DEFINISI KONSEP
BAB 3
EKONOMI TERBUKA
Ekonomi yang mengamalkan perdagangan
antarabangsa iaitu aktiviti eksport dan
import
EKSPORT
Aktiviti menjual barang dan perkhidmatan
ke luar negara
IMPORT
Aktiviti membeli barang dan perkhidmatan
dari luar negara
KETERBUKAAN EKONOMI
Mengukur sejauh mana sesebuah negara
bergantung kepada aktiviti perdagangan
antarabangsa melalui aktiviti eksport dan
import
KESAN POSITIF PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
Meningkatkan pilihan pengguna
Harga barangan lebih murah
Menikmati barangan yang tidak
dikeluarkan dalam negara
Meningkatkan guna tenaga
KESAN NEGATIF PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
Persaingan kepada industri muda
Imbangan pembayaran negatif
Lambakan
Terdedah kepada ketidaktentuan ekonomi
global
LIBERALISASI
Mengurangkan atau menghapuskan
halangan bagi memudahkan aliran barang,
perkhidmatan dan sumber merentasi
sempadan
Contoh: Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik
KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN
(AFTA)
Perjanjian blok perdagangan oleh
persatuan-persatuan negara-negara Asia
Tenggara yang menyokong pembuatan
tempatan di semua negara ASEAN
Contoh: Skim Tarif Keutamaan Sama Rata
GALAKAN EKSPORT
Potongan dua kali bagi promosi eksport
Pengecualian cukai pendapatan
Skim pembiayaan semula kredit eksport
Mewujudkan zon perdagangan bebas
AKAUN SEMASA
Satu akaun yang merekodkan semua urus
niaga yang melibatkan Akaun Dagangan,
Akaun Perkhidmatan,Akaun Pendapatan
dan Pindahan Bersih
AKAUN DAGANGAN
Satu akaun yang mencatatkan perbezaan
antara nilai eksport barang nampak dengan
nilai import barang nampak
AKAUN PERKHIDMATAN
Satu akaun yang mencatatkan perbezaan
antara nilai eksport perkhidmatan dengan
nilai import perkhidmatan
AKAUN PENDAPATAN
Satu akaun yang mencatatkan perbezaan
antara pendapatan daripada pelabur dan
pampasan pekerja dalam negara dengan
pendapatan pelabur dan pampasan pekerja
di luar negara
AKAUN PINDAHAN BERSIH
Satu akaun merekodkan perbezaan
bayaran pindahan seperti bantuan
wang/kiriman wang sesebuah negara
dengan negara lain
KADAR PERTUKARAN ASING
Harga seunit mata wang asing disebut
dalam nilai mata wang tempatan
SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH UBAH
Sistem kadar pertukaran asing yang
ditentukan oleh kuasa permintaan dan
penawaran mata wang asing dalam pasaran
pertukaran asing
SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAP
Sistem kadar pertukaran asing yang
ditentukan oleh kerajaan dengan
menetapkan mata wang tempatan
berbanding mata wang asing pada kadar
tertentu
SOALAN STPM
BAB 3
2013
1(a)Nyatakan dua tujuan dasar perlindungan yang
diamalkan dalam perdagangan antarabangsa [2M]
▪ Melindungi produk industri tempatan daripada persaingan
keluaran asing
▪ Meningkatkan daya saing pengeluar tempatan
▪ Meningkatkan guna tenaga
▪ Melindungi industri strategik
▪ Membaiki imbangan pembayaran defisit
(b) Bagaimana tarif dan subsidi eksport dapat
memperbaiki imbangan pembayaran negara [ 4M ]
- Tarif ialah cukai ke atas barang import
- Apabila tarif dikenakan, harga barang import secara
relatif menjadi lebih mahal daripada barang tempatan
- maka import berkurang, eksport bersih meningkat.
Imbangan pembayaran dapat diperbaiki.
(b) Bagaimana tarif dan subsidi eksport dapat
memperbaiki imbangan pembayaran negara [ 4M ]
- Subsidi ialah pembayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada
pengeluar domestik untuk menggalakkan eksport.
- Harga barang eksport menjadi relatif lebih murah di
pasaran antarabangsa menyebabkan eksport bertambah
- Maka eksport bersih meningkat. Imbangan pembayaran
dapat diperbaiki.
2013
(2) Huraikan 3 faktor yang mempengaruhi imbangan akaun
semasa di Malaysia [6M ]
(i) Harga barang tempatan dan barang import
- Jika harga barang tempatan naik, harga eksport naik,
eksport jatuh.
- Manakala harga import secara relatif lebih murah, import
meningkat.
- Imbangan dagangan merosot, akaun semasa terjejas
2013
(2) Huraikan 3 faktor yang mempengaruhi imbangan akaun
semasa di Malaysia [6M ]
(ii) Kadar pertukaran asing
Jika kadar pertukaran asing meningkat, eksport naik dan
import jatuh, akaun semasa semakin baik
(iii) Pendapatan pengguna dalam negara
Peningkatan pendapatan pengguna dalam negara
menyebabkan import barang dan perkhidmatan meningkat.
Akaun semasa merosot.
2013
(2) Huraikan 3 faktor yang mempengaruhi imbangan akaun
semasa di Malaysia [6M ]
(iv) Dasar kerajaan terhadap perdagangan
antarabangsa
Galakan eksport dan subsidi eksport akan meningkatkan
eksport. Akaun semasa semakin baik.
2013(U)
Huraikan tiga strategi galakan eksport yg diamalkan oleh
kerajaan Malaysia [ 6M ]
(i) Pemberian insentif fiskal
Contoh: pengurangan cukai keuntungan korporat, elaun
cukai pelaburan, skim jaminan eksport
(ii) Insentif kewangan
Memberi bantuan modal/pinjaman. Contoh: EXIM bank yang
memberi kemudahan kredit jangka pendek kepada
pengeksport.
2013(U)
Huraikan tiga strategi galakan eksport yg diamalkan oleh
kerajaan Malaysia [ 6M ]
(iii) Mewujudkan zon perdagangan bebas
Cotoh: zon perdagangan bebas Bayan Lepas.
(iv) Infrastruktur fizikal dan institusi
Membuat pameran , memberi latihan dan khidmat nasihat.
Contoh: oleh MIDA, MATRADE
2014
(a) Jelaskan maksud kadar pertukaran tetap dan Kadar
pertukaran boleh ubah [ 4M ]
Sistem kadar pertukaran tetap ialah kerajaan menetapkan
kadar pertukaran mata wang tempatan berbanding dengan
mata wang asing tertentu. Contoh: USD1 = RM3.80
2014
(a) Jelaskan maksud kadar pertukaran tetap dan Kadar
pertukaran boleh ubah [ 4M ]
Sistem kadar pertukaran asing berubah ialah kadar
pertukaran asing ditentukan oleh kuasa permintaan dan
penawaran mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing.
Contoh: lebihan permintaan wang asing akan meningkatkan
harga mata wang asing dan menurunkan nilai mata wang
tempatan
(b)Nyatakan dua kesan kenaikan kadar pertukaran asing
terhadap ekonomi negara[ 2m ]
(i) Meningkatkan daya saing eksport negara kerana harga
ekspot jatuh, kuantiti eksport akan meningkat, pendapatan
negara akan bertambah
(ii) Menggalakkan aliran masuk modal asing ke dalam negara
(iii)Memperbaiki imbangan dagangan
(iv)Menggalakan pelancong asing dan memperbaiki imbangan
akaun perkhidmatan
2014(U)
Terangkan kesan kenaikan nilai ringgit Malaysia terhadap:
(a) Imbangan Dagangan [2m]
(b) Aliran masuk modal [2m]
(c) Hutang negara [2m]
(a) Imbangan dagangan bertambah buruk kerana harga
eksport secara relatif lebih mahal berbanding harga import.
Ini menyebabkan permintaan eksport menurun dan eksport
bersih menurun. Kesannya imbangan dagangan merosot.
2014(U)
Terangkan kesan kenaikan nilai ringgit Malaysia terhadap:
(a) Imbangan Dagangan [2m]
(b) Aliran masuk modal [2m]
(c) Hutang negara [2m]
(b) Aliran masuk modal ke Malaysia berkurangan kerana kos
pelaburan yang mahal. Kesannya, pelaburan asing berkurang.
2014(U)
Terangkan kesan kenaikan nilai ringgit Malaysia terhadap:
(a) Imbangan Dagangan [2m]
(b) Aliran masuk modal [2m]
(c) Hutang negara [2m]
(c) Hutang negara menjadi semakin rendah dan
menguntungkan peminjam kerana pembayaran hutang
berdasarkan kadar pertukaran semasa.
2015
Terangkan dasar perdagangan antarabangsa yg berikut dan
berikan satu contoh bagi setiap dasar tersebut
(a) Dasar perlindungan [ 3M ]
(b) Galakan eksport [ 3M ]
Dasar perlindungan ialah dasar untuk melindungi produk keluaran
tempatan daripada persaingan produk asing. Sekatan ini akan
mengurangkan penawaran barang import dan menggalakkan
penawaran barang tempatan.
Contoh: tarif dan kuota.
2015
Terangkan dasar perdagangan antarabangsa yg berikut dan
berikan satu contoh bagi setiap dasar tersebut
(a) Dasar perlindungan [ 3M ]
(b) Galakan eksport [ 3M ]
Galakan eksport adalah dasar untuk meningkatkan daya persaingan
eksport negara di pasaran antarabangsa. Tujuan untuk
mengembangkan sektor eksport negara dan membaiki defisit
imbangan pembayaran.
Contoh: program latihan industri, skim pembiayaan semula kredit
eksport, skim jaminan eksport
2015(U)
Terangkan tiga komponen dalam akaun semasa di Malaysia
[6M]
(i) Akaun Dagangan
Merekodkan perbezaan nilai eksport barangan dan nilai
import barangan
(ii) Akaun Perkhidmatan
Merekodkan perbezaan nilai eksport perkhidmatan dan nilai
import perkhidmatan.
2015(U)
Terangkan tiga komponen dalam akaun semasa di Malaysia
[6M]
(iii) Akaun Pendapatan
Merekodkan perbezaan jumlah penerimaan dan jumlah
pembayaran pendapatan pelaburan / pampasan pekerja.
(iv) Pindahan semasa
Merekodkan jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran
bayaran pindahan seperti bantuan kewangan / kiriman wang
oleh pihak swasta dan kerajaan.
2016
Terangkan tiga kesan positif perdagangan
antarabangsa kepada pengguna domestik [ 6M ]
(i) Meningkatkan pilihan pengguna
Pengguna dapat memilih barang tempatan atau barang yang
diimport
(ii) Harga barangan lebih murah
Perdagangan antarabangsa membolehkan pengeluar menikmati
ekonomi bidangan. Ini menyebabkan kos pengeluaran turun dan
mampu mengeluarkan barangan dengan lebih cekap dan harga yang
lebih murah.
2016
Terangkan tiga kesan positif perdagangan
antarabangsa kepada pengguna domestik [ 6M ]
(iii) Menikmati barangan yang tidak dikeluarkan dalam
negara
Perbezaan iklim, sumber semulajadi atau jenis tanah akan
menyebabkan barang yg dikeluarkan berbeza. Barang yang tidak
dapat dikeluarkan oleh sesebuah negara dapat diimport.
(iv) Meningkatkan guna tenaga
Aktiviti perdagangan antarabangsa akan mencipta banyak peluang
pekerjaan kepada masyarakat tempatan.
2017
Terangkan tiga dasar perdagangan yang menyebabkan
keterbukaan ekonomi negara semakin tinggi[ 6M ]
(i) Liberalisasi perdagangan
Dasar ini mengurangkan atau menghapuskan sekatan dalam
perdagangan antarabangsa bagi memudahkan aliran barang,
perkhidmatan dan sumber antara negara.
Contoh: meliberalisasikan sektor perkhidmatan spt
pelancongan, kesihatan, pendidikan dan kewangan
meningkatkan keterbukaan ekonomi negara
2017
Terangkan tiga dasar perdagangan yang menyebabkan
keterbukaan ekonomi negara semakin tinggi[ 6M ]
(ii) Kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA)
AFTA ditubuhkan untuk meningkatkan perdagangan di
rantau ASEAN dengan melaksanakan perdagangan bebas
melalui pengurangan atau penghapusan tarif.
Kesannya aktiviti eksport dan import antara negara ASEAN
meningkat, maka keterbukaan ekonomi negara meningkat
2017
Terangkan tiga dasar perdagangan yang menyebabkan
keterbukaan ekonomi negara semakin tinggi[ 6M ]
(iii) Galakan eksport
Dasar ini meningkatkan daya persaingan eksport negara di
pasaran antarabangsa.
Antara usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan ialah
program latihan industri, skim pembiayaan semula kredit
eksport, skim jaminan eksport, kemudahan maklumat dan
promosi yang dilakukan oleh MATRADE.
2018
(a) Dengan menggunakan contoh, jelaskan sistem kadar
pertukaran asing yang diamalkan di Malaysia seperti
berikut:
i) Kadar pertukaran boleh berubah [ 2M ]
ii)Kadar pertukaran tetap [ 2M ]
(i) Kadar pertukaran boleh ubah ditentukan oleh
permintaan dan penawaran matawang asing dalam pasaran
pertukaran asing.
Contoh: kadar pertukaran antara Dolar US dengan RM ialah
USD1 = RM4
2018
(a) Dengan menggunakan contoh, jelaskan sistem kadar
pertukaran asing yang diamalkan di Malysia seperti
berikut:
i) Kadar pertukaran boleh berubah [ 2M ]
ii)Kadar pertukaran tetap [ 2M ]
(ii) Kadar pertukaran tetap ialah kerajaan menetapkan kadar
pertukaran mata wang tempatan berbanding dengan mata
wang asing tertentu.
Contoh: kerajaan menetapkan kadar pertukaran RM dengan
USD pada USD1 = RM3.80
(b) Nyatakan kesan susut nilai Ringgit Malaysia ke atas
i) Harga barang import [ 1M ]
ii)Harga barang Eksport [ 1M]
(i) Susut nilai RM menyebabkan harga barang import menjadi relatif
lebih mahal
(ii) Susut nilai RM menyebabkan harga barang eksport menjadi
relatif lebih murah
2019
(a) Nyatakan 4 butiran dalam akaun perkhidmatan [ 4M]
- Pengangkutan
- Perjalanan
- Urusniaga kerajaan
- Insurans dan pencen
- Perkhidmatan kewangan
- Caj perkhidmatan harta intelek
- Perkhidmatan lain
(b) Nyatakan dua butiran dalam akaun pendapatan primer
[ 2M ]
- Pendapatan pelaburan
- Pampasan pekerja
2020
“Semasa krisis kewangan Asia Tenggara pada tahun 1997/ 1998 melanda,
kadar pertukaran Ringgit Malaysia per Dolar Amerika Syarikat telah
menjunam ke paras RM4.88 per Dolar Amerika Syarikat. Akibatnya,
bermula pada 2 September 1998, Bank Negara Malaysia telah menambat
nilai Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika Syarikat pada kadar RM3.80
per unit Dolar Amerika Syarikat”
Berdasarkan pernyataan di atas,
(a) Nyatakan sistem kadar pertukaran yang diamalkan oleh negara dalam
tempoh
(i) sebelum 2 September 1998, dan [1M]
(ii) selepas 2 September 1998 [1M]
(a)(i) Kadar pertukaran boleh ubah
(ii) Kadar pertukaran tetap
(b) Jelaskan kesan perubahan nilai Ringgit Malaysia
daripada RM4.88 per Dolar Amerika Syarikat kepada
RM3.80 per Dolar Amerika Syarikar terhadap
(i)harga barang domestik, dan [2M]
(ii)daya saing eksport [2M]
(i) Harga barang domestik murah kerana kos mengimport
murah disebabkan nilai Ringgit Malaysia naik.
(ii) Daya saing eksport terjejas kerana harga eksport relatif
lebih mahal.