The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ChunKF, 2022-04-28 22:09:55

Definisi konsep Bab 5 pdf

Definisi konsep Bab 5 pdf

DEFINISI KONSEP

BAB 5

INSTITUSI KEWANGAN

Institusi yang diberi lesen untuk
menjalankan aktiviti mengumpul dana
dari orang ramai atau institusi lain dan
meminjamkan semula wang tersebut
kepada orang ramai atau firma yang
memerlukan

FUNGSI INSTITUSI KEWANGAN

 Perantaraan kewangan
 Penyerakan risiko
 Perkongsian risiko

PERANTARAAN KEWANGAN

 Institusi kewangan menerima deposit
daripada unit yang mempunyai lebihan
dana dan meminjamkan semula kepada
pihak yang kekurangan dana

PENYERAKAN RISIKO

 Menyalurkan lebihan dana kepada lebih
banyak peminjam dan dalam pelbagai
bentuk pinjaman seperti pinjaman overdraf
dan pinjaman bercagar

PERKONGSIAN RISIKO

 Menerima dana dalam bentuk premium
daripada pemegang polisi insurans dan
membayar balik pampasan jika risiko yang
diinsuranskan berlaku. Cth: Syarikat insurans
membayar pampasan kepada pemegang polisi
yang mengalami kemalangan

PERANAN INSTITUSI KEWANGAN

(i) Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
- Institusi kewangan menggerakkan dana

yang terkumpul dan meningkatkan
pelaburan serta pembangunan ekonomi
- dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan
mengurangkan pengangguran

PERANAN INSTITUSI KEWANGAN

(ii) Kos menjalankan perniagaan

- Institusi kewangan mengumpulkan dana
dan menjadikan sumber kewangan yang
boleh dipinjamkan kepada sektor swasta
dan kerajaan untuk menjalankan
perniagaan

INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

Institusi Perbankan
Bank Negara
Bank perdagangan
Bank Islam
Bank pelaburan
Syarikat Kewangan

INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

Institusi Bukan Perbankan
 Institusi Pembiayaan Pembangunan
 KWSP
 KWAP
 Syarikat Insurans/Takaful
 Bursa Malaysia
 Unit Amanah
 LTH

INSTITUSI PEMBERI KREDIT

 BNM
 Bank Perdagangan
 Syarikat Kewangan
 Syarikat Insurans
 Koperasi
 AIM
 Ar-Rahnu
 Pemberi Pinjam Wang Berlesen
 Bank Pelaburan

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH
PEMINJAM UNTUK MENDAPATKAN

KEMUDAHAN KREDIT

MASALAH CAGARAN

Kekurangan harta
Nilai aset tidak mencukupi

MASALAH PENYEDIAAN KERTAS KERJA

Tidak lengkap
Gagal menunjukkan maklumat yang

menyakinkan keupayaan bayar balik

MASALAH PROSEDUR MEMBERI KREDIT

Gagal mematuhi prosedur kredit
Gagal menyediakan dokumen sokongan

MASALAH MEMBAYAR BALIK KREDIT

Rekod/sejarah kredit yang kurang baik
Tidak dapat ikut syarat pembayaran balik

kredit

SOALAN STPM

BAB 5

2013(U)
Huraikan tiga masalah yg dihadapi oleh peminjam utk
mendapatkan kredit drp institusi kewangan [6]

(i) Masalah cagaran
Bank mengenakan syarat cagaran harta seperti tanah untuk
dijadikan jaminan kepada peminjam. Jika tiada cagaran, maka
sukar untuk mendapatkan kredit

2013(U)
Huraikan tiga masalah yg dihadapi oleh peminjam utk
mendapatkan kredit drp institusi kewangan [6]

(ii) Masalah penyediaan kertas kerja
Bank memerlukan kertas kerja tentang rancangan
perniagaan yang lengkap untuk meyakinkan bank bahawa
projek tersebut menguntungkan. Jika tidak dapat sediakan
maka sukar mendapatkan kredit

2013(U)
Huraikan tiga masalah yg dihadapi oleh peminjam utk
mendapatkan kredit drp institusi kewangan [6]

(iii) Prosedur pinjaman yg rumit
Peminjam perlu menyediakan dokumen sokongan yg
lengkap berkaitan dgn kewangan untuk dinilai oleh bank
sebelum meluluskan pinjaman. Kegagalan menyediakan
dokumen sokongan menyukarkan utk dapat pinjaman.

2013(U)
Huraikan tiga masalah yg dihadapi oleh peminjam utk
mendapatkan kredit drp institusi kewangan [6]

(iv) Masalah membayar balik kredit
Bank mengenakan syarat bayaran balik kredit yg ketat
seperti ikut masa yang ditetapkan. Penalti/caj tambahan
akan dikenakan terhadap peminjam yg lewat membayar. Ini
memberi masalah untuk dapatkan kredit

2014

Berikan dua peranan agensi pemberi kredit yg berikut:

a)Amanah Ikhtiar Malaysia [2]

b)Syarikat Ar-Rahnu [2]

c)Koperasi [2]

(a)
-Beri bantuan modal kepada pengusaha dalam kalangan
golongan miskin
-Beri Latihan & khidmat nasihat untuk memulakan
perniagaan kepada pengusaha golongan miskin

2014

Berikan dua peranan agensi pemberi kredit yg berikut:

a)Amanah Ikhtiar Malaysia [2]

b)Syarikat Ar-Rahnu [2]

c)Koperasi [2]

(b)
-Menyimpan barang gadaian tanpa faedah
-Memberi pinjaman jangka pendek berdasarkan gadaian
emas secara Islam

2014

Berikan dua peranan agensi pemberi kredit yg berikut:

a)Amanah Ikhtiar Malaysia [2]

b)Syarikat Ar-Rahnu [2]

c)Koperasi [2]

(c)
-Memberi pinjaman kepada ahli
-Memberi kemudahan pembiayaan untuk membeli barang
dengan harga yg lebih murah kepada ahli

2014(U)

Jelaskan tiga perbezaan antara bank perdagangan dengan

syarikat kewangan [6M]

(i) Bank perdagangan menawarkan kemudahan deposit
semasa. Manakala Syarikat kewangan tidak menawarkan
kemudahan deposit semasa

(ii) Bank perdagangan memberi pinjaman overdraf.
Manakala Syarikat kewangan tidak memberi pinjaman
overdraf

2014(U)

Jelaskan tiga perbezaan antara bank perdagangan dengan

syarikat kewangan [6M]

(iii) Bank perdagangan menyediakan perkhidmatan seperti
mendiskaunkan bil pertukaran, jual beli pertukaran asing,
pindahan kredit, draf bank, debit langsung dan cek kembara.
Manakala Syarikat kewangan tidak menyediakan
perkhidmatan tersebut.

2015

(a) Huraikan 2 peranan institusi Kewangan yg berikut

i) Institusi Perbankan [ 2M ]
ii)Institusi kewangan bukan bank [ 2M ]

(i) Peranan institusi perbankan
- Menerima dan menyimpan deposit
- Memberi pinjaman kepada pihak yang kekurangan dana
- Membuat dan menerima bayaran bagi pihak pelanggan
- Menguruskan pertukaran asing

2015

(a) Huraikan 2 peranan institusi Kewangan yg berikut

i) Institusi Perbankan [ 2M ]
ii)Institusi kewangan bukan bank [ 2M ]

(ii) Peranan institusi bukan perbankan
- Menerima deposit
- Menggalakkan tabungan
- Menggalakkan pelaburan

2015

(b) Berikan satu contoh setiap institusi pada (a)(i)
dan (a)(ii) [ 2M ]

Contoh institusi perbankan – bank perdagangan/bank
saudagar/ syarikat kewangan

Contoh institusi kewangan bukan perbankan
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja/Lembaga Tabung

Haji/Syarikat insuran/syarikat takaful/BSN

2015(U)

Berbantukan contoh, terangkan dua fungsi institusi
kewangan [6M]

(i) Perantara kewangan
- Menerima deposit daripada unit yang mempunyai lebihan

dana dan memberi pinjaman kepada unit yang mengalami
kekurangan dana
- Contoh: bank perdagangan menerima deposit daripada
orang ramai dan memberi pinjaman kepada individu yang
layak

2015(U)

Berbantukan contoh, terangkan dua fungsi institusi
kewangan [6M]

(ii) Penyerakan risiko
-Institusi kewangan mengurangkan risiko pembiayaan
dengan menyalurkan dana kepada pelbagai bentuk pinjaman
seperti pinjaman perniagaan dan pinjaman individu.
-Contoh: bank perdagangan memberi pinjaman overdraf dan
pinjaman individu

2015(U)

Berbantukan contoh, terangkan dua fungsi institusi
kewangan [6M]

(iii) Perkongsian risiko
-Institusi kewangan menerima dana dalam bentuk premium
daripada pemegang polisi insurans dan membayar
pampasan sebagai jaminan perlindungan kewangan jika
berlaku risiko yg diinsuranskan.
-Contoh: syarikat insuran membayar pampasan kepada
pemegang polisi insurans yang mengalami kemalangan

2016

Huraikan tiga masalah yg dihadapi oleh peminjam utk
mendapatkan kredit daripada institusi kewangan [6]

(i) Masalah cagaran
Bank mengenakan syarat cagaran harta seperti tanah untuk
mengelakkan risiko jika peminjam tidak mampu membayar
balik pinjaman. Jika tiada cagaran, sukar untuk mendapatkan
kredit

2016

Huraikan tiga masalah yg dihadapi oleh peminjam utk
mendapatkan kredit drp institusi kewangan [6]

(ii) Masalah penyediaan kertas kerja
Bank memerlukan kertas kerja tentang rancangan
perniagaan yang lengkap dan boleh meyakinkan bank
bahawa projek tersebut menguntungkan. Jika tidak dapat
sediakan, sukar mendapatkan kredit

2016

Huraikan tiga masalah yg dihadapi oleh peminjam utk
mendapatkan kredit drp institusi kewangan [6]

(iii) Prosedur pinjaman yg rumit
Pihak bank akan membuat penilaian dan penapisan yang
ketat sebelum meluluskan pinjaman. Kegagalan menyediakan
dokumen sokongan menyukarkan untuk dapat pinjaman

2016
Huraikan tiga masalah yg dihadapi oleh peminjam utk
mendapatkan kredit drp institusi kewangan [6]

(iv) Masalah membayar balik kredit

Bank mengenakan syarat bayaran balik kredit yg ketat
seperti pembayaran ikut masa yang ditetapkan. Penalti/caj
tambahan akan dikenakan terhadap peminjam yg lewat
membayar.

2017
4(a)(i) Nyatakan 2 jenis pinjaman yang ditawarkan oleh
Bank Perdagangan [ 2M ]

i. Pinjaman bercagar /jangka panjang
ii.Pinjaman peribadi
iii.Overdraf
iv.Kad kredit
v.Sewa beli

2017
(a)(ii) Senaraikan 2 agensi pemberi kredit selain
bank perdagangan [ 2m ]

i. Syarikat kewangan
ii. Koperasi
iii.Pajak gadai
iv.Amanah Ikhtiar Malaysia

v. Syarikat Insuran
vi.Pemberi pinjaman berlesen

2017
(b) Mengapa cagaran boleh menjadi satu masalah
kepada peminjam untuk mendapatkan kredit [ 2M ]

- Tiada harta untuk dijadikan cagaran
- Nilai harta cagaran lebih rendah daripada jumlah

yang dipohon.

2018

Berikan Agensi Pemberi Kredit yang terlibat berdasarkan
situasi berikut

a)Faridah menyimpan deposit tetap sebanyak RM 100,000
di Bank Islam [ 1M ]

b)Ira membuat pembiayaan peribadi di Bank Rakyat
sebanyak RM 50,000 [ 1M ]

c)Wendy mencagarkan barang kemas miliknya untuk
mendapatkan modal perniagaan [ 1M ]

(a) Bank perdagangan
(b) Koperasi
(c) Pajak Gadai/Ar-Rahnu

2018

Berikan Agensi Pemberi Kredit yang terlibat berdasarkan
situasi berikut

d)Faridah mendapat pembiayaan sebanyak RM5000 utk
memulakan perniagaan bedak sejuk di kampung
halamannya. [1M]

e)Muthu membeli sebuah motosikal berharga RM6000
secara kredit dari AEON Kredit. [1M]

(d) AIM/TEKUN/AGRO Bank/BSN/MARA
(e) Pemberi pinjaman berlesen

2018
Berikan Agensi Pemberi Kredit yang terlibat berdasarkan
situasi berikut
f) Salwa ingin melancong ke luar negara. Dia mengambil

polisi perlindungan untuk diri dan keluarganya semasa
berada di sana. [1M]

(f) Syarikat Insurans/Syarikat Takaful

2019

(a) Nyatakan Fungsi institusi kewangan berdasarkan
kenyataan seperti yang berikut:

i) Syarikat Insurans menerima caruman daripada
pemegang polisi sebagai jaminan perlindungan [ 1m ]

ii)Bank perdagangan yang menerima deposit orang ramai
telah memberikan pinjaman kpd banyak pihak untuk
mempelbagaikan portfolio pinjaman [ 1m ]

(i) Sebagai perkongsian risiko
(ii) Sebagai penyerakan risiko

2019

(b) Jelaskan 2 peranan institusi Kewangan [ 4M ]

i. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
Institusi kewangan menggerakkan dana yang terkumpul
untuk dipinjamkan kepada isi rumah dan firma bagi
meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

ii. Kos menjalankan perniagaan
Institusi kewangan memberi pinjaman dana kepada unit
perniagaan untuk menampung kos perbelanjaan modal

2020

Dengan memberikan satu contoh agensi, jelaskan peranan
agensi pemberi kredit seperti yang berikut:

(a) Koperasi [2M ]

(b) Syarikat insurans [ 2M ]

(c) Ar-Rahnu [ 2M ]

(a) Institusi yang memberi kemudahan kredit kepada ahli
sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia.
Cth: Bank Rakyat/ Koperasi Felda/ Koperasi UKM(UNIKEB)

2020

Dengan memberikan satu contoh agensi, jelaskan peranan
agensi pemberi kredit seperti yang berikut:

(a) Koperasi [2M ]

(b) Syarikat insurans [ 2M ]

(c) Ar-Rahnu [ 2M ]

(b) Memberi perlindungan kepada orang ramai yang
diinsuranskan daripada risiko tertentu dan membayar
pampasan jika risiko yang diinsuranskan benar-benar
berlaku serta memberi pinjaman kepada pemegang polisi.
Cth: Etiqa Takaful, Great Eastern

2020

Dengan memberikan satu contoh agensi, jelaskan peranan
agensi pemberi kredit seperti yang berikut:

(a) Koperasi [2M ]

(b) Syarikat insurans [ 2M ]

(c) Ar-Rahnu [ 2M ]

(c) Memberi pinjaman melalui cagaran barang kemas atau
aset berharga yang berlandaskan hukum syariah/
berlandaskan Islam.
Cth: Ar-rahnu Bank Rakyat/Ar-rahnu Agrobank/ Ar-rahnu
Bank Islam/Ar-rahnu YaPEIM.


Click to View FlipBook Version