Lyza Ali
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini
dalam apa jua bentuk tanpa keizinan penulis.
"Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Al Baqarah: Ayat 183)
Hari ini hari pertama adik
berpuasa. Adik seronok
untuk berpuasa pada mulanya.
Tiba-tiba, adik berasa sangat
dahaga dan lapar. Adik terfikirkan
makanan yang sedap di
hadapannya.
"Ibu, adik lapar," kata adik.
"Sabarlah dik, sikit lagi ni nak
berbuka," kata ibu cuba memujuk.
Adik cuba untuk bersabar dan
melakukan aktiviti kesukaannya.
Mula-mula, adik
bermain
permainan lego.
Kemudian, adik
bermain
kereta mainan.
Apabila bosan,
adik bermain
dengan
anak kucing.
Meow....meow...meow...
Anak kucing itu
meminta makanan.
Adik beri anak kucing
itu makanan.
Adik rasa gembira.
Adik masuk ke dalam rumah.
Adik lihat ibu di dapur.
Sedapnya bau masakan ibu.
"Ibu..sekarang
pukul berapa?"
tanya adik.
"Pukul 6, sayang,"
jawab ibu.
"Lama lagi ke nak
buka puasa?" tanya
adik.
"Sikit je lagi,
sayang. Adik sabar
sikit ye," kata ibu.
"Adik, jom melukis
dengan kakak," kata
kakak.
Adik lukis bulatan
dan bintang.
Adik lukis bulan dan
kura-kura.
Cantiknya lukisan adik.
"Jom teman ayah
ronda-ronda di
taman," kata ayah.
Ayah bawa adik dan kakak
ke taman sebentar.
Kemudian, mereka pulang
ke rumah.
"Jom semua, waktu untuk
berbuka sudah tiba"
panggil ibu.
"Jommm," jerit adik
gembira.
Alhamdulillah
adik berjaya
berpuasa pada
hari pertama.
Tahniah, adik.