The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

disediakan oleh Muhammad Aliff sobir dan Muhammad Zharfan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anwarsolihin0903, 2022-10-20 21:08:12

PERKARA-PERKARA YANG MEMANTAPKAN AKIDAH

disediakan oleh Muhammad Aliff sobir dan Muhammad Zharfan

PERKARA-PERKARA

YANG MEMANTAPKAN

AKIDAH

Disediakan Oleh: MUHAMMAD ALIFF SOBIR BIN ABDUL HARIS
MUHAMMAD ZHARFAN BIN ABDUL HAMID

PENGHARGAAN

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami
yang banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan selama kami
mengerjakan tugasan ini. Kami juga berterima kasih kerana
memberi kami peluang untuk membuat portfolio elektronik ini

Pengenalan

Definisi Akidah menurut Bahasa:
Perkataan “akidah” adalah diberasal daripada pengenalan perkataan bahasa arab “al-aqdu”
yang membawa maksud ikatan ataupun simpulan yang kuat. Ianya juga bermaksud
pemantapan, penetapan, dan kaitan. (Lisanul Arab, juz 3, hal. 386-390)

Definisi Akidah menurut Istilah Umum:
Secara istilahnya “akidah” merujuk kepada kepercayaan yang mantap dan kukuh terhadap
sesuatu perkara; tidak kira perkara yang dipercayai itu adalah benar ataupun salah. Oleh itu,
ada akidah yang benar, dan ada pula akidah yang salah. Akidah itu adalah kepercayaan
teguh yang tidak tergugat mahupun goyah.

● Akidah yang benar, adalah akidah yang berteraskan ajaran Islam yang murni,
bersumberkan Al-Qur’an dan As-Sunnah berdasarkan kefahaman para Salafus Soleh.

● Akidah yang salah pula adalah akidah ataupun kepercayaan yang menyelisihi
Islam,seperti akidah orang Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan lain-lain.

Perkara-perkara yang memantapkan Akidah
adalah:

01 PERKATAAN 02 PERBUATAN

03 HATI

PERKATAAN

Membaca dan Bercakap benar Nasihat menasihati
memahami Al-Quran kearah kebaikan

Berdoa kepada Allah Berzikri, bertahlil dan
bertasbih

PERBUATAN

Menunaikan ibadah Membantu golongan
fardhu atau sunat yang memerlukan

Melakukan perkara Beradab sopan
yang berfaedah dalam pergaulan

HATI

Sentiasa mengingati Yakin dengan
Allah pertolongan Allah

Sangka baik terhadap Ikhlas melakukan
Allah ibadah

Pengajaran

● Kita mestilah sentiasa bercakap benar agar masyarakat disekeliling kita mempercayai
kita dan diredhai Allah.

● Kita hendaklah melakukan amar makruf dan nahi mungkar agar menjadi seorang
mukmin yang bertakwa dan beramal soleh.

● Kita mestilah sentiasa bersangka baik terhadap setiap dugaan dan ujian yang diberi
Allah agar menjadi mukmin yang kuat dan tabah.

● Kita mestilah menuntut ilmu yang berfaedah seperti fardhu ain dan fardhu kifayah agar
pengetahuan kita menjadi lebih luas dan tidak terpesong dari jalan yang benar.

● Kita mestilah sentiasa mensyukuri segala nikmat yang diberi Allah agar dirahmatinya.

Kesimpulan

Setelah memahami konsep akidah islam Kami dapat membuat kesimpulan bahawa
agama islam menyeru umatnya supaya beriman dan bertakwa kepada

Allah Subhanahu wa ta’ala Keimanan kepada Allah akan wujud sekiranya
masyarakat mempunyai pegangan akidah yang teguh. Akidah boleh difahami melalui
pembacaan Al-quran dan Al-hadith. Namun, pada masa kini pemesongan terhadap
konsep akidah telah menyebakan huraian mengenai konsep akidah islam manjadi
sukar. Oleh itu, kami menyeru kepada setiap individu supaya kembali kejalan Allah yang
benar. Seseorang individu seharusnya mengambil inisiatif untuk mengukuhkan lagi
pegangan akidah dalam diri.

Kesimpulannya, konsep akidah itu haruslah diterapkan dalam kalangan
masyarakat sejak dari kecil lagi supaya pemesongan akidah tidak berlaku dewasa
kelak. Bak kata pepatah dulu, ” melentur buluh biarlah dari rebungnya. ”

RUJUKAN

Internet

● http://izharulaidil.blogspot.com/2015/02/asas-akidah-islam-tingkatan-1-2015.html?m=1

Buku

● Pendidikan Islam Tingkatan Lima

Sumber Manusia

● Prof. Madya Dr Adnan Abd Rashid


Click to View FlipBook Version