Cetakan pertama : 2023 © Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ISBN: Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini, dalam apa jua bentuk cara sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin secara bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. All rights reserved. It is not permitted to reproduce any part of the article, illustration and content of this book, in any form, whether electronically, photocopying, recording or any other way before obtaining permission in writing from the Director of the Institute of Special Education Teacher Training, Ministry of Education Malaysia. Penerbit: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Jalan Yaacob Latif 56000 Cheras Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Tel: 03-9131 8160 iii
Penghargaan Penulis Pantun Dr. Faridah Binti Yakob Pn. Azlina Binti Ahmad Dr. Abdul Hameed Bin Abdul Majid Dr. Munira Binti Mohsin Dr. Lee Leh Hong Dr. Aliza Binti Adnan Mohd. Zainal Abidin Bin Che Mood Datin Siti Muhibah Binti Hj. Nor Nik Rozalind Binti Nik Hassan Azlina Binti Abdul Rani Zulkifli Bin Zakaria Dr. Jainuddin Bin Ngah Hasizan Bin Dahalal Aliza Binti Alwi Dr. Wan Maznah Binti Wan Harun Dr. Liza Isyqi Binti Ramli Rosli Bin Mat Rasit Mat Johan Bin Mamat Abdul Rauf Bin Ibrahim Kamaruddin Bin Yahya Dr. Zuraini Binti Idris Rosman Bin Adam Mohd. Nasrun Bin Ahmad Zarina Binti Mustafa Amiruddin bin Zainuddin Zaradi bin Sudin Dr. Nik Asilah Binti Nik Ali Rafidah binti Ruhani Khairunnisa Binti Mohamad Wahidan Shahir Bin Wahid Nurul Athirah Binti Mohd. Bakri Salina Binti Harun Editor Hasizan Bin Dahalal Mohd. Zainal Abidin Bin Che Mood Nur Faatihah binti Mohamad Hussin iv
Kata-kata Aluan Pantun ialah puisi yang sangat diminati dalam kalangan masyarakat Melayu. melalui pantun, mampu menjadikan bicara seseorang kelihatan indah dalam berkata. berpantun ibarat landasan yang menjadi wadah komunikasi dalam kalangan masyarakat Melayu, selain dijadikan sebagai alat hiburan, saluran pendidikan atau nasihat serta menjadi penyebar informasi yang berperanan dalam transmisi budaya. Nukilan pengalaman dari pemerhatian penandaarasan dan pembelajaran semasa berada di Bumi Kenyalang, Sarawak yang dizahirkan dalam bentuk pantun yang santai tetapi memberi makna yang tersendiri kepada pemimpin di IPGKIK dicetuskan ke dalam Buku Koleksi Pantun Bumi Kenyalang ini. Buku koleksi ini merupakan inisiatif IPG Kampus Ilmu Khas dalam usaha untuk melestarikan khazanah warisan luhur budaya Melayu sekaligus mengangkat kembali kesusasteraan Melayu agar tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas. YBrs. Dr. Faridah binti Yakob Pengarah, IPG kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. v
1
Bertudung merah bertatah batu, Mari bersembang sebelum pergi; Pengarah budiman datang bertemu, Mengucap selamat jalan kepada kami. Buah kristal rasanya manis. Kulitnya keras berwarna perang; Naik kapal terbang kena berbaris, Menjadi amalan setiap penumpang. Nasi Bario laksa Sarawak, Sempat di makan sebelum bergerak; Hujan turun punya la lebat, Menyambut kami tiba di Sarawak. Laksa Sarawak menjadi lumrah, Santapan wajib para pengunjung; Hujan lebat turun mencurah, Petanda berkat ilmu dijunjung. 2
Masak Terubuk di pagi hari, Hidangan nikmat tidak terperi; Kursus Kepimpinan di Institut Aminuddin Baki, Demi diri dan organisasi. Dari Kuala Lumpur ke Kuching Sarawak, Mengubat rindu jarang bertemu; Terima kasih IAB Sarawak, Menerima kami sebagai tetamu. IAB cawangan Sarawak tempatnya indah, Dikelilingi tasik yang menarik; Kehadiran kami di sini amat bertuah, Ambillah manfaat perkara yang baik. Terbang kenyalang langit bertemu, Megah melayang menyusur awan; Kami berdagang menimba ilmu, Moga menjadi pemimpin berkesan. 3
Sepak bola boleh rusuh, Biar kuat minum jamu; Meski IAB Kuching letak jauh, Tetap semangat menimba ilmu. Gunung Santubong luas terbentang, Megah berdiri tidak terbilang; Dari jauh kami datang, Mencari ilmu dibumi Kenyalang. Negeri Sarawak kaya budaya, Dari gunung sampai ke muara; Wahai semua janganlah lupa, Sebelum 7.15 di tempat bermula. Daun kapuk si daun sena, Gugur habis jatuh ke sawah; Kami bertepuk gamat suasana, Majlis suai kenal selesai sudah. 4
Cabaran mendidik Gen Z dan Alpha, Enggan berubah, ketinggalanlah kita; Kepimpinan digital peneraju negara, Merealisasi guru MADANI matlamat semua. Kek lapis istimewa berwarna-warni Datang Sarawak mesti dibeli; Semua AKP turut bersatu hati, Pemimpin perlu bijak terjemahkan visi. Bumi Serawak banyak bambu, Pandangan indah pasti terbuai; Aktiviti ‘teamwork’ sangat membantu, Mana yang kusut akan terlerai. Masa petang bayu berpuput, Umpama siulan gemersik terasa; Tuan diundang tuan dijemput, Tampil ke depan mulakan bicara. 5
Dari Kuala Lumpur kita mengembara, Ke negeri indah penuh budaya; Pengarah cemerlang petah berbicara, Membuka minda menambahkan idea. Pemimpin harus pandai berkomunikasi. Dalam menyampaikan visi dan misi; Agar setiap anggota dapat memahami, Mencapai semua inisiatif dan KPI organisasi. Buah dabai bertaburan di taman, Dijadikan sambal pedas terperi; Jadilah pemimpin berhati budiman, Semua warga tenang dan harmoni. Tuan Haji Edmund meraikan tetamu, Bersuara emas didengari leka; Ke Sarawak kami menimba ilmu, Kepimpinan digital membuka mata. 6
Haji Edmud orangnya peramah, Pengarah IAB segak bergaya; Komunikasi berkesan tajuk ceramah, Amalan pemimpin dalam berbicara. Bandar Kuching padat penduduk, Budaya tradisi tidak dilupa; Kepimpinan digital harus dipupuk, Melahir pendidik generasi alpha. Pokok kedondong berdaun lebat, Rantingnya patah jatuh di sana; Tuan seorang ilmuwan hebat, Penyampaian nanti lebih bermakna. Kayu jati punggah ke Pekan, Batangnya berat tersepit ragum; Bagus sekali persembahan tuan, Kami semua berasa kagum. 7
Manis sekali pengalaman di Kuching, Berjumpa kawan bertahun tak jumpa; Komunikasi berkesan sangatlah penting, Cemerlang pengurusan organisasi kita. Kepimpinan digital tajuk ceramah, Dr. Norsheila manis orangnya; Berbengkel sudah melawat pun sudah, Marilah kita berpantun pula. Projek dirintis sebelum dimeterai, Agar jelas hala dan tuju; Bahasa isyarat jangan diabai, Ia kepunyaan kita yang satu. Santubong dipandang tidaklah jemu, Sambil menunggu bas Sekolah Seni; Kusampaikan terima kasih kepadamu, Wahai warga M3P yang ada di sini. 8
Puteri Santubong cantik berseri, Di atas gunung beradu syahdu; Riang gembira murid menari, Sekolah sejahtera semua sepadu. Dua tiga kucing berlari, Singgah beradu di Sekolah Seni; Menuntut ilmu berhari-hari, Jom balik, banyak tugasan menanti. Gunung Santubong puncaknya tinggi, Tunjung dipetik siapa yang punya; Dipamer seni dan teknologi, Idea tercetus, bernas hendaknya. Sungguh bertuah warga Sarawak, Centexs adiwira pembelajaran relevan; Kursus ditawar sangat mustahak, Generasi pelapis jaminan kecemerlangan. 9
Akademi digital membuka mata, Integrasi teknologi pelbagai cara; Fasih digital matlamat kita, Penggerak teras pendidikan negara. Makan bongkol bersama capati, Berlaukkan sayur sawi; Pelbagai info kami dapati, Bermacam ilmu kami perolehi. Zaman digital yang semakin maju, Pemimpin perlu berubah dan berjuang; Kuasai teknologi digital baharu, Agar organisasi maju dan cemerlang. Naik bas merah pergi lawatan, En. Hasim guru besar budiman; Disambut meriah pelbagai persembahan, Banyak belajar peneraju berpengalaman. 10
Sungguh berbudi rakyat Kenyalang, Merai tetamu keutamaan institusi; SK Merpati Jepang kokurikulum cemerlang, Kehadiran Little Ambassadors’ wajar diteladani. Kampus IPGTAR sangat cakna, Saling sayang dan kolaboratif; Perkongsian Puan Anis amat bermakna, Moga dapat kesan yang positif. Kuih bongkol di dalam raga, Sirap apong manis sekali; IPGKTAR unggul kebanggaan warga, Moga perkongsian menjadi inspirasi. Puan Anis anggun bergaya, Dr Faridah tegas bicara; Kajian Inovasi pencetus idea, Menjana diri terus berwibawa. 11
IPGK TAR bersih dan nyaman, Semangat warganya sungguh terpuji; ‘Meluarbiasakan yang biasa’ menjadi pegangan, Pencetus minda amalan inovasi. Kunjungi IPGK TAR di bumi kenyalang, Pemimpin kampus penggalak inovasi; Pengurusan kampus makin cemerlang, Semua AKP hasilkan inovasi. Lada hitam lada putih, Perisa tambahan dalam masakan; Walaupun berjalan agak letih, Nampak hidangan sungguh menyelerakan. Kuih Bongkol hidangan tradisi, Ikan terubuk banyaknya tulang; Inovasi AKP menjadi inspirasi, Elemen penanda aras dibawa pulang. 12
Memancing haruan di tasik teratai, Terkail pula si anak puyu; Kalau mahu AKP pandai, Pemimpin pertengahan jadilah peramu. Kalau mahu AKP pandai, Pemimpin pertengahan jadilah peramu; Projek dirintis sebelum dimeterai, Agar jelas hala dan tuju. Pengarah memberi kursus asasi, Ketua jabatan menjawab soalan; IPGK TAR memberi motivasi, Agar inovasi dijadikan amalan. Dingin subuh ayam berkokok, Suara dari reban Pak Maon; Dengar kata nak serbu Pasar Satok, Esok pagi on tak on. 13
Dari IAB ke Semariang, Riang ria dalam Mydin; Habis sudah kami bertandang, Moga bertemu terubuk masin. Ke sekolah sudah ke IPG pun sudah, Dijamu pula hidangan istimewa; Belajar sudah bermain pun sudah, Kini masa membeli-belah pula. Panorama indah di bawah gunung, Tasiknya tenang di sebelah; Empat hari kita berkampung, Kini masanya membeli-belah. Lada hitam sudah dibeli, Kek lapis sudah dirasa; Mee kolok enak tak terperi, Terubuk masin apa cerita. 14
Menampi beras dari habuk, Tahan pukat dengan Si Bedah; Ikan masin si ikan terubuk, Hanya tinggal anganan tak sudah. Dari Water Front pergi ke Top Spot, Katanya dekat bas menunggu; Rupanya menapak amatlah penat, Tapi tak mengapa mendapat ilmu. Terubuk masin santapan diraja, Dimasak oleh Puteri Santubong; Mana mana kedai singgah sahaja, Tiga ekor sepuluh kita borong. Isteri di rumah menanti hening, Terubuk dihidang dihiris nipis; Cik abang di sini semakin pening, Sekejap terubuk sekejap kek lapis. 15
Ikan masin si ikan terubuk, Hanya tinggal anganan tak sudah; Jangan berduka janganlah terciduk, Terus berharap jangan mengalah. Kalau nak gugur, gugurlah nangka, Jangan ditimpa si pohon jati; Enak sungguh si kuih bangka, Laksa Sarawak tetap dihati. Sungai Santubong banyaklah ikan, Mari mengail di atas jambatan; Pasar Satok tak kesampaian, Di hari lain ada kesempatan. Kunci terakhir dapat juga dicari, Untuk tatapan permaisuri di hati; Usahlah tangguh tugasan yang diberi, Kuatkan azam jangan berhenti. 16
Jenahak sudah siakap pun sudah, Hidangan enak Bumi Kenyalang; Beli kek sudah, terubuk pun sudah, Mari la cepat bergerak pulang. Terubuk masin diperah asam, Jangan lupa cili padinya; Ayuh bergerak nak makan malam, Jangan terlupa majlis penutupnya. Pergi ke kedai roti dibeli, Roti dibeli bersama sekaya; Ikan terubuk En. Zulkifli, Ada di bilik dengan saya. Kek lapis sedap terbilang, Bawa balik sebagai buah tangan; Haru sungguh bercampur bimbang, Takut tak dapat beli kena penangan. 17
Dari Samarahan ke kampung Warisan, Membeli Terubuk dan Kek Lapis; Duit dah surut tak perasan, Esok dah sampai kampung halaman. Jauh kembara di Bumi Kenyalang, Singgah menginap IAB dihajati; Bertuah rasa bukan kepalang, Ilmu berharga tersemat dihati. Petani berkebun di tepi paya, Sambil menjerat burung wak wak; Pelbagai etnik pelbagai budaya, Begitulah uniknya budaya Sarawak. IAB Santubong tempat bermalam, Empat institusi lokasi penandaarasan; Empat jenis makanan telah dihadam, Empat pantun telah diselesaikan. 18
Hijau menguning padi di sawah, Tunduk berisi bagai nak rebah; Kursus Kepimpinan tamatlah sudah, Aplikasi teori ke praktis, itulah amanah. Tamat kursus pulang ke negeri, Merentas desa merentas lautan; Sumbangan semua ahli amatlah dihargai, Agar matlamat organisasi dapat direalisasikan. Sungguh sayu rasa dihati, Rasanya tak mahu balik lagi; Jangan bimbang jangan susah hati, Dr Feri kata tahun depan datang lagi. Kuih bongko kegemaran semua, Tapai nasi diletak ragi; Bertemu berpisah lumrah dunia, Tahun depan berbengkel lagi. 19
Ais krim gula apong sangatlah sedap, Mari dimakan bersama Cik Yati; Andai ada salah dan silap, Jangan disimpan di dalam hati. Ikan emas dalam perigi, Burung tiung menyanyi-nyanyi; Kami amat berbesar hati, Kehadiran Dr Pengarah kami hargai. Dari Kuching pergi ke Samarahan, Singgah berteduh di Kedai Warisan; Berakhir sudah lawatan penandaarasan, Tiba masa kita realisasikan. Jenahak sudah siakap pun sudah, Hidangan enak di bumi kenyalang; Bengkel sudah lawatan pun sudah, Terubuk masin mana bang. 20
Tersebutlah kisah lima karekter, Dalam jabatan mereka bekerja, Novice, Cemerlang, mereka disuka, Virus, Sabotaj, dan Zon Selesa, perlu ditangan, perlu diselia; jadi tugas pemimpin berwibawa. Negeri Sarawak buminya luas, Hidangannya sedap, orangnya ramah; Mendengar perkongsian rasa tak puas, tetapi program tamatlah sudah. Kuching bukan sebarang kuching, Kuching terletak di Bumi Kenyalang; Pemimpin bukan sebarang pemimpin, Pemimpin ilmu khas yang terbilang. Jalan berliku berpohon pinang, Indahnya alam ciptaan Tuhan; Peluang berguru di negeri orang, Menjadi pedoman dilupa jangan. 21
Pergi Serawak mencari pemimpin, Di Sentubong sinar bercahaya; Kalau awak menjadi pemimpin, Jadikan pemimpin lurus bicara. Kuih bongkol laksa Sarawak, Hidangan wajib Bumi Kenyalang; Usai sudah kursus di Sarawak, Ilmu yang mahal dibawa pulang. Kek lapis terubuk masin, Cenderamata untuk tersayang; Kursus khusus untuk pemimpin, Demi masa depan IPGK IK yang terbilang. Gendang gendut tali kecapi, Hidangan enak tidak terperi; Kenyang perut suka hati, Semoga kita berjumpa lagi. 22
Ole-ole beli di Satok, Bekalan untuk dibawa pulang; Ada yang demam, ada yang batuk, Insya Allah, datang lagi jika berpeluang. Kalau nak gugur, gugurlah nangka, Jangan ditimpa si pohon jati;, Lima hari kita berseloka Salah dan silap mohon dimaafi. Terubuk masin digoreng garing, Ditambah pula manisan kek lapis; Isteri di rumah menanti hening, Terubuk di hidang dihiris nipis. Buah Dabai Asam Renda, Dipetik oleh puteri Santubong; Celik Mata terbuka Minda, ILMU ditimba pulang disambung. 23
Kek lapis warisan indah, Warna ceria tersusun dipinta, Berbengkel sudah, bershopping sudah, Pulang ke pangkuan keluarga tercinta Kain merah di atas jerami, Jerami basah dalam sawah; Sempurna sudah kunjungan kami, Lawatan meriah terjalin ukhwah 24
Catatan 25
Setinggi-tinggi Ucapan Terima Kasih 25 kepada rakan kolaboratif Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak Centre for Technology Excellence Sarawak Sdn. Bhd. (CENTEXS), Kuching, Sarawak Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, Kuching, Sarawak