The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozitamajid, 2019-07-25 09:46:51

buku program minggu karnival HEM

BUKU PROGRAM MINGGU KARNIVAL HEM

SMK TAMAN JASMIN 2, KAJANG

Perasmian

29 JULAI 2019 (ISNIN)
DATARAN SMK TAMAN JASMIN 2

Anjuran:
UNIT HAL EHWAL MURID
SMK TAMAN JASMIN 2

Dirasmikan oleh:
EN. MOHD FADZIL BIN AHMAD
NAIB YANG DIPERTUA PIBG

SMK TAMAN JASMIN 2

PENGENALAN

Minggu Karnival Hal Ehwal Murid merupakan satu program diada-
kan bertujuan untuk membolehkan semua jawatan kuasa Unit HEM
melaksanakan aktiviti yang menarik sepanjang tempoh tersebut. Aktiviti-
aktiviti yang akan dijalankan melibatkan kerjasama semua unit dalam HEM
iaitu Unit Disiplin dan Pembentukan Sahsiah Murid, Unit Bimbingan dan
Kaunseling, Unit 3K (Kesihatan, Keselamatan dan Keceriaan), Unit Kebajikan,
Unit Pengurusan Murid dan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah.

Program yang dirancang dengan baik dan mempunyai pengisian yang
berfaedah dapat memberikan kesedaran kepada murid untuk menjadi warga-
negara bertanggungjawab serta dapat memupuk nilai murni dan sahsiah diri
yang terpuji dan menjauhi perkara-perkara negatif. Sahsiah diri yang positif
menjadi benteng pertahanan agar unsur-unsur negatif tidak meresap dalam
diri murid seterusnya merosakkan masa depan mereka.

OBJEKTIF

Selepas program ini, murid-murid akan dapat:

 Mengetahui pentingnya menjaga keselamatan diri dan menjauhi diri
daripada terjebak dengan perkara-perkara negatif.

 Mengetahui lebih lanjut mengenai info kesihatan yang berkaitan dengan
penyakit dan penggunaan ubat-ubatan.

 Mengetahui akibat buruk penagihan rokok, dadah dan inhalan serta baha-
ya penyakit AIDS/HIV.

 Bersama membantu pihak sekolah menjaga kebersihan sekolah dengan
mengamalkan sikap bersih, bergotong-royong dan kitar semula barang-
barang.

 Mengumpulkan dana untuk pembangunan sahsiah murid.

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU KARNIVAL

Tarikh/Masa Aktiviti
29/7/2019 1. Pelancaran Minggu Karnival HEM
2. Permainan Head Ping Pong
(Isnin) 3. Jualan : (makanan , minuman & bahan bacaan)
4. Kempen “Sehari 10 sen”
5. Sembang disiplin
6. Pameran disiplin
7. Pengucapan Awam – Unit Kaunseling

31/07/2019 1. Permainan Baling Tin
(Rabu) 2. Jualan : (makanan, minuman & bahan bacaan)
3. Kempen “Sehari 10 sen”
4. Sembang disiplin
5. Pameran disiplin
6. Ceramah Penjagaan Diri (Hamil Luar Nikah)
7. Pameran AADK
8. Ceramah Berfokus Pencegahan Dadah

1/8/2019 1. Permainan Sepak Bola
(Khamis) 2. Jualan : (makanan, minuman & bahan bacaan)
3. Kempen “Sehari 10 sen”
4. Sembang disiplin
5. Pameran disiplin
6. Ceramah berkaitan kerjaya daripada Bomba
7. Pameran daripada Bomba

2/8/2019 Penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang
(Jumaat)

ATUR CARA MAJLIS
PERASMIAN MINGGU KARNIVAL

HAL EHWAL MURID (HEM)

9.15 pagi / 12.50 tengah hari : Semua murid di dataran

Perhimpunan biasa & pengumuman guru bertugas

9.25 pagi / 1.10 tengah hari : Ketibaan barisan pentadbir & perasmi

Nyanyian ‘Negaraku’, lagu negeri

Selangor dan lagu sekolah

: Bacaan doa

: Ucapan Pengetua

: Ucapan Perasmi

: Majlis Pelancaran

: Penyampaian Cenderahati

: Sesi Fotografi

: Tetamu melawat gerai

(aktiviti jualan dan permainan bermula di foyer)

11.20 pagi / 2.50 petang : Aktiviti Karnival HEM tamat.

PdP seperti biasa

Unit HEM SMK Taman Jasmin 2
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam menjayakan

Majlis Perasmian
Minggu Karnival
Hal Ehwal Murid (HEM) 2019


Click to View FlipBook Version