.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
KOD SEKOLAH
KBB2084
NO. PUSAT PEPERIKSAAN
KC016
E-MAIL SEKOLAH
[email protected]
[email protected]
NO TEL
011 – 65735363
POLIS PERHUBUNGAN SEKOLAH ( PPS )
MOHD NURREVANDEE BIN ERFFANDEE BIN RAMLI
017-2330987
RF 150180 BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK
IPD KOTA SETAR
MISI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
VISI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR SETAR
Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
VISI SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR SETAR
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MOTTO SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR SETAR
Usaha Berjaya
MATLAMAT SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR SETAR
Melahirkan Murid Yang Cemerlang Ilmu, Berketrampilan,
Berakhlak Mulia Dan Beriman, Taat Setia Serta
Menyumbangkan Kepada Keperluan Dan Kemajuan Negara
“ TAG LINE ” SEKOLAH
SKAS HEBAT
WATAK
Sekolah Ceria
KEBITARAAN AKADEMIK
Bahasa Melayu
KEBITARAAN BAKAT MURID
Sepak Takraw
DASAR PENGURUSAN KUALITI
PENDAHULUAN
Dasar Pengurusan Kualiti Sekolah Kebangsaan Alor Setar merupakan asas rujukan bagi meningkatkan
kualiti pengurusan sekolah. Di sini terkandung dasar, matlamat dan strategi yang digariskan berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
DASAR KUALITI
Dalam menguruskan sekolah, Dasar Pengurusan Kualiti berfokus kepada konsep kepimpinan instruksional
melibatkan:
A. Menetapkan matlamat sekolah
B. Memaklumkan matlamat sekolah
C. Menyelia dan menilai pengajaran
D. Mengkoordinasi program kurikulum
E. Memantau pencapaian pelajar
F. Mengawal masa pengajaran
G. Sentiasa kelihatan (high visibility)
H. Memberi Insentif kepada guru
I. Menggalakkan perkembangan profesionalisma
J. Memberi Insentif untuk pembelajaran
DASAR KUALITI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Pentadbiran dan pengurusan pejabat yang mesra, cekap dan cepat dengan memberikan keutamaan
kepada kepuasan pelanggan serta mementingkan kualiti.
MATLAMAT
✓ Meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dalam semua bidang.
✓ Mencapai mutu ‘kerja berpasukan’ yang lebih inovatif dan proaktif.
✓ Sentiasa bekerja keras sambil melihat sesuatu cabaran dari sudut pandangan yang positif dan
menganggap cabaran merupakan peluang keemasan untuk menonjolkan bakat dan kebolehan diri.
✓ Berbelanja dengan berjimat dan berhemah serta mengikut tatacara pengurusan kewangan dan
perakaunan sekolah.
STRATEGI
✓ Edar Pekeliling Iktisas dan Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa.
✓ Edar Surat Siaran Guru Besar (Dalaman) mengenai sesuatu dasar, matlamat semasa KPM, JPN dan PPD.
✓ Perjumpaan Profesional Guru Besar – Guru
✓ Pendukumentasian perancangan, pelaksanaan aktiviti dan penilaian setiap program sekolah.
✓ Mesyuarat Kawalan Mutu Kerja.
✓ Mesyuarat Bulanan Majlis Pengurusan Sekolah
✓ Mesyuarat J/K Kewangan
✓ Mesyuarat Guru (J/K Kurikulum, HEM & Ko Kurikulum)
DASAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 2022/2023
PANDUAN AM
1.1. Selaku pegawai kerajaan, guru dan AKP Sokongan adalah tertakluk kepada segala
arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dan AKP Sokongan
dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2. Dasar Pengurusan Guru dan AKP Sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami
dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan
lain.
1.3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata.
1.4. Semua guru dan AKP Sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-
prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
1.5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.
1.6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
dalam menjalankan tugas.
1.7. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di
sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
1.8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
KEDATANGAN
2.1. Jadual waktu mengajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah selewatnya 7.30 pagi dan
merakam kad kehadiran @ menulis kehadiran dalam buku kehadiran
(menjadi satu kesalahan jika orang lain merakam kad kehadiran menulis kehadiran
dalam buku kehadiran)
2.3. AKP dikehendaki berada dikawasan sekolah mengikut waktu bekerja yang telah
ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2017 ( Penambahbaikan )
2.4. Guru dan AKP yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah
memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang sewajarnya. Guru dan AKP Sokongan mestilah
memberitahu pihak sekolah secepat mungkin.
2.5. Semua urusan peribadi guru dan AKP hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali
dalam keadaan kecemasan seperti kemalangan, kematian keluarga terdekat ATAU
temujanji berjadual untuk kesihatan ( 1 salinan kad temujanji perlu diserahkan kepada Guru
Besar dan juga “ TIME SLIP ” semasa hari rawatan )
2.6. Jika urusan peribadi dilakukan semasa waktu mengajar atau bekerja, masa yang
dibenarkan hanyalah 2 jam sahaja. Jika melebihi masa yang ditetapkan ia akan dikira cuti rehat
khas atau cuti rehat.
3. KELUAR SEKOLAH PADA WAKTU MENGAJAR DAN BEKERJA
3.1. Guru DAN AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa
waktu mengajar atau bekerja kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan atau arahan dari Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah dengan
syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Penolong Kanan
( jika Guru Besar tiada ).
3.2. Guru dikehendaki melengkapkan fail rekod keluar masuk. Dapatkan tandatangan
Guru Besar atau Penolong Kanan ( jika Guru Besar tiada ) sebelum keluar.
3.3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk
murid melalui Guru Penolong Kanan.
3.4. Elakkan aktiviti peribadi di luar kawasan sekolah semasa waktu bekerja.
* Bahagian II Tatakelakuan 5 (2)
* Bahagian II Tatakelakuan 5 (3) (a)(b)(c)
4. CUTI
4.1. Cuti Rehat / Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A/(30) bertarikh
24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas
selain daripada tugas mengajar.
4.2. Cuti Sakit
4.2.1. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus
akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk
menentukan pembayaran gaji.
4.2.3. Surat Cuti Sakit (MC) hendaklah diserahkan dahulu kepada Guru Besar untuk
pengesahan dan seterusnya diserahkan kepada Pembantu Tadbir untuk
direkodkan.
4.3. Cuti Tanpa Gaji
4.3.1. Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak.
4.3.2. Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis
semua cuti rehatnya.
4.3.3. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
tetapi tidak melebihi 180 hari.
4.3.4. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa
4 tahun.
4.3.5. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan
oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke
Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.
4.4. Cuti Rehat Khas
4.4.1. Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
4.4.2. Cuti ini boleh dilluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan
upacara agama bagi tempoh 10 hari dalam setahun. *(Permohonan hendaklah
dikemukakan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bercuti, kecuali berlaku
kecemasan) *
4.4.3. Jika cuti rehat khas tidak di mohon semasa bercuti. Guru harus mengisi borang cuti
rehat khas dan disertakan surat makluman kenapa tidak memohon cuti mengikut
ketetapan masa yang sepatutnya. Tindakan tatatertib boleh diambil mengikut
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kelakuan Dan Tatatertib – Ketidakhadiran
Tanpa Cuti Bahagian III 6 - 23, 24 25 dan 27 ( i )
- Menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau
meninggal dunia.
- Mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan
- Menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai
- Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa
seperti kebakaran, banjir dan sebagainya
- Menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga
mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam
atau di luar negara)
- Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi
- Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus dan
perkahwinan pegawai atau anak pegawai.
4.5. Cuti Keluar Negara
4.5.1. Semua guru dan AKP Sokongan yang hendak bercuti ke luar negara mesti
mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri. Sila isi borang
permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh
bercuti.
5. PAKAIAN
5.1. Guru dan AKP Sokongan hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan
profesion keguruan dan sebagai kakitangan kerajaan ( Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam Kelakuan Dan Tatatertib – Tatakelakuan Etiket Pakaian 6 ( 1 ).
5.2. Guru dan AKP Sokongan perempuan hendaklah memakai kasut bertutup
bukan sendal atau selipar.
5.3. Guru dan AKP Sokongan lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang
rambut yang sesuai.
5.4. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai.
5.4.1. Guru perempuan – seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja
sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
5.5. Semua guru dan AKP Sokongan diminta berpakaian batik pada setiap hari
Khamis.
6. PERHUBUNGAN SESAMA WARGA SEKOLAH
6.1. Guru dan AKP Sokongan harus memupuk hubungan peribadi dan profesion
yang baik dan sihat sesama sendiri dan sentiasa dapat mengawal tutur kata
mereka.
6.2 Guru dan AKP Sokongan juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan
kekitaan .
6.3. Guru dan AKP Sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun murid
atau staf sokongan sekolah yang lain.
6.4. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum,
status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak
dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
7. BILIK GURU
7.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua
guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
7.2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’.
Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk
perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
7.3. Guru dan AKP Sokongan tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik
guru dan pejabat.
7.4. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman orang
lain.
7.5. Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua
suis, lampu dan kipas dipadamkan dan semua pintu dikunci.
8. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
8.1. Jika guru dan AKP Sokongan menghadapi sebarang masalah dalam bidang
perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.
8.2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan
dengan Ketua Panitia, Penolong Kanan Kurikulum atau Guru Besar.
9. TUGAS
9.1. Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk pentadbiran, kurikulum, hal ehwal
murid dan kokurikulum. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut
dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
9.2. Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan atau PPD atau
sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru Besar.
9.3. Semua guru yang menghadiri aktiviti seperti mesyuarat, ceramah, bengkel yang
dikelola oleh pihak luar hendaklah menyediakan MINIT CURAI dan diserahkan
kepada Guru Besar.
9.4. Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ) wajib dibuat setelah menghadiri taklimat
atau bengkel yang dianjurkan oleh PKG, PPD atau JPN Kedah untuk guru – guru
sekolah sendiri.
10. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
10.1. Setiap guru akan diberi sebuah atau 2 buah Buku Persediaan Mengajar atau Fail
Ringkasan Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku
tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan
lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Khamis untuk
disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar dan Penolong Kanan.
10.2. Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan Kurikulum.
10.3. Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada setiap hari Khamis
dan hari terakhir tahun persekolahan.
11. JADUAL WAKTU
11.1. Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam
kelas sendiri.
11.2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan TANPA KEBENARAN
Guru Besar.
11.3 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
12. PELAWAT
12.1. Sekiranya anda melihat / berjumpa seseorang yang tidak dikenali, sila tanya siapa dan
hulurkan bantuan. Iringi mereka ke pejabat.
12.2. Semua pelawat wajib melaporkan diri di pejabat. Pastikan pelawat sudahpun mengisi
nama di pondok pengawal keselamatan.
12.3. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar atau Penolong Kanan terlebih
dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual
kecuali dengan kebenaran Guru Besar.
13. KEGIATAN KOKURIKULUM
13.1. Semua guru adalah penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
13.2. Semua guru wajib hadir semasa kegiatan kokurikulum .
14. PEMBELIAN BARANG
14.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan
Nota Minta yang boleh diperoleh di pejabat.
14.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Pembantu Tadbir sebelum diluluskan
oleh Guru Besar.
14.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
14.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku
stok dengan kemas serta diserahkan ke pejabat (invois) untuk urusan pembayaran.
15. PERHIMPUNAN
15.1. Perhimpunan rasmi pada setiap hari Ahad
15.2. Semua guru dan AKP Sokongan ( JIKA DIARAH OLEH GURU BESAR ) dikehendaki
menghadiri perhimpunan pagi ditapak perhimpunan setiap pagi.
15.3. Guru lelaki hendaklah memakai tanda nama, tali leher, baju kemeja berlengan panjang,
bersongkok dan berkot.
15.4. Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu
Sekolah.
16. MESYUARAT GURU DAN AKP
16.1. Guru Besar akan memanggil guru dan AKP Sokongan bermesyuarat dari masa kesemasa.
Kedatangan semua guru dan AKP Sokongan ke mesyuarat ini adalah DIWAJIBKAN.
16.2. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Penolong Kanan dan
Ketua Panitia.
16.3. Pakaian semasa menghadiri mesyuarat adalah pakaian waktu bekerja.
17. BUKU STOK / INVENTORI
17.1. Ketua Panitia, Guru dan AKP Sokongan yang dilantik dengan perkara berkaitan
bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam
buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan
disemak dari masa ke semasa oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Aset.
18. TANDA NAMA
18.1 Semua guru dan AKP Sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,
hari bekerja , majlis rasmi di sekolah dan di luar sekolah ( jika berada di majlis PPD dan
JPN ).
19. KUNCI
19.1. Semua kunci mesti disimpan di Bilik Guru Besar. ( Cuti Sekolah )
19.2. Guru yang bertanggungjawab terhadap bilik-bilik khas sahaja dibenarkan menyimpan
kunci bilik tersebut atas kebenaran Guru Besar.
19.3 Guru yang mempunyai kunci pendua tanpa kebenaran Guru Besar adalah menjadi satu
kesalahan dan boleh diberikan surat teguran serta salinan surat tersebut akan di hantar ke
Unit Tatatertib.
21. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
21.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah dan juga
kursus dalaman.
21.2 Guru yang tidak hadir , perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada
Guru Besar. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.
( Jika berkeperluan akan dihantar ke Unit Tatatertib )
22 PENGGUNAAN ALAT-ALATAN SEKOLAH
22.1. Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
22.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan direkodkan.
22.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera
serta berkeadaan baik.
22.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantikannya.