The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmad241196, 2022-10-17 23:38:24

KERTAS KERJA BENGKEL SPM 2022

KERTAS KERJA BENGKEL SPM 2022

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Pejabat Pendidikan Daerah Bera

KERTAS KERJA

TAJUK:
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB

SOALAN SPM 2022

(BAHASA MELAYU & SEJARAH)

TARIKH: 29 OKTOBER 2022 (SABTU)
MASA: 7.30 PAGI – 2.30 PETANG

TEMPAT: DEWAN WAWASAN, SMK BANDAR KERAYONG,
BERA

ANJURAN:
SEKTOR PEMBELAJARAN PPD BERA

DENGAN KERJASAMA
YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM)

1.0 PENDAHULUAN
Pencapaian cemerlang dalam peperiksaan merupakan impian bagi semua murid, ibu bapa

dan guru. Justeru itu pelbagai program yang melibatkan peningkatan akademik disusun dari
awal tahun lagi hingga menjelang peperiksaan SPM. Bengkel Teknik menjawab soalan SPM
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah perlu diadakan kerana format kertas
peperiksaan tersebut berbentuk format baharu. Pendedahan format baharu ini mestilah
dibugarkan kepada semua guru mata pelajaran dan murid. Bengkel ini juga akan memberikan
kefahaman yang mendalam kepada semua peserta mengenai strategi menjawab soalan untuk
mendapatkan markah yang maksimum. Perkongsian nota-nota ringkas dan tips untuk
mendapat keputusan yang cemerlang juga akan dikongsikan oleh para penceramah. Sektor
Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Bera dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara
(YPM) telah berbincang dan bersetuju untuk menganjurkan bengkel ini. Oleh itu diharapkan
bengkel ini dapat memberi nilai tambah kepada guru serta murid dan secara tidak langsung
akan meningkatkan kecemerlangan akademik untuk Daerah Bera.

2.0 MATLAMAT
Antara punca yang dikenalpasti yang menyebabkan murid sukar mendapat cemerlang

ialah jawapan yang kurang matang serta huraian dan contoh yang kurang mantap. Melalui
bengkel ini murid didedahkan dengan teknik menjawab soalan SPM bagi topik pilihan supaya
murid dapat menguasai dengan dengan baik bagi meningkatkan peratus murid mendapat
cemerlang dalam peperiksaan SPM sebenar dalam mata pelajaran yang berkenaan.

3.0 OBJEKTIF
Memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada murid dan guru mata pelajaran

bagaimana cara untuk mendapatkan markah yang maksimum ketika menjawab soalan. Selain
itu penceramah juga akan berkongsi nota nota dan kaedah untuk menguasai mata pelajaran.
Keputusan yang baik di dalam peperiksaan yang sebenar juga tidak langsung akan
menyebabkan GPMP mata pelajaran di peringkat sekolah dan daerah akan bertambah baik.

4.0 KUMPULAN SASARAN

160 orang murid yang dipilih daripada 10 Sekolah Menengah dalam Daerah Bera dan peserta
jemputan dari MRSM ATM Bera.

Semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang mengajar kelas SPM Daerah
Bera

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Satu hari pada tarikh 29 Oktober 2022 (Sabtu) jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang.

6.0 TEMPAT
Dewan Wawasan, SMK Bandar Kerayong, Daerah Bera

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Tuan Haji Baharum Bin Hj. Samat. (PPD BERA)
Pengerusi : Pn. Dasimah Binti Yahia @ Othman
Penyelaras : En. Ahmad Bin Jalil
Setiausaha : Pn. Norzam Binti Mohd Nor
Bendahari : Pn. Siti Mazura Binti Mustafa
Ahli Jawatankuasa : Semua Pegawai dan AKP Sektor Pembelajaran, PPD Bera.

BIL TUGAS PEGAWAI/PENYELARAS BIDANG TUGAS
1. JK Sambutan Pn. Dasimah Binti Yahia @ Othman Menyambut ketibaan VIP yang
Pn. Nuraishah Binti Mohd Noor hadir
2. JK Jemputan Pn. Cheah Yet Thang
Surat menyurat En. Mohamad Hazril Bin M. Mukhid Menyedia dan menguruskan
En. Ahmad Bin Jalil semua surat yang berkaitan
3. JK Persiapan Pn. Nor Fadilah Binti Jamian pelaksanaan bengkel.
tempat dan Memastikan tempat dan pentas di
pentas En. Wan Nik Arman Bin Wan Muhamad susun dengan susunan yang
Sukeri sesuai.
20 kumpulan meja.
En Che Mohd Fauzi Bin Che Haron Kerusi VIP
En. Abdul Wahab Bin Ahmad
En Ahmad Bin Jalil
Tn. Hj. Hidzir Bin Mohd Isa
En. Mukram Bin Hj Sidek
En. Mohd Khairul Bin Othman
En. Mohd Fahmi Bin Mohd. Pauzi
En. Abdul Hafiz Bin Abdul Rahman
En. Norul Iman Bin Muhammad

4. JK Cenderamata Pn. Roslina Binti Ibrahim Mengurus cenderahati dan sijil
kepada semua yang terlibat dalam
dan sijil Pn. Norzam Binti Mohd Noor pelaksanaan bengkel
Persediaan sarapan pagi dan
5. JK Makan dan Pn. Siti Mazura Binti Mustafa makan tengahari peserta dan
minum Pn. Roslina Binti Ibrahim fasilitator
En. Abdul Wahab bin Ahmad Jamuan VIP
Air Mineral
6. JK Pengacaraan Tn. Hj. Hidzir Bin Mohd Isa Pengacara semasa bengkel
berlangsung
majlis En. Mohd Khairul Bin Othman Prngacara semasa majlis
penutupan
En. Mohamad Hazril Bin M. Mukhid
Menyediakan pamplet
7. JK pamplet/ En. Mohd Fahmi Bin Mohd. Pauzi Membuat dan menempah banner
bengkel
banner En. Abdul Hafiz Bin Abdul Rahman Tagging peserta
Menyediakan alat siaraya yang
bengkel/tagging En. Norul Iman Bin Muhammad mencukupi.
Memastikan alat siaraya berfungsi
peserta. semasa bengkel.
Menyediakan LCD, layar
8. JK En. Mukram Bin Hj Sidek
Mengambil gambar/video semasa
siaraya/teknikal Tn. Hj. Hidzir Bin Mohd Isa bengkel
Membuat pelaporan selepas
En. Mohd Fahmi Bin Mohd. Pauzi bengkel
Perbanyakkan bahan bengkel-
En. Abdul Hafiz Bin Abdul Rahman Modul
Membaca doa
En. Norul Iman Bin Muhammad
- Bengkel bermula
9. Dokumentasi En. Che Mohd Fauzi Bin Che Haron - Majlis penutup
dan pelaporan En. Ahmad Bin Jalil Pendaftaran murid dan fasilitator

10. Bahan bengkel En. Abdul Wahab Bin Ahmad Memastikan kebersihan sebelum,
semasa dan selepas bengkel
11. Bacaan doa En. Che Mohd Fauzi Bin Che Haron

12. JK Pendaftaran Pn. Cheah Yet Thang
13. JK Kebersihan En. Mohamad Hazril Bin M. Mukhid
Semua pegawai sektor pembelajaran

8.0 KAEDAH PELAKSANAAN
Program ini dijalankan secara bersemuka iaitu dalam bentuk bengkel supaya lebih

berfokus dan berkesan. Pihak Sektor Pembelajaran PPD Bera akan mengundang penceramah
yang berpengalaman dalam mata pelajaran yang berkaitan untuk menyampaikan ceramah
kepada murid-murid yang terlibat. Selain itu modul dan nota juga akan dibekalkan kepada
murid yang hadir.

9.0 SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS
Cenderamata
Fasilitator 53 x RM 12.00
1. Dan Sijil Penceramah 3 X RM 25.00
Pegawai SP 15 X RM12.00
2. Bayaran Penceramah VIP 4 X RM25.00
3. Banner Perasmi 1 X RM100.00
Sek Tuan Rumah RM100.00
Makanan dan minuman Sijil Penyertaan murid RM100.00
4.
3 X RM 100 = RM 300.00
5. Bahan bengkel
6. Sewaan meja/Peralatan 1 X RM 80.00
7. Lain lain
PRA bengkel RM268.00 (Telah dilaksanakan)
Sarapan pagi murid 160 X RM5.00
Sarapan pagi fasilitator 53 X RM5.00
Sarapan pagi pegawai 15 X RM5.00
Makan tengah hari murid 160 X RM7.00
Makan tengah hari Fasilitator 53 X RM7.00
Makan Tengah hari pegawai 15 X RM7.00
Jamuan VIP 6 X RM10.00 + RM60.00
Air mineral 8 carton X RM 8.00

160 X RM4.00

RM 400.00

RM 100.00

10.0 TENTATIF

29 OKTOBER 2022 (SABTU)

7.30 Pagi : Pendaftaran dan Sarapan Pagi

8.30 Pagi : Teknik menjawab soalan MP Bahasa Melayu kertas 1 & 2

10.30 Pagi : REHAT

10.45 Pagi : Teknik menjawab soalan MP Sejarah kertas 1 & 2

1.00 Tengah Hari : Slot Pendidikan MARA

2.00 Petang : Majlis Penutup

2.30 Petang : Jamuan dan bersurai.

11.0 PENGURUSAN RISIKO

RISIKO PUNCA PENYELESAIAN TANGGUNGJAWAB

Dewan SMK Bandar Masalah Teknikal Bertukar ke Dewan SMK Penyelaras Program
Kerayong, Bera tidak Seri Bera, Bera
boleh digunakan pada
29 Oktober 2022 (
Sabtu)

12.00 PENUTUP
Diharapkan bengkel yang dirancang berjalan dengan lancar dan mencapai objektif

yang telah ditetapkan. Di samping itu, diharapkan agar murid yang terpilih mengikuti bengkel
ini dapat menimba sebanyak mungkin ilmu yang disampaikan untuk digunakan ketika
menjawab soalan dalam peperiksaan SPM sebenar nanti. Terima kasih kepada pihak Yayasan
Pelajaran Mara (YPM) kerana menaja seluruh perbelanjaan untuk melaksanakan bengkel ini.
Tidak lupa juga kepada semua Pegawai Sektor Pembelajaran PPD Bera, Sekolah Menengah
Daerah Bera dan MRSM ATM Bera serta semua yang telibat dalam memastikan bengkel ini
berjalan dengan lancar. Terima Kasih.

“BERA MELANGKAH JAUH KE HADAPAN”

Disediakan oleh, Disemak oleh,
……………………………………. ………………………………………
(Pn. Norzam binti Mohd Nor) (En. Ahmad bin Jalil)
Setiausaha Penyelaras

Tarikh: ……………………… Tarikh :……………………………..

Disahkan oleh,
……………………………………………

Tarikh:.....................................


Click to View FlipBook Version