The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Definisi konsep Bab 1 dan soalan STPM 2013 - 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ChunKF, 2022-04-17 09:34:08

Ekonomi T6 P3 Bab 1

Definisi konsep Bab 1 dan soalan STPM 2013 - 2020

DEFINISI KONSEP

BAB 1

TENAGA BURUH

Penduduk yang berumur 15 – 64 tahun
yang layak(sedang) bekerja dan aktif
mencari kerja, tidak termasuk pelajar,
pesara, OKU dan suri rumah

GUNA TENAGA

Jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam
proses pengeluaran

PENGANGGURAN

Penduduk yang berumur 15 – 64 tahun
yang layak bekerja dan aktif mencari
pekerjaan tetapi tidak mendapat pekerjaan

KADAR PENGANGGURAN

Peratus tenaga buruh yang tidak
mempunyai pekerjaan

LUAR TENAGA BURUH

Penduduk yang berumur 15 – 64 tahun
yang tidak bekerja tetapi bukan
penganggur iaitu suri rumah, pelajar,
pesara, OKU dan mereka yang tidak
berminat untuk mencari pekerjaan

GUNA TENAGA PENUH

Keadaan apabila semua tenaga buruh
digunakan sepenuhnya dalam kegiatan
ekonomi di mana kadar pengangguran
kurang daripada 4%

UPAH WANG/NOMINAL

Jumlah pembayaran dalam bentuk nilai
wang kepada buruh setelah memberi
sumbangan dari segi fizikal dan mental
dalam proses pengeluaran

UPAH BENAR

Mengukur kuasa beli upah wang untuk
mendapatkan sejumlah barang dan
perkhidmatan

UPAH MINIMUM

Bayaran terendah bulanan yang diterima
oleh seorang pekerja daripada majikan

PENGANGGURAN KITARAN/EDARAN

Wujud semasa kemelesetan ekonomi yang
menyebabkan pengurangan dalam
permintaan agregat. Firma mengurangkan
pengeluaran dan mengurangkan
penggunaan guna tenaga

PENGANGGURAN STRUKTUR

Wujud kerana ekonomi mengalami perubahan
struktur seperti berubah dari sektor pertanian
ke sektor perindustrian

Permintaan buruh di sektor pertanian
merosot kerana ketidakpadanan kemahiran
untuk bekerja di sektor perindustrian

PENGANGGURAN TEKNOLOGI

Wujud apabila kaedah intensif modal
digunakan dalam proses pengeluaran untuk
menggantikan tenaga buruh

Penggunaan buruh berkurang kerana mudah
diganti dengan teknologi yang lebih cekap dan
produktiviti yang tinggi

PENGANGGURAN GESERAN

Wujud apabila buruh tidak bekerja dalam
suatu jangka masa kerana berlaku perpindahan
pekerjaan atau mencari pekerjaan yang lebih
baik

Contoh: kontraktor menunggu projek baru

PENGANGGURAN BERMUSIM

Wujud apabila terdapat perlihan musim.
Contoh: nelayan pada musim tengkujuh
tidak turun ke laut kerana ombak besar

PENGANGGURAN TAK KETARA

Wujud apabila jumlah tenaga buruh yang
digunakan untuk sesuatu kegiatan ekonomi
melebihi tenaga buruh yang sepatutnya.

FAKTOR MEMPEGARUHI PENGANGGURAN

 Kitaran perniagaan
 Perubahan musim
 Perubahan teknologi
 Sikap manusia sendiri
 Kadar pertumbuhan tenaga buruh lebih cepat dariapda kadar pertumbuhan

ekonomi
 Ketidaksepadanan dengan kehendak majikan
 Kekurangan kemahiran
 Persaingan dengan pekerja asing
 Kekurangan maklumat

FAKTOR MEMBEZAKAN UPAH ANTARA
INDIVIDU

Perbezaan tahap pendidikan dan latihan
kemahiran

Perbezaan tanggungjawab

Perbezaan pengalaman

Perbezaan risiko kerja

Perbezaan faedah bukan wang

Perbezaan mobiliti

FAKTOR MEMBEZAKAN UPAH ANTARA
PEKERJAAN

Perbezaan tahap pendidikan dan latihan
kemahiran

Perbezaan tanggungjawab

Perbezaan risiko kerja

Perbezaan sektor pekerjaan

FAKTOR MEMBEZAKAN UPAH ANTARA SEKTOR

Harga keluaran barang pertanian tidak stabil di
peringkat dunia

Kurang kesatuan sekerja di sektor pertanian
Daya pengeluaran buruh di sektor pertanian

rendah
Kurang mobiliti buruh
Orang tengah membeli output pertanian denga

harga murah

SOALAN STPM

BAB 1

2013(U)
(a) Apakah maksud pengangguran geseran dan pengangguran tak

ketara [ 2m ]

Pengangguran geseran berlaku apabila buruh
tidak bekerja dalam suatu jangka masa untuk
mencari pekerjaan yang lebih baik

Pengangguran tak ketara berlaku apabila
jumlah tenaga buruh yang digunakan untuk
sesuatu kegiatan ekonomi melebihi tenaga
buruh yang sepatutnya.

(b) berikan 2 faktor yang menyebabkan pengangguran geseran
berlaku dan 2 faktor pengangguran tak ketara berlaku [4m]

 Sebab Pengangguran geseran:
(i) Mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan
(ii) Buruh tidak mempunyai maklumat yg cukup tentang

sesuatu pekerjaan
(iii) Mobiliti buruh yang terhad
(iv) Proses mengambil pekerja oleh majikan adalah lama

(b) berikan 2 faktor yang menyebabkan pengangguran geseran
berlaku dan 2 faktor pengangguran tak ketara berlaku [4m]

 Sebab Pengangguran tak ketara:
(i) Kurang peluang pekerjaan
(ii) Penawaran buruh berlebihan
(iii) Kurang mobiliti buruh

2014
(a) berikan maksud upah nominal dan upah benar [2m]

 Upah wang ialah bayaran kepada buruh dalam bentuk
wang atas sumbangan secara fizikal atau mental dalam
proses pengeluaran.

 Upah benar ialah kuasa beli upah wang untuk
mendapatkan sejumlah barang dan perkhidmatan.

(b) Terangkan 2 faktor yang membezakan upah ikut
sektor [ 4m ]

(i) Perbezaan daya pengeluaran antara sektor
 Secara relatif daya pengeluaran sektor pertanian adalah

rendah kerana berintensifkan buruh manakala daya
pengeluaran sektor pembuatan lebih tinggi kerana
berintensifkan modal. Maka upah di sektor pembuatan
lebih tinggi.

(b) Terangkan 2 faktor yang membezakan upah ikut
sektor [ 4m ]

(ii) Perbezaan keanjalan penawaran barang antara sektor
 Pengeluaran barang pertanian memerlukan jangka masa yang

panjang menyebabkan penawaran barang pertanian kurang anjal.
 Sebaliknya, barang pembuatan melibatkan jangka masa

pengeluaran yang pendek menyebabkan penawaran barang
pembuatan anjal. Maka upah di sektor pembuatan lebih tinggi.

2014(U)
(a) Apakah maksud upah minimum dan mengapa kadar
upah minimum diperlukan dalam ekonomi [ 2m ]

 Upah minimum ialah bayaran terendah bulanan yang
diterima oleh seorang pekerja dibayar oleh majikan.

 Upah minimum diperlukan kerana:
- dapat memenuhi keperluan asas kehidupan
- dapat melepasi pendapatan garis kemiskinan

(b) Terangkan sebab upah minimum berbeza ikut
(i) wilayah [2m] (ii) sektor ekonomi [2m]

(i) Perbezaan kos sara hidup
 Semenanjung lebih tinggi kos sara hidup berbanding

Sabah dan Sarawak
 @ di bandar lebih tinggi kos sara hidup berbanding luar

bandar

(b) Terangkan sebab upah minimum berbeza ikut
i) wilayah [2m] ii) sektor ekonomi [2m]

(ii) Perbezaan produktiviti
 Sektor perindustrian produktiviti tinggi jadi mampu

bayar upah lebih tinggi berbanding sektor utama

2015
Huraikan 3 faktor mempengaruhi masalah pengangguran di
Malaysia [ 6m ]

(i) Kemelesetan ekonomi
 Semasa kemelesetan ekonomi, permintaan agregat

jatuh.
 Firma akan mengurangkan output dan

mengurangkan penggunaan buruh. Pengangguran
berlaku

2015
Huraikan 3 faktor mempengaruhi masalah pengangguran di
Malaysia [ 6m ]

(ii) Kadar pertumbuhan tenaga buruh yang lebih
cepat daripada kadar pertumbuhan ekonomi.

Kesannya peluang pekerjaan tidak dapat
menampung kadar pertumbuhan tenaga buruh
yang tinggi, berlaku lebihan buruh. Maka
pengangguran berlaku

2015
Huraikan 3 faktor mempengaruhi masalah pengangguran di
Malaysia [ 6m ]

(iii) Kemahiran buruh tidak sepadan
dengan kehendak majikan

Oleh itu, tenaga buruh tidak dapat
memenuhi peluang pekerjaan yang
ditawarkan oleh majikan. Maka
pengangguran berlaku

2015(U)
Huraikan kesan buruk pengangguran kitaran kepada
(a) taraf hidup masyarakat [3m] (b) tenaga buruh

(a) Taraf hidup masyarakat merosot
 Pengangguran mengurangkan pendapatan negara
 Maka pendapatan per kapita akan merosot , kuasa

beli berkurang
 Kadar kemiskinan meningkat jurang agihan

pendapatan meningkat

2015(U)
Huraikan kesan buruk pengangguran kitaran kepada
(a) taraf hidup masyarakat [3m] (b) tenaga buruh [3m]

(b) Berlaku pembaziran buruh
 Ini kerana buruh tidak digunakan sepenuhnya.
 Meningkatkan kos melatih semula buruh untuk

meningkatkan kemahiran sedia ada
 Hilang punca pendapatan dan ini menyebabkan

buruh menjadi miskin

2016
Nyatakan enam jenis pengangguran . [ 6m ]

 Pengangguran kitaran
 Pengangguran struktur
 Pengangguran teknologi
 Pengangguran geseran
 Pengangguran bermusim
 Pengangguran tak ketara/tersembunyi

2017
Encik Ahmad seorang kerani menerima gaji bulanan sebanyak
RM 1600, manakala Encik Abu seorang inspektor Polis
menerima gaji RM 3050 sebulan
1. Terangkan 3 faktor yang membezakan gaji yang diterima oleh

kedua individu tersebut[6M]

(i) Perbezaan tahap Pendidikan dan latihan
En Abu sebagai Inspektor polis berpendidikan lebih tinggi
seperti ijazah dan latihan lama/khusus berbanding En
Ahmad sebagai kerana berpendidikan seakat SPM. Oleh itu
gaji En Abu lebih tinggi daripada En Ahmad

2017
Encik Ahmad seorang kerani menerima gaji bulanan sebanyak
RM 1600, manakala Encik Abu seorang inspektor Polis
menerima gaji RM 3050 sebulan
1. Terangkan 3 faktor yang membezakan gaji yang diterima oleh

kedua individu tersebut[6M]

(ii) Perbezaan tanggungjawab
En Abu sebagai inspektor polis mempunyai tanggungjawab
yang lebih besar seperti membasmi masalah jenayah
berbanding En Ahmad sebagai kerana yang bekerja di
pejabat. Oleh itu gaji En Abu lebih tinggi daripada En Ahmad

2017
Encik Ahmad seorang kerani menerima gaji bulanan sebanyak
RM 1600, manakala Encik Abu seorang inspektor Polis
menerima gaji RM 3050 sebulan
1. Terangkan 3 faktor yang membezakan gaji yang diterima oleh

kedua individu tersebut[6M]

(iii) Perbezaan masa kerja
En Abu sebagai Inspektor polis bekerja tidak tentu masa spt
di waktu malam/syif dan lebih masa berbanding dengan En
Ahmad sebagai kerani yang masa kerja tetap. Oleh itu gaji
En Abu lebih tinggi daripada En Ahmad

2018
“Kadar pengangguran sebanyak 4 % atau kurang dianggap
sudah mencapai tingkat guna tenaga penuh”
(a)(i) Berdasarkan kenyataan di atas , apakah jenis

pengangguran yg berlaku dalam ekonomi di atas [1M]
(ii) Nyatakan 3 sebab wujudnya pengangguran tersebut. [3M]

(i) Pengangguran geseran

2018

“Kadar pengangguran sebanyak 4 % atau kurang dianggap sudah
mencapai tingkat guna tenaga penuh”

(a)(i) Berdasarkan kenyataan di atas , apakah jenis

pengangguran yg berlaku dalam ekonomi di atas [1M]

(ii) Nyatakan 3 sebab wujudnya pengangguran tersebut. [3M]

(ii)- Pekerja secara sukarela berhenti kerja untuk mencari
kerja yang lebih baik

- Pelajar yang baru tamat pengajian dan menunggu
peluang kerja

- Kurang maklumat tentang peluang pekerjaan

(b) Jelaskan peranan media sosial utk mengurangkan
masalah pengangguran tersebut. [ 2 m ]

Media sosial melalui internet, media elektronik atau media
cetak dapat mengurangkan pengangguran geseran melalui
penyebaran maklumat tentang kewujudan peluang
pekerjaan baru.

2019

Dgn memberi contoh , jelaskan bagaimana perkara berikut
mempengaruhi perbezaan upah mengikut pekerjaan

a)Perbezaan jumlah jam [2M)

b)Ganjaran bukan wang [2M]
c)Perbezaan kemahiran [2M]
(a) Pekerja yang bekerja dengan jumlah jam yang lama akan
dibayar upah yg tinggi berbanding pekerja yang bekerja
dengan jumlah jam yang pendek.
Contoh – kerja lebih masa/bilangan hari bekerja yg lebih spt
6 hari seminggu berbanding yg bekerja 5 hari seminggu

2019

Dgn memberi contoh , jelaskan bagaimana perkara berikut
mempengaruhi perbezaan upah mengikut pekerjaan

a)Perbezaan jumlah jam [2M)

b)Ganjaran bukan wang [2M]

c)Perbezaan kemahiran [2M]
(b) Pekerja yg menerima ganjaran bukan wang spt
kemudahan perumahan, perubatan akan menerima upah
lebih rendah berbanding pekerja yg tidak mendapat ganjaran
bukan wang.
-Contoh upah bukan wang seperti kemudahan perumahan,
kemudahan pengangkutan atau kopon makanan.

2019

Dgn memberi contoh , jelaskan bagaimana perkara berikut
mempengaruhi perbezaan upah mengikut pekerjaan

a)Perbezaan jumlah jam [2M)

b)Ganjaran bukan wang [2M]
c)Perbezaan kemahiran [2M]
(c) Pekerja yg mempunyai kemahiran yg khusus/tinggi
dalam sesuatu pekerjaan akan mendapat upah lebih tinggi
berbanding pekerja yg kurang kemahiran
Contoh – golongan professional spt doktor pakar berbanding
pekerja biasa

2020

(a)Jelaskan bagaimana pengurangan dalam permintaan
agregat boleh menyebabkan berlakunya pengangguran.[2M]

Pengurangan dalam permintaan agregat menyebabkan
berlaku lebihan penawaran agregat/lebihan stok.
Maka firma mengurangkan keluaran dengan mengurangkan
penggunaan buruh/memberhentikan pekerja. Kesannya
berlaku pengangguran

2020

(b) Nyatakan empat kesan pengangguran terhadap

negara.[4M]

(i) Pembaziran sumber pengeluaran/input
(ii) Pertumbuhan ekonomi terjejas
(iii) Pendapatan per kapita berkurang
(iv) Taraf hidup penduduk merosot
(v) Kadar kemiskinan meningkat
(vi) Kemahiran buruh hilang
(vii) Menimbulkan masalah sosial seperti jenayah
(viii)Hasil cukai kerajaan menurun
(ix) Perbelanjaan kerajaan meningkat


Click to View FlipBook Version