The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAKLUMAN IBU BAPA BERKENAAN PENGOPERASIAN SEKOLAH PPN FASA 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SyahrulHassanTopit, 2021-10-09 01:56:17

MAKLUMAN IBU BAPA BERKENAAN PENGOPERASIAN SEKOLAH PPN FASA 2

MAKLUMAN IBU BAPA BERKENAAN PENGOPERASIAN SEKOLAH PPN FASA 2

MAKLUMAN BERKENAAN
PENGOPERASIAN SEKOLAH DI BAWAH PELAN PEMILIHAN NEGARA (PPN) FASA 2

SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM BATU PAHAT, JOHOR

A. MAKLUMAT UMUM

Peranan Sekolah

1. Keselamatan di sekolah ini adalah merujuk Standard Operating Procedure (SOP) Garis
Panduan Pengurusan Dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 3.0 di Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan oleh KPM pada 5 Oktober 2020 dan
Taklimat Pengoperasian Sekolah yang dibentang oleh Dr Radzi Jidin (Menteri Kanan
Pendidikan) pada 12 September 2021.

2. Memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke
sekolah.

3. Mengingatkan murid untuk mematuhi dan menggunakan laluan pergerakan yang
disediakan.

4. Mengingatkan murid agar tidak berkongsi barangan peribadi seperti alat tulis, makanan,
pakaian dan sebagainya.

5. Pemakaian pelitup muka sepanjang masa. Sekiranya terdapat tanda gejala, mereka
diasingkan di bilik isolasi/kesihatan sementara menunggu ibu bapa/penjaga membawa
mereka pulang untuk rawatan.

Peranan Ibu Bapa

1. Memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan
tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah.

2. Membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga.
3. Memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar.
4. Mengatur perjalanan anak ke sekolah dan sentiasa memberi kesedaran kepada anak

berkaitan penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan (kenderaan
awam).
5. Menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan
antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling.
6. Menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan
selepas makan.
7. Ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak bagi
mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin.
8. Memastikan anak mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah.
9. Menasihati anak agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain.
10. Menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas pulang dari
sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi.
11. Pelitup muka yang dibenarkan adalah pelitup muka standard yang dijual di pasaran/farmasi
(biru putih). Namun bagi penggunaan pelitup muka fabrik pula, hanya pelitup muka fabrik
berwarna hitam sahaja yang dibenarkan. Pelitup fabrik yang diterima daripada pihak sekolah
turut boleh digunakan.

B. MASA PERSEKOLAHAN

Waktu hadir 7.10 pagi
Waktu pulang Mengikut jadual kelas masing-masing

C. WAKTU HADIR DAN PULANG BAGI FASA 2 PPN

1. Memastikan anak-anak hadir ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan (sebelum 7.10
pagi).

2. Memastikan pengangkutan anak-anak yang menaiki kenderaan awam mengamalkan
penjarakan fizikal dalam pengaturan tempat duduk.

3. Pintu masuk murid terletak di laluan Jalan Kenangan sahaja. Laluan di Jalan Tasek (Pintu B)
ditutup kepada semua murid.

4. Pintu keluar murid terletak di laluan Jalan Kenangan (Pintu A). Laluan di Jalan Tasek (Pintu B)
ditutup kepada semua murid.

5. Pintu masuk/keluar murid semasa cuaca baik adalah seperti yang ditetapkan;

PINTU / LALUAN LALUAN BAGI
Semua murid
PINTU MASUK Pintu A berbumbung kiri (Blok Kenanga-Tingkatan 2)
Pintu A berbumbung kiri (Blok Kenanga-Tingkatan 2) Semua murid

PINTU KELUAR
Pintu A kanan (di kiosk)

6. Pintu masuk/keluar murid semasa cuaca hujan lebat adalah seperti yang ditetapkan;

PINTU / LALUAN LALUAN BAGI MAKLUMAN

Pintu A berbumbung Semua murid Ibubapa/kenderaan
kiri (Blok Kenanga- awam tinggalkan
Tingkatan 2) anak/murid di luar
sekolah

PINTU MASUK Pintu Gerbang di Pintu Tingkatan 2 sahaja Kenderaan ibu bapa
PINTU KELUAR A Tingkatan 2 masuk

Dewan Terbuka Bunga Semua Murid/ Kenderaan ibu bapa
Tingkatan 1 dan 3 masuk
Raya

Blok Cempaka Semua Murid/ Kenderaan ibu bapa
Tingkatan 4, 5 dan masuk
Pintu A berbumbung
kiri (Blok Kenanga- 6
Tingkatan 2)
Semua murid

Pintu A kanan (di
kiosk)

7. Saringan masuk murid-murid dijalankan di pintu masuk bersama guru-
guru/PIBK/Sukarelawan yang bertugas. Laluan saringan murid adalah tidak mengikut
tingkatan (bebas).

8. Saringan demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan pada
setiap hari di pintu masuk sekolah. Jika mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke atas atau
bergejala, murid akan diletakkan di bilik isolasi dan ibu bapa dihubungi bagi memberikan
rawatan lanjut.

9. Murid yang hadir sangat awal atau lewat akan dijalankan saringan oleh pengawal
keselamatan di Pintu A (utama). Pada ketika ini pintu kecil di kiri adalah tertutup.

10. Parkir bagi murid yang membawa kereta adalah di belakang kiosk sekolah (Tempoh PPN Fasa
2 sahaja). Kawasan parkir di kawasan lapang hadapan Pintu B adalah ditutup. Keselamatan
kenderaan dan harta-benda di dalamnya adalah tanggung-jawab pemilik kenderaan
tersebut. Saringan murid adalah di kawasan pintu gerbang (saringan guru).

11. Kedudukan parkir bagi motorsikal dan basikal juga di belakang kiosk dan membuat saringan
di kawasan pintu gerbang (saringan guru).

12. Bagi murid yang menaiki kenderaan ibu bapa/penjaga atau kenderaan awam diharap dapat
bersedia dan bersegera menuruni kenderaan bagi mengelakkan kesesakan kenderaan lain
yang menunggu.

13. Kenderaan ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan membuat parkir atau menurunkan anak-
anak di atas ‘zebra crossing’.

14. Waktu pulang murid-murid adalah bergantung kepada jadual kelas masing-masing.

TATACARA MURID MEMBAWA SIKAL – PARKIR DI
C1. Sesi Persekolahan Bagi Murid, Plan A (Cuaca Baik) BELAKANG KIOSK

MURID MASUK MELALUI PINTU PAGAR
A (SAYAP KIRI – BLOK KENANGA)

MURID MELALUI STESEN SARINGAN DI
HADAPAN KELAS 2 LAMBDA (BLOK
KENANGA)

SUHU BADAN MURID SUHU BADAN 37.5° C
DI BAWAH 37.5° C DAN KE ATAS

MURID MASUK KE KELAS UNTUK SESI MURID DIASINGKAN DI BILIK ISOLASI DI
PEMBELAJARAN BAWAH PENGAWASAN GURU

MURID DIBERI RAWATAN/DIBAWA OLEH
IBU BAPA MASING-MASING UNTUK
RAWATAN

MURID PULANG MELALUI PINTU A

C2. Tatacara Sesi Persekolahan Bagi Murid, Plan B (Cuaca Hujan)

MURID MASUK MELALUI PINTU PAGAR

BLOK CEMPAKA DEWAN TERBUKA KAWASAN PINTU
BUNGA RAYA BERBUMBUNG BERBUMBUNG KIRI
 SEMUA MURID PINTU GERBANG (BLOK KENANGA)
 MURID TING 4,  SEMUA MURID  TINGKATAN 2
 MURID TING 1  MURID PARKIR  SEMUA MURID
5 DAN 6 KERETA DI JALAN
DAN 3 KENANGAN

MURID MELALUI STESEN SARINGAN

SUHU BADAN MURID SUHU BADAN 37.5° C
DI BAWAH 37.5° C DAN KE ATAS

MURID MASUK KE KELAS UNTUK SESI MURID DIASINGKAN DI BILIK ISOLASI DI
PEMBELAJARAN BAWAH PENGAWASAN GURU

MURID DIBERI RAWATAN/DIBAWA OLEH
IBU BAPA MASING-MASING UNTUK
RAWATAN

MURID PULANG MELALUI PINTU A

D. PENGGILIRAN KEHADIRAN

1. Murid di dalam setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan
Kumpulan B.

2. Kehadiran murid berganti pada setiap minggu. Sekiranya pada minggu 1 murid Kumpulan A
hadiri PdPc; murid Kumpulan B akan membuat PdPR. Begitu pula bagi minggu 2 murid
Kumpulan B hadiri PdPc; murid Kumpulan A akan PdPR.

3. Penggiliran ini berkuatkuasa pada 10 Oktober 2021 sehingga hujung tahun 2021 (sehingga
pemakluman perubahan daripada pihak KPM)
PENGGILIRAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH

E. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Jadual waktu baharu akan dibekalkan kepada semua murid sebelum 10 Oktober 2021.
2. Perancangan dan pelaksanakan aktiviti PdPc adalah akur kepada keperluan penjarakan
fizikal.
3. Semua PdPc yang dilaksanakan tidak melibatkan aktiviti luar kelas.
4. Di bawah norma baharu pergerakan semua murid adalah dalam keadaan berbaris; tiada
pergerakan berpasangan.
5. Semua murid diingatkan tidak memakai baju sukan sepanjang tempoh PKPB ini kecuali atas
arahan sekolah atau guru berkenaan.
6. Masa pulang bagi murid-murid bergantung kepada jadual kelas masing-masing.
7. Semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke
suatu tarikh yang akan dimaklumkan oleh pihak KPM.
8. Namun bagi pemakaian baju unit beruniform adalah diwajibkan setiap hari Rabu dan
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum (Pemakaian Lengkap Baju Kokurikulum).

F. HEBAHAN SIAR RAYA

1. Perhimpunan pagi dilaksanakan setiap pagi melalui siar raya berpusat di pejabat sekolah.
Murid-murid berada di dalam kelas masing-masing untuk mendengar maklumat
keselamatan dan peringatan serta makluman semasa.

2. Hebahan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan akan dibuat melalui siar raya pada
waktu pagi, waktu rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari. Peringatan secara
berterusan juga dilaksanakan semasa PdPc.

G. PENGURUSAN WAKTU REHAT MURID

1. Waktu rehat murid adalah selama 20/30 minit seperti dalam jadual masing-masing.
2. Kantin tidak dibuka atas perkara yang tidak dapat dielakkan.
3. Murid hanya dibenarkan makan di dalam kelas.
4. Kelas-kelas waktu rehat akan diawasi oleh guru khas yang telah dipertanggungjawabkan.
5. Murid-murid boleh membeli makanan dan peralatan persekolahan di koperasi sekolah.
6. Murid digalakkan untuk membawa bekal makanan , sudu dan garfu sendiri. Pembelian

makanan daripada premis luar atau secara Delivary Order TIDAK DIBENARKAN.
7. Ibu bapa yang hendak menghantar makanan waktu rehat hendaklah melalui SOP yang

ditetapkan di pondok pengawal Pintu A.
8. Makan dengan sopan dan tertib di dalam kelas, jangan mengotorkan meja atau lantai kelas.
9. Setelah makan, sisa makanan dan bekas polisterin hendaklah dibuang ke dalam tong sampah

berlabel yang telah disediakan di setiap koridor.
10. Selepas makan, ambil giliran kebenaran untuk cuci tangan di tandas/sinki yang disediakan.

H. PRASARANA

1. Kelas-kelas pembelajaran murid Tingkatan 6 Atas adalah seperti biasa iaitu dalam blok
Cempaka.

2. Kelas-kelas pembelajaran telah dibersih dan disusun dengan penjarakan yang telah
disarankan.

3. Lantai-lantai kelas dan koridor telah ditandai dengan laluan pergerakan sehala dan terarah.
Semua murid dinasihatkan untuk mematuhi laluan pergerakan untuk mengelakkan
pertembungan.

4. Pensanitasi tangan diletakkan di kelas-kelas, bilik-bilik khas dan lokasi tumpuan umum.
Peringatan tentang penjagaan kebersihan tangan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

5. Sebanyak dua jenis bakul sampah bertutup dibekalkan di setiap aras kelas-kelas
pembelajaran dan bilik khas.
 Bakul sampah kecil – pembuangan pelitup muka, tisu, bahan-bahan buangan yang
kering.
 Bakul sampah besar – pembuangan bekas-bekas makanan dan bahan-bahan buangan
lembab dan basah.

6. Tempat-tempat larangan telah diletakkan pita keselamatan dan penjarakan tempat duduk
pada bangku telah ditanda dengan ‘X’.

7. Poster-poster dan maklumat penjagaan diri dan penjarakan sosial telah ditampal di sekitar
kawasan sekolah.

I. SOLAT

1. Ruang solat bagi Surau Al Mawaddah tidak dibuka kepada murid-murid kecuali atas sebab-
sebab kelas petang dan pulang lewat.

2. Murid-murid digalakkan untuk menunaikan solat di rumah.
3. Murid yang ingin menunaikan solat di surau sekolah diingatkan untuk;

 Sanitasi tangan menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di pintu masuk
surau.

 Patuhi pelan lantai pergerakan dan kedudukan sejadah yang telah ditandakan.
 Bawa telekung dan sejadah sendiri.

J. PENGGUNAAN SERI WANGI (TANDAS)
1. Sila pastikan jumlah pengguna tandas tidak melebihi bilangan nombor yang telah
ditetapkan/ditampal pada dinding
masuk Seri Wangi.
2. Seri Wangi menggunakan kad
bernombor yang mewakili bilangan
tandas berdasarkan dua kad berikut;
 Kad hijau ‘BOLEH DIGUNAKAN’
 Kad merah ‘SEDANG
DIGUNAKAN’
3. Untuk menggunakan tandas, sila pilih
dan terbalikkan kad nombor tandas yang digunakan ‘SEDANG DIGUNAKAN’.
4. Setelah selesai menggunakan tandas, terbalikkan nombor tandas ‘BOLEH DIGUNAKAN’.
5. Jika didapati semua nombor tandas berwarna merah, maka tiada kekosongan di dalam
tandas buat sementara waktu. Pengguna hendaklah menunggu giliran di tempat yang telah
ditanda dan berada pada jarak 1 meter dengan pengguna di hadapan dan belakang.
6. Pengguna haruslah sabar dan berhemah, serta mengikut arahan dengan teliti.
7. Jangan lupa untuk mencuci tangan dengan sabun sebelum meninggalkan tandas dan
pastikan tandas dalam keadaan bersih.

Daripada
PENGETUA SMK(P)TI


Click to View FlipBook Version