Tatabahasa
Buku Jalanan Chow Kit
Latar Belakang
Buku Jalanan Chow Kit (BJCK) yang terletak di bandar raya Kuala
Lumpur merupakan pusat sumber dan ruang belajar. Tempat ini
adalah untuk golongan miskin bandar tanpa mengira bangsa
dan warganegara. Terdapat kakitangan tetap dan sukarelawan
yang mencurahkan bakti di sini.
Kegiatan
Sekolah BJCK
Sekolah bagi individu yang tidak berpeluang untuk belajar
di sekolah awam. Selain mata pelajaran biasa, bahasa Jepun
dan perihal pengucapan awam juga diajarkan. Hubungan
murid-murid pelbagai kaum semakin erat melalui aktiviti
pembelajaran.
Kelab Bola Sepak BJCK
Kelab ini memberikan peluang kepada kaki bola BJCK mengasah bakat dan dilatih
semangat sepasukan. Melalui kegiatan ini, ahli kelab daripada pelbagai kaum dapat
berinteraksi dengan lebih baik.
Kelas Malam Hujung Minggu
Kelas tuisyen percuma ini dikendalikan oleh tenaga sukarela daripada pelbagai kaum.
Mereka mengadakan kelas ini untuk meringankan beban keluarga yang kurang
berkemampuan tanpa mengira keturunan.
Arus Maker Academy
Melalui akademi ini, anak-anak belajar dan bekerjasama menyelesaikan masalah. Ahli
daripada pelbagai kaum perlu berbincang secara harmoni untuk menyiapkan tugasan.
Kolektif Anak Chow Kit
Kelas seni untuk menghargai bakat dan kreativiti ahli daripada pelbagai latar belakang.
Setiap ahli perlu berganding bahu bagi menjayakan kegiatan yang dirancang.
Aktiviti “Mereka ialah anak “ Saya tertarik akan
emas yang kami didik kegiatan Buku Jalanan
tanpa pilih kasih. Saya Chow Kit (BJCK) yang
harap mereka menjadi terletak di bandar raya
suri teladan kepada Kuala Lumpur.
Siti Rahayu binti Baharin, golongan yang kurang Penubuhannya dapat
Pengasas BJCK bernasib baik. _____.
Kenal pasti dan kategorikan pelbagai kata majmuk yang terdapat dalam teks.
Kemudian, bina perenggan.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti dan mengkategorikan pelbagai kata majmuk berdasarkan teks.
5.2.2 • Bimbing murid membina perenggan dengan menggunakan pelbagai kata majmuk.
92 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Berusaha
Pemulihan
Baca teks cerita. Kemudian, nyatakan ilmu dan nilai daripada cerita tersebut.
Persembahkannya dalam pelbagai bentuk.
Muafakat Lebah dengan Tempua
Sang Lebah melihat sekeluarga tempua dari Ilmu
sarangnya di pokok tualang, tempat dia membuat Lebah
madu. Anak tempua yang masih kecil menangis bersarang
kesejukan. Sang Lebah menghampiri keluarga dan membuat
tempua itu. madu
di pokok.
“Hai, Sang Tempua! Mengapakah kamu berada
di sini?” tanya Sang Lebah. Nilai
Baik hati.
“Eh, Sang Lebah! Kami baru saja berpindah
di sini. Kami tiada tempat untuk berteduh,” kata Ilmu
Sang Tempua. ____
“Kalau begitu, ayuh, saya ajarkan cara untuk Nilai
membuat sarang!” kata Sang Lebah. ____
Sang Lebah pun mengajar Sang Tempua Ilmu
membuat sarang daripada daun padi dan lalang. ____
“Sarang tempua jantan ini ada tempat untuk Nilai
kamu bertenggek,” kata Sang Lebah. ____
“Menarik,” kata Sang Tempua. Ilmu
“Pintu sarang tempua betina pula agak berbeza ____
kerana ada bahagian berlekuk untuk menyimpan
telur,” jelas Sang Lebah lagi.
Hasil muafakat mereka, sarang tempua pun
siap. Sarang yang rendah itu terjuntai pada daun
pokok kelapa. Sang Lebah dan Sang Tempua pun
tinggal berjiran dan saling membantu.
Kononnya, mulai hari itu, tempua sering membuat
sarang yang rendah.
2.3.2
93
Pengayaan
Permainan Membina Kata Majmuk
balai cari gulung bertolak pusat diri
rendah tengah garis hari raya kuning
langsat guru besar tikar ansur
mata gali pelajaran
Pasukan Muhibah Pasukan Pasukan Sepakat
Harmoni
Pengadil
Juri
Penjaga Masa
Langkah Permainan
1. Pengadil akan meniup wisel untuk memulakan permainan. Penjaga masa pula
akan mencatat masa.
2. Selepas itu, para pemain memadankan perkataan untuk membentuk kata
majmuk. Para pemain juga dikehendaki menulis ayat dengan menggunakan
setiap kata majmuk yang telah dibentuk pada sekeping kertas.
3. Setelah selesai, ketua pasukan akan menyerahkan kertas tersebut kepada juri.
Apabila juri menerimanya, penjaga masa akan berhenti mencatat masa.
Peraturan Permainan
1. Peserta diberi masa selama lima minit untuk membentuk kata majmuk dan
membina ayat.
2. Loceng akan dibunyikan sekali setelah tiga minit dan dua kali setelah lima minit.
3. Pengadil akan membatalkan penyertaan para pemain yang melebihi had
masa.
4. Juri akan menentukan pemenang melalui pembentukan kata majmuk dan
pembinaan ayat yang betul. Jika keputusan seri, pemenang ditentukan melalui
kepantasan masa.
5.2.2
94
Pengukuhan
Berdasarkan gambar, bercerita tentang kegiatan untuk memupuk hubungan
antara kaum di sekolah.
Mari Erat Perpaduan
bersatu hati bekerjasama
bantu-membantu CONTOH
berbincang Cara
Memupuk
Perpaduan
bersepakat bergotong-royong
1.3.1
95
Penilaian
A. Berdasarkan bahan grafik, bercerita tentang pengalaman kamu mengenai
cara mewujudkan perpaduan melalui pendidikan.
tiada persengketaan melahirkan generasi
dalam masyarakat yang bersatu padu dan
berbilang bangsa menguntungkan negara
Bagaimanakah perpaduan dipupuk melalui pendidikan?
mempelajari bahasa Melayu, menyertai kegiatan
iaitu bahasa kebangsaan kokurikulum yang
melibatkan semua kaum
menerapkan elemen sivik memahami sejarah
dalam pendidikan pembinaan negara melalui
mata pelajaran Sejarah
B. Betulkan kesalahan penggunaan imbuhan dan kata dalam petikan di bawah.
Kemudian, tulis petikan tersebut semula.
Bahasa Melayu menjadi lambang jati diri masyarakat Malaysia. Bahasa ini
berperanan dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Penggunaan bahasa Melayu dalam pemhubungan antara kaum dapat mengelakan
perasaan curiga. Selain itu, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang digunakan
dalam tiap urusan kerajaan. Oleh itu, rakyat Malaysia sepatutnya merasa bangga
untuk menggunakan bahasa Melayu.
1.3.1
96 3.3.2
5TEMA KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN
ESTETIKA
Sebutkan unsur-unsur kebudayaan, kesenian, dan estetika yang terkandung
dalam gambar.
97
UNIT Warisan Budaya
13 Kekal Terpelihara
UNMITen1dengar dan Bertutur Audio pendengaran
Lemak Manis Tepung Pelita Ibu saudara
Irfan dan Irdina ingin membuat kuih Resipi Tepung Pelita
tepung pelita bersempena dengan hari Bahan-bahan
lahir ibunya. Dia membaca resipi kuih • daun pisang sebagai
itu sambil mendengar pesanan suara
daripada ibu saudaranya. acuan teh gula pasir yang
• 1 sudu bagi setiap acuan
dikisar
l•a 1picsaawnabnatwepauhn: g beras
cawan gula
• 1 cawan air kisaran daun
• 4
pandan
l••a 44picssauawdnuaanmtasasak:natnantepung
beras
• 1 cubit garam
Sediakan acuan Untuk lapisan bawah, Kacau adunan
tepung pelita. masukkan semua sehingga sebati dan
Masukkan 1 sudu bahan ke dalam likat. Tuang adunan
teh gula pasir yang ke dalam acuan dan
dikisar ke dalamnya. periuk dan panaskan. biarkannya menyejuk.
Panaskan semua Tutup api apabila Tuang adunan
bahan untuk adunan telah sebati. ke dalam acuan
membuat lapisan semula dan
atas. biarkannya menyejuk.
Aktiviti
Ceritakan cara membuat kuih tepung pelita daripada maklumat yang didengar
dan dibaca.
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar dan membaca bahan.
1.3.2 • Bimbing murid menceritakan bahan dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi
yang sesuai.
98 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menunjuk cara
EMK: Kreativiti dan inovasi
Membaca
Perkahwinan Orang Asli
Irfan membaca sebuah buku antologi drama. Dalam buku tersebut, terdapat
kisah tentang majlis perkahwinan Orang Asli.
Masa: Petang
Tempat: Ruang tamu
Tok Batin Bidi dan anaknya, Tijah, sedang berbual.
Tok Batin Bidi: Tijah, ayah baru selesai berbincang dengan saudara kita tentang
perkahwinan kamu. Kita akan mengadakan majlis perkahwinan
kamu mengikut adat resam kita.
Tijah: (Tersenyum riang) Wah, Tijah sangat teruja, ayah! Apakah perkara
yang telah dibincangkan?
Tok Batin Bidi: Ayah telah mengaturkan istiadat perarakan pengantin lelaki. Ayah
juga bercadang untuk membina pelamin tradisional yang dihiasi
daun-daun. Majlis kamu nanti akan dimeriahkan juga dengan
persembahan tarian sewang. Kamu setuju?
Tijah: Mestilah Tijah setuju, ayah. Semua itu ialah warisan budaya kita.
Tijah juga sedang berbincang dengan ibu untuk mengenakan
perhiasan tradisional kita.
Tok Batin Bidi: Baguslah, Tijah. Ayah sebagai tok batin memang sangat berharap
agar majlis perkahwinan kamu nanti akan menjadi contoh kepada
masyarakat kita.
Tijah: Tijah berharap semoga majlis itu nanti akan dapat memberikan
kesedaran kepada masyarakat kita untuk menjaga adat budaya.
Nama Watak Perwatakan
Tok Batin Bidi Beliau seorang tok batin dan ayah yang bertanggungjawab.
Beliau _____
Tijah
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Jelaskan nama watak dan perwatakan berdasarkan bahan.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
2.1.1 • Bimbing murid membaca teks drama dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
• Bimbing murid memahami dan mentafsir nama waUtankitdan perwatakan.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Mentafsir 99
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
nota guru laman halaman rangsangan
Menulis
Adab Berkunjung
Faris membaca poster tentang adab kunjung-mengunjungi.
ADAB KUNJUNG-MENGUNJUNGI
Kunjung-mengunjungi adalah antara amalan
mulia yang diamalkan oleh generasi muda.
Amalkan adab berikut semasa berkunjung
ke rumah saudara-mara, rakan, dan
jiran tetangga.
• Ucapkan salam dan sapa tuan rumah. M asuk
ke rumah apabila dijemput. Bawalah s edikit
buah tangan sebagai pemberian ikhlas.
• Duduk dengan tertibnya dan berbicara dengan
t uan rumah. Elakkan berbual tentang perkara
yang sensitif. Bertanyalah khabar untuk
mewujudkan kemesraan.
• Sebelum pulang, jamah hidangan yang
d isediakan. Minta izin tuan rumah untuk
pulang. Janganlah memanjangkan perbualan.
Amalan kunjung-mengunjungi qr code standard ar code
dapat mengeratkan silaturahim? pembelajaran
Aktiviti Cadangkan adab lain yang
dapat memberikankakndeunsgeanlesaainnfo
kepada tuan rumah.
Hasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid memahami bahan.
3.2.2 • Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan memberikan cadaUnngitan secara kritis dan kreatif.
100 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Mencadangkan
EMK: Nilai Murni – Bersopan santun
nota guru laman halaman rangsangan
Seni Bahasa
Sepak Raga Tuju Video
sepak raga tuju
Semasa di kampung, Irfan dan ayahnya menghadiri Pesta Sukan Rakyat. Mereka
ternampak sekumpulan lelaki bermain bola takraw.
1
Irfan hairan mereka tidak menggunakan jaring.
Ayahnya memberitahu Irfan bahawa itu ialah
permainan sepak raga tuju.
2 Sepak raga tuju ialah
permainan yang terkenal.
Ayahnya menerangkan cara bermain Para pemain perlu cekap
permainan itu. Irfan teruja akan keunikan menerima dan menujukan
permainan itu. bola tersebut kepada
– mengisi masa lapang – badan sihat, pihak lawan.
otak cerdas –
3
Semasa di sekolah, Irfan menceritakan
pengalamannya di kampung kepada
rakan-rakannya.
Pendidikan Jasmani – kawasan lapang
– besar hati – menunjuk cara –
4
– menubuhkan kelab – gelanggang baharu
– remaja dan dewasa – bangga – tak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas –
Aktiviti
Hasilkan cerita dan persembahkannya secara kreatif.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami bahan.
4.3.2 • Bimbing murid menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan
bahan dan mempersembahkannya secara kreatif. 101
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan
EMK: Nilai Murni – Kerjasama
Tatabahasa
Bidar Lukut
Irfan menerima e-mel daripada rakannya, Robin, yang berasal dari Sarawak.
Berdasarkan e-mel tersebut, dia hendak menulis catatan ringkas tentang
perlumbaan bidar lukut.
robin
Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Perkara : Perlumbaan Bidar Lukut
Salam sejahtera Irfan, dalam e-mel ini, saya ingin berkongsi tentang sejenis
permainan tradisional kaum Melanau di Mukah, Sarawak. Permainan ini diberikan
nama bidar lukut.
Bidar lukut ialah sejenis perahu kecil yang bentuknya tirus dan panjang. Di dalam
perahu itu, daun-daun kering dipacakkan sebagai layar. Perahu akan bergerak
apabila ditiup angin.
Pada setiap tahun, penduduk setempat akan mengadakan perlumbaan bidar
lukut. Dalam undang-undang permainan ini, perahu perlu bergerak mengikut lorong
masing-masing. Lorong ditanda menggunakan botol-botol yang telah disambung.
Perahu-perahu ini dicat dengan warna yang cantik-cantik. Ada juga pemilik perahu
yang membawa kekuda kayu untuk mempamerkan perahu mereka. Keunikan
perahu ini bukan sahaja menarik minat kanak-kanak bahkan orang dewasa juga.
Acara ini semakin meriah apabila penduduk membuka gerai. Gerai-gerai
ini menjual makanan tradisional tempatan seperti umai.
Penonton-penonton dapat menghilangkan rasa lapar
dan dahaga selepas penat bersorak untuk
menyokong perahu kegemaran mereka.
Setakat ini sahaja perkongsian saya,
Irfan. Saya berharap agar kita akan
bersua lagi pada masa akan datang.
Munsyi Cilik
Aktiviti Kata ganda penuh boleh
membawa makna:
Kenal pasti kata ganda penuh. Kemudian, tulis catatan
ringkas dengan menggunakan kata ganda penuh. (i) tunggal seperti rama-rama
(ii) jamak seperti daun-daun
Nota Guru
5.2.3 • Bimbing murid mengenal pasti kata ganda penuh dalam bahan.
• Bimbing murid menulis catatan ringkas dengan menggunakan kata ganda penuh.
102 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Kreativiti dan inovasi
UNIT Persada Seni
14 Lambang Jati Diri
UNMITen1dengar dan Bertutur Audio pendengaran
Istimewanya Pak Cu
Irfan menonton persembahan wayang kulit Pak Cu. Antara persembahan
Pak Cu yang terkenal ialah kisah “Anak Kera Belira Sakti”. Irfan kagum
menonton persembahan itu. Kemudian, dia membuat rakaman
temu ramah bersama dengan Pak Cu.
Saya amat kagum apabila menonton
persembahan Pak Cu. Bolehkah Pak Cu
memperkenalkan diri dan menceritakan
pelibatan Pak Cu dalam persembahan
wayang kulit?
Aktiviti Boleh. Nama sebenar Pak Cu ialah Eyo Hock Seng. Pak Cu
berketurunan Cina. Masyarakat sekitar memanggil Pak Cu
dengan gelaran Pak Cu Tok Dalang. Pak Cu mula bermain
wayang kulit sejak berusia 10 tahun. Pak Cu berguru dengan
pemain wayang kulit tersohor, Abdullah Baju Merah. Sudah
lebih 40 tahun Pak Cu bergiat aktif dalam persembahan. Untuk
masa akan datang, Pak Cu sedang melatih seorang cucu
Pak Cu untuk mewarisi seni ini. Walaupun masih muda, dia
sudah mampu menghafal beberapa buah cerita wayang kulit.
Dengar dan cam sebutan tentang pelibatan tokoh dalam persembahan wayang
kulit daripada dialog dan audio. Kemudian, sebut ujaran itu semula.
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar dan mengecam sebutan yang terdapat dalam pelbagai situasi.
1.1.1 • Bimbing murid menyebut ujaran semula yang terdapat dalam pelbagai situasi.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Menyampaikan 103
EMK: Nilai Murni – Keberanian PAK-21: Main Peranan
Membaca
Persembahan Randai
Selepas menonton persembahan randai di Istana Budaya, Irfan membaca
rencana tentang seni persembahan randai.
Kenali Seni Persembahan Randai
Oleh: Faheem Aaly Putra
Seni Persembahan Randai
Persembahan randai ialah satu aspek kebudayaan masyarakat Minangkabau
di Beranang, Jelebu, Kuala Pilah, dan Mantin, Negeri Sembilan. Randai berasal
daripada perkataan “merandai” yang bermaksud mengarang atau melingkar
suatu kawasan lapang. Pada masa dahulu, seni ini sering dipersembahkan dalam
upacara adat seperti perasmian pelantikan penghulu, majlis perkahwinan, dan
majlis kesyukuran selepas musim penuaian. Persembahan randai dimainkan oleh
lelaki dan wanita.
Seni dan warisan ini menggambarkan kehalusan budaya yang penuh falsafah.
Keistimewaan Persembahan Randai
Persembahan randai istimewa kerana menggabungkan beberapa elemen seni.
Elemen utama yang ditonjolkan dalam persembahan randai ialah seni tari,
pencak silat, lakon, dan nyanyian dengan iringan alat muzik. Para pemain akan
melakukan pergerakan dalam lingkaran sambil menepuk seluar galembong dan
bertepuk tangan. Antara setiap babak, persembahan akan diselang-selikan dengan
lakonan dan nyanyian berirama seperti gurindam, berdendang, dan berlagu.
Cerita dalam persembahan randai dipersembahkan dalam dialek Negeri Sembilan
dan Minangkabau. Penceritaannya pula berkenaan dengan cerita rakyat Negeri
Sembilan atau kisah legenda Minangkabau.
Keistimewaan yang ditonjolkan ini menunjukkan nilai estetika yang tinggi dalam
persembahan.
104
gendang
bonang
Muzik Persembahan Randai jidur
salung
Persembahan randai diiringi alunan muzik tradisional bangsi
seperti ensembel caklempong, iaitu bonang, gendang, jidur,
salung, dan bangsi. Selain alunan muzik, persembahan
randai banyak diselitkan dengan kesan bunyi tepukan
tangan, paha, atau pakaian. Jeritan seperti “hip” atau “tih”
oleh pemain randai merancakkan persembahan ini lagi.
Pada pendapat kamu, bagaimanakah golongan muda
dapat menghayati keunikan alunan muzik tradisional?
Busana Persembahan Penari Randai
Terdapat lima busana utama yang dipakai oleh
penari-penari dalam persembahan randai.
Antaranya termasuklah seluar galembong yang
longgar dan hampir kelihatan seperti kain, baju
guntiang manih berlengan panjang, dan ikek
pinggang (bengkung). Samping dan destar pula
melengkapi keindahan pakaian penari randai.
Bagaimanakah dapat kita menjadikan busana
ini dikenali oleh generasi muda?
(Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Effindi bin Samsuddin, Pensyarah Universiti Malaya)
Tafsiran 1 Tafsiran 2
Persembahan randai ialah Tafsiran 3
satu aspek kebudayaan
masyarakat Minangkabau yang standard ar code
menggambarkan kkaneduhngaanlusaninfo pembelajaran
Aktiviti budaya yang penuh ilmu. Tafsiran 4qr code
Baca dan jelaskan penyataan dan persoalan dalam setiap perenggan.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid membaca dan memahami bahan. Unit 105
2.1.1 • Bimbing murid mentafsir bahan.
Strategi PdP: KP – Kinestetik KBAT: Menganalisis – Mentafsir
EMK: Nilai Murni – Menghargai budaya
nota guru laman halaman rangsangan
Menulis
Tanglungku Cantik
Irfan dan Mun Chew berbual-bual semasa menghadiri Pesta Tanglung di taman
perumahan mereka.
Irfan: Wah, banyak sungguh tanglung di sini, Mun Chew! Pelbagai saiz
dan bentuk tanglung dapat kita lihat.
Mun Chew: Ini tanglung saya, Irfan.
Irfan: Walaupun hanya menggunakan bahan terbuang, tanglung kamu
tetap kelihatan cantik.
Mun Chew: Saya mengambil masa berhari-hari untuk menyiapkannya. Saya
menghasilkannya dengan penuh kesabaran.
Irfan: Di manakah kamu belajar membuat tanglung?
Mun Chew: Datuk saya seorang pembuat tanglung. Beliau banyak mengajar
saya. Jika tidak, pasti seni ini akan dilupakan.
Irfan: Setahu saya, tanglung tradisional menggunakan cahaya api, bukan?
Mun Chew: Betul, Irfan. Namun, kita perlulah menjadi rasional dan lebih kreatif
menggunakan teknologi. Saya gunakan lampu diod pancaran cahaya
supaya tanglung ini lebih selamat.
Irfan: Walaupun tanglung tidak lagi digunakan dalam kehidupan harian,
kamu tetap gigih mempelajarinya, Mun Chew.
Mun Chew: Ya, Irfan. Tanglung ini memberikan kesedaran dalam pembentukan
jati diri saya.
menghargai
sikap sabar seperti warisan seperti kreatif seperti rasional
perbuatan
menyiapkan ________ ________ ________
tanglung
selama
berhari-hari
Aktiviti kandungan info qr code standard ar codBebmaidegamanimbgeasnentnuaikkdajaahtpi adtiri
pembelajaran masyarakat?
Lengkapkan Peta Titi berdasarkan teks dialog
dan jawab persoalan yang dikemukakan.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
3.2.3 • Bimbing murid mengeUnnaitl pasti dan mencatat maklumat.
• Bimbing murid menjanakan idea berdasarkan bahan.
106 Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mencipta – Menjanakan idea
EMK: Kreativiti dan inovasi
nota guru laman halaman rangsangan
Seni Bahasa
Citra Warna Malaysia Audio lagu
Irfan dan rakan-rakannya telah menyertai pertandingan mencipta seni kata
lagu bersempena dengan Minggu Citra Warna Malaysia.
Ayuh, lestarikan budaya warisan kita!
uniknya gesekan rebab petikan sape yang
m enusuk sukma m emukau penonton
alunan petikan zheng CMitrIaNWGaGrnUa gemeresik gema
yang mempesonakan MALAYSIA ghatam yang
menghiburkan
saksikan tarian kipas rasai
yang mengagumkan kemeriahan
t arian joget
hayati gerak tari
t arian sumazau
kenali tarian sewang masyarakat
Orang Asli yang istimewa
Pelbagai seni tari menjadi lambang kekayaan budaya kita.
Aktiviti
Hasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan rangsangan dan persembahkannya
secara kreatif.
Nota Guru
• Bimbing murid menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan.
4.3.3 • Bimbing murid mempersembahkan seni kata lagu secara kreatif.
Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Mencipta – Menghasilkan 107
EMK: Kreativiti dan inovasi
Tatabahasa
Persembahan Awang Batil
Rakan Irfan, Amna, menonton persembahan Awang Batil di Balai Seni Negara.
Dia menceritakan pengalamannya kepada Irfan.
Saya tertanya-tanya akan bentuk persembahan yang akan diadakan.
Saya nampak beberapa buah alat muzik dan topeng di atas pentas.
Topeng yang usang dan kemerah-merahan itu kelihatan istimewa.
Persembahan pada hari ini pasti diadakan secara besar-besaran
kerana banyak tetamu dari luar negara diundang.
Kemudian, kelihatan seorang lelaki tua di atas pentas.
Nampaknya, beliaulah pelipur lara persembahan
ini. Beliau mula mengetuk-ngetuk batil yang
kecil di atas ribanya sambil menyampaikan cerita
dongeng-dongengan secara bersahaja. Selepas
itu, biola pula digesek-gesekkan dalam nada
yang perlahan sesuai dengan ceritanya. Walaupun
asyik bercerita, beliau tidak lupa berjenaka untuk
menghiburkan penonton.
Pada akhir persembahan, pelipur lara
meniup serunai dan memukul-mukul rebananya.
Persembahannya mendapat tepukan gemuruh.
Sebelum turun dari pentas, beliau diraikan
oleh penganjur. Beberapa orang tetamu
bersalam-salaman dan menghadiahi
beliau cenderamata. Pengalaman saya
menonton persembahan Awang Batil
ini menjadi kenang-kenangan
yang tidak akan saya lupakan.
Munsyi Cilik (Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara)
Kata ganda separa ialah kata yang
menggandakan sebahagian kata dasar
sahaja. Kata dasar terdiri daripada kata
tunggal atau kata berimbuhan.
Aktiviti
Kenal pasti kata ganda separa. Kemudian, tulis sepucuk surat yang mengandungi
kata ganda separa untuk menceritakan pengalaman tersebut semula.
Nota Guru
5.2.3 • Bimbing murid memahami kata ganda separa.
108 • Bimbing murid menulis surat dengan menggunakan kata ganda separa.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Membina
EMK: Nilai Murni – Menghargai budaya
UNIT Estetika Cita Rasa Malaysia
15
UNMITen1dengar dan Bertutur
Hebatnya Perahu Besar
Irfan dan rakan-rakannya ke Muzium Negeri Terengganu. Di sana, mereka diberi
penerangan tentang perahu besar oleh kurator muzium.
Ini perahu besar tradisional Terengganu. Perahu dilengkapi kabin yang
Perahu ini dibina dengan pasak tanpa dipanggil “kup” serta dapur
menggunakan paku. Keistimewaan inilah kecil di bahagian tengah dek.
yang menjadikan perahu ini sangat
bernilai hingga sekarang.
Penggunaan kayu cengal Di antara papan dinding Encik Zamri
dan kayu penaga sebagai perahu, ditampal dengan
pasak menjadikan perahu gegala yang dibuat daripada
ini tahan lama. kain guni, damar, dan minyak
kuing bagi memastikannya
Puan Sarah tidak dimasuki air.
Daripada penerangan tadi, Perahu ini Kita perlu
berikan pendapat kamu tentang unik kerana ____.
keunikan perahu besar ini. ____.
Aktiviti (Sumber: Muzium Negeri Terengganu)
Berikan respons terhadap penyataan yang didengar.
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar dan memahami maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi.
1.1.2 • Bimbing murid memberikan respons.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Mempertimbangkan 109
EMK: Kreativiti dan inovasi
Membaca
Muzikal Tradisional India
Irfan dan Prasad menonton persembahan muzikal tradisional India.
Prasad: Irfan, kakak saya, Nithiya, sedang bersedia di atas pentas untuk
memulakan persembahan pada malam ini.
Irfan: Wah, hebatnya kakak kamu! Apakah alat muzik yang akan dimainkannya?
Prasad: Dia akan bermain tambura, Irfan. Tambura ialah alat muzik bertali. Cuba
kamu dengar petikannya.
Irfan: Wah, bunyi dengungnya membuatkan saya rasa tenang! Inilah bunyi
yang selalu saya dengar dalam filem-filem India. Mersik bunyinya
terngiang-ngiang di telinga saya.
Prasad: Betul, Irfan. Cuba teka di sebelah kanan kakak saya itu alat muzik apa?
Irfan: Itu senang sahaja, Prasad. Itu ialah tabla. Saya suka akan bunyi tabla
kerana bunyinya amat mengasyikkan.
Prasad: Pemain tabla perlu mengetuk tabla mengikut tempo yang telah ditetapkan.
Irfan: Jadi, mereka pasti menggunakan metronom untuk menetapkan tempo.
Bagaimanakah pula kakak kamu menjaga tambura?
Prasad: Kakak saya sangat teliti menjaga tambura. Dia akan menala tamburanya
dengan menggunakan aplikasi yang terkini. Dia juga menyimpannya
di dalam kotak khas.
Irfan: Terima kasih kerana mengajak saya menonton persembahan ini, Prasad.
Saya memang meminati genre muzik klasik.
Prasad: Sama-sama, Irfan.
Aktiviti
Baca dan rujuk perkataan yang berwarna merah dalam kamus dan
media elektronik.
Nota Guru
• Bimbing murid membaca teks dan mengenal pasti perkataan.
2.1.2 • Bimbing murid mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang
110 tepat dengan merujuk kamus serta media elektronik.
Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Menghargai budaya
Menulis
Baju Melayu Audio syair
Selepas menonton pertunjukan busana tradisional, Irfan mendapat idea untuk
menulis Syair Busana Melayu.
Syair Busana Melayu kekek
pesak
Baju Melayu busana tradisi,
Kini dibuat pelbagai versi,
Sejarah lama telah diwarisi,
Rekaan asli tersirat isi.
Baju Melayu berbutang lima,
Cekak musang jenis pertama,
Teluk belanga pilihan bersama,
Berkancing satu tidaklah sama.
Kekek dijahit di bawah lengan,
Menutup bentuk badan dan tangan,
Badan yang sasa bukan tayangan,
Sifat malu menjadi pegangan.
Pesak namanya bahagian tepi,
Dijahit panjang kemas dan rapi,
Kembanglah baju besarnya sipi,
Rasa selesa tertunai impi.
Samping dipakai sungguh bermakna,
Segak bergaya anak teruna,
Songkok di atas pelengkap busana,
Budaya disanjung lengkap sempurna.
Nukilan: Irfan Nabil
Aktiviti
Tulis teks syair yang diimlakkan.
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar teks syair.
3.2.4 • Bimbing murid menulis teks syair yang diimlakkan.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Melaksanakan 111
EMK: Bahasa PAK-21: Permainan Telefon Rosak
Seni Bahasa
Indahnya Bahasaku
Faris akan menyertai pertandingan pidato bertemakan keindahan bahasa Melayu.
Sebagai persediaan, dia membaca pelbagai bahan untuk mendapatkan maklumat
dan memperluas pengetahuan tentang tema tersebut. Amalannya itu bertepatan
dengan kata-kata hikmat, membaca jambatan ilmu.
ca alif ba mim mim
nun ta membaca
ba mim jim
jambatan
wau mim lam ain
ilmu
Aktiviti
Kenal, cam, sebut, dan tulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan Jawi
dalam kata-kata hikmat dan persembahkannya.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal, mengecam, dan menyebut huruf tunggal yang ditulis dalam
4.4.1 tulisan Jawi.
112 • Bimbing murid menulis huruf tunggal tersebut dan mempersembahkannya secara kreatif.
Strategi PdP: KP – Visual Ruang KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan
EMK: Kreativiti dan inovasi
Tatabahasa
Seni Kain Baraburu
Irfan menerima hadiah kain baraburu atau dikenali juga
sebagai balburu daripada rakannya, Linda, yang berasal
dari Sabah. Irfan telah berkongsi maklumat tentang
penghasilan kain baraburu oleh keluarga Linda.
Nenek Linda yang berketurunan Iranun tinggal
di kawasan pesisiran pantai di Kota Belud,
Sabah. Kampung mereka berlatarbelakangkan
gunung-ganang. Kampungnya jauh daripada
hiruk-pikuk kota. Banyak lagi suku-sakatnya yang
meneruskan aktiviti menenun kain baraburu.
Kain baraburu dihasilkan daripada daun nanas.
Daun itu dikikis untuk mendapatkan benang. Kerja
itu tidak boleh dilakukan secara gopoh-gapah.
Saudara-maranya bergotong-royong melakukannya.
Benang yang telah siap akan direndam
dengan pewarna asli. Hasilnya ialah benang yang
berwarna-warni. Saki-baki pewarna disimpan
di dalam bekas. Semua benang tadi akan ditenun
menjadi kain. Kreativiti jari-jemari saudaranya
menghasilkan corak yang cantik.
Hati nenek Linda jangkih-mangkih apabila
memikirkan kelangsungan kain ini. Beliau berharap
agar warisan turun-temurun ini akan terus
terpelihara. Usaha keluarganya mempromosikan
kain baraburu dan menjadikannya terkenal bukan
lagi cola-cala.
[Sumber: Mabulmaddin Shaiddin, Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Iranun Sabah (BKI)]
Aktiviti Munsyi Cilik
Kata ganda berentak ialah kata yang menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi tertentu. Kata ganda berentak terbahagi kepada pengulangan
vokal, pengulangan konsonan, dan bebas.
Tulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak yang terdapat dalam petikan.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami kata ganda berentak.
5.2.3 • Bimbing murid menulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak mengikut konteks.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Membina 113
EMK: Kreativiti dan inovasi
Pemulihan
Baca dan padankan tafsiran pantun dengan betulnya.
Kercang Menguji Minda
Abor, kawan Irfan, telah menulis pantun untuk memperkenalkan
permainan Orang Asli kepada rakan-rakannya.
Bunga hiasan cantik berseri, Tafsiran pantun:
Di taman puspa pilihan dara;
Kercang warisan nama diberi, Permainan ini menonjolkan
Makin dilupa harus dipelihara. kreativiti dan kesabaran pemain
untuk menyelesaikan cabaran.
Mata melirik mencari keli, Tafsiran pantun:
Keli terlepas ke dalam paya; Keunikan permainan ini menarik
Masuk dan tarik ikatan tali, minat orang ramai untuk
Simpulan dilepas pemain berjaya. memainkannya.
Tangkas kuda kaki menerjang, Tafsiran pantun:
Pantas berlari pantang dicabar; Permainan kercang perlu
Menguji minda akal yang panjang, dipertahankan untuk tatapan
Mendidik diri untuk bersabar. generasi akan datang.
Ikan ketuka banyaknya isi, Tafsiran pantun:
Di dalam guni untuk kawan; Pemain perlu bijak mengeluarkan
Permainan pusaka seni tradisi, simpulan tali yang tersimpul
Kreatif berseni pasti tertawan. pada kercang.
(Sumber: Jabatan Warisan Negara)
2.1.1
114
Pengayaan
Mainkan permainan di bawah.
21 22 23 24 25
Turun Kita perlu memusing- TAMAT
ke petak. menghormati musing
jiran ___.
20 19 18 17 16
memetik-___ Naik saudara-mara Zaidi ___
datuknya
ke petak.
sebagai tanda
perpisahan.
11 12 13 14 15
Naik Turun ___-ratus
ke petak. ke petak.
10 9 8 7 6
tarian-tarian Sebagai tetamu, ___-bilau
kita perlu ___
dengan tuan
rumah.
1 2 3 4 5
serta-___ Pak Ramli ___ perhiasan-
MULA Naik perhiasan
batilnya. ke petak.
Arahan Mengikut Warna Petak: Cara Bermain:
1. Sebut kata ganda pada gambar.
2. Lengkapkan kata ganda. 1. Bergerak mengikut balingan
3. Lengkapkan ayat. dadu.
4. Bina ayat.
5. Sebut kata ganda dan bina ayat. 2. Mundur ke petak asal
sebelum balingan dadu jika
tidak dapat menjawab aktiviti
dalam petak berwarna.
5.2.3
115
Pengukuhan
Simulasikan wawancara dan berikan respons berdasarkan maklumat
yang diujarkan.
Ikon Budaya
Irfan ingin menulis rencana tentang Ikon Budaya Negara. Dia mewawancara
Encik Fatah, seorang aktivis budaya tempatan.
IKON
BUDAYA NEGARA
Allahyarhamah Toh Puan Azah Aziz
atau nama sebenarnya Sharifah Azah
binti Mohamed Alsagoff dilahirkan
di Singapura pada 21 Ogos 1928.
Sumbangan beliau amat besar
dalam bidang kebudayaan. Antara
sumbangan tersebut termasuklah
penghasilan karya sastera seperti
pantun dan puisi kanak-kanak. Hal
ini penting bagi membudayakan
minat membaca dan menghargai
sastera Melayu.
Irfan: Apakah sumbangan besar Allahyarhamah Toh Puan Azah Aziz
kepada masyarakat?
Encik Fatah: Beliau telah _____.
Irfan: Penghasilan karya sastera untuk bacaan kanak-kanak penting.
Mengapa?
Encik Fatah: _____.
Irfan: Sumbangan beliau mencorakkan pemikiran masyarakat. Bolehkah
encik jelaskan penyataan ini?
Encik Fatah: _____.
1.1.2 (Sumber: Pusat Rujukan Sehenti Penyelidikan Alam Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia)
116
Penilaian
Baca teks. Kemudian, lakukan aktiviti berikutnya.
Seni Pertukangan Kraf Tembaga
Irfan dan Irdina menonton dokumentari tentang seni pertukangan kraf tembaga.
Seni pertukangan kraf tembaga amat istimewa bagi Salleh
Mohd atau Pak Leh. Beliau adalah antara tukang kraf tembaga
yang masih meneruskan pembuatan produk kraf seperti periuk
dan acuan kuih-muih tradisional.
Atas kegigihan itu, Pak Leh mendapat pengiktirafan sebagai
Adiguru Kraf dalam bidang pertukangan kraf tembaga oleh
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada tahun 2009.
Kini, pertukangan kraf tembaga beliau turut dibantu anak
lelakinya. Pertukangan produk kraf tembaga yang diwarisi
secara turun-temurun ini ternyata masih dihargai oleh
masyarakat.
“Produk seperti periuk tembaga menjadi pilihan pelanggan kerana sifatnya
sebagai pengalir haba yang baik. Oleh itu, lauk-pauk yang dimasak akan tahan
lebih lama kerana mendapat haba yang cukup. Semasa proses pembentukan
periuk, saiz periuk tembaga biasanya diukur dengan menggunakan jari tangan
sahaja. Penggunaan teknik yang betul sering diamat-amati bagi memastikan
periuk yang kemas buatannya,” kata Pak Leh.
Antara hasil kraf tangan lain termasuklah kelengkapan perkahwinan seperti
tepak sirih dan pahar. Setiap rekaan mempunyai motif unik yang disesuaikan
mengikut cita rasa pelanggan. Hal inilah yang menjadikan
produk kraf tembaga beliau istimewa dan tinggi nilai
estetikanya.
Pak Leh sentiasa peka akan permintaan semasa
terhadap produk kraf tembaga. Beliau akan memastikan
bekalan jongkong tembaga mencukupi untuk pengeluaran
produk pada setiap bulan. Beliau berharap agar
seni pertukangan kraf tembaga ini akan terus kekal
zaman-berzaman.
(Sumber: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia)
A. Ceritakan keistimewaan produk tembaga berdasarkan perenggan yang
berwarna hijau.
B. Rujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna, sebutan, ejaan, dan
penggunaan perkataan yang tepat bagi perkataan yang berwarna merah.
C. Catat usaha Pak Leh untuk meneruskan seni tradisi ini. Cadangkan cara-cara
untuk memperkembang seni pertukangan ini.
1.3.2 117
2.1.2
3.2.3
MULIHAN BACAAN LUAS
Bacaan Luas
Seni Persembahan Bangsawan
Persembahan teater bangsawan suatu bentuk pementasan antara
zaman teater tradisi dengan teater moden. Secara tradisinya, lakonan
dalam teater bangsawan tidak berpandukan skrip. Pelakon hanya
perlu mereka dialog dengan improvisasi lakon setelah menguasai
sinopsis cerita. Peranan pengarah pula penting bagi mengarahkan
cerita mengikut kehendak sesebuah persembahan.
Pementasan teater bangsawan biasanya mengambil masa antara
satu jam setengah hingga dua jam. Tempoh pementasan lakonan
boleh dipendekkan melalui adegan sedih dengan cara “bernasib”
atau “berlagu tarik”. Tempoh pementasan juga boleh dipanjangkan
dengan menyelitkan selingan tambahan dalam sesebuah cerita.
Selingan dalam bentuk tarian, nyanyian, dan lawak jenaka akan diisi
bagi membolehkan pertukaran set antara adegan dengan babak
lakonan dilakukan.
Cerita-cerita bangsawan lazimnya mengisahkan dongeng rakyat,
raja-raja, dan hikayat. Gabungan antara cerita bangsawan dengan
rakyat bawahan memperlihatkan penggunaan
bahasa istana dan bahasa klasik yang indah. Hal
ini termasuklah penggunaan unsur sastera seperti
pantun, syair, gurindam, mantera, dan seloka.
Kesimpulannya, teater bangsawan salah
satu teater yang merangkumi pelbagai aspek
kesenian dan ciri-ciri kebudayaan masyarakat.
(Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara)
118