MPU 13102(SKU2)
DI SEDIAKAN OLEH
NUR AFIQAH BINTI ROSLAN
C01SKU20F505
NUR ALIA BINTI RAMLI
C01SKU20F513
SITI HAJAR BINTI ABDUL WAHAB
CO1SKU20F509
Di Semak oleh :
Puan Nor Fauzani
1. Setiap muslim seharusnya mengetahui dan memahami secara jelas
berkaitan dengan islam yang bukan saja sekadar bersyahadah dan
melakukan ibadah semata mata. Hal ini boleh di fahami tentang tasawur
(gambaran) islam yang sebenar.
A. Nyatakan pengertian tassawur islam dan kepentingan
Tasawwur adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang
bermaksud gambaran dan rupa bentuk. Kata kerjanya ialah sawwara yang
bermaksud menggambarkan. Surah pula bermaksud gambar atau rupa.
Apabila perkataan tasawwur digandingkan dengan Islam maka ia merujuk
kepada gambaran atau rupa bentuk Islam yang sebenar dan hakiki.
Adalah menjadi prioriti kepada setiap individu Islam untuk memahami apa itu
Islam yang sebenar tanpa dipengaruhi oleh aliran pemikiran yang
menyeleweng pada masa kini. Oleh kerana keperluan untuk memahami Islam
yang sebenar, maka mempelajari tasawwur Islam menjadi satu kemestian
yang tidak boleh dinafikan. Dengan mempelajari tasawwur Islam, pertama
sekali, kita akan beramal dengan Islam yang betul. Oleh itu, pegangan,
ibadah, pemikiran dan cara hidup kita terpimpin dengan roh Islam. Maka,
tidak berlaku individu yang menganut ajaran sesat, pemikiran liberal dan
sekular serta cara hidup bertuhankan akal dan nafsu semata-mata. Apa yang
utama juga apabila kita mendapat gambaran yang betul tentang Islam, kita
dapat memberi imej yang baik tentang Islam kepada masyarakat khasnya
masyarakat bukan Islam
B. Senaraikan ciri ciri kesempurnaan islam
Rabbaniyyah
Ianya membawa erti bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah swt
dan bukan ciptaan manusia. Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt
yakni wahyuNya kepada Nabi Muhammad saw dengan lafaz dan makna, iaitu
al-Qur’an, atau dengan makna tidak lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini
membezakannya sama sekali dari semua perundangan duniawi kerana ia
bersumberkan dari manusia sedangkan Syariah Islamiyah sumbernya
pencipta manusia itu sendiri.
Alamiyyah dan Umumiyyah
Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk
sekalian alam, menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan
merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat.
Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah
tertentu sahaja, bahkan ia untuk manusia di mana jua mereka berada. Islam
meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:
Dharuriyyat : iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan
ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal,
agama, jiwa, keturunan dan harta.
Syumul
Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup
yang menggariskan manusia jalan iman, menerangkan dasar-dasar aqidah,
menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa,
dan mengatur hubungan manusia sesama manusia. Kesyumulan Islam ini
dapat dilihat pada 3 kelompok:-
i)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah
dan hari akhirat. Perbahasan hokum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat
dalam ilmu kalam atau Tawhud.
ii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar,
amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji.
Hokum-hukum akhlak ini kajiannya adalah dalam ilmu akhlak atau Tasawwuf.
iii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia
dalam hubungan mereka dengan yang lain. Hokum amali ini dinamakan
dengan al-fiqh, perbincangannya dalam ilmu al-Fiqh.
Kemanusiaan
Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah swt
untuk seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di
semua tempat.
Keadilan mutlak
Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan
sebenarnya daripada Allah. Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan
mutlak dikalangan manusia seluruhnya dengan menegakkan persaudaraan
dikalangan mereka, memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah,
keturunan dan harta benda dengan bermatlamat dunia dan akhirat.
C.pengertian islam iman dan ihsan serta hubungan dalam ibadah seorang
muslim islam.
ISLAM
Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa
maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada
kekurangan kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak,
Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.Rukun islam ada lima pekara iaitu ;
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan sembahyang.
3. Mengeluarkan zakat.
4. Berpuasa.
5. Mengerjakan haji di Baitullah jika ada kemampuan menurut
syarak.
IMAN
Iman pula berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman iaitu tiada
rasa takut. Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t.
dan rasul-Nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa
rasa syak dan ragu. Rukun ima ada 6 pekara iaitu;
1. Percaya kepada allah
2. Percaya kepada malaikat
3. Percaya kepada kitab
4. Percaya kepada rasul
5. Percaya kepada hari kiamat
6. Percaya pada qada’ dan qadar
IHSAN
Manakala ihsan pula ialah lawan kepada kalimah isa’ah (berbuat jahat).
Ihsan bermaksud berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada
melakukan perbuatan yang buruk dan jahat. Menurut Imam Nawawi, ihsan
akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan
mengerjakan ibadat kerana Allah s.w.t. semata-mata.
C. Jelaskan sumber sumber hukum islam
Al-Qur’an sebagai wahyu As-Sunnah sebagai uswah Ijtihad dalam Islam
Al-Qur’an bersifat global (mujmal) yang memerlukan perincian. Misalnya
perintah shalat, shaum maupun haji hanyalah dengan kalimat singkat : aqimis
shalat, kutiba ‘alaikum as-shiam, wa atimmu alhajj, sedangkan tentang
tatacara mengerjakannya tidak dijelaskan di dalam Al-Qur’an. Untuk
menjelaskannya, datanglah Rasulullah SAW memberikan penjelasan, dari
mulai tatacara shalat, berumah tangga, berekonomi sampai urusan bernegara.
Penjelasan rasul itu disebut Sunnah Rasul. Setelah Rasul wafat,
permasalahan umat tetap bermunculan misalnya persoalan bayi tabung, dll.
Persoalan demikian belum terakomodir di dalam Al-Qur’an maupun hadits,
oleh karena itu memerlukan sumber hukum yang ketiga, yakni ijtihad.
Hadis menjadi sumber penting dalam Islam berdasarkan peranan dan
pengaruh besar selepas al-Quran sejak zaman Rasulullah SAW. Ia juga
interpretasi Nabi SAW kepada umatnya sebagai panduan dalam memahami
hukum syarak. Kesilapan dalam memahami nas ataupun teks hadis akan
mengundang kekeliruan dalam kefahaman syariat Islam.
Qiyas adalah satu dari empat sumber hukum Islam yang disepakati para
ulama. Dalam hal ini, qiyas menempati posisi keempat, setelah Al Quran,
hadits, dan ijma.
Secara bahasa, kata qiyas ( ) قياسberasal dari akar kata qaasa-yaqishu-
qiyaasan ( )قياسا يقيس قاسyang artinya pengukuran. Para ulama ushul fiqih
mendefinisikan qiyas dalam redaksi yang beragam namun memiliki makna
yang sama.
Menurut istilah qiyas adalah menyamakan sesuatu yang tidak memiliki nash
hukum dengan sesuatu yang ada nash hukum berdasarkan kesamaan illat
atau kemaslahatan yang diperhatikan syara. Qiyas juga dapat diartikan
sebagai kegiatan melakukan padanan suatu hukum terhadap hukum lain.
2. Akidah merupakan asas utama dalam menjadikan amalan kita di terima
oleh allah .
a) Huraikan pengertian akidah dan kepentingannya.
Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan
terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.Setiap umat Islam
wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak
berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah
kepada Allah swt .Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada
al-Quran dan As-Sunnah.Akidah Sebagai Asas akidah dikira sebagai asas
Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah yang
rosak mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang. Sesungguhnya
Allah s.w.t. menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang serius
terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan
sejahteraan kehidupannya.
b) Ciri ciri aqidah sahih
1. Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab
kitab Nya, hari akhirat, qadha’ dan qadar yang menjadi rukun iman.
2. Aqidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al
Sunnah yang menjadi asas agama Islam.
3. Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat
yang terbit dan datang dari aqidah yang sahih.
4. Amal ibadat yang bukan terbit dari aqidah yang sahih adalah sia sia
sahaja, iaitu tidak mendapat apa apa balasan daripada Allah.
5. Ciri ciri aqidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah, iaitu
mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu
Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada Allah.
6. Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan
ibadat yang dikerjakan semata mata kerana Allah secara khudhu,
rughbah,ruhbah,hunnulillah,tazallul, dan ikhlas.
7. Ciri ciri aqidah yang sahih juga tidak bertolak ansur dalam
penghayatan aqidah yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah
supaya orang orang yang beriman dan Islam tetap di atas dasar tauhid.
8. Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang sahih
merupakan suatu ketegasan dalam mempertahankan agama Islam dan
aqidah sahih itu.
c.huraikan perkara yang memantapkan aqidah
Perkara yang memantapkan akidah ialah dengan perbuatan contohnya
sentiasa menghormati sesama manusia . seterusnya ialah dari percakapan
contohnya tidak bercakap dengan kasar sentiasa bezikir.selain itu ialah hati
contohnya sentiasa mengingati allah.
d)huraikan pekara pekara yang merosakkan akidah
Pekara yang boleh merosakkan akidah ialah jika kita menyekutu kan
allah,seterusnya lebih mempercayai tangkal untuk menjamin
kehidupan.selain itu mengafirkan orag islam.akhir sekali merasa kan diri
telalu hebat sehingga melupakan ajaran islam.