The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tea4016edu, 2024-03-04 22:04:58

komponen etika dan peradaban

komponen etika dan peradaban

komponen etika dan peradaban komponen etika dan peradaban Page 1 of 15


kandungan Muhammad Amer ;pendahuluan , 3.2 kompenen etika dan peradaban 02DMH23F2004 ; 3.2.1 persekitaran geo-fizikal Muhammad Darwish Hakimi ;3.2.2 Masyarakat Dan Demografi,3.2.3 Ekonomi Dan Pasaran. 02DMH23F2029 Muhammad Asyraf : 3.2.4 Falsafah dan Pemikiran 02DMH23F2016 adib Farhan bin anuar : 3.3.1 interaksi dalam lingkungan budaya yang sama 02dDMH23F2012 mohammad Jazlan Fitri :3.3.2 Kesultanan melayu Melaka sebagai lambang pertemuan masyarakat pelbagai etnik 02DMH23F2017 :3.3.3 pembentukan masyarakat majmuk era kolonialisme inggeris komponen etika dan peradaban Page 2 of 15


3.2 komponen etika dan peradaban Pembentukan identiti sebuah bangsa akan berkait rapat dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan bangsa dan identiti tersebut. Terdapat pelbagai faktor yang perlu diberi penekanan sehingga terbentuknya suatu etika dan peradaban dalam sebuah bangsa. komponen etika dan peradaban Page 3 of 15


Kebanyakan masyarakat Melayu pada era prakolonial menetap di sekitar kawasan pedalaman. Terdapat juga kelompok besar yang menetap di kawasan yang berhampiran dengan laut atau pinggir sungai. Corak kehidupan dan aktiviti masyarakat Melayu dipengaruhi oleh kawasan petempatan mereka. Peradaban yang berlaku pada zaman ini juga dibina oleh komuniti Melayu menerusi aktiviti ekonomi yang dijalankan. Sebagai contoh, masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan pedalaman melakukan aktiviti memungut hasil hutan seperti akar kayu, rotan, kayu cendana, damar, lilin serta buah-buahan untuk didagangkan di pelabuhan ataupun bagi membuat pertukaran barangan melalui sistem barter dengan penduduk di kawasan laut dan pinggir sungai. Aktiviti ekonomi yang dilakukan secara tidak langsung telah mempengaruhi cara hidup etnik tersebut kerana mempunyai sejarah, tradisi dan budaya dengan persekitaran kawasan geografi tertentu. Tambahan pula geofizikal Tanah Melayu merupakan sebuah semenanjung yang dikelilingi Laut China Selatan dan Selat Melaka sebagai laluan tempat pertemuan dan pergaulan dua peradaban besar dunia, iaitu China dan India melalui kegiatan perdagangan. Oleh sebab itu, masyarakat yang mendiami persekitaran yang berbeza akan melahirkan perlakuan, pemikiran dan cara hidup yang berbeza. Pengaruh persekitaran secara tidak langsung telah melahirkan nilai-nilai sosial yang mempengaruhi komuniti etnik untuk memiliki perlakuan yang bersifat mudah dan bertoleransi, manakala sebahagian yang lain pula bersikap berpuak dan lebih agresif. 3.2.1 persekitaran geo-fizikal komponen etika dan peradaban Page 4 of 15


*Masyarakat bemaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah interaksi sosial yang sebahagian besar interaksi berlaku dalam lingkungan sosial lahir daripada individu yang berada dalam kelompok tersebut. Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan. Kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India. *Selain itu, terdapat juga penduduk peribumi di Semenanjung Malaysia yang merupakan orang asli dan secara umumnya terbahagi kepada tiga kaum terbesar, iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Sabah mempunyai kumpulan etnik yang terdiri daripada pelbagai dialek dan budaya seperti Kadazan-Dusun, Bajau dan lain-lain. Bumiputera Sarawak pula terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya yang bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga dari segi pekerjaan dan tempat tinggal. 3.2.2 Masyarakat dan demografi komponen etika dan peradaban Page 5 of 15


*Pada era prakolonial, masyarakat Melayu mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri, iaitu kegiatan ekonomi masyarakat yang paling asas dan hanya cukup untuk menampung keperluan diri dan keluarga. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kegiatan perdagangan menjadi kegiatan terpenting dalam masyarakat disebabkan oleh keadaan kehidupan yang masih mundur dan tradisional. *Namun begitu pada abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat di Malaysia telah berlaku disebabkan oleh migrasi dari luar kesan daripada faktor penarik dan faktor penolak di negara asal. Migrasi berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan Barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi dari luar terutama dari China dan India. 3.2.3 ekonomi dan pasaran komponen etika dan peradaban Page 6 of 15


*Pada era kolonial, British dilihat terus menguasai kegiatan ekonomi negeri- negeri Tanah Melayu dengan membuka lombong bijih timah dan ladang getah serta kemasukan tenaga buruh secara besar- besaran dari China dan India. Oleh itu pada era pascakolonial, kerajaan telah menjalankan strategi penyusunan semula masyarakat untuk menyelesaikan kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi dalam kalangan kaum dan menggalakkan kemajuan ekonomi bagi semua golongan masyarakat agar jurang perbezaan dapat dihapuskan. *Selain itu, dasar ekonomi yang bersifat kapitalisme dan komersial telah memberikan kesan kepada sistem ekonomi yang ada di Tanah Melayu seperti pembukaan tanah baharu serta peningkatan industri perlombongan dan lain-lain. Kemodenan dan peradaban yang berlaku itu menyebabkan pihak kerajaan lebih memerlukan banyak tenaga buruh asing untuk memastikan ekonomi dapat dijana dengan baik dan lebih menguntungkan. komponen etika dan peradaban Page 7 of 15


3.2.4 FALSAFAH DAN PEMIKIRAN Falsafah ialah ringkasan daripada pemikiran manusia yang berusaha memahami hakikat alam sekeliling dan menyampaikannya kepada masyarakat tentang kedudukan dan tanggungjawab manusia dengan ilmu pengetahuan yang sebenar. Tujuan mempelajari falsafah adalah untuk membuktikan kebenaran dan memberikan arah tuju atau pedoman kepada perkara penting dalam kehidupan. Menurut perspektif falsafah, manusia berhak menentukan matlamat hidupnya dan memilih cara untuk mencapai matlamat tersebut. Sesebuah peradaban manusia juga dibangunkan berdasarkan pemahaman tentang manusia. Perkembangan pemikiran dan ilmu falsafah membolehkan manusia memantapkan akal fikiran dengan pertimbangan dalam segala aspek kehidupan berlandaskan ilmu pengetahuan yang benar. Hikmah yang terkandung dalam sesuatu ilmu (yang benar) mampu mendorong manusia untuk sentiasa melakukan perkara yang baik kerana menyedari bahawa manfaat yang diperoleh ialah kesan daripada kebaikan tersebut. komponen etika dan peradaban Page 8 of 15


Namun begitu, pemilihan aliran pemikiran daripada pelbagai peradaban memerlukan individu yang mempunyai jati diri berasaskan pemikiran tempatan yang diwarisi daripada etnik dan pegangan agama yang kukuh sebagai panduan dalam menapis atau menolak pemikiran yang tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia. Pemikiran tempatan ini kebiasaannya dikaitkan dengan budaya atau cara hidup yang diterima oleh sesuatu masyarakat yang di dalamnya terkandung inti pati pemikiran dan amalan baik dan murni. Misalnya, kesungguhan kaum Tionghua berniaga melahirkan generasi orang Cina yang cekal dan berjaya dalam dunia perniagaan dan perdagangan. Kebolehan berniaga yang ada dalam kalangan kaum Cina ialah salah satu sifat jati diri mereka. Oleh itu, budaya memperoleh ilmu dari Barat haruslah secara hati-hati dan bijaksana dalam proses memilih yang wajar diterima dan ditolak agar jati diri kita tetap utuh. Hal ini demikian kerana Barat akan sentiasa mengeksport ilmu pengetahuan, budaya serta aliran pemikiran mereka. komponen etika dan peradaban Page 9 of 15


Pergaulan pedagang luar dengan masyarakat tempatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka menunjukkan berlakunya interaksi yang tinggi. Keadaan ini disebabkan oleh jumlah mereka yang kecil, tidak membolehkan mereka untuk berdikari. Mereka perlu bergantung pada masyarakat tempatan bagi memenuhi keperluan hidup di Tanah Melayu. Pedagang yang paling ramai ke Melaka ialah orang Arab dan India. Mereka bercampur bebas dengan orang istana Melaka. Ada dalam kalangan mereka yang berkahwin dengan orang istana. Peniaga dan pedagang India Muslim berasimilasi dengan masyarakat Melayu. Kebanyakannya berkahwin dengan wanita Melayu dan anak-anak mereka dikenali sebagai Jawi pekan (peranakan). Mereka menggunakan bahasa Melayu dan memperlihatkan diri dengan ciri-ciri kemelayuan. 3.3.1 Interaksi dalam Lingkungan Budaya yang Sama komponen etika dan peradaban Page 10 of 15


Bandar melaka sangat terkenaldari segi sejarah kegemilangan pada zaman kesultananmelayu melaka.Melaka digelar The Venice Of The East yang menjadi tempat pertemuan pedagangan seluruh dunia Arab,Paris,China,India dan sebagainya yang singgah perdagangan di melaka pada ketika itu.Oleh itu,terdapat pelbagai aspek yang menyumbangkan pada zaman keagungan melaka 3.3.2 KESULTANAN MELAYUMELAKASEBAGAI LAMBANG PERTEMUANMASYARAKAT PELBAGAI ETNIK komponen etika dan peradaban Page 11 of 15


Bidang Sumbangan pemerintahan perlembagaan melaka mepunyai kandungan yang selari dengan ajaran islam.Tambahan pula,ini menjadi teras kepada sistempemerintahan,maakala pemerintahan secara diplomasi dan terbuka pila diberi penekanan penting untuk menjaga keharmonian kaum.Buktinya,pegawai istana meliputi etnik melayu dan india diberikan kerja scara adil manakala perkahwinan campur juga popular seperti perkahwinan puteri hang li po dengan sultan mansur syah yang menunjukkan integrasi antarakaum mula terbentuk sedikit demi sedikit di tanah melayu. perdagangan undang-undang laut melaka digunakan untuk tujuan menjagak keselamatan laut melaka daripada laut melaka daripada ancaman perompak dan lanun,serta mengamalkan pemerintahan terbuka dan pentadbiran sistem pelabuhan yang cekap oleh laksamana melaka kerajaan melakamewujudkan hubungan dengan kuasa luar seperti china.Hubungan melaka dengan china memberi impak positif dari segi politik dan jaminan perlindungan yang menyebabkan terhindarnya daripada pencerobohan siam.Dari segi ekonomi,pelabuhan melaka dapat berkembang pesat tanpa gangguan anasir luar komponen etika dan peradaban Page 12 of 15


zaman pluraliti wujud akibat penghijrahan pedagangan dari arab,india chinadan negara laintanpa memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memesuki suatu kawasan, di samping bebas berdagang dan berinteraksi menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan amalgamasi. Kerajaan melaka memberikan peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di melaka dan juga berkahwin dengan wanita tempatan.oleh itu,wujudnya kelompok masyarakat baharu seperti baba dan nyonya,melayu arab dan melayu india. perkahwinan campur juga berlaku antara pemerintah melaka dengan anak perempuan pemerintah negara china ,seperti hang li po dengan sultan mansur syah. kedudukan kepelbagaian budaya melaka sebagai kota metropolitan dan kota multibudaya.pluralisme budaya hasil daripada interaksi pelbagai budaya seperti Arab praislam,hinduisme,buddhisme,arab islam dan eropah (portugis,sepanyol,belanda dan british) dengan budaya alam melayu sejak abad ke-5 masihi. komponen etika dan peradaban Page 13 of 15


Kedatangan british ke alam melayu berlandaskan serampang tiga mata, iaitu keagamaan,kekayaan serta kemegahan dan menguasai pentadbiran negara terutamaekonomi, perdagangan dan kekayaan hasil bumi.Sulatn pula menguasai hal ehwal agaman dan adat istiadat melayu di Tanah Melayu. Kesan migrasi masyarakat nusantara dan faktor migrasi massa oleh golongan migran cina dan India demi memenuhi tuntutan kepentingan ekonomi penjajahan barat telah membentuk masyarakat pelbagai etnik yang bersegmen mengikut aliran kegiatan ekonomi.Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing mengakibatkan terbentuknya masyarakat majmuk di tanah melayu.Semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat membolehkan tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun1957seterusnya pembentukan Malaysia pada tahun 1963.Kerajaan terus mempergiat usaha mengeratkan perpaduannasional dan keharmonian negara.Pembetukan masyarakat pluralistik di Malaysia kerap kali tertumpu pada tiga kelompok etnik utama,iaitu melayu, cina dan india kerana ketiga-tiga kaum ini memainkan perana paling utama dalam usahamemenuhi tuntutan keperluan ekonomi dan politimbritish di tanah melayu disamping itu tidak dinafikan kewujudan dan kepetingan suku kaum lain 3.3.3 Pembentukan Masyarakat Majmuk Era Kolonialisme Inggeris komponen etika dan peradaban Page 14 of 15


Thank you very much! komponen etika dan peradaban Page 15 of 15


Click to View FlipBook Version