Hayati telah berkahwin dengan Aziz kerana Hayati
telah berjanji untuk tidak meninggalkannya. Hal ini
menyebabakan Zainuddin berasa kesedihan yang
melampau sehingga dia jatuh sakit.
Zainuddin tidak dapat menerima cinta Hayati lagi
kerana harapannya pada Hayati telah musnah.
Zainuddin tidak mahu Hayati terus menetap di Pulau
Jawa dan menghantarnya pulang ke Minangkabau.
4
Tahap prasedar (preconscious)
Hayati menyifatkan Zainuddin begitu kejam kerana
tidak mahu memaafkan kesalahan Hayati padanya.
Keadaan ini menyebabkan Zainuddin mempertikaikan
siapa sebenarnya di antara mereka yang kejam dan
mengungkit segala kesalahan yang dilakukan oleh
orang Minangkabau dan Hayati terhadapnya.
Hayati
Pemikiran tahap sedar
Hayati gembira kerana dia akan berjumpa dengan
Zainuddin di Padang Panjang, iaitu tempat Zainuddin
belajar setelah dihalau dari Batipuh. Dia menggunakan
alasan ingin melawat Khadijah sahabat baiknya dan
menonton pertanding pancuan kuda yang diadakan
disana.
Hayati menaiki kapal Van Der Wijck untuk pulang ke
kampungnya setelah Zainuddin tidak mahu menerima
dirinya kembali. Dia melangkah dengan perasaan yang
takut, berdebar-debar dan tidak sedap hati bahawa
sesuatu perkara buruk akan berlaku dalam perjalanan
pulang ke Batipuh.
Pemikiran tahap separa sedar
Hayati telah berjanji kepada Zainuddin ketika
Zainuddin akan meninggalkan Batipuh bahawa dia
akan sentiasa mencintai Zainuddin seluruh jiwanya
dan mengatakan bahawa Zainuddin yang akan
menjadi suaminya suatu hari nanti walaupun tidak
didunia mungkin diakhirat nanti. Dia juga bersumpah
5
dengan tidak akan mengkhianati janjinya dan sebagai
tanda perjanjian dia menyerahkan selendangnya
kepada Zainuddin.
Aziz telah menceraikan Hayati dengan talak satu dan
membunuh diri. Lalu, Hayati yang masih mencintai
Zainuddin telah meminta Zainuddin menerima dirinya
kembali untuk dijadikan isterinya. Dia mahu
menunaikan janjinya yang dahulu kerana dia
sememangnya tidak pernah mencintai Aziz.
Pemikiran tahap tidak sedar
Hayati terpaksa menerima pinangan Aziz kerana suku
kaum Minangkabau telah memilih Aziz yang dianggap
beradab dan mempunyai harta yang banyak dan
menolak pinangan Zainuddin kerana Zainuddin tidak
mempunyai adat mahupun harta. Hayati yang tidak
bersetuju dengan perkara tersebut kerana dia
mencintai Zainuddin sepenuh hati tetapi terpaksa
mengikut kehendak suku kaumnya.
Hayati telah datang ke rumah Zainuddin ketika
Zainuddin sakit teruk dan hampir gila. Hayati tidak
sanggup melihat orang yang dicintai terlantar dan
meracau seperti orang gila. Dia telah menipu
Zainuddin dengan memberitahu bahawa dia hanya
mencintai suaminya iaitu Aziz dan telah melupakan
Zainuddin serta janji-janjinya dahulu.
6
2.2 KONFLIK ANTARA ID, EGO, SUPEREGO
Zainuddin
1. Perasaan suka Zainuddin terhadap Hayati dan ingin
menjadikan Hayati sebagai teman hidupnya (id).
Zainuddin membuat keputusan untuk tidak
meneruskan hubungan itu kerana dipandang serong
oleh penduduk sekeliling disebabkan perbezaan adat
dan istiadat yang kuat meruntuhkan cinta mereka
berdua (superego). Zainuddin terpaksa keluar dari
kampung tersebut kerana orang kampung bercakap-
cakap akan hubungan mereka tetapi Zainuddin
berjanji akan setia kepada Hayati dan berusaha untuk
bina hidup demi Hayati (ego).
2. Zainuddin membuat keputusan untuk berpindah ke
bandar (id). Demi meneruskan hidup agar tidak lagi
berharap kepada Hayati dan ingin mengubah hidup
untuk terus bangkit disaat jatuh dan patah hati ketika
Hayati memilih untuk berkahwin dengan Aziz,
Zainuddin menulis buku tentang kisah hidupnya
bersama Hayati kerana Zainuddin masih belum
mampu melupakan Hayati (superego). Zainuddin
berjaya dengan penulisan bukunya sehingga dia
menjadi seorang yang masyhur setelah berjauhan
dan berusaha melupakan Hayati (ego).
3. Zainuddin masih tidak boleh terima apa yang telah
Hayati lakukan kepadanya, dia marah dan membalas
dendam dengan menyuruh Hayati pulang ke
kampung dengan kapal (id). Zainuddin memberi
sedikit duit perbelanjaan dan menampung perjalanan
Hayati untuk pulang ke kampung (superego).
7
Zainuddin rasa bersalah kerana menyuruh Hayati
pulang dan ingin mencari kembali Hayati tetapi
terlambat kerana Hayati telah pun melayari kapal
tersebut dan malangnya kapal itu tenggelam dan
Zainuddin sempat berjumpa Hayati sebelum dia
menghembuskan nafas yang terakhir (ego).
Hayati
1. Hayati terpaksa membuat keputusan untuk berkahwin
dengan Aziz demi harta dan nama (id). Hayati akur
akan permintaan keluarga untuk dijodohkan dengan
Aziz kerana dia tidak mahu menjadi seorang anak yang
melawan kehendak keluarga (superego). Hayati
berkahwin dan belajar untuk terima Aziz dan
melupakan Zainuddin tetapi cinta mereka terlalu kuat
sehingga Hayati masih tidak dapat melupakan
Zainuddin (ego).
2. Hayati pergi ke Padang Panjang kerana ingin bertemu
Zainuddin (id). Hayati tidak dapat bersembang lama
dengan Zainuddin kerana akan menghalang lalu lalang
(superego). Zainuddin hanya sempat bersembang
beberapa patah perkataan sahaja (ego).
3. Hayati ingin melihat persembahan karya penulisan
Zainuddin (id). Hayati memberitahu suaminya yang dia
ingin berkenalan dengan wanita Minang (superego).
Hayati pergi ketika persembahan berlangsung dan
secara tidak langsung dia dapat berjumpa Zainuddin
(ego).
4. Hayati sangat suka membaca buku yang Zainuddin
hasilkan (id). Namun Hayati juga perlu menjaga
8
makan minum Aziz walau ingin membaca tidak boleh
mengabaikan tanggungjawabnya terhadap suami
(superego). Hayati hanya membaca buku apabila Aziz
tiada dirumah (ego).
5. Hayati dimanja-manjakan dengan kemewahan wang
dan harta (id). Hayati tidak sombong dengan apa yang
dia ada (superego). Hayati menghargai dan menerima
seadanya setiap pemberian Aziz (ego).
9
2.3 HELAH BELA-DIRI (DEFENSE MECHANISMS)
2.3.1 Rasionalisasi:
Zainuddin memberikan alasan yang kukuh kepada Mak
Cik Basee dengan mengatakan sempit rasanya jika
terus tinggal di Makasaar kerana Zainuddin ingin pergi
ke Batipuh. Hal ini, kerana Batipuh adalah tanah
kelahiran ayahnya. Zainuddin ingin melihat sendiri
kemegahan Batipuh.
Zainuddin yang patah hati dengan perkahwinan Hayati
mengunakan helah bela diri rasionalisasi dengan
mengatakan dia tidak akan maju jika tinggal di Padang
untuk menutup kesedihan serta ingin melupakan
Hayati.oleh itu Zainuddin memilih untuk melupakan
hayati dan memulakan kerjaya baru di Bativia.
Zainuddin memberikan alasan rasional untuk
menyuruh hayati pulang dengan mengatakan jangan
menumpang dengannya yang tidak berketurunan. Hal
ini, kerana tanah Minangkabau beradat tidak mampu
menerima beliau yang tiada keturunan.
Zainuddin berpegang kepada janji Hayati untuk
bersahabat selamanya sebagai alasan untuk menolak
cinta Hayati dan menyuruhnya pulang ke Batipuh.
Dalam watak Hayati, Hayati mengatakan bahawa
penghulu adat membuang Zainuddin, maka begitulah
juga dirinya untuk memujuk penghulu adat namun
tidak berjaya. Walaupun menegaskan hubungan
mereka suci dan tidak melanggar sopan. Penghulu
adat tetap dengan keputusannya mengusir Zainuddin
dari Batipuh.
10
Hayati mengatakan walaupun Zainuddin pergi tetapi
jiwa mereka akan dekat dan berjanji akan menunggu
Zainuddin berapa lama sekalipun dan bersumpah akan
mengahwini Zainuddin. Inilah alasan rasional yang
meredakan hati zainudin untuk pergi ke Padang
Panjang.
Hayati memberikan jawapan kepada pinagan dengan
rasional iaitu dia menurut sahaja jika itu yang terbaik
untuk semua, sedangkan hatinya meronta ingin
menerima Zainuddin. Beliau takut dengan penghulu
adat yang mengatakan lebih baik mati dari malukan
keluarga.
Hayati mengatakan beliau miskin dan begitu juga
Zainuddin. Oleh itu, tidak mampu membina rumah
tangga dan menyuruh Zainuddin melupakannya dan
perkara sebelumnya. Beliau juga mengatakan bahawa
carilah gadis yang lebih cantik dan kaya untuk
membela diri setelah memungkiri janji dengan alasan
yang rasional ini.
Hayati juga mengatakan jika tiada duit tidak akan
bahagia. Itulah sebabnya dia memilih Aziz dan
meninggalkan Zainuddin. Walaupun sebenarnya
bukan begitu tetapi beliau terpaksa berkata demikian
untuk membuat Zainuddin melupakannya.
Hayati mengajak aziz ke teater terusir karya Zainuddin.
Tetapi Aziz tidak mahu kerana menganggap teater
Belanda lebih baik dari orang Minang. Namun hayati
mengatakan beliau ingin berkenalan dengan wanita
Minang di Surabaya ini. Alasannya yang rasional
mendapat persetujuan Aziz.
11
Hayati mengatakan dia sanggup menerima apa sahaja
cubaan yang akan menimpa asalkan Zainuddin
membenarkan dia tinggal bersamanya dan
memaafkannya. Hal ini kerana, Hayati masih sayang
akan Zainuddin dan ingin bersamanya. Hayati
berharap Zainuddin akan memafkannya wanita
malang yang sering ditimpa malang dengan harapan
Zainuddin akan memaafkannya tetapi sebaliknya.
2.3.2 Introjeksi:
Zainuddin mengambil semangat dari kata-kata dan
cintanya kepada Hayati. Oleh itu, dia mengatakan
hayati adalah kekuatan dan kelemahannya. Ini
menunjukkan introjeksi kerana Zainuddin memegang
nilai hayati sebagai pedoman hidup.
2.3.3 Pendaman(repression):
Zainuddin walaupun dilihat dari luaran sangat bahagia
dan berjaya tetapi sebenarnya beliau menderita
kerana masih mencintai hayati dan tidak mampu
melupakannya. Beliau menyimpan semua perasaan
sedih seorang diri. Namun beliau tetap tersenyum di
depan umum dan berusaha melupakan peristiwa lama
sehinga mengunakan nama Shabir bukan lagi
Zainuddin kepada umum.
2.3.4 Pampasan (sublimation):
Zainuddin dari seorang anak muda yang miskin dan
menganggur menutup kelemahan dan kesedihan
dengan melakukan penulisan karya sastera sehingga
12
berjaya dan ini menunjukkan pampasan yang positif.
Karya Zainuddin terkenal dengan kisah cintanya
terhadap hayati. Beliau menjadikan kesedihan sebagai
kekuatan untuk beliau berjaya.
2.3.5 Pindah gantian (displacement):
Zainuddin membela diri sewaktu bertingkah dengan
Hayati ketika ingin menyuruh Hayati pulang ketika
Hayati ingin tetap bersamanya. Zainuddin mengatakan
Hayati kejam kerana telah memungkiri janji. Zainuddin
melepaskan desakan dendamnya kepada Hayati
dengan mengatakan kesemua janji dan isi surat
terakhir Hayati. Zainuddin juga memarahi Hayati
kerana ingin terus tinggal bersamanya dan memaksa
Hayati untuk pulang kerana hayati sudah mati dengan
cintanya. Sekarang yang ada hanya sahabat dan isteri
sahabatnya Aziz.
2.3.6 Penafian:
Zainuddin menafikan cintanya kepada Hayati dan
mengangapnya sebagai sahabat di hadapan Hayati
sedangkan di dalam hatinya dia masih cintakan Hayati.
Buktinya potret Hayati tergantung gah di bilik
kerjanya.
Selain itu, Zainuddin menafikan haknya di tanah
kelahiran ayahnya kerana tidak dapat menerima
kenyataan bahawa Hayati meninggalkannya.
Zainuddin juga menafikan kematian Hayati setelah
13
peristiwa Van Der Wijck kerana Hayati masih hidup di
dalam hatinya.
Zainuddin juga menafikan kematian Hayati kerana
Hayati masih hidup dihatinya selamanya.
Zainuddin juga menafikan bahawa Hayati telah
berkahwin sehingga jatuh sakit dan akhirnya
menerima kenyataan tersebut dengan sangat sedih
dan membawa diri ke tanah Jawa iaitu Bativia untuk
melupakan Hayati. Namun begitu cintanya kepada
Hayati tidak pernah padam. Tetapi beliau berpura-
pura seperti orang asing di depan Hayati untuk
menyembunyikan perasaan cintanya dan menzahirkan
kebencian kepada Hayati.
Hayati menafikan perasaan sebenar kepada Zainuddin
dengan menurut kehendak penghulu adat untuk
menerima Aziz. Hayati sangat menyintai Zainuddin
tetapi terpaksa menafikannya demi keluarga.
Hayati juga menafikan perasaan dengan mengatakan
kepada Zainuddin bahawa dia menerima Aziz bukan
kerana nama baik dan kemewahan. Walaupun
sebenarnya, hakikat memang begitu Hayati
mengatakan dia ikhlas menerima Aziz. Walaupun
hakikatnya beliau tidak pernah mencintai orang lain
selain Zainuddin.
Hayati menafikan perasaan sedih dengan kepergian
Zainuddin dengan berkata bahawa cinta menguatkan
hati dan menghidupkan harapan, bukannya menangis
dan putus asa.
Hayati juga menafikan bahawa dia masih sayang akan
Zainuddin dalam suratnya kerana beliau menyuruh
14
Zainuddin menganggapnya sebagai sahabat dan
melupakan semua yang berlaku walaupun hakikatnya
hayati sendiri tidak mampu melupakan Zainuddin dan
menganggapnya sebagai sahabat.
2.3.7 Pembentukan reaksi:
Zainuddin melayan Hayati tidak tumpah seperti orang
asing dalam hidupnya. Zainuddin memarahi hayati dan
menyatakan kebencian namun begitu jauh di sudut
hatinya masih cinta akan Hayati. Potret indah Hayati
menghiasi ruang kerjanya. Namun begitu beliau tetap
dingin dengan hayati dan tidak mengantar Hayati
pulang atas alasan urusan kerja di Malang.
2.3.8 Projeksi:
Hayati menyalahkan Zainuddin kerana memutuskan
tali harapannya walaupun pada tali itu juga Zainuddin
bergantung. Situasi ini menunjukkan Hayati cuba
meletakkan kesalahan dan memohon simpati kepada
Zainuddin untuk menerimanya kembali dan hidup
bersama selamanya.
Hayati juga mengatakan jika dia meninggal atau tidak
lagi hidup Zainuddin jugalah yang tidak bertuah kerana
telah hilang cinta Hayati buat selamanya dan tali
pengharapan tersebut telah putus selamanya.
15
3.0 PENGAJARATAN FILEM TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER
WIJCK
Antara pengajaran yang dapat diperolehi daripada filem
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ialah:
1. Kita haruslah menuntut ilmu supaya kita dapat memperoleh
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang luas walaupun pelbagai
dugaan yang melanda. Contohnya, Zainuddin berhijrah ke
Padang Panjang dari Baitipuh untuk menuntut ilmu selepas
kehadirannya di Baitipuh tidak disenangi penduduk di situ.
2. Kita mestilah menghargai kehadiran orang yang kita sayangi
supaya tidak menyesalinya kelak. Contohnya, Zainuddin bersedih
kerana Hayati menjadi korban kapal karam kerana dia menyuruh
Hayati pulang ke tempat asalnya.
3. Kita perlulah berpegang pada janji supaya kita sentiasa disenangi
orang lain. Contohnya, Hayati melanggar janji yang telah dibuat
kepada Zainuddin menyebabkan Zainuddin berasa amat kecewa
dengan tindakannya itu.
4. Kita sewajarnya berbuat baik sesama manusia agar hidup lebih
sejahtera. Contohnya, Cik Ana berbuat baik kepada Zainuddin
dengan menyambut kedatangan Zainuddin sewaktu dia
menumpang rumahnya untuk menuntut ilmu agama.
5. Kita haruslah mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.
Contohnya, Muluk seorang rakan yang baik dan sentiasa berada
di waktu susah dan senang Zainuddin.
6. Kita haruslah bersangka baik sesama insan. Contohnya, pada
mulanya makcik Jamilah menyambut kedatangan Zainuddin
dengan ragu-ragu tetapi lama-kelamaan dia mula selesa dengan
Zainuddin kerana Zainuddin seorang yang baik hati.
16
4.0 RUJUKAN
Kimberly Holland. February,2019. 10 Defense Mechanisms: What Are
They and How They Help Us Cope. Dimuat turun daripada
https://www.healthline.com/health/mental-health/defense-
mechanisms#defense-mechanisms
17