128 • Laporan polis perlu dibuat bagi guru yang kehilangan buku rekod mengajar. PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN • Perhimpunan sekolah adalah majlis rasmi sekolah. • Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan sekolah pada hari Ahad bermula 7.30 pagi • Guru yang bertugas mingguan yang bertugas diwajibkan berada di perhimpunan harian jam 7.15 pagi setiap hari pada waktu persekolahan. • Guru hendaklah berada di majlis sehingga tamat perhimpunan. • Semua guru hendaklah duduk di bahagian hadapan perhimpunan kecuali guni bertugas mingguan dan perhimpunan. • Pakaian guru semasa perhimpunan:- a. Guru lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher. b. Guru perempuan hendaklah berpakaian kemas, bersopan santun dan tidak memakai selipar/sandal MESYUARAT GURU/KAKITANGAN SOKONGAN • Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Pengetua Penolong Kanan/Guru Kanan/ Ketua Panitia tertentu pada bila-bila masa. • Guru tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan/Ketua Panitia • Kakitangan sokongan diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Pengetua/Penciong Kanan/Guru Kanan tertentu pada bila-bila masa • Kakitangan sokongan tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan CUTI SAKIT • Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor mesti diserahkan segera kepada Pengetua/Penolong Kanan • Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 15 hari dalam setahun. • Bagi pegawai yang menerima rawatan pesakit dalam di hospital swasta boleh menerima cuti sakit sehingga 180 hari tanpa pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan. • Guru/ Kakitangan sokongan perlu memaklumkan kepada Pengetua sekiranya mendapat cuti sakit. Rujukan • perintah Am Bab C • Perkeliling Perkhidmatan Bil 2/2006 Pindaan Peraturan Mengenal Sijil Sakit untuk tujuan Cuti Sakit PERHUBUNGAN SESAMA GURU • Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa mengawal futur kata dan tingkahlaku mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
129 • Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/ kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan yang lain. • Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah ini. Rujukan Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 2/2003 Kearah Membudayakan Nilai Berterima Kasih bertarikh 30 April 2003 JADUAL WAKTU • Gunu tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. • Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Pengetua • Jadual waktu ganti hendaklah disediakan oleh SU Guru Ganti dan ditandatangani oleh Pengetua/Penolong Kanan. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR • Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menandanya. • Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat Hal Ehwal Murid Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut pada waktu persekolahan, ibu bapa / penjaga hendaklah dimaklumkan melalui telefon dan bertulis • Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru penyelaras tingkatan • Guni tidak dibenarkan membawa keluar Buku Kedatangan Pelajar dari pejabat HEM tanpa kebenaran Pengetua. • Guru atau penyelaras tingkatan sahaja yang boleh menanda kehadiran di dalam jadual kedatangan pelajar KUNCI • Semua kunci mesti di simpan di pejabat pentadbiran sekolah. • Guru dan kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat kebenaran bertulis dari Pengetua. • Sewaktu cuti penggal persekolahan semua kunci hendaklah diserahkan di pejabat pentadbiran sekolah. TELEFON • Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah direkodkan ARAHAN DAN PEKELILING • Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya dan disimpan di dalam fail khas. • Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan/PPD guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil
130 TANDA NAMA • Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi disekolah/ diluar sekolah BUKU STOK/INVENTORI Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/ inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua/ Penolong Kanan. MEMBELI BARANG • Guru Kakitangan sekolah yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran pengetua dengan menggunakan borang pesanan kawalan dalaman berserta dengan sebut harga asal daripada pembekal. • Borang pesanan kawalan dalaman mesti diisi oleh pemohon dan mendapat sokongan daripada Penolong Kanan/ Guru Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. • Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan • Segala invois mesti ditandatangani oleh guru/Penyelenggara Stor yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. • Pengetua lidak akan menanggung segala kos pembelian tanpa kebenarannya. KEGIATAN KOKURIKULUM • Guru yang ditugaskan menjadi penasihat kegiatan Kokurikulum hendaklah menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. • Guru-guru berkenaan wajit hadir mengikut jadual yang ditetapkan. • Kegiatan Kokurikulum adalah tugas rasmi PELAWAT Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakll firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan. KEBERSIHAN • Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar. • Jadual gliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan ditempat yang selamat. • Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH • Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah samada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
131 • Guru Kanan/Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan. Mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain. • Penggunaan alat-alat, billk-bilik dan bengkel-bengkel di luar masa sekolah dan masa cuti hendaklah mendapat kebenaran Pengetua dan direkodkan. • Penggunaan bilik-bilik tertentu oleh pelajar selepas waktu sekolah, hujung minggu atau waktu cuti hendaklah bersama guru.
132 CARTA ALIRAN PENGURUSAN PROGRAM Mula Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kurikulum sekolah Menetapkan tarikh mesyuarat panitia Menyemak minit mesyuarat panitia Mengambil tindakan kepada keputusan minit mesyuarat Memastikan keputusan mesyuarat dilaksanakan Menyemak tahap pelaksanaan program panitia Memantau pelaksanaan program Penambahbaikan Laporan Menyediakan laporan dan rekod Tamat
133 PANDUAN MENGURUS KEHADIRAN MURID 1. Perkara Am • Fail Maklumat diri dan Kedatangan Murid merupakan dokumen kerajaan yang perlu dijaga dengan baik serta diurus mengikut peraturan yang ditetapkan. • Dilarang membawa balik ke rumah kecuali dibenarkan oleh Tuan Pengetua. • Sekiranya hilang, guru tingkatan perlu menggantikan serta melengkapkannya semula. 2. Menanda Kedatangan (Simpanan dan Cetakan Kehadiran Bulanan) • Guru Tingkatan menyediakan fall kehadiran untuk tujuan rekod dan rujukan Kedatangan murid mestilah ditandakan pada setiap hari persekolahan. Sekiranya murid tidak hadir bersebab • Tandakan dengan 'S' dalam . Surat alasan tidak hadir pertu ditunjuk oleh murid. • Jika ada murid datang lewat, tulskan huruf 'L' di dalam '0' itu, dan ia dikira hadir dalam jumlah kedatangan hari ini Murid dianggap tidak hadir jika balik sebelum waktu 4 berakhir. • Hari kelepasan hendaklah ditandakan dalam rekod manual guru. • Rekod Kehadiran Murid secara manual dalam fail Kedatangan Murid di key in sebelum 12.00 pagi untuk sesi pagi 5.00 petang untuk sesi pertang 3. PROSEDUR MENGHANTAR SURAT AMARAN PONTENG: Ponteng berturut-turut : Surat Amaran Pertama - pada hari ke-3 Surat Amaran Kedua - 7 hari selepas Surat Amaran Pertama Surat Amaran Terakhir - 7 hari selepas Surat Amaran Kedua Surat Buang Sekolah - 14 han selepas Surat Amaran Terakhir Ponteng bukan berturut : Sural Amaran Pertama - pada hari ke-10 Surat Amaran Kedua - 10 hari lagi selepas Surat Amaran Pertama Surat Amaran Terakhir - 20 hari lagi selepas Surat Amaran Kedua Surat Buang Sekolah - 20 hari laagi selepas Surat Amaran Terakhir (sekiranya seseorang murid itu tidak hadir (ponteng bukan berturut) sebanyak 60 hari, nama murid itu akan dikeluarkan dari Jadual Kedatangan Murid dan surat buang sekolah serta Sijil Berhenti Sekolah mesti dikeluarkan) Pastikan semua butiran peribadi murid dipenuhi dengan lengkap, tepat dan betul Murid Keluar/Masuk Kelas Untuk murid yang KELUAR, catatkan Bertukar/Berhenti/Dibuang Sekolah dalam buku daftar sekolah Jika didapati maklumat dalam APDM tidak lengkap atau meragukan sila buat tindakan dengan menghubungi waris untuk menentukan kesahihan.