The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IMFree Tahun 3 Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti dan Buku Lembaran Kerja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctradhiah74, 2023-04-03 01:39:56

IMFree Tahun 3 Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti dan Buku Lembaran Kerja

IMFree Tahun 3 Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti dan Buku Lembaran Kerja

TAHUN 3 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI DAN BUKU LEMBARAN KERJA


TAHUN 3 IMFree GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI DAN BUKU LEMBARAN KERJA


Cetakan Pertama 2018 @ Kementerian Kesihatan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Aras 3, Blok E10, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya.


ISI KANDUNGAN Apakah Rokok? 7 - 16 17 - 23 24 - 34 35 - 44 45 - 54 55 - 61 62 - 67 68 - 71 Mengapakah Seseorang Itu Merokok? Perokok Pasif Kandungan Racun Dalam Rokok Bahaya Rokok Kepada Tubuh Badan Faedah Tidak Merokok Skema Jawapan Senarai Penyumbang SKOP 01 SKOP 02 SKOP 03 SKOP 04 SKOP 05 SKOP 06


Skop 1 Apakah Rokok?


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 9 CADANGAN DAN PANDUAN PELAN PELAKSANAAN AKTIVITI IMFree TAHUN 3 SKOP 1: APAKAH ROKOK? PERJUMPAAN TAJUK ISI KANDUNGAN/ KIT AKTIVITI AKTIVITI OBJEKTIF CATATAN CADANGAN WAKTU ULASAN 10 minit setiap perjumpaan dan sekurangkurangnya dua kali sebulan Apakah rokok? Jenis-jenis rokok - rokok daun - rokok putih - rokok elektronik - shisha - cerut - paip tembakau Peta i-Think (Peta Bulatan) Teka silang kata Menyenaraikan dan menerangkan sekurangkurangnya lima jenis rokok. Rujuk Lembaran Kerja m/s 11 - - Mengikut kesesuaian dan keselesaan dari segi masa, tempat, dan bilangan murid dengan aktiviti di sekolah - - - - - Dalam waktu pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian Sesi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Minggu / Bulan Pencegahan Dadah dan Intervensi (PPDa) Sisipan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan sambutan hari tertentu 1.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 10 AKTIVITI 1: ENCIK CERUT Skop : Apakah Rokok? Tajuk : Encik Cerut Aktiviti : Peta i-Think (Peta Bulatan) Masa Aktiviti : 10 minit Tahun : 3 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat: • menyenaraikan dan menamakan lima jenis rokok. Isi Pelajaran : Jenis-jenis rokok • rokok daun • rokok putih • rokok elektronik • Shisha • cerut • paip tembakau Bahan : Lembaran kerja peta bulatan Cadangan Pelaksanaan : Guru boleh memilih cadangan pelaksanaan aktiviti berikut: • Eksplorasi maklumat Langkah-langkah : • Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan kecil. • Guru mengedarkan lembaran peta bulatan (peta i-Think) kepada setiap kumpulan. • Murid menamakan jenis-jenis rokok dalam lembaran peta bulatan (peta i-Think). • Guru bersoal jawab dengan murid-murid berkaitan jenis-jenis rokok di peta i-Think.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 11 LEMBARAN KERJA PETA I-THINK


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 12 AKTIVITI 2: JENIS-JENIS ROKOK Skop : Apakah Rokok? Tajuk : Jenis-jenis Rokok Aktiviti : Teka Silang Kata Masa Aktiviti : 10 minit Tahun : 3 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat: • menyatakan lima jenis rokok berdasarkan pembayang yang diberikan. Isi Pelajaran : Jenis-jenis rokok • rokok daun • rokok putih • rokok elektronik • Shisha • cerut • paip tembakau Bahan : Lembaran Silang Kata Langkah-langkah : • Guru mengedarkan lembaran silang kata kepada semua murid. • Murid dikehendaki melengkapkan lembaran silang kata berpandukan petunjuk yang disediakan. • Guru merumuskan jawaban yang diberikan oleh murid.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 13 Petunjuk : Menegak 1. _______________ adalah antara kandungan yang terdapat di dalam rokok putih. 3. ____________ sejenis tembakau yang digulung daripada bahan tembakau sahaja. 5. Rokok ini mempunyai pelbagai perisa. 7. Maksud cigarette dalam Bahasa Melayu ialah __________. Melintang 2. Inovasi rokok terkini 4. Rokok gulung juga dikenali sebagai rokok _________________. 6. ___________ ialah rokok elektronik. Teka Silang kata 1 2 4 6 3 5 7


Skop 2 Mengapakah Seseorang Itu Merokok?


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 17 CADANGAN DAN PANDUAN PELAN PELAKSANAAN AKTIVITI IMFree TAHUN 3 SKOP 2: MENGAPAKAH SESEORANG ITU MEROKOK? PERJUMPAAN TAJUK ISI KANDUNGAN/ KIT AKTIVITI AKTIVITI OBJEKTIF CATATAN CADANGAN WAKTU ULASAN 15 minit untuk setiap aktiviti Mengapakah seseorang itu merokok? Ingin kelihatan hebat dan dewasa. Ingin mencuba tanpa mengetahui kesan buruknya. Mengikut tingkah laku orang sekeliling. Tidak mahu dipulaukan. Terikut-ikut dengan idola yang diminati Terpengaruh dengan promosi rokok di media. Mampu untuk membeli rokok. Bekalan rokok mudah didapati. - - - - - - - - Nyanyian lagu IMFree dalam Program 5 minit antidadah (rokok) “Sesal tak Sudah” Tin’s Target Menyenaraikan dan menerangkan sebab seseorang itu merokok. Boleh dilaksanakan di tempat yang lapang atau di kaki lima bangunan sekolah. - - - Mengikut kesesuaian dan keselesaan dari segi masa, tempat, dan bilangan murid dengan aktiviti di sekolah - - - - Semasa perhimpunan pagi (1 kali sebulan) dan sebelum sesi aktiviti IMFree dimulakan. 15 minit pertama semasa waktu Pendidikan Kesihatan atau mata pelajaran yang sesuai. Dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani (kemahiran asas balingan) 2.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 18 AKTIVITI 1: TIN’S TARGET Skop : Mengapakah seseorang itu merokok? Tajuk : Tin’s Target Aktiviti : Membaling bola ke arah susunan tin untuk mengumpulkan maklumat tentang faktor seseorang itu merokok. Masa Aktiviti : 15 minit Tahun : 3 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : • menyenaraikan enam faktor seseorang itu merokok. Isi Pelajaran : Faktor seseorang itu merokok : • Ingin kelihatan hebat dan dewasa • Ingin mencuba tanpa mengetahui kesan buruknya • Mengikut tingkah laku orang sekeliling • Tidak mahu dipulaukan • Terikut-ikut idola yang diminati • Terpengaruh dengan promosi rokok di media • Mampu untuk membeli rokok • Bekalan rokok mudah didapati Bahan : • 8 tin berwarna yang bermaklumat dan 7 tin berlogo IMFree dan simbol taknak merokok • Bola tenis Mengapakah seseorang itu merokok Maklumat di permukaan bawah tin


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 19 Langkah-langkah : • Guru menyediakan bahan dan menerangkan cara aktiviti dijalankan. • Jarak balingan 7 meter • Tin disusun secara bertingkat. • Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. a. Setiap murid diberi peranan untuk: - membaling bola; - memilih tin yang bermaklumat; - menyebut faktor seseorang merokok dengan kuatnya; dan - menyusun tin. - Jumlah kumpulan mengikut kesesuaian. • Bola dibaling ke arah sasaran. • Tin yang bermaklumat hanya dipilih daripada tin yang dijatuhkan. • Tin yang betul dipilih dan disebut dengan kuatnya (sebagai bukti tin yang dipilih itu betul). • Tin disusun semula dan kumpulan lain mengambil giliran untuk membaling tin. • Guru membuat pengukuhan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu merokok.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 20 AKTIVITI 2: “KESAL TAK SUDAH” Skop : Mengapakah seseorang itu merokok? Tajuk : “Kesal tak Sudah” Aktiviti : Memilih penyataan yang menunjukkan seseorang itu merokok Masa Aktiviti : 15 minit Tahun : 3 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat: • menyenaraikan lima penyataan yang menunjukkan seseorang itu merokok. Isi Pelajaran : Faktor seseorang itu merokok : • Ingin kelihatan hebat dan dewasa • Ingin mencuba tanpa mengetahui kesan buruknya • Mengikut tingkah laku orang sekeliling • Tidak mahu dipulaukan • Terikut-ikut idola yang diminati • Terpengaruh dengan promosi rokok di media • Bekalan rokok mudah didapati • Mampu untuk membeli rokok Bahan : Petikan Cerita Langkah-langkah : • Guru mengedarkan petikan cerita “Kesal Tak Sudah” kepada murid-murid. • Murid-murid membaca dan menggarisi penyataan yang menyebabkan seseorang itu merokok. • Guru meminta murid membaca jawaban mereka. • Guru membuat pengukuhan mengenai penyataan yang menyebabkan seseorang itu merokok. • Guru merumuskan kesan bahaya rokok kepada kesihatan dan kehidupan.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 21 “KESAL TAK SUDAH” Saya mula merokok sejak sekolah rendah lagi. Saya tidak mengetahui kesan buruknya. Tambahan pula orang di sekeliling saya juga merokok. Akibatnya, saya terpengaruh dengan tingkah laku mereka. Kawan-kawan juga sering mengajak saya menghisap rokok. Oleh sebab takut dipulaukan dan dianggap tidak berani oleh mereka, akhirnya saya turut merokok. Saya sering melihat iklan rokok di media massa. Saya selalu melihat orang yang terkenal dan ternama di iklan dan di filem. Saya berasa bangga dan menganggap mereka sebagai ikutan. Seperti mereka, saya berasa kelihatan dewasa dan hebat setiap kali merokok. Wang perbelanjaan harian yang diberikan oleh keluarga habis saya belanjakan untuk membeli rokok. Selain itu, kawan-kawan juga sering menghulurkan rokok kepada saya. Tanpa disedari saya kerap mengalami batuk yang berpanjangan dan akibatnya saya selalu tidak sihat. Kini saya terlantar di hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Akibatnya saya tidak dapat hadir ke sekolah seperti biasa. Keluarga saya sentiasa dalam kesedihan apabila memikirkan kesudahan nasib saya. Saya berasa masa depan saya amat gelap dan umur saya tidak panjang. Saya amat kecewa dan menyesal tak sudah.


Skop 3 Perokok Pasif


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 25 CADANGAN DAN PANDUAN PELAN PELAKSANAAN AKTIVITI IMFree TAHUN 3 SKOP 3: PEROKOK PASIF? PERJUMPAAN TAJUK ISI KANDUNGAN/ KIT AKTIVITI AKTIVITI OBJEKTIF CATATAN CADANGAN WAKTU (15 minit) Perokok Pasif Menghidu asap rokok memberikan kesan negatif kepada tubuh badan. Jangan berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. Menegur orang yang menghisap rokok dengan cara yang berhemah. Menghidu asap rokok mengakibatkan pelbagai penyakit kepada tubuh badan Jangan cuba menghisap rokok - - - - - Tayangan Video animasi (3 minit) “Kisah Amir” Bacaan Komik “Buaya oh Buaya” Pada akhir pembelajaran murid dapat: Sisipan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Sains dan Aktiviti Pendidikan Kesihatan. - - - Menyatakan tiga kesan asap rokok kepada perokok pasif. Menyatakan dua cara berhemah untuk menyuarakan hak sebagai seorang bukan perokok. Menyatakan tiga kesan asap rokok kepada perokok pasif. Menyatakan dua cara berhemah untuk menyuarakan hak sebagai seorang bukan perokok. - - - - - - - - - Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sains Pendidikan Kesihatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bilik dan Laluan PPDa * Sesuaikan dengan keadaan. 3. (10 minit) 4.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 26 AKTIVITI 1: VIDEO ANIMASI “KISAH AMIR” Skop : Perokok Pasif Tajuk : “Kisah Amir” Aktiviti : Tayangan Video Animasi mengenai Perokok Pasif Masa Aktiviti : 15 minit Tahun : 3 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat: • menyatakan tiga kesan asap rokok kepada perokok pasif. • menyatakan dua cara berhemah untuk menyuarakan hak sebagai seorang bukan perokok. Isi Pelajaran : Kesan asap rokok • menghidu asap rokok memberikan kesan negatif kepada tubuh badan. • jangan berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. • menegur orang yang menghisap rokok dengan cara yang berhemah. Bahan : Video Animasi “Kisah Amir” Langkah-langkah : • Guru menayangkan Video “Kisah Amir” kepada murid. • Selepas tamat tayangan, guru bertanya kepada murid tentang kesan asap rokok. • Murid menerangkan kepentingan hak bukan perokok dan bahaya asap rokok. • Guru menunjukkan cara berhemah untuk menegur perokok dan menyuarakan hak sebagai seorang bukan perokok,iaitu : - Memberikan isyarat tangan “jangan merokok”. - Menutup mulut dan hidung. - Menjauhi persekitaran yang melibatkan orang yang merokok. - Menegur perokok secara lisan dengan berhemah.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 27 Video “Kisah Amir”


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 28 AKTIVITI 2: KOMIK “BUAYA OH BUAYA!” Skop : Perokok Pasif Tajuk : “Buaya Oh Buaya!” Aktiviti : Sesi penceritaan di dalam kelas. Masa Aktiviti : 10 minit Tahun : 3 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat: • Mendefinisikan perokok pasif • Menyatakan dua akibat terdedah kepada asap rokok Isi Pelajaran : Akibat terdedah kepada asap rokok • Mengakibatkan pelbagai penyakit kepada tubuh badan • Badan dan baju berbau busuk • Gigi berwarna kuning • Nafas berbau busuk Bahan : Komik “Buaya oh Buaya!” Langkah-langkah : • Guru meminta wakil murid untuk membaca komik di hadapan murid- murid yang lain. • Guru meminta murid untuk menyampaikan ringkasan cerita komik “Buaya oh Buaya!” • Guru membuat ulasan tentang aktiviti.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 29 KOMIK: “Buaya oh Buaya!” (Papan cerita) M/S 1: Sekumpulan buaya sedang bermain di Taman Purnama Sari sambil diperhatikan Sang Kancil dari jauh. M/S 2: Alangkah riangnya kumpulan buaya bermain dengan Hoverboard yang baru dibeli. Mereka berpusing ke kanan dan ke kiri. Kelihatan juga asap rokok dan asap daripada vape berkepul-kepul ke udara. M/S 3: Mereka umpama sedang meraikan sesuatu. Puntung rokok bertaburan di atas tanah. Bersilih ganti kumpulan buaya merokok tanpa merisaukan kesihatan mereka. M/S 4: Anak-anak buaya diletakkan di dalam sangkar. Sementara ibu bapa mereka bersuka ria sambil menghisap rokok. M/S 5: Kelihatan asap rokok yang dihembus turut bergerak ke arah sangkar, tempat anak- anak buaya di letakkan. M/S 6: Anak –anak buaya kelemasan, menutup hidung, mata berair, dan menutup kepala. M/S 7: Seekor anak buaya tiba-tiba menjerit, “Adoi, pedihnya mata ni! Lemas, lemas, lemas tolong.. tolong!!” M/S 8: Ibu bapa buaya terus bermain sambal ketawa tanpa mempedulikan teriakan anak- anak mereka. M/S 9: Sang Kancil perlahan-lahan menghampiri sangkar yang menempatkan anak-anak buaya dan cuba melepaskan anak-anak buaya dari sangkar yang berkunci. Hajatnya terbantut apabila dengan tiba-tiba diherdik oleh buaya yang lain.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 30 M/S 10: Hei, Sang Kancil! Apa yang awak cuba lakukan ini? Ini anak-anak kami. Awak cuba menculik anakanak kami ya? Lantas Sang Kancil menjawab, “Bukanlah, aku hanya ingin menyelamatkan anakanak kamu!” M/S 11: “Anak-anak kami berada dalam keadaan selamat di dalam sangkar ini!” M/S 12: “Awak silap buaya, mereka memang kelihatan selamat apabila dikurung, tetapi asap rokok dan asap vape yang anda semua hembus membahayakan mereka”. M/S 13: “Bahaya? Apa yang bahaya? Kami yang merokok, bukan anak-anak kami! Apa kena-mengena dengan mereka?” M/S 14: “Salah tu buaya, pernah tak kamu dengar mengenai perokok pasif?” M/S 15: Perokok pasif ialah mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok sekurangkurangnya 15 minit dalam masa dua hari dalam tempoh seminggu. M/S 16: Perokok pasif ni sangat berisiko mendapat kanser paru-paru dan penyakit jantung. M/S 17: “Aduh! Betul ke ni Sang Kancil?” Lantas Sang Kancil menjawab, “Semua itu fakta buaya.” Semua buaya terdiam apabila mendengar penjelasan Sang Kancil sambil membuang semua rokok dan vape ke dalam bakul sampah.” M/S 18: Kemudian, ibu buaya membuka sangkar yang menempatkan anak-anak mereka. Sambil berkata “ibu janji tidak akan merokok dan membiarkan anak-anak ibu menghidu asap rokok. Maafkan ibu”. M/S 19: “Buaya, merokok ini sebenarnya memberikan contoh yang buruk kepada anak-anak, lagipun asap rokok juga menjejaskan kesihatan dan keselesaan ahli keluarga. Jadi beringatlah. Nyawa tidak boleh diganti!”.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 31 M/S 20: Anak buaya berterima kasih kepada Sang Kancil. “Terima Kasih Sang Kancil kerana membantu untuk menyedarkan ibu bapa kami”. “Ibu! Ayah! Apa yang dikatakan oleh Sang Kancil itu baik untuk kita semua tau. Duit yang digunakan untuk membeli rokok boleh kita gunakan untuk membeli Hoverboard baharu untuk saya”. M/S 21 “Ha, ha, ha..” Sang Kancil dan semua buaya ketawa berdekah-dekah ketika mendengar permintaan anak mereka. Tamat.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 32


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 33 Skop 4 Kandungan Racun Dalam Rokok


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 35 CADANGAN DAN PANDUAN PELAN PELAKSANAAN AKTIVITI IMFree TAHUN 3 SKOP 4: KANDUNGAN RACUN DALAM ROKOK PERJUMPAAN TAJUK ISI KANDUNGAN/ KIT AKTIVITI AKTIVITI OBJEKTIF CATATAN CADANGAN WAKTU ULASAN (15 minit) Perokok Pasif Selain racun yang telah dipelajari pada tahun satu, rokok juga mengandungi racun berikut : Bahan api roket (methanol) Bahan pelarut (toluene) Bahan bateri kereta (cadmium) Pengawet mayat (formaldehyde) Bahan untuk membuat jalan (tar) Penanggal cat (aceton) Racun yang digunakan dalam bilik gas (Hydrogen Cyanide) Bahan pembuat PVC (vinylchlorida) Bahan pemetik api (butane) Racun serangga dan asap (nikon) - • • • • • • • • • • Suai padan Balingan tepat Susun suai gambar (puzzle) Boleh dilaksanakan di dalam kelas atau disesuaikan mengikut keperluan dan kreativiti guru. Dilaksanakan di tempat yang lapang atau di kaki lima bangunan sekolah. - - Menyatakan sekurangkurangnya lima jenis racun yang terdapat di dalam rokok Menyatakan sekurangkurangnya lima jenis racun dalam rokok. Menjelaskan bahaya rokok kepada kesihatan. Menyatakan sekurangkurangnya lima kandungan racun di dalam rokok Mengetahui kesan kandungan racun tersebut kepada kesihatan - - - - - - - - - - Kemahiran = Menyampaikan maklumat, Menganalisis dan menghubung kait. Sains Pendidikan Kesihatan Kelas Gantian Waktu Rehat *Sesuaikan mengikut keperluan dan kreativiti guru. Aktiviti Minggu PPDa Pendidikan Jasmani *Sesuaikan waktu mengikut keperluan dan kreativiti guru. - - - Kemahiran = Menggolek bola pada satu jarak dengan lakuan yang betul (Pendidikan Jasmani) Koordinasi mata dan tangan. Literasi dan Numerasi (Matematik). 5. (15 minit) 6.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 36 PERJUMPAAN TAJUK ISI KANDUNGAN/ KIT AKTIVITI AKTIVITI OBJEKTIF CATATAN CADANGAN WAKTU ULASAN (15 minit) Perokok Pasif Susun suai gambar (puzzle) Boleh dilaksanakan di dalam kelas atau di luar kelas. - Menyatakan sekurangkurangnya lima kandungan racun di dalam rokok Mengetahui kesan kandungan racun tersebut kepada kesihatan - - - - - Aktiviti Minggu PPDa Kelas Ganti Waktu Rehat *Sesuaikan waktu mengikut keperluan dan kreativiti guru. - - - Kemahiran = Kemahiran visualisasi Kemahiran kognitif Kemahiran Kepemimpinan dan Semangat Kerja sepasukan 5.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 37 AKTIVITI 1 : SUAI PADAN Skop : Kandungan Racun Dalam Rokok Tajuk : Suai Padan Aktiviti : Suai padan perkataan dengan gambar Masa Aktiviti : 15 minit Tahun : 3 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : • menyatakan lima jenis racun yang terdapat di dalam rokok Isi Pelajaran : Jenis-jenis racun di dalam rokok • Bahan api roket (Methanol) • Bahan pelarut (Toluene) • Bahan bateri kereta (Cadmium) • Pengawet mayat (Formaldehyde) • Bahan membuat jalan (Tar) • Penanggal cat (Aceton) • Racun yang digunakan dalam bilik gas (Hydrogen cyanide) • Bahan pembuat PVC (Vinylchlorida) • Bahan pemetik api (Butane) • Racun serangga dan asap(Nikon) Bahan : Lembaran Suai Padan Langkah-langkah : • Guru menerangkan aktiviti suai padan jenis-jenis racun di dalam rokok dan gambar. • Murid menjalankan aktiviti suai padan setiap perkataan dengan gambar jenis- jenis racun di dalam rokok. • Guru dan murid bersoal jawab tentang jenis racun di dalam rokok. • Guru dan murid merumuskan bahaya pelbagai jenis racun di dalam rokok kepada kesihatan dan kehidupan.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 38 JENIS-JENIS RACUN DI DALAM ROKOK GAMBAR Bahan pelarut (Toluene) Bahan api roket (Methanol) Bahan membuat jalan (Tar) Bahan bateri kereta (Cadmium) Pengawet mayat (Formaldehyde) Penanggal cat (Aceton) Bahan pemetik api (Butane) Bahan pembuat PVC (Vinylchlorida) Racun yang digunakan di dalam bilik hukuman mati (Hydrogen cyanide) Racun serangga dan asap (Nikon) Suaikan gambar jenis-jenis racun di dalam rokok dengan betul. Nama :_______________________________________ Kelas : _________(Tahun 3)


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 39 AKTIVITI 2 : “BALINGAN TEPAT” Skop : Kandungan Racun di Dalam Rokok Tajuk : “Balingan Tepat” Aktiviti : Permainan “Balingan Tepat” Masa Aktiviti : 15 minit Tahun : 3 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : • menyatakan lima jenis racun di dalam rokok. • menjelaskan bahaya rokok kepada kesihatan. Isi Pelajaran : Jenis-jenis racun di dalam rokok • Methanol • Toluene • Cadmium • Formaldehyde • Tar • Aceton • Hydrogen cyanide • Vinylchlorida • Butane • Nikon Bahan : Bahannya adalah seperti yang berikut : • 10 biji botol air mineral 1.5 liter. • Separuh daripada botol tersebut diisi dengan pasir. • Setiap botol tersebut ditampal dengan pelekat yang bermaklumat. • Menggunakan bola baling bersaiz 3 Langkah Pelaksanaan : 1. Permainan ini dimainkan oleh empat kumpulan (Setiap kumpulan terdiri daripada lima murid). 2. 10 biji botol akan digunakan dan disusun mengikut pin boling. 3. Mata akan diberikan bagi setiap botol yang dijatuhkan. 4. Murid akan membacakan jenis racun yang terkandung dalam rokok dan menjelaskan bahaya rokok kepada kesihatan. 5. Jarak di antara pembaling dengan botol ialah 7 meter. 6. Bola baling (saiz 3) digunakan untuk membuat balingan.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 40 7. Setiap ahli kumpulan akan membuat sekali balingan sahaja. 8. Markah akan dikira dengan mencampurkan kelima-lima balingan tersebut. 9. Kumpulan yang mengumpul markah tertinggi dikira sebagai pemenang berdasarkan hasil balingan mereka.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 41 AKTIVITI 3: PUZZLE Skop : Kandungan Racun Dalam Rokok Tajuk : Puzzle Aktiviti : Menyusun keratan kad menjadi sekeping gambar lengkap Masa Aktiviti : 15 minit Tahun : 3 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : • menyatakan lima jenis racun di dalam rokok. • menerangkan kesan kandungan racun tersebut kepada kesihatan Isi Pelajaran : Jenis-jenis racun di dalam rokok • Methanol • Toluene • Cadmium • Formaldehyde • Tar • Aceton • Hydrogen cyanide • Vinylchlorida • Butane Bahan : Puzzle bergambar kandungan racun di dalam rokok dan kad imbasan kandungan racun di dalam rokok Langkah Pelaksanaan : • Murid dibahagikan kepada empat orang setiap kumpulan. • Guru mengedarkan satu puzzle kepada setiap kumpulan. • Murid menyusun puzzle dan menyebut nama bahan racun. • Murid menerangkan nama bahan kandungan racun di dalam rokok dan kesannya kepada kesihatan.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 42 Contoh Puzzle diperlukan ialah 100 keping Saiz A3 Gambar sebenar untuk puzzle.


Skop 5 Bahaya Rokok Kepada Tubuh Badan


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 45 CADANGAN DAN PANDUAN PELAN PELAKSANAAN AKTIVITI IMFree TAHUN 3 SKOP 5: BAHAYA ROKOK KEPADA TUBUH BADAN PERJUMPAAN TAJUK ISI KANDUNGAN/ KIT AKTIVITI AKTIVITI OBJEKTIF CATATAN CADANGAN WAKTU ULASAN (15 minit) Bahaya Rokok kepada Tubuh Badan Kulit tidak cantik Cepat menjadi tua Tekanan darah tinggi Ulser perut Strok Sakit jantung Kematian - - - - - - - Kulit tidak cantik Cepat menjadi tua Tekanan darah tinggi Ulser perut Strok Sakit jantung Kematian - - - - - - - Cerna Minda (Mencari Perkataan Tersembunyi) - Kad Kuasa Dua - Menyenaraikan lima kesan rokok kepada tubuh badan Menerangkan bahaya rokok kepada tubuh badan - - Menyenaraikan kesan buruk yang disebabkan oleh rokok Menerangkan bahaya rokok kepada tubuh badan secara ringkas. - - Sisipan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan - Mengikut kesesuaian dan keselesaan dari segi masa, tempat, dan bilangan murid dengan aktiviti di sekolah 8. (10 minit) 9.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 46 PERJUMPAAN TAJUK ISI KANDUNGAN/ KIT AKTIVITI AKTIVITI OBJEKTIF CATATAN CADANGAN WAKTU ULASAN (15 minit) Bahaya Rokok kepada Tubuh Badan Kulit tidak cantik Cepat menjadi tua Tekanan darah tinggi Ulser perut Strok Sakit jantung - - - - - - Padankannya - Memadankan maklumat yang tepat berdasarkan kad gambar. Menerangkan secara ringkas bahaya rokok kepada tubuh badan - - Sisipan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan - Mengikut kesesuaian dan keselesaan dari segi masa, tempat, dan bilangan murid dengan aktiviti di sekolah 10.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 47 AKTIVITI 1 : CERNA MINDA Skop : Bahaya Rokok kepada Tubuh Badan Tajuk : Cerna Minda Aktiviti : Mencari perkataan yang tersembunyi Masa Aktiviti : 15 minit Tahun : 3 Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : • menyenaraikan lima kesan rokok kepada tubuh badan. • menerangkan bahaya rokok kepada tubuh badan secara ringkas. Isi Pelajaran : Bahaya rokok kepada tubuh badan • Kulit tidak cantik • Cepat menjadi tua • Tekanan darah tinggi • Ulser perut • Strok • Sakit jantung Bahan : Lembaran kerja perkataan tersembunyi Langkah Pelaksanaan : • Guru mengedarkan lembaran kerja “Cari Perkataan Tersembunyi” kepada murid- murid • Murid-murid mencari perkataan kesan rokok kepada tubuh badan. • Murid membaca jawaban • Guru merumuskan kesan bahaya merokok kepada tubuh badan.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 48 Lembaran Kerja Perkataan Tersembunyi: Cari Perkataan Tersembunyi Q W Z KB Y A K I N FR TTYY T E D AH S XUDX R A G E ST R S XGG S V L D C G B G KW N I F C E BW C I S ZH G H A DG UG F S A K I T J A N T U N G H P H T B FR X TW B F HJ A R K B I H GG EE I Q N D JH N E U V P UGGDGD R V D K GD W M R O Y H FF W A T M K J F A SK A L JJ B G E KSK C L B R Y J M KK I T N A C YT EO N A K L H M E MD T E A K M R MC HJ M A N G K E P F N L N GID T H B N B HJA T G T JJ A P K IG C I V L T G S H I HH S L SN MX G F T G F TTK G B PMX G N Z N U L S ERR H I T U PI GIG A U LF DO B NNN T AH I SY B Y OD A K G BBB L G Z X B U


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 49 AKTIVITI 2: KAD KUASA DUA Skop : Bahaya Rokok kepada Tubuh Badan Tajuk : Kad Kuasa Dua Aktiviti : Permainan menggunakan kad untuk mencari pasangan yang berlawanan Masa Aktiviti : 15 minit Tahun : 3 Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : • menyenaraikan lima penyakit kesan daripada merokok. • menerangkan bahaya rokok kepada tubuh badan secara ringkas. Isi Pelajaran : Kesan rokok kepada tubuh badan • Kulit tidak cantik • Cepat menjadi tua • Tekanan darah tinggi • Ulser perut • Strok • Sakit jantung Bahan : • 24 keping kad. Langkah Pelaksanaan : • Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan yang terdiri daripada empat hingga enam orang murid. • Setiap kumpulan diberi satu set kad kuasa dua. • Setiap murid dalam kumpulan perlu mengenal pasti kad kuasa dua yang sepadan. • Bagi melengkapkan padanan seterusnya, setiap peserta perlu mencabut kad daripada rakan di sebelahnya. • Asingkan kad kuasa dua yang sepadan dan letakkannya di atas meja. • Peserta terawal yang dapat menghabiskan kad di tangan dikira sebagai pemenang. • Guru merumuskan kesan bahaya rokok kepada tubuh badan.


Buku Lembaran Kerja IMFree TAHUN 3 50 Kad Kuasa Dua


Click to View FlipBook Version