The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by harikays78, 2024-03-03 01:52:44

DASAR KETETAPAN SEKOLAH

DASAR KETETAPAN SEKOLAH

1


2 DASAR DAN KETETAPAN PENTADBIRAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG RINCHING SENARAI TUGASAN GURU BESAR PERINCIAN TUGASAN 1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN AM 1.1 Bertanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam melaksanakan tugas untuk mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta merealisasikan aspirasi KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta mendokong usaha ke arah merealisasikan transformasi pendidikan negara di peringkat pendidikan rendah. 1.2 Bertanggungjawab secara langsung dengan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan staf sokongan di sekolah. 1.3 Memahami Surat-Surat Siaran/ Surat-Surat Pekeliling, Perintah-Perintah Am dan Arahan-Arahan Perbendaharaan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. 1.4 Memahami aspirasi KPM dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 1.4.1 Melaksanakan prosedur pelantikan dan pengesahan jawatan guru dan staf sokongan. 1.4.2 Melaksanakan prosedur dalam urusan kenaikan pangkat guru dan staf sokongan. 1.4.3 Melaksanakan prosedur dalam urusan-urusan perkhidmatan. 1.4.4 Menentukan VISI dan MISI sekolah. 1.4.5 Menyediakan Piagam Pelanggan Sekolah. 1.4.6 Melaksanakan prosedur dalam urusan-urusan sumber manusia yang melibatkan keluluskan. 1.4.7 Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian tugasan guru-guru dan staf sokongan. 1.4.8 Menyediakan senarai tugasan guru-guru dan staf sokongan. 1.4.9 Menyimpan dan menyelenggara rekod-rekod peribadi guru dan staf sokongan. 1.4.10 Menyediakan Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT), Laporan Berkala, dan Laporan Sulit Khas guru-guru dan staf sokongan. 1.4.11 Memastikan Sistem Fail diselenggara dengan bersistem dan teratur serta berkesan. 1.4.12 Merancang, menentukan dan melaksanakan takwim sekolah. 1.4.13 Menentukan Penyata / Data disediakan mengikut jadual. 1.4.14 Menjadi Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah. 1.4.15 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat utama dan penting di sekolah. 1.4.16 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat KPM, JPN, PPD dan Jabatan-Jabatan/ Agensi-Agensi Kerajaan yang lain jika dipanggil. 1.4.17 Menentukan prosedur dan tatacara berurusan di pejabat sekolah. 1.4.18 Mengurus, mengendali dan menyelenggarakan semua rekod stok dan inventori sekolah. 1.4.19 Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.


3 1.4.20 Memahami semua Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah. 2. PENGURUSAN KEWANGAN 2.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan/belanjawan sekolah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM atau JPN. 2.2 Memahami segala Surat Pekeliling Perbendaharaan / Kewangan dan Tatacara Pengurusan Kewangan Organisasi. 2.3 Menguruskan Tuntutan Perkapita (PCG) bagi tahun yang berikutnya seperti arahan oleh pihak Kementerian Pelajaran atau JPN. 2.4 Memastikan segala urusan gaji guru dan staf sokongan dilaksanakan dengan sempurna. 2.5 Memastikan segala kutipan yang dibuat di sekolah mengikut peraturan dan prosedur. 2.6 Merancang perbelanjaan Kewangan Sekolah samada Wang Kerajaan atau Wang SUWA. 2.7 Menguruskan urusan pembayaran perbelanjaan mengikut prosedur. 2.8 Mengurus dan menyelenggara buku tunai untuk Akaun Kerajaan Dan Akaun SUWA. 2.9 Mengurus, menyelenggara dan menyelia Panjar Wang Runcit dengan sempurna. 2.10 Mengemaskini segala Buku Akaun Kerajaan, Akaun SUWA dan Panjar Wang Runcit bagi tujuan semakan dan audit. 2.11 Memastikan prosedur perbelanjaan dan pembayaran dipatuhi supaya akaun sekolah tidak dikenakan Audit Berteguran. 2.12 Menyelaras segala urusan yang berkaitan dengan pengagihan bantuan yang diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran untuk murid-murid. 2.13 Menjadi Pengerusi Lembaga Sebutharga dan Tender Sekolah. 2.14 Memperakukan segala tuntutan perjalanan, elaun lebih masa , panjar wang runcit atau mana-mana yang berkaitan oleh guru-guru dan staf sokongan mengikut prosedur kewangan. 2.15 Memastikan urusan pelupusan dan hapuskira dilaksanakan dengan sempurna dan mematuhi prosedur kewangan. 2.16 Sentiasa mempunyai iltizam yang tinggi dalam menguruskan kewangan sekolah. 3. PENGURUSAN PEMBANGUNAN SEKOLAH ( FIZIKAL DAN PERSEKITARAN ) 3.1 Memastikan semua perancangan yang berkaitan dengan pembangunan sekolah dibuat dengan teliti. 3.2 Melaksanakan tugas dalam pengawasan bangunan sekolah ,fizikal dan persekitaran sekolah. 3.3 Mengambil langkah-langkah dalam urusan menyelenggara bangunan sekolah dari aspek pemastian keselamatan. 3.4 Merancang dan menguruskan segala projek-projek kecil penyelenggaraan bangunan. 3.5 Merancang dan melaksanakan program yang berkaitan dengan peningkatan keindahan dan keceriaan sekolah. 3.6 Merancang landscaping yang bersesuaian dengan keadaan sekolah.


4 4. PENGURUSAN LATIHAN DAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU & STAF 4.1 Melaksanakan Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk semua guru dan staf sokongan. 4.2 Mengendalikan perkembangan staf dalam kalangan kumpulan-kumpulan guru atau staf berfokus kepada bidang tugasan. 4.3 Menjalankan taklimat perkhidmatan dari semasa ke semasa kepada semua guru dan staf sokongan. 4.4 Menyampaikan maklumat terkini kepada semua guru dan staf sokongan yang berkaitan dengan arahan atau pekeliling daripada Kementerian Pelajaran atau JPN. 5. PENGURUSAN KURIKULUM 5.1 Memastikan segala urusan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran mestilah dilaksanakan mengikut apa yang terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. 5.2 Memahami semua Surat Pekeliling Ikhtisas KPM yang berkaitan dengan Kurikulum. 5.3 Memastikan pelaksanaan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan berasaskan Akta Pelajaran, Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas dan Arahan-Arahan KPM. 5.4 Memastikan pelaksanaan kurikulum sekolah berjalan dengan sempurna berdasarkan arahan KPM. 5.5 Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh KPM. 5.6 Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti yang berfokus kepada program LINUS bagi mencapai KPI KPM iaitu penguasaan murid dalam kemahiran-kemahiran literasi dan numerasi sepenuhnya. 5.7 Memastikan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut panduan yang ditetapkan. 5.8 Menjayakan agenda nasional iaitu transformasi pendidikan yang bermula dari tahun 1 melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam membentuk modal insan yang dinamik. 5.9 Merasionalkan warga pendidik sekolah ini, ibu bapa dan masyarakat setempat tentang hasrat dan matlamat KPM serta menjayakan hasrat bagi memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) melalui sistem pendidikan Negara. 5.10 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan membuat perancangan untuk melaksanakan kurikulum dengan berkesan. 5.11 Menubuhkan Panitia Mata Pelajaran dan melantik ketua panitia untuk mengurus dan mengendalikan panitia pelajaran dengan lebih terancang dan bersistematik. 5.12 Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika perlu. 5.13 Menyemak dan mengesah Fail Rekod Mengajar guru-guru. 5.14 Menyelia dan memantau pengajaran dan pembelajaran guru-guru. 5.15 Memastikan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan dan menyelia segala program di bawah Pusat Sumber Sekolah. 5.16 Merancang dan melaksanakan Ujian dan Pentaksiran


5 6. PENGURUSAN HAL EHWAL DAN KEBAJIKAN MURID 6.1 Merancang dan melaksanakan semua perkara dan urusan yang berkaitan Hal Ehwal Murid dengan mengikuti segala prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM. 6.2 Memahami Surat Pekeliling Ikhtisas KPM yang berkaitan dengan Pengurusan Hal Ehwal Murid. 6.3 Mewujudkan Peraturan Sekolah yang sesuai dan boleh digunapakai oleh semua murid bagi memastikan pengurusan disiplin dapat berjalan dengan lancar. 6.4 Memastikan pendaftaran murid dapat dilaksanakan dengan berkesan. 6.5 Merancang dan melaksanakan program kearah Pembangunan Modal Insan seperti yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 6.6 Menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugastugas yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid. 6.6.1 Jawatankuasa Disiplin & Akhlak Dan Pengawas Sekolah 6.6.2 Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling 6.6.3 Jawatankuasa Kebajikan Murid 6.6.4 Jawatankuasa Kesihatan 6.6.5 Jawatankuasa Kantin 6.6.6 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 6.6.7 Jawatankuasa Keselamatan 6.6.8 Jawatankuasa Rancangan Makanan Tambahan / Program Susu Sekolah 6.6.9 Jawatankuasa Data & Maklumat Murid 6.6.10 Jawatankuasa Rekod & Pendaftaran Murid 6.6.11 Takaful Perlindungan Sekolah Malaysia (TPSM) 6.6.12 Jawatankuasa 3K 7. PENGURUSAN KOKURIKULUM 7.1 Memahami Surat Pekeliling Ikhtisas KPM tentang hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kokurikulum. 7.2 Menubuhkan Jawatankuasa Induk Kokurikulum. 7.3 Merancang dan melaksanakan program kokurikulum yang berlandaskan Pembangunan Modal Insan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). 7.4 Memastikan program dan aktiviti kokurikulum dilaksanakan di sekolah. 7.5 Menyelia dan memantau pelaksanaan program dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. 7.6 Memperaku dan mengesahkan penubuhan Kelab dan Persatuan , Sukan dan Permainan serta Unit Pakaian Seragam. 7.7 Mengesahkan penilaian kokurikulum yang dibuat oleh guru penasihat kepada murid-murid.


6 8. PERHUBUNGAN AWAM 8.1 Mengadakan hubungan dua hala dan permuafakatan antara pihak sekolah dengan PIBG, komuniti setempat, badan-badan bukan kerajaan dan badan sukarela, pemimpin setempat, sekolah-sekolah di sekitar (sekolah menengah, sekolah rendah , tadika atau tabika) dan agensi kerajaan seperti Balai Polis, Balai Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Perbandaran. 8.2 Mengadakan permuafakatan dengan komuniti setempat untuk menjayakan program sekolah terutama yang berkaitan dengan Pembangunan Modal Insan. 8.3 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan badan sukarela sesuai dengan etika perkhidmatan dan profesionalisme. 8.4 Melayani pelanggan dengan penuh bertanggungjawab. 8.5 Mengambil tindakan segera terhadap aduan daripada pihak ibu bapa dengan menyelesaikan mengikut kaedah 1, 3, 7. 9. MENGAJAR 9.1Mengajar tidak kurang dari 5 waktu seminggu tidak termasuk waktu perhimpunan.


7 SENARAI TUGASAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG RINCHING 1. BIDANG TUGAS Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam melaksanakan tugas untuk mencapai Visi dan Misi sekolah terutama dalam aspek pencapaian akademik selaras dengan hasrat Dasar Pendidikan Kebangsaan serta merealisasikan aspirasi KPM seperti yang terkandung dalam PPPM 2013-2025. 1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar. 1.2 Mengajar tidak kurang daripada 12 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan. 1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal pentadbiran, kurikulum dan pengurusan guru dan staf sokongan. 1.4 Membantu Guru Besar dalam aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk yang mempunyai sesi petang. 1.5 Membantu Guru Besar dalam urusan penyeliaan dan pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran guru dan murid. 1.6 Melaksanakan arahan Guru Besar dari semasa ke semasa. 2. SENARAI TUGASAN 2.1 KURIKULUM 2.1.1 Memahami Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas KPM yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum di sekolah. 2.1.2 Memahami aspirasi KPM dalam merealisasikan PPPM. 2.1.3 Merancang, menyusun dan menyelaras Jadual Waktu Kelas dan Jadual Waktu Guru. 2.1.4 Memastikan semua guru dibekalkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian. 2.1.5 Membantu dan membimbing guru-guru membuat Rancangan Pelajaran Harian. 2.1.6 Membantu Guru Besar dalam merancang dan melaksanakan program yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum. 2.1.7 Membuat penyeliaan dan pemantauan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dan murid dalam bilik darjah. 2.1.8 Menyelaras semua program kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM. 2.1.9 Membantu ketua-ketua panitia mata pelajaran dalam melaksanakan tanggungjawab pentadbiran dan pengurusan panitia masing-masing. 2.1.10 Bersama-sama dengan panitia-panitia mata pelajaran merancang dan melaksanakan program dan aktiviti panitia. 2.1.11 Merancang, menyelaras dan melaksanakan program bimbingan dan pemulihan. 2.1.12 Membantu guru-guru dalam membuat perancangan aktiviti panitia. 2.1.13 Merancang dan melaksanakan hal-hal yang berkaitan ujian dan peperiksaan awam dan sekolah.


8 2.1.14 Menyelaras dan membantu Guru Pusat Sumber dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah. 2.1.15 Bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengurusan kurikulum di sekolah. 2.2 PENTADBIRAN 2.2.1 Membantu Guru Besar dalam merancang Takwim Sekolah. 2.2.2 Menyokong dan merekodkan cuti rehat, cuti tanpa rekod dan cuti sakit guruguru sesi pagi dan staf sokongan. 2.2.3 Membantu Guru Besar menyelia dan menyemak rekod kehadiran guru setiap hari. 2.2.4 Menyemak dan menandatangan Fail Rekod Mengajar guru-guru sesi pagi semasa ketiadaan Guru Besar atau atas arahan Guru Besar. 2.2.5 Membantu Guru Besar dalam menyelia dan memantau tugas staf sokongan pejabat. 2.2.6 Membantu Guru Besar dan Pembantu Tadbir menyediakan anggaran belanjawan bagi tahun-tahun berikutnya. 2.2.7 Merancang dan melaksanakan program latihan guru dan staf sokongan (LADAP). 2.2.8 Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. 2.2.9 Membantu Pembantu Tadbir Kewangan dalam penyediaan Penyata dan Akaun Tahunan bagi tujuan pengauditan. 2.2.10 Membuat pelaporan hal-hal yang berkaitan dengan keputusan peperiksaan peringkat sekolah atau awam kepada Guru Besar. 2.2.11 Membantu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Petang untuk merancang dan melaksanakan program keindahan dan kebersihan sekolah. 2.2.12 Bersama dengan semua Guru Penolong Kanan dalam merancang program ke arah memastikan keselamatan murid terjamin setiap masa di sekolah. 2.2.13 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan oleh pihak sekolah, PPD, Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pelajaran. 2.2.14 Mewakili Guru Besar dalam mesyuarat-mesyuarat yang tidak dapat dihadiri oleh Guru Besar. 2.2.15 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa di sekolah yang dilulus dan diperaku oleh Guru Besar. 2.2.16 Menghadiri semua Mesyuarat Pengurusan Sekolah, Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Sekolah dan Mesyuarat Pentadbir Sekolah pada masa yang ditetapkan. 2.2.17 Bekerjasama dengan semua Guru Penolong Kanan dalam melaksanakan segala program dan aktiviti yang dirancang. 2.2.18 Menghadiri dalam sebarang aktiviti dan majlis yang diadakan oleh pihak sekolah. 2.2.19 Menjaga keharmonian dengan semua Guru Penolong Kanan dan Pentadbir. 2.2.20 Menjadi pemerhati dalam Jawatankuasa PIBG Sekolah dan menghadiri semua mesyuarat yang dijalankan oleh PIBG. 2.2.21 Membantu Guru Besar menyelesaikan aduan atau kes yang ditimbulkan oleh pihak ibu bapa atau orang awam dengan profesional mengikut kaedah 1,3,7.


9 2.2.22 Menjaga imej sebagai pentadbir sekolah dan profesionalisme perguruan. 2.2.23 Menjaga hubungan baik dengan semua guru dan staf sokongan serta warga sekolah. 2.2.24 Bertugas di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang mengikut kesesuaian atau budi bicara Guru Besar. 2.2.25 Menjadi Pegawai Penilai Pertama (PP1) Laporan Prestasi Tahunan guruguru./PBPPP SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN PETANG SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG RINCHING 1. BIDANG TUGAS Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah bagi persekolahan sesi petang dalam aspek kurikulum, Hal Ehwal Murid dan kokurikulum selaras dengan hasrat Dasar Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi KPM untuk merealisasikan PPPM 2013-2025. 1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan yang lain. 1.2 Mengajar tidak kurang daripada 12 waktu seminggu tidak termasuk waktu perhimpunan. 1.3 Membantu Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam aspek pengurusan kurikulum sesi petang. 1.4 Membantu Guru Besar dalam merancang dan melaksanakan program dan aktiviti sesi petang. 1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan memantau pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 1.6 Melaksanakan semua arahan Guru Besar dari semasa ke semasa. 2. SENARAI TUGAS 2.1 Memahami Surat Pekeliling Ikhtisas KPM yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah, kurikulum, HEM dan kokurikulum. 2.2 Memahami aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam aspek Pembangunan Modal Insan. 2.3 Bersama dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam merancang, mengagih dan menyelaras tugasan guru-guru dan menyusun jadual waktu kelas dan jadual waktu guru terutama guru-guru sesi petang. 2.4 Memastikan semua guru sesi petang memiliki Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran untuk merancang Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian. 2.5 Membantu Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan lain merancang takwim sekolah. 2.6 Menyelaras pengurusan kelas bimbingan dan kelas pemulihan. 2.7 Bersama Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam pengurusan Hal Ehwal Murid sesi petang. 2.8 Bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulum dalam pengurusan kokurikulum sesi petang. 2.9 Memastikan langkah-langkah keselamatan bagi menjamin keselamatan murid-murid sesi petang. 2.10 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.


10 2.11 Membantu Guru Besar dalam urusan penyeliaan dan pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran guru-guru sesi petang. 2.12 Membantu Guru Besar menyelesaikan aduan atau kes yang ditimbulkan oleh pihak ibu bapa atau orang awam dengan profesional mengikut kaedah 1,3,7. 2.13 Mewakili Guru Besar dalam mesyuarat-mesyuarat yang tidak dapat dihadiri oleh Guru Besar. 2.14 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa di sekolah yang dilulus dan diperaku oleh Guru Besar. 2.15 Menghadiri semua Mesyuarat Pengurusan Sekolah, Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Sekolah dan Mesyuarat Pentadbir Sekolah. 2.16 Bekerjasama dengan semua Guru Penolong Kanan yang lain dalam melaksanakan segala program dan aktiviti yang dirancang. 2.17 Menjaga keharmonian dengan semua Guru Penolong Kanan dan Pentadbir. 2.18 Menyokong dan merekodkan cuti rehat, cuti tanpa rekod dan cuti sakit yang diambil oleh guru-guru sesi petang. 2.19 Menyelia dan memantau tugas-tugas staf sokongan, pekerja am dan pengawal keselamatan waktu sesi petang. 2.20 Menyelia dan menyemak serta merekod kehadiran guru-guru sesi petang. 2.21 Menyemak dan menandatangani Fail Rekod Mengajar guru-guru sesi petang semasa ketiadaan Guru Besar atau atas arahan Guru Besar. 2.22 Melaksanakan urusan pertukaran masuk dan pertukaran keluar murid sesi petang. 2.23 Bersama Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam urusan SPBT. 2.24 Menyelia dan memantau guru-guru bertugas sesi petang dan menyemak laporan harian. 2.25 Membantu Guru Besar dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, keselamatan, kebersihan, keceriaan dan kesihatan sekolah sesi petang. 2.26 Menjaga hubungan baik antara Guru-guru Penolong Kanan, dan guru-guru sesi pagi dengan guru-guru sesi petang serta staf sokongan dan warga sekolah yang lain. 2.27 Menjaga imej pentadbir sekolah dan maruah profesion perguruan. 2.28 Menjadi pemerhati dalam PIBG sekolah dan menghadiri semua mesyuarat yang dijalankan oleh PIBG. 2.29 Bertugas di sekolah dari jam 12.00 tengahari hingga 6.40 petang mengikut kesesuaian atau budi bicara Guru Besar. 2.30 Menjadi Pegawai Penilai Pertama (PP1) Laporan Prestasi Tahunan guru-guru/PBPPP SENARAI TUGASAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG RINCHING 1. BIDANG TUGASAN Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam melaksanakan tugas untuk mencapai Visi dan Misi Sekolah dalam aspek Akademik dan Pembangunan Modal Insan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta merealisasikan aspirasi KPM seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). 1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar. 1.2 Mengajar tidak kurang daripada 12 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan. 1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam ha-hal pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan pengurusan guru dan staf sokongan. 1.4 Membantu Guru Besar dalam aspek perancangan dan pengurusan Hal Ehwal Murid termasuk yang mempunyai sesi petang.


11 1.5 Membantu Guru Besar dalam urusan penyeliaan dan pemantau Pengajaran dan Pembelajaran guru. 1.6 Melaksanakan arahan Guru Besar dari semasa ke semasa. 2. SENARAI TUGAS 2.1 Memahami Surat Pekeliling Ikhtisas KPM terutama yang berkaitan dengan pengurusan Hal Ehwal Murid. 2.2 Memahami aspirasi KPM dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). 2.3 Merancang, menyelaras dan melaksanakan semua program dan aktiviti yang memfokus kepada Pembangunan Modal Insan seperti yang dihasratkan dalam PPPM. 2.4 Membantu Guru Besar menyediakan agihan tugasan dalam Unit Hal Ehwal Murid. 2.5 Menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah. 2.6 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. 2.7 Membantu Guru Besar dalam urusan pendaftaran masuk dan keluar murid. 2.8 Membantu Guru Besar dalam urusan yang berkaitan dengan hal-hal kebajikan murid. 2.9 Menyelaras segala aktiviti unit Hal Ehwal Murid. 2.10 Menyelia dan memantau semua unit HEM dalam melaksanakan aktiviti/program. 2.11 Memastikan peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan dikuatkuasakan. 2.12 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan sekolah. 2.13 Menyelaras dan menyediakan rekod dan maklumat murid. 2.14 Merancang program orientasi untuk murid-murid baru. 2.15 Menyelia dan memantau pengurusan kantin sekolah dari semasa ke semasa. 2.16 Merancang dan melaksana program yang berkaitan dengan keselamatan murid. 2.17 Membuat pelaporan tentang hal-hal yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid. 2.18 Bertanggungjawab dalam urusan keselamatan bangunan dan kawasan sekolah. 2.19 Menyelia dan memantau pengurusan syarikat pembersihan dan kawalan keselamatan. 2.20 Mewakili Guru Besar dalam mesyuarat-mesyuarat yang tidak dapat dihadiri oleh Guru Besar dalam urusan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid. 2.21 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa di sekolah yang diluluskan dan diperaku oleh Guru Besar. 2.22 Bersama dengan Guru Penolong Kanan lain untuk merancang dan melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid. 2.23 Menyelaras, menyelia dan menyemak jadual kedatangan murid sesi pagi dan sesi petang. 2.24 Membantu Guru Besar dalam penyeliaan dan pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran guru dan murid. 2.25 Menghadiri mesyuarat Pengurusan Sekolah, Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Sekolah dan Mesyuarat Pentadbir Sekolah pada masa yang ditetapkan. 2.26 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan oleh pihak PPD, Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran. 2.27 Menghadiri sebarang aktiviti dan majlis yang diadakan oleh pihak sekolah. 2.28 Menjaga imej pentadbir dan maruah profesionalisme perguruan. 2.29 Membantu Guru Besar menyelesaikan aduan yang ditimbulkan oleh pihak ibu bapa dan orang awam dengan profesional mengikut kaedah 1,3,7. 2.30 Menjaga hubungan baik di antara GPK, guru-guru, PIBG dan warga sekolah. 2.31 Bertugas di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang mengikut kesesuaian atau budi bicara Guru Besar. 2.32 Menjadi Pegawai Penilai Pertama (PP1) Laporan Prestasi Tahunan guru-guru/PBPPP


12 SENARAI TUGASAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG RINCHING 1. BIDANG TUGASAN Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam melaksanakan tugas untuk mencapai Visi dan Misi Sekolah dalam aspek kecemerlangan Kokurikulum dan kemenjadian Modal Insan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta merealisasikan aspirasi KPM seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). 1.1 Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan yang lain. 1.2 Mengajar tidak kurang daripada 12 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan. 1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan kokurikulum termasuk pengurusan sesi petang. 1.4 Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah. 1.5 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sesi petang. 1.6 Melaksanakan arahan Guru Besar dari semasa ke semasa. 2. SENARAI TUGAS 2.1 Memahami Surat Pekeliling Ikhtisas KPM yang berkaitan dengan pengurusan kokurikulum di sekolah. 2.2 Memahami aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang berkaitan dengan Pembangunan Modal Insan. 2.3 Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti kokurikulum yang berfokus kepada memperkasakan Pembangunan Modal Insan melalui konsep satu murid satu sukan. 2.4 Bekerjasama dengan semua Penolong Kanan dalam mengurus dan mentadbir sekolah. 2.5 Mengurus, memimpin dan menyelaras bidang kokurikulum supaya mengikut matlamat, dasar dan objektif. 2.6 Merancang dan mengagihkan tugas pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum kepada setiap guru termasuk Guru-Guru Penolong Kanan dan Ketua Panitia Mata Pelajaran. 2.7 Memastikan pelaksanaan program dan aktiviti kokurikulum berjalan lancar, bersistem dan berkesan. 2.8 Membuat pelaporan tahunan berkaitan dengan kokurikulum. 2.9 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. 2.10 Mewakili Guru Besar dalam mesyuarat-mesyuarat yang tidak dapat dihadiri oleh Guru Besar. 2.11 Membantu Guru Besar dalam urusan penyeliaan dan pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran guru-guru. 2.12 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran atau PPD. 2.13 Menghadiri Mesyuarat-mesyuarat Pengurusan Sekolah, Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Sekolah dan Mesyuarat Pentadbir Sekolah. 2.14 Membantu Guru Besar dalam urusan penyelenggaraan bangunan dan keceriaan sekolah. 2.15 Menganggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang dilulus dan diperakukan oleh Guru Besar di sekolah. 2.16 Menjadi pemerhati PIBG dan menghadiri semua mesyuarat AJK PIBG seperti yang ditetapkan. 2.17 Membuat anggaran perbelanjaan untuk program dan aktiviti kokurikulum dan membuat laporan perbelanjaan. 2.18 Mengawasi dan menyelenggara peralatan yang dibekalkan untuk kegiatan kokurikulum.


13 2.19 Membantu Guru Besar menyelesaikan aduan atau kes yang ditimbulkan oleh pihak ibu bapa atau orang awam secara profesional mengikut kaedah 1,3,7. 2.20 Menjaga imej pentadbir dan maruah profesionalisme perguruan. 2.21 Menjaga hubungan antara GPK, guru-guru, staf sokongan dan warga sekolah. 2.22 Bertugas di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga jam 1.30 petang mengikut kesesuaian atau budi bicara Guru Besar. 2.22 Menjadi Pegawai Penilai Pertama (PP1) Laporan Prestasi Tahunan guru-guru/PBPPP SENARAI TUGASAN SETIAUSAHA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG RINCHING 1. BIDANG TUGAS Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam melaksanakan tugas meliputi semua hal Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah bagi mencapai Visi dan Misi Sekolah dalam aspek kecemerlangan sekolah dan peningkatan prestasi akademik serta kemenjadian modal insan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi merealisasikan aspirasi KPM seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). 1.1 Melaksanakan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh Guru Besar dalam semua aspek Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah. 1.2 Menjadi Pegawai Khas kepada Guru Besar terutama dalam melaksanakan urusan Pentadbiran Akademik Sekolah. 1.3 Menjadi Setiausaha dalam Mesyuarat Pengurusan Sekolah dan Mesyuarat Pentadbir Sekolah. . 2. SENARAI TUGAS 2.1 Memahami Surat Pekeliling Ikhtisas KPM yang berkaitan dengan Pengurusan Sekolah, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Kokurikulum. 2.2 Memahami aspirasi KPM dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). 2.3 Membantu Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan yang lain dalam menentukan Visi dan Misi Sekolah. 2.4 Bersama-sama dengan pentadbir-pentadbir merancang, menentukan dan melaksanakan takwim sekolah. 2.5 Bersama-sama dengan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan lain merancang pengagihan tugasan guru-guru. 2.6 Mewakili Guru Besar dalam mesyuarat-mesyuarat di peringkat daerah jika diarahkan oleh Guru Besar. 2.7 Menganggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang dilulus dan diperakukan oleh Guru Besar di sekolah. 2.8 Menghadiri semua Mesyuarat Pengurusan Sekolah, Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Sekolah dan Mesyuarat Pentadbir Sekolah. 2.9 Bersama dengan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam merancang dan menentukan hala tuju pengurusan Kurikulum/Akademik. 2.10 Menyelaras dan melaksanakan pengurusan Peperiksaan Awam dan membantu dalam pengurusan Ujian dan Peperiksaan Peringkat Sekolah.


14 2.11 Menyelaras pengurusan dan pelaksanaan program-program yang berkaitan dengan kelas bimbingan dan pemulihan. 2.12 Membantu Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dalam pengurusan program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). 2.13 Menyelaras pengurusan dan pentadbiran Panitia Mata Pelajaran. 2.14 Menyelaras Sistem Fail Sekolah. 2.15 Menjaga keharmonian semua pentadbir. 2.16 Membantu Guru Besar menyelesaikan aduan atau kes yang ditimbulkan oleh pihak ibu bapa atau orang awam dengan profesional mengikut kaedah 1,3,7. 2.17 Menjaga imej pentadbir dan maruah profesionalisme perguruan.


15 DASAR DAN KETETAPAN SEKOLAH ARAHAN AM 1.0 WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN 1.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang dicatatkan dalam jadual waktu persekolahan. 1.2 Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali ditugaskan menjalankan tugas rasmi di luar sekolah. SESI PAGI SESI PETANG HARI MASA HARI MASA ISNIN 7.30 PAGI – 1.20 THARI ISNIN 1.30 THARI – 6.20 PTG SELASA 1.00 THARI – 6.20 PTG SELASA - KHAMIS 7.30 PAGI – 12.50 THARI RABU & KHAMIS 1.00 THARI – 5.50 PTG JUMAAT 7.30 PAGI – 12.20 THARI JUMAAT 2.00 PTG – 5.50 PTG ❖ Guru-guru bertugas harian hari Isnin hingga Jumaat perlu hadir 15 minit awal dan pulang 30 minit LEWAT ❖ Guru-guru bertugas pada hari Isnin hingga Jumaat dikehendaki hadir 30 minit awal ❖ Waktu balik guru bertugas adalah LEWAT 15 minit pada hari Isnin dan Selasa manakala LEWAT 30 minit pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat ⮚ Tertakluk kepada pindaan 2.0 KETETAPAN KEHADIRAN 2.1 Semua guru mesti mengesahkan kehadiran setiap hari sewaktu datang dan balik menggunakan mesin perakam waktu. 2.2 Semua guru DILARANG merakam waktu kehadiran dan waktu pulang guru-guru lain. 2.3 Semua guru hendaklah tiba dan berada di dalam kawasan sekolah sekurangkurangnya 15 minit sebelum proses pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) bermula kecuali guru bertugas 2.4 Semua guru masa pertama HENDAKLAH berada di tepat pada waktu yang ditetapkan. Punca kuasa: SPI Bil 2/1981


16 2.5 Jika tidak hadir kerana menghadiri mesyuarat/kursus/taklimat/bengkel HENDAKLAH memberitahu Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran/Petang sehari sebelum tarikh tersebut supaya guru ganti dapat disediakan. 2.6 PASTIKAN juga maklumat dicatat di papan putih pejabat. 3.0 MENINGGALKAN SEKOLAH KERANA MENGHADIRI MESYUARAT/TAKLIMAT/KURSUS/BENGKEL/JK PROGRAM 3.1 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan KECUALI dengan kebenaran Guru Besar. 3.2 Guru dan staf sokongan yang hendak keluar kawasan sekolah hendaklah meminta kebenaran Guru Besar dan menandatangani Buku Keluar Sekolah atau mengisi dalam Sistem HRMIS. (Jika Guru Besar tiada tanggungjawab ini diambil oleh Penolong kanan seterusnya mengikut hierarki) 3.3 Guru-guru sesi pagi yang menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel pada sebelah petang dibenarkan balik pada pukul 12.00 tgh hari. 3.4 Guru-guru sesi petang yang menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel pada sesi pagi dan tamat pada pukul 1.00 tgh hari DIKEHENDAKI datang ke sekolah selewat-lewatnya jam 3.30 petang 3.5 Guru-guru berkenaan HENDAKLAH meninggalkan bahan pembelajaran terancang (latihan/nota). Sila serahkan bahan tersebut kepada Ketua Panitia masing-masing untuk dimasukkan dalam Buku MMI. 3.6 Guru-guru berkenaan MESTI mengisi e-minit curai selepas kembali ke sekolah dan menyerahkan 1 salinan kepada Ketua Panitia/Penolong Kanan yang berkaitan, 1 salinan kepada Guru Besar dan 1 salinan untuk simpanan guru. 3.7 Guru berkenaan DIWAJIBKAN mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru terlibat dalam tempoh dua minggu selepas tarikh mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel selepas berbincang dengan KP atau Penolong Kanan. 4.0 PENGGUNAAN TIME SLIP 4.1 Kemudahan cuti atau pelepasan bagi mendapatkan kemudahan rawatan perubatan TIADA PERUNTUKAN dalam Perintah Am/Surat Pekeliling/Surat Edaran yang berkuatkuasa. 4.2 Urusan mendapatkan rawatan adalah merupakan urusan persendirian pegawai. 4.3 Urusan untuk temujanji dengan doktor, guru sesi pagi sila berurusan pada waktu petang dan guru sesi petang sila berurusan waktu pagi kecuali temujanji dengan doktor pakar yang tidak dapat dielakkan. 4.4 Pegawai hendaklah menggunakan CUTI REHAT KHAS atau CUTI TANPA GAJI mengikut mana-mana yang layak diberikan kepadanya. Punca Kuasa : Surat Edaran JPA (SARAAN) 262/6/2(10) BERTARIKH 30.12.2008 Surat Edaran KPM (PP) 0069/6/3(68) BERTARIKH 30.9.2009 5.0 TIDAK HADIR BERTUGAS 5.1 Guru tidak hadir bertugas kerana kecemasan, cuti sakit dan sebagainya MESTI mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu dan memaklumkan kepada Penolong Kanan atau Penolong Kanan Petang.


17 5.2 Guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan peribadi/keluarga MESTI memohon Cuti Rehat Khas sekiranya tempoh bertugasnya pada hari tersebut tidak mencukupi separuh dari masa bertugas. 6.0 MASUK DAN KELUAR KELAS 6.1 Guru hendaklah menepati masa untuk masuk atau meninggalkan kelas Punca Kuasa: SPI Bil 2/1981 : Ketetapan Masa di Sekolah-sekolah 6.2 Guru waktu pertama hendaklah memastikan kelas berada dalam keadaan bersih, tersusun dan ceria sebelum memulakan proses PdP. 6.3 Guru waktu akhir hendaklah memastikan kelas/bilik-bilik khas dalam keadaan bersih, sampah sarap dibuang, tingkap ditutup serta memastikan suis lampu dan kipas ditutup dan HANYA meninggalkan kelas selepas semua murid keluar dari kelas/bilik tersebut. 6.4 Guru-guru sebelum rehat hendaklah memastikan semua murid telah keluar kelas sebelum meninggalkan kelas tersebut. 6.5 Guru masa pertama, sebelum masa rehat dan guru masa akhir HENDAKLAH memastikan murid tidak keluar kelas kecuali betul-betul kecemasan. 6.6 Guru-guru mesti memberi pas kebenaran keluar kepada murid-murid yang hendak keluar kelas. 7.0 KELAS-KELAS AMALI DAN PRAKTIKAL 7.1 Guru-guru masa akhir sebelum masa amali seperti Sains, RBT dan lain-lain dikehendaki memastikan murid-murid beratur di luar kelas sebelum meninggalkan kelas. 7.2 Seboleh mungkin guru-guru amali seperti Sains dan RBT, PJ dan lain-lain membawa murid masing-masing ke makmal/bengkel/padang untuk mengelakkan kes ponteng dalam kalangan murid. 7.3 Guru-guru PJPK mesti melepaskan murid-murid 5 minit lebih awal untuk memastikan murid terus balik ke kelas. Murid-murid dibenarkan memakai sukan dari awal sehingga balik. 7.4 Semua guru PJPK WAJIB memakai pakaian sukan semasa PdPc Pendidikan Jasmani. Pakaian ini boleh dipakai sepanjang hari (kecuali hari Isnin atau hari perhimpunan rasmi diadakan). Walaubagaimanapun, guru harus mematuhi kriteria pakaian sukan iaitu: Punca Kuasa: SP Profesional KPM 11/68 SPI Bil 6/1985 Surat Siaran KP/KPM/5 (49) bertarikh 26 Julai 2010- Kebenaran Khas Kepada Guru-guru dan Murid- Murid yang Melaksanakan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Memakai Pakaian Sukan Sepanjang Hari Berkenaan.


18 8.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdPc) DAN WAKTU TIDAK MENGAJAR/WAKTU LUANG GURU 8.1 Guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan 8.2 Guru mesti mengajar mengikut sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran 8.3 Latihan yang diberi kepada murid-murid mestilah mencukupi dan ditanda dengan kekerapan yang munasabah. 8.4 Guru-guru mestilah melayani murid-murid secara sama rata dan adil. 8.5 Penggunaan telefon bimbit semasa proses PdPc adalah DILARANG kecuali dalam hal-hal kecemasan. 8.6 Guru-guru hendaklah memastikan sukatan pelajaran habis diajar kepada muridmurid. Rujukan: SPSK PK 03 – Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran 8.7 Waktu-waktu tidak mengajar guru/waktu luang (free period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu adalah dianggap sebagai waktu bekerja guru. Oleh itu, Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan waktu itu untuk: i. Menggantikan guru yang tidak mengajar di sebuah bilik darjah ii. Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alatan mengajar dan sebagainya. iii. Memeriksa buku latihan murid iv. Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar v. Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakkerja kokurikulum vi. Lain-lain yang difikirkan perlu atau di arah oleh Guru Besar SPI Bil 3 TAHUN 1981: PENGGUNAAN WAKTU TIDAK BELAJAR/WAKTU LUANG (FRE PERIOD) 9.0 RELIEF/ GURU GANTI (MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL) 9.1 Sila rujuk Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. 3/1981 mengenai Masa Luang (Free Period). Guru-guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan. 9.2 Jadual Guru Ganti akan diedarkan oleh Penolong Kanan atau Pembantu Operasi 9.3 Guru Ganti /relief hendaklah mematuhi waktu yang ditetapkan seperti yang tertera dalam Buku Guru Ganti dan slip Guru Ganti yang diberikan 9.4 Guru Ganti / relief hendaklah menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah PdPc di dalam kelas yang diganti 9.5 Bahan PdPc kelas ganti / relief (disediakan oleh guru berkenaan atau panitia) diambil di rak MMI. 9.5 Sekiranya berlaku kecederaan semasa relief disebabkan guru ganti tidak masuk ke kelas, ianya adalah tanggungjawab guru ganti / relief berkenaan untuk membuat tunjuk sebab kerana ingkar arahan. 10.0 e-REKOD MENGAJAR 10.1 Guru-guru hendaklah menulis Rancangan Harian setiap hari bermula dari hari pertama persekolahan dengan spesifikasi yang sepatutnya. Guru-guru dibenarkan menaip RPH. 10.2 RPH MESTI dihantar kepada Guru Besar setiap hari sebelum waktu mengajar.


19 10.3 Guru-guru yang gagal berbuat demikian MESTI berjumpa dengan Guru Besar. Punca Kuasa SPI bil 3/1989 – Pengurusan Hari Pertama Sekolah SPI 3/1999 – Penyediaan Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 11.0 JADUAL WAKTU 11.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas masing-masing. 11.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran pihak pengurusan/pentadbiran 11.3 Jadual Waktu mengajar akan disusun oleh Penolong Kanan Pentadbiran bersama AJK Jadual Waktu 12.0 MEREKOD KEDATANGAN MURID 12.1 Semua guru subjek pertama hendaklah merekod kedatangan murid melalui eKehadiran Murid (qr code) 12.2 Sekiranya guru subjek pertama tidak hadir, guru ganti hendaklah merekod kehadiran murid melalui e-Kehadiran Murid 12.3 Pembantu Operasi akan merekod kehadiran murid dalam Sistem APDM 13.0 PERHIMPUNAN PAGI DAN MINGGUAN 13.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada setiap hari Isnin: Sesi pagi 7.30 hingga 8.00 pagi Sesi petang 1.30 hingga 2.00 petang 13.2 Semasa perhimpunan rasmi semua guru mesti berada di atas pentas dan memberi perhatian kepada acara-acara yang sedang berlangsung. Guru-guru TIDAK DIBENARKAN BERBUAL-BUAL semasa perhimpunan sedang berlangsung. Rujuk SPI Bil 4/1984 – Perhimpunan Sekolah 13.3 Guru yang bertugas hendaklah memastikan peralatan untuk perhimpunan disiapkan sebelum jam 7.30 pagi (sesi pagi) dan 1.30 ptg (sesi petang). 13.4 Semua guru kelas, guru bertugas dan guru disiplin hendaklah mengawal disiplin murid semasa di dewan perhimpunan. 13.5 Sekiranya pada minggu tersebut tiada perhimpunan rasmi (Isnin) guru kelas dikehendaki masuk ke kelas masa perhimpunan. 13.6 Bacaan Yasin akan diadakan pada setiap hari Jumaat untuk semua murid. 14.0 CUTI Cuti bukan hak guru tetapi budi bicara Ketua Jabatan (Guru Besar) termasuk Cuti Rehat Khas(CRK). Punca Kuasa: SPP Bilangan 3/2005 – Cuti Rehat Khas dan Pengumpulannya Bagi Tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat kepada PPP Perintah Am Bab C – Cuti Pegawai Perkhidmatan Awam 14.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak


20 melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugastugas seharian daripada tugas mengajar. 14.2 Cuti Rehat Khas (CRK) Kadar kelayakan Cuti Rehat Khas (CRK) setahun bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mulai 1 September 2022 adalah seperti jadual di bawah: Skim Perkhidmatan Kadar Kurang 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan Lebih 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 10 hari 15 hari Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi pendidikan. Cuti Rehat Khas hanya dipohon daripada Guru Besar sahaja. Jika Guru Besar berkursus dan sebagainya cuti boleh dipohon daripada Penolong Kanan. Setelah mendapat kelulusan sila maklumkan kepada Penolong Kanan atau Penolong Kanan Petang. Permohonan CRK hendaklah dibuat secara lisan kepada Guru Besar dan membuat permohonan di dalam Sistem HRMIS. 14.3 Cuti Sakit Guru yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan serta memohon kebenaran Guru Besar atau GPK Pentadbiran/ GPK HEM/ GPK Kokurikulum. Sijil Cuti Sakit mesti diserahkan segera kepada Guru Besar atau GPK apabila datang bertugas kembali. Jika guru atau staf mendapat Cuti Sakit yang berpanjangan, Sijil Cuti Sakit boleh diserahkan melalui Telegram atau WhatsApp 14.3 Cuti Ke Luar Negara Guru yang hendak bercuti ke luar negara semasa cuti sekolah atau semasa penggal persekolahan mesti mengisi borang kebenaran berkenaan.Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu (30 hari) sebelum tarikh bercuti. 14.5 Cuti Tanpa Rekod Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan,latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan,


21 mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan dan tugas khas perubatan. 14.6 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat. Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung/mertua. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 14.7 Cuti Khas - Isteri bersalin Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 14.8 Cuti Tanpa Gaji Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan. 15.0 KEHADIRAN MESYUARAT / TAKLIMAT / KURSUS DALAMAN / PROGRAM RASMI SEKOLAH 15.1 Semua majlis / program sekolah mesti dihadiri oleh guru seperti Perhimpunan Sekolah, Solat Hajat (Guru Beragama Islam), Majlis Bacaan Yasin, Mesyuarat Agung PIBG, Majlis Jamuan Akhir Tahun atau lain-lain acara yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 15.2 Guru yang tidak hadir perlu mendapat kebenaran daripada Guru Besar dengan permohonan secara bertulis berserta dokumen sokongan berkenaan 15.3 Pakaian semasa menghadiri majlis /program sekolah hendak bersesuaian dengan majlis atau program, walaubagaimanapun ianya tertakluk dengan arahan guru besar. 16.0 BERTUGAS SEMASA CUTI DAN WAKTU TIDAK MENGAJAR 16.1 Guru-guru boleh dipanggil bertugas semasa cuti penggal dengan syarat jumlah hari bertugas dalam masa cuti penggal itu tidak melebihi separuh daripada cuti penggal dalam satu tahun. 16.2 Waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) adalah masa bekerja. 16.3 Semua guru WAJIB hadir jika terdapat program pada Sabtu Minggu ke 2 dan Minggu Ke 4. Punca Kuasa: SPI Bil 5/1977 – Tugas-tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah dalam Masa Cuti Penggal. Surat Siarat KPM Bilangan 2 Tahun 2016 – Peringatan Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu. 17.0 PAKAIAN GURU 17.1 Pakaian guru hendaklah mengikut seperti pekeliling yang dikeluarkan. 17.2 Semua guru diwajibkan memakai pakaian batik pada hari Khamis. 17.3 Semua guru digalakkan memakai pakaian kokurikulum(uniform) pada setiap hari Rabu.


22 Punca Kuasa: Surat Pekeliling Profeional KPM Bil 13/69 SPP Bil 2/1985 – Pakaian Masa Bekerja dan Semasa menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai-pegawai Awam SPI Bil 6/1985 – Peraturan Pakaian Guru di Sekolah, Pensyarah di Maktap Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan di PPD atau Bahagian JPN dan KPM SPI Bil 7/2001 – Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas di Sekolah SPP Bil 1/2008 – Pemakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam pada hari Khamis. SPI 8/20007 - Pemakaian Pakaian Kokurikulum pada Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum. 17.4 Guru perempuan dibenarkan memakai jubah/dress pada setiap hari Jumaat 17.5 Semua guru mestilah memakai tanda nama pada setiap hari. 17.6 Pakaian semasa bertugas adalah seperti berikut: 17.6.1 Guru Lelaki Guru dikehendaki memakai seluar panjang dan berbaju kemeja, bertali leher dan berkasut sewaktu bertugas di bilik darjah dan semasa menjalankan tugas rasmi yang lain. Baju Koperat tidak dibenarkan semasa hari bekerja rasmi. 17.6.2 Guru Perempuan Guru dikehendaki memakai pakaian menutup aurat, bersopan, tidak mencolok mata dan kasut yang sesuai (kasut bertutup dan bertumit) sewaktu bertugas di bilik darjah dan semasa menjalankan tugas rasmi yang lain seperti semasa bertugas semasa perperiksaan awam. Sandal tidak dibenarkan sama sekali. 18.0 BILIK GURU 18.1 Bilik Guru adalah tempat untuk guru. 18.2 Murid-murid dilarang memasuki bilik guru 18.3 Hanya Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Pengawas dibenarkan menghantar buku latihan. 18.4 Bilik guru mesti kelihatan bersih, kemas, tersusun dan ceria sepanjang masa. 18.5 Guru hendaklah berada di Bilik Guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap non-teaching period dan bukannya free period. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di Bilik Guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di Bilik Guru. 18.6 Pelawat tidak dibenarkan menggunakan Bilik Guru untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan guru. 19.0 AKTIVITI SEKOLAH\ 19.1 Semua aktiviti sekolah hendaklah menggunakan Bahasa Melayu kecuali program yang melibatkan penggunaan bahasa lain. 19.2 Semua guru MESTI menghadiri semua aktiviti sekolah yang telah ditetapkan.


23 20.0 PENGGUNAAN MESIN FOTOSTAT 20.1 Semua guru dilarang menggunakan mesin fotostat sekolah untuk urusan peribadi. 20.2 Hanya bahan-bahan urusan rasmi sekolah sahaja yang dibenarkan untuk difotostat setelah mendapat kelulusan Guru Besar atau Penolong Kanan yang berkaitan. 20.3 Bahan-bahan yang hendak difotostat seperti soalan-soalan peperiksaan, latih tubi masa cuti, gerak gempur dan sebagainya hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan berkaitan. Semua bahan-bahan yang hendak difotostat hendaklah melalui Ketua Panitia masing-masing dan diserahkan kepada Penolong Kanan. Punca Kuasa: SPI Bil 2/2004 – Garis Panduan Untuk Pemberian Kerja Rumah Kepada Murid Sekolah 21.0 PERHUBUNGAN SESAMA GURU DAN STAF SOKONGAN 21.1 Guru dan staf sokongan sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan sekerja dan sentiasa mengawal tutur kata, dengan harapan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan dan harmoni. 21.2. Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/ pendapat/ kepercayaan sesama rakan atau pun pelajar sekolah ini. 21.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosioekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud disekolah 22.0 KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH 22.1 Semua guru / staf sokongan dikehendaki memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah. 22.2 Ketua Panitia hendaklah memastikan terdapat peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lainlain. 22.3 Peralatan sekolah adalah harta kerajaan. Penggunaan untuk peribadi adalah dilarang. 22.4 Sesuatu alat yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang dipertanggungjawabkan dengan mengisi borang pinjaman. Alat yang digunakan hendaklah dikembalikan semula dengan menandatangani buku pinjaman. 23.0 SURAT RASMI 23.1 Semua surat rasmi kepada pihak luar yang berkaitan dengan perjawatan atau sebagainya hendaklah dihantar melalui Guru Besar. 24.0 SURAT YANG DITERIMA 24.1 Surat yang diterima oleh pihak sekolah akan diedarkan kepada guru berkenaan untuk diambil tindakan. 24.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.


24 24.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah: • Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal hendaklah difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat. • Jika surat tersebut mengkehendaki guru untuk mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan maka hendaklah ditaip dan menyediakan surat litup/ iringan. • Satu salinan hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan apabila diperlukan. 25.0 PELAWAT 25.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar/ GPK terlebih dahulu. 25.2 Penjual/ pengedar tidak dibenarkan berjumpa dengan guru-guru tanpa kebenaran Guru Besar. Promosi atau mengiklan sesuatu barangan/ produk perkhidmatan di sekolah untuk pelajar adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran Guru Besar 26.0 KEAHLIAN KELAB GURU/ PIBG 26.1 Semua guru dan staf sokongan secara automatik menjadi ahli kelab guru manakala ahli PIBG hanya melibatkan guru sahaja 26.2 Semua guru dan staf hendaklah membayar yuran kelab guru berdasarkan amaun yang termaktub dalam perlembagaan 27.0 TELEFON 27.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah hendaklah menggunakan telefon bimbit sendiri atau telefon awam untuk urusan peribadi. 27.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa pdpc di dalam bilik darjah kecuali kecemasan. 28.0 KUNCI 28.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah. Guru/staf yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman dan Pemulangan. 28.2 Guru-guru/staf yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah. 29.0 SEMAKAN BUKU LATIHAN 29.1 Guru Besar dan Penolong Kanan akan membuat semakan buku latihan murid. 29.2 Buku latihan yang dihantar adalah mengikut jumlah murid di dalam kelas. 29.3 Penghantaran buku latihan bagi subjek teras adalah pada bulan Julai, Ogos dan September. 30.0 PERNYATAAN AWAM DI MEDIA SOSIAL 30.1 Seorang pegawai tidak boleh secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain. 30.1.1 Membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apaapa isu. 30.1.2 Membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama kerajaan. 30.1.3 Membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan.


25 30.1.4 Mengedarkan apa-apa pernyataan atau ulasan sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain. Peraturan 19, Peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) SPI Bil. 11 Tahun 2023 Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM.


Click to View FlipBook Version