PENDIDIKAN ISLAM T5
IBADAT
RUKUN NIKAH /
MAHAR & WALIMATULURUS
/TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
DISEDIAKAN OLEH:
USTAZAH NORRIJAH BINTI SAIDIN
SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR
SUAMI RUKUN NIKAH
ISTERI
SAKSI
WALI
AKAD
SYARAT BAKAL SUAMI
1. Beragama Islam
2. Lelaki
3. Bukan Mahram
4. Tidak beristeri empat
dalam pada satu masa.
5. Bukan dalam Ihram.
SYARAT BAKAL ISTERI
1. Beragama Islam
2. Perempuan
3. Bukan Mahram
4. Bukan dalam tempoh edah.
5. Bukan dalam Ihram haji
atau umrah.
6. Bukan muhram kepada suami
seperti muhram nisab,
persemendaan atau susuan.
SYARAT-SYARAT WALI NIKAH
• Islam.
• Lelaki.
• Baligh.
• Berakal.
• Tidak dalam ihram haji.
• Tidak ditegah kuasanya dari
membelanjakan harta.
• Merdeka
WALI NIKAH
ORANG YANG BERKUASA MENGAHWINKAN SESEORANG PEREMPUAN
WALI NASAB ( KETURUNAN ) WALI HAKIM
WALI MUJBIR WALI BUKAN MEREKA YANG DIBERI KUASA
-BAPA MUJBIR OLEH SULTAN/PEMERINTAH
-DATUK
MENGAHWINKAN PEREMPUAN
KETIKA KETIADAAN WALI,
KEENGGANANNYA @ HILANG
KELAYAKAN WALI NISAB UNTUK
MENGAHWINKANNYA
BERHAK MENGAHWINKAN ANAK PEREMPUAN TANPA
PERSETUJUANNYA DGN SYARAT BAKAL SUAMI SEKUFU DENGANNYA.
SUSUNAN WALI NIKAH
• Bapa ( Wali Mujbir ).
• Datuk ( Wali Mujbir ).
• Saudara lelaki seibu sebapa.
• Saudara lelaki sebapa.
• Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa dan ke atas.
• Anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa dan ke atas.
• Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas.
• Bapa saudara dari sebelah bapa.
• Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa dan ke bawah
(sepupu).
• Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa (sepupu).
• Wali hakim.
WALI MUJBIR
BAPA DAN DATUK BERHAK
MENGAHWINKAN PENGANTIN
PEREMPUAN YANG MASIH GADIS
TANPA PERSETUJUANNYA TERLEBIH
DAHULU.DENGAN SYARAT BAKAL
SUAMI SEKUFU DENGANNYA.
SEBAB KUASA WALI NASAB BERPINDAH KE WALI HAKIM
1. Tiada wali mengikut susunan.
2. Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui samada
hidup aatu mati.
3. Wali tinggal tempat yang jauh melebihi dua marhalah.
4. Wali akrab dalam tahanan yang tidak boleh dihubungi
5. Wali sedang dalam ihram haji atau umrah.
6. Wali menyembunyikan diri.
7. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan.
8. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu
dan tiada wali lain yang setaraf dengannya (sepupu).
9. Wali enggan mewalikan perempuan tersebut.
• Bagi janda wali perlu mendapatkan
keizinan perempuan tersebut terlebih
dahulu sebelum mengahwininya
walaupun wali mujbir.
WALI AKRAB
• Wali yang hampir dengan perempuan
tersebut termasuk datuk dan bapa.
SYARAT SAH NIKAH YANG DILAKUKAN WALI
MUJBIR TANPA IZIN PEREMPUAN
Tidak ada permusuhan antara wali dan anak.
Tidak ada permusuhan antara calon isteri dan calon suami.
Lelaki tersebut sekufu (sesuai) dengan anaknya
Mas kahwin tidak kurang dari mas kahwin saudaranya.
Tidak mengahwinkan anaknya dengan orang yang tidak
mampu membayar mas kahwin.
Tidak mengahwinkan dengan lelaki yang akan
mendatangkan kemudaratan kepada anaknya atau lelaki
tersebut tidak mampu menanggung nafkah atau sangat tua.
WALI HAKIM
Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau
pemerintah untuk mengahwinkan
perempuan ketika ketiadaan wali,
keengganannya atu hilang kelayakkan wali
nasab untuk mengahwinkannya.
SAKSI
• SYARAT SAKSI :
1. ISLAM
2. BALIGH
3. ADIL
4. LELAKI
5. FAHAM LAFAZ
6. SEMPURNA PANCAINDERA
HIKMAH SAKSI DALAM
PERKAHWINAN
• Menghormati perkahwinan.
• Mengelakkan berlaku fitnah.
• Menjadi saksi jika timbul masalah.
• Mengiktiraf majlis akad.
LAFAZ IJAB
Sighah Ijab:
• Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau
dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam
apa jua bahasa.
• Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau
wakilnya.
• Contohnya : "Aku nikahkan dikau dengan anak
perempuanku Fatimah bte Abdullah / berwakilkan
wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM
40.00 tunai ".
LAFAZ QABUL
• Sighah Qabul :
• Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki
sendiri ataupun wakilnya setelah selesai sighah
ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa
perkataan asing atau masa yang panjang.
• Contohnya : "Aku terima nikah Fatimah bte
Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00
tunai " .
SYARAT-SYARAT
SIGHAH/LAFAZ AKAD
• Hendaklah dilafazkan oleh wali atau wakilnya.
• Ijab dan Qabul berlaku dalam satu majlis.
• Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran
seperti kata wali :saya serahkan anakku
kepada engkau”.
• Lafaz ijab jelas dan boleh difahami oleh wali,
bakal suami dan 2orang saksi.
• Tidak diselangi oleh diam yang lama atau
perkataan yang tidak berkaitan antara ijab
dan qabul.
SYARAT-SYARAT LAFAZ
SIGHAH/LAFAZ QABUL
• Tidak menyalahi ijab.
• Tidak diselangi oleh diam yang lama atau
perkataan yang tidak berkaitan antara ijab
dan qabul.
• Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya.
• Menyebut nama bakal isteri atau ganti
namanya.
• Tidak dengan lafaz taklid seperti kata bakal
suami “ Aku terima nikahnya apabila telah
mendapat pekerjaan”.
• Tidak dibataskan dengan tempoh masa.
MAHAR
• PENGERTIAN :
Pemberian wajib suami kepada isteri sama
ada dlm bentuk wang atau barang bernilai
selepas akad nikah.
• HUKUM :
Wajib sebagai tanda penghargaan ,
tanggungjawab dan kasih sayang.
• Mas kahwin tidak diwajibkan sebut dalam
majlis akad.
• Hukum menyebutnya adalah sunat.
• Ia boleh dibayar secara tunai atau hutang.
JENIS MAHAR
MAHAR MUSAMMA MAHAR MITHIL
• Mahar yang ditentukan kadar •Mahar yang ditentukan kadar
Dan dipersetujui. Mengikut saudara
Perempuan isteri
KADAR MAHAR
• Islam tidak menentukan kadar mahar.
• Bergantung kepada persetujuan dan budi
bacara kedua-dua belah pihak.
• Kedudukan isteri dan kemampuan bakal
suami juga diambil kira sebagai asas
penentuan.
• Di Malaysia, kadar minimum mahar telah
ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam setiap
negeri.
• Sebaik-baik mahar adalah yang sederhana
kadarnya.
• Mengikut mazhab Syafei dan Hambali,
semua bayaran dan manfaat yang boleh
dijadikan bayaran atau upah, boleh
dijadikan mahar seperti wang, emas, perak,
pengajaran al-Quran dan pekerjaan yang
halal.
HIKMAH DIWAJIBKAN MAHAR
• Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas
perkongsian hidup bersama.
• Sebagai tanda kesanggupan suami membina
rumahtangga.
• Memulia dan mengikhtiraf kedudukan wanita.
• Mengembirakan hati isteri yang sanggup
meninggalkan keluarga untuk memulakan
hidup baru bersama suami.
• Sebagai persediaan pertama bagi suami untuk
memikul tanggungjawab memberi nafkah
kepada isteri.
WALIMATUL „URUS
• Iaitu jamuan atau kenduri kahwin bagi
meraikan pasangan yang baru
berkahwin
HUKUM
- Mengadakan kenduri : sunat muakad
- Menghadiri kenduri : wajib
ADAB KENDURI KAHWIN
1. Tiada unsur pembaziran
- sebaiknya dibuat sederhana.
- elak belanja sehingga berhutang
2. Tiada unsur maksiat
- contoh : persembahan nyanyian
mendedahkan aurat / bersanding
3. Tiada unsur khurafat
- contoh : upacara menepung tawar untuk
mengelakkan bala
HIKMAH WALIMATUL
URUS
• Sebagai tanda kesyukuran kerana telah membina
ikatan perkahwinan
• Untuk menghebahkan kepada orang ramai
bahawa pasangan telah sah bernikah
• Bagi mengeratkan silaturrahim antara keluarga
pengantin
TANGGUNGJAWAB SUAMI
- BERI NAFKAH ZAHIR DAN BATIN
- BERI DIDIKAN AGAMA SECUKUPNYA
KEPADA ISTERI DAN ANAK. SEKIRANYA
TIDAK MAMPU, SUAMI PERLU BERI
KEIZINAN KEPADA ISTERI UNTUK
KELUAR BELAJAR DENGAN
PENGAWASANNYA.
- BERI LAYANAN BAIK.
TATANNGGGGUUNNGGJJAAWWAABBIISSTTEERRII
- TAATI SUAMI SELAGI SURUHANNYA TIDAK
BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM.
- PELIHARA KEHORMATAN DIRI AGAR
TERPELIHARA DARI SEBARANG FITNAH.
- JAGA HARTA SUAMI, BIJAK MENGURUSKAN
BELANJAWAN RUMAHTANGGA.
- BERI LAYANAN BAIK KPD SUAMI
- TINGGAL DI RUMAH SUAMI,DILARANG
TINGGAL BERASINGAN ATAU
KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI.
TANGGUNGJAWAB BERSAMA
• MEMELIHARA DAN MENDIDIK ANAK.
• MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM
DENGAN KELUARGA KEDUA BELAH
PIHAK.
• MEMENUHI KEPERLUAN SUAMI ISTERI
SEPERTI KASIH SAYANG.
• SALING MENGHORMATI DAN MENJAGA
KEAIBAN.
• SALING MENASIHATI DENGAN LEMBUT
DAN BERHIKMAH.
KESAN PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB
TERHADAP KELUARGA
• Hilang persefahaman dan timbul
persengketaan terhadap keluarga.
• Berlaku perceraian.
• Anak-anak akan terbiar tanpa penjagaan dan
pendidikan yang sewajarnya.
KESAN KERUKUNAN RUMAHTANGGA
TERHADAP PEMBANGUNAN UMMAH
• Institusi kekeluargaan yang baik akan
dapat membentuk identiti masyarakat
yang mantap dan sempurna.
• Didikan yang baik dari keluarga yang
sempurna akan melahirkan generasi
yang bijak dan cemerlang.
• Generasi ini akan menjadi pemimpin ke
arah pembangunan umat yang disegani.
PERSIAPAN KE ARAH KELUARGA BAHAGIA
ILMU PENGETAHUAN
• Kekurangan ilmu terutamanya ilmu
kekeluargaan akan menyebabkan berlaku
krisis dalam rumahtangga.
• Suami isteri perlu dalami ilmu agama.
• Anak-anak perlu diajar dan dididik dengan
ilmu pengetahuan.
• Ilmu pengetahuan tentang perkara-perkara
semasa juga perlu ditingkatkan.
EKONOMI
• Perlu ada perancangan awal agar tidak
menjadi beban di kemudian hari.
• Ia meliputi keperluan makan, minum,
pakaian, tempat tinggal dan pendidikan.
AKHLAK
• Suami perlu menjadi contoh terbaik
kepada isteri dan anak-anak.
• Nilai-nilai murni seperti hormat
menghormati, bertimbangrasa, tolong
menolong hendaklah sentiasa
diwujudkan dalam keluarga.
• Kecacatan akhlak akan membawa
kepada keruntuhan rumahtangga.
MAKSUD NAFKAH ZAHIR
• Menyediakan kediaman yang sesuai
mengikut kemampuan.
• Menyediakan makanan dan minuman.
• Menyediakan pakaian.
• Menyediakan perubatan.
• Menyediakan pembantu rumah dan
peralatan rumah mengikut kemampuan..