The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku program ini mengandungi maklumat berkenaan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan aktiviti Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi 2021/2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ellyshas, 2021-07-24 01:43:58

BUKU PROGRAM MPPB KMPP

Buku program ini mengandungi maklumat berkenaan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan aktiviti Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi 2021/2022

Keywords: #KMPP #MPPB

BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. Kata Alu-aluan Pengarah BMKPM
1
2. Kata Alu-aluan Timbalan Pengarah 2
KMPP 3
4
3. Maklumat Kolej 5
6
4. Jadual Minggu Pengurusan Pelajar 7
Baharu 8

5. Maklumat Jurusan

6. Kalendar Akademik Sesi 2021/2022

7. Info Hal Ehwal Pelajar (HEP)

8. Fasiliti KMPP

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya, kita dapat bersama-sama menjayakan Pendaftaran dan Minggu Pengurusan
Pelajar Baharu Tahun 2021/2022 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Syabas dan
tahniah kepada semua pelajar yang telah ditawarkan dan memilih untuk mendaftar
di Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sesungguhnya
kehadiran semua pelajar di Program Matrikulasi merupakan langkah yang tepat bagi
melengkapkan dan mempersiapkan diri sebagai seorang cendiakawan
berketrampilan, berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan mempunyai sifat
kepimpinan terpuji.

Program Matrikulasi merupakan program persediaan prauniversiti yang
berteraskan Outcome Base Education (OBE). Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE)
bermaksud dengan jelas memberi tumpuan dan mengatur segala sesuatu dalam
sistem pendidikan di sekitar apa yang penting bagi semua pelajar untuk dapat
berjaya dengan jayanya pada akhir pengalaman pembelajaran mereka. Program
Matrikulasi KPM adalah pembekal utama pelajar ke IPT dalam bidang Science,
Technology, Engineering,Mathematics (STEM) dan Perakaunan
untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pertama.

Mulai 1 Januari 2017 semua lulusan Program Matrikulasi
KPM akan dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM dan layak
memohon ke jawatan gred 29 dalam perkhidmatan awam
sepertimana pemegang diploma atau STPM.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya
kepada semua pelajar baharu Program Matrikulasi KPM
tahun 2021/2022. Tetapkan tekad dan gandakan usaha,
semoga impian saudara untuk berjaya ke Menara gading,
dan memperoleh segulung Ijazah akan tercapai sebaik
menamatkan pengajian di Program Matrikulasi.
Selamat Datang ke Program Matrikulasi KPM.

Wasalam.

DR. HAJAH ROSNARIZAH BINTI ABDUL HALIM

1

Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh

Saya ingin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurnia-Nya, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sekali lagi
menerima pelajar-pelajar baharu bagi sesi 2021 / 2022. Selamat datang diucapkan
kepada semua pelajar yang akan meneruskan perjuangan menimba ilmu di KMPP.

Setiap pelajar seharusnya mampu untuk mencipta kecemerlangan yang
lebih bermakna di Program Matrikulasi dan seterusnya di Institut Pengajian Tinggi
(IPT) nanti. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2021/2022 ini, KMPP
merencanakan pelbagai usaha agar pelajar berdaya saing di peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa.

Bagi membentuk modal insan cemerlang, saya menyeru semua pelajar
baharu untuk mengikuti kaedah pembelajaran yang diterapkan sebaik mungkin,
bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum yang dirancang serta
mempertingkatkan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh seseorang pelajar
sebelum melangkah ke alam universiti. Seluruh warga
matrikulasi sentiasa bersedia memberi didikan, dorongan
dan bimbingan kepada semua pelajar bagi memastikan
Program Matrikulasi terus unggul dengan menjana pelajar
berkualiti bagi mengikuti kursus-kursus kritikal di IPT.

Dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang
kini kita kenali sebagai modal insan, keseimbangan akademik
dan kokurikulum akan dijadikan satu kenyataan walaupun
dalam cabaran pandemik Covid 19. Dengan adanya
fasiliti yang mencukupi di KMPP akan menghasilkan
pelajar yang berkualiti dan hebat. Semoga impian
ini tercapai, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

JAMAL MOHAMAD HASHIM BIN ADENAN

2

01 VISI

KMPP penjana pelajar cemerlang dan berpersonaliti unggul.

02 MISI

Membangunkan modal insan melalui pendidikan berkualiti dan
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dalam mendepani
cabaran.

03 MATLAMAT

Menjadikan KMPP sebuah institusi pra pengajian tinggi yang
berdaya saing dan berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang
berketrampilan dari segi sahsiah dan intelek sebagai pemangkin
kecemerlangan negara.

04 OBJEKTIF

• Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
bersahsiah terpuji dan mempunyai kepimpinan yang tinggi.

• Melahirkan pelajar yang berkeupayaan memperkembangkan serta
mengubah suai kemahiran selaras dengan perkembangan baru
dalam bidang ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang IT.

• Melahirkan pelajar yang berdaya saing dan mempunyai ketahanan
diri untuk memacu wawasan Negara.

• Membantu mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian,
kemakmuran masyarakat dan Negara.

• Menyumbang dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran
yang rasional, kreatif, kritis dan konstruktif pada pelajar.

3

MASA 26 JULAI 2021 27 JULAI 2021
HARI (ISNIN) (SELASA)

8.00 – TAKLIMAT WARIS INTERAKSI 5
9.30 pg Ucapan Pengarah BMKPM Taklimat Akademik / Jurusan
& Ucapan Pengarah Kolej / Hala Tuju Kecemerlangan
(KJS)
9.30 – INTERAKSI 1
10.30 pg Taklimat Pelaksanaan MEPro INTERAKSI 6
& “Ice Breaking” (Coach) Taklimat Peperiksaan (PPP)

REHAT

11.00 pg – INTERAKSI 2 INTERAKSI 7
12.00 tgh Taklimat Bersama Pengetua Taklimat Kokurikulum &
Kolej Kediaman (KJPP) Aktiviti (KU Kokurikulum)

INTERAKSI 3 INTERAKSI 8
12.00 tgh Taklimat Kebajikan (PPHEP) Taklimat Modul Pengurusan
– 1.00 ptg Masa (Kaunselor)

2.30 – REHAT INTERAKSI 9
4.00 ptg Taklimat Penetapan Jurusan
INTERAKSI 4 / Kuliah / Tutoran & Jadual
Pengurusan Dokumen, Waktu (KJSISS)
Maklumat Diri & Borang
Perjanjian (Coach) 3.30 – 4.00 ptg
UCAPTAMA
PENGARAH

4

Kursus wajib yang mesti diambil oleh setiap pelajar :

ENGLISH , PENDIDIKAN ISLAM / MORAL, PENGAJIAN
AM MATRIKULASI & KOKURIKULUM

5

6

TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN

HAL EHWAL PELAJAR (HEP)

Merancang, menyelia dan
menyelaras aktiviti pelajar
sepanjang tahun.

Merancang dan menguruskan
pendaftaran pelajar serta
mengumpul maklumat pelajar.

Memberi khidmat nasihat dari
masa ke semasa.

Mengadakan kursus/program yang
dapat meningkatkan kecemerlangan
akademik,kepimpinan, sahsiah dan
akhlak pelajar

Pengurusan KEBAJIKAN PELAJAR Memantau/
wang merancang
Bantuan Sumbangan aktiviti
Sara hidup khairat pelajar
Pelajar kematian
(BSHP)

Perlindungan Bantuan
insurans tambahan

7

• Koperasi
• Dataran Pelajar
• Perpustakaan
• Bangunan Serbaguna
• Bilik TV
• Bilik Solat
• Dewan Kuliah
• Asrama Pelajar
• Dewan Al-Farabi
• Gelanggang tenis, bola keranjang, squasy, bola

jaring, bola tampar
• Padang Bola
• Astaka
• Makmal Sains
• Makmal Komputer
• Galeri Astronomi
• Surau

[email protected]

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia

13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang

Tel :
604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758

Fax :
604-5757389 / 5755167

8


Click to View FlipBook Version